Anda di halaman 1dari 6

RETIBASA

Retibasa merupakan akronim kepada mengerti / faham /reti bahasa. Setiap


bangsa mesti reti dan sayang pada bahasanya. Bukti retibasa ialah melalui
penggunaannya dalam segala bidang ilmu dan pengurusan pentadbiran.
10 Januari 2012

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM KALANGAN


MURID TAHUN TIGA BESTARI
SITI SAADIAH BINTI OSMAN
(Bekas pelajar PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Ini ringkasan kajian di bawah penyeliaan
Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)
1.0 PENGENALAN
Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid murid. Penguasaan yang baik dalam
kemahiran menulis ini membolehkan murid murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan
mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek
tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang
morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca.
Murid murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek
tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan
karangan. Saya telah mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi
penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu
penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid murid iaitu dalam
aspek tatabahasa. Kesalahan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam
penulisan ayat. Murid murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak
menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat, pada
awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini dijalankan terhadap murid murid kelas 3
Bestari yang dikenal pasti berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin meningkatkan kemahiran
murid dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah peperiksaan
murid.
2.0 FOKUS KAJIAN
Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak banyak masalah
pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid murid yang pandai dan berada di kelas yang
pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
saya mendapati kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada
dalam menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian,
kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan
murid ini .
Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan
murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan konsep penggunaan kata nama
am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik
warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan strategi yang
sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap masalah penggunaan huruf
besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon (2009),
Noraini (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia
Chundi (2003) dan Mahmud (2003).
Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Islah.
Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian tentang
masalah penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi
meningkatkan Kemahiran Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga
Bestari ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (a) meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam
kalangan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga Bestari; (b) menilai keberkesanan teknik warna
dan latih tubi bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar yang betul dalam penulisan ayat murid
Tahun Tiga Bestari; dan (c) Mengukur perubahan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di kawasan bandar Kota Bharu.
Kajian yang dijalankan oleh saya ini adalah terhadap murid Tahun Tiga Bestari. Kelas ini merupakan
kelas yang pertama bagi tahun tiga di sekolah ini. Murid murid dalam kelas ini terdiri daripada 44
orang iaitu 14 lelaki dan 30 perempuan. Saya telah menjalankan ujian diagnostik ke atas 44 orang
murid ini bagi mengenal pasti responden yang bermasalah. Hasil ujian diagnostik ini dianalisis dan
seramai tujuh orang murid telah dijadikan responden kajian.
5.0 TINDAKAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. saya mendapati murid murid mengalami masalah
dalam penulisan ayat. Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek penulisan huruf besar. Saya turut
melihat rekod murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi mendapatkan maklumat berkaitan
dengan permasalahan yang dikenal pasti. Selain itu, saya turut berbual bersama guru kelas dan guru
yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di kelas tersebut.
5.2 Pelaksanaan Tindakan
5.2.1 Sesi pengajaran berkumpulan
Saya menerangkan konsep kata nama khas dan kata nama am kepada responden. Saya telah meminta
responden mengkategorikan kata nama khas dan kata nama am berdasarkan petikan yang telah
diberikan. Selain itu, dalam strategi ini juga saya telah menerangkan konsep kata nama khas mengikut
kategori masing masing dan meminta responden mengklasifikasikan kata nama khas mengikut
kumpulannya.
5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna
Saya telah menggunakan teknik warna ini dalam latih tubi yang diberikan kepada responden.
Disebabkan setiap responden mempunyai masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf besar
ini, saya telah menyediakan latihan yang berbeza bagi setiap responden mengikut permasalahan yang
dihadapi. Responden perlu menggunakan pensel warna dalam setiap huruf besar yang terdapat dalam
ayat. Item latihan adalah seperti berikut :
1. Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang betul
menggunakan pensel warna.

Dalam situasi ini,responden menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna melalui
latih tubi. Setiap permulaan huruf sama ada dalam perkataan atau ayat yang berhuruf besar perlu
ditulis dengan menggunakan pensel berwarna. Ini bagi membantu daya ingatan responden terhadap
penggunaan huruf besar melalui teknik warna.
5.2.3 Mengenal pasti kata nama khas dalam teks yang dibaca.
Saya telah menjalankan strategi yang ketiga iaitu mengenalpasti kata nama khas yang terdapat dalam
petikan yang dibaca. Saya telah mengedarkan surat khabar kepada responden dan ketujuh tujuh
orang responden diminta mengenal pasti kata nama khas yang terdapat dalam petikan akhbar yang
dipilih oleh mereka. Saya juga telah menggunakan teknik bacaan buku cerita binatang bagi responden
yang mengalami masalah dalam penggunaan huruf besar dalam Kata Nama khas Haiwan. Saya
meminta responden membaca buku cerita binatang yang terdapat dalam pusat sumber sekolah dan
seterusnya mengenal pasti dan menyenaraikan Kata Nama Khas Haiwan yang terdapat dalan cerita
binatang tersebut.
Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi masalah yang
dihadapi oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh kajian. Teknik bimbingan ini dapat
mendekatkan diri saya dengan responden dan memudahkan proses peneguhan dan penambahbaikan
dilakukan. Aktiviti yang dijalankan adalah :
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai
menggunakan warna.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden yang terlibat. Perbandingan markah
bagi ujian pra dan pos mengikut kategori permasalahan adalah seperti di bawah :

BI
L

NAMA

UJIAN PRA
KT
(%)

KB
(%)

UJIAN POS
KH
(%)

KHR
(%)

KT
(%)

KB
(%)

KH
(%

Muhamad Syazwan bin Mustapha

45

65

40

100

90

Wan Muhammad Afif bin Wan


Maizudin

65

50

90

90

60

50

85

60

65

95

85

65

65

95

95

30

90

25

85

3
Iryani Akmal binti Ahmad Bakri
4
5
6

Nur Afrina Shazleen binti


Muhamad Shahidi
Nur Damia Batrisyia binti
Zulkalnain

7
Nur Shahnaz binti Muhd Affendy
Sharifah Musyaibah binti Syed
Kamal
PETUNJUK
KT Kata Nama Khas Tempat
KB Kata Nama Khas Benda
KH Kata Nama Khas Haiwan
KHR Kata Nama Khas Hari

Setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf besar ini.
Tiga orang responden mengalami masalah dalam penulisan kata nama khas tempat. Keputusan ujian
pos menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dengan perbezaan min sebanyak 30 markah.
Manakala terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam menulis kata nama khas benda.
Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos menunjukkan bahawa objektif kajian
adalah tercapai. Ini dibuktikan dengan perbezaan min markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas
benda ini iaitu sebanyak 48.75 markah. Seterusnya, empat orang responden juga mengalami masalah
dalam menulis kata nama khas haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos dibuat, saya mendapati
berlaku peningkatan pencapaian pada keempat empat responden ini. Perbezaan min markah ujian
pra dan ujian pos kata nama khas haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat
terhadap dua responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah
menunjukkan peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak 50 markah.
7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan
ke atas semua responden. Saya mendapati bahawa ketujuh tujuh responden menunjukkan
peningkatan pencapaian mereka dalam pasca ujian berbanding pra ujian. Perkara ini membuktikan
bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan penggunaan dalam kalangan murid ini telah berjaya
dilaksanakan.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
penggunaan huruf besar ini maka saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap aspek tanda
baca dan ejaan. Saya turut bercadang untuk melakukan kajian ini terhadap semua murid tahun tiga di
sekolah ini.
9.0 RUJUKAN
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa. Jurnal Kajian
Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek
Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar
Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md.Nor. ( 2003 ). Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di
Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu. Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim.
Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam Kalangan
Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota
Samarahan Sarawak.
Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun
4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran Bersama
MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah untuk Menerangkan Fakta.
Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dicatat oleh MBi di 11:23:00 PG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan

Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama


Langgan: Catat Ulasan (Atom)

domovi za stare

| Diseo Web

domovi za stare Diseo Web


2012 (5)
Februari (1)
Januari (4)
Tajuk-Tajuk Kajian Tindakan Pelajar PISMP IPGK Kot...
Masjid Negara
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR D...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUK...
2011 (5)
2010 (49)

MBi

g mencintai bahasa Melayu, membesar dalam bahasa Melayu, dan memperoleh rezeki berkat menggunakan bahasa
Lihat profil lengkap saya

Azaha Ibrahim

JPM IPG Kampus Kota Bharu


Malay Book Shop
Nassury Ibrahim

Nota Pismp

Templat Awesome Inc.. Imej templat oleh enjoynz. Dikuasakan oleh Blogger.