Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad,(PUNB), Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470. KUALA LUMPUR. Y.Bhg. Datuk Seri, PER : KERTAS PROJEK TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR ,PANTAI REMIS PERAK. Sukacita dimaklumkan bahawa Syarikat TMAH AGRO Enterprise yang telah ditubuhkan pada bulan march tahun 2010 kini ingin mengembangkan perniagaan ternakan ikan dalam sangkar yang dimulakan pada penghujung tahun 2012. Pihak TMAH AGRO telah memulakan ternakan ikan dalam sangkar di dalam kawasan lombong air masin di Kampung Pantai Pin Sg Batu, Pantai Remis, Perak. Dengan menggunakan sistem ternakan kontrak sangkar ikan pengeluaran sebanyak 4800 metrik tan sepusingan dari 24 buah sangkar dijangka siap dibina pada awal bulan Januari nanti. Syarikat ini telah mengikat kontrak dengan syarikat Julierdaiz Enterprise untuk membina sangkar ikan di kawasannya berserta berkongsi kepakaran dalam bidang ternakan ikan sangkar yang telah di jalankan oleh syarikat tersebut. Selaku tuan punya syarikat, saya ingin memohon bantuan pinjaman dari PUNB bagi tujuan untuk menjayakan projek tersebut. Bersama-sama ini di kepilkan kertas kerja yang menerangkan segala kos perbelanjaan yang akan di keluarkan oleh Syarikat TMAH AGRO bagi menjayakan projek ini. Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat pertimbangan & kelulusan yang sewajarnya dari pihak Datuk Seri.