Anda di halaman 1dari 4

CABARAN

(A.Ghafar Ibrahim)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum )KPM)
SINOPSIS
Babak 1
Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran
berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif .
Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak
mahu menerima pendapat orang lain.
Babak 2
Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka
bertekak dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercitacita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan
kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak
ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah
mengadakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.
Babak 3
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka
melepak.Firdaus menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani
mempersoalkan sikap pemuda yang tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula
menegaskan sikap kerjasama amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan
modal.
Babak 4
Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai
menabur janji ketika berkempen bagi meraih undi.
Babak 5
Yahya berpendapat orang Melayu mesti melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika
ingin maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang
Padi sebagai bukti orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus
memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita
yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus
menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari
nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin
juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi
Muhammad.
Babak 6
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari
kekuatan permuafakatan.
TEMA
Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan
Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara
perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat
Desa dengan harapan dapat membela masyarakat.
PERSOALAN
i.
Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang
sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.
ii.
Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang
Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan
raya.
iii.
Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap
orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa
ditutup.
iv. Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watakwatak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya.
Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat
desa.

PLOT
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita
bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan plot
Empat peringkat garapan plot:
Permulaan
Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan
pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka
membuang masa.
Perkembangan
Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang
berbual kosong. Yahya mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan
yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti.
Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung
pelajaran agar dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas
pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.
Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan.
Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju
serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.
Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat
kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka
menyokongnya.
Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang
perniagaan.
Klimaks
Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi.
Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya masyarakat harus
mencipta generasi yang dinamis dan progresif.
Peleraian
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari
kekuatan permuafakatan.
TEKNIK PENCERITAAN
i.
Imbas Kembali
Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen
menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.
ii.
Dialog
Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau.
Hani
: Ani tak mengaku salah, Ani.
iii.
Monolog
Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah
lupa akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Yahya
i.
Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.
ii.
Pemuda kampung bersemangat tinggi.
Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai
kemajuan.
iii.
Berpandangan jauh dan berpendirian tegas.
Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca
kemunduran masyarakat Melayu.
iv. Gigih berusaha.
Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.

Watak Sampingan
Firdaus
i.
Berfikiran positif.
Contoh: Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.
ii.
Pemuda yang tetap pendirian.
Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun
disanggah oleh Zainal.
iii.
Bijak berhujah.
Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal.
Zainal
i.
Berfikiran negatif.
Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.
ii.
Mementingkan diri sendiri.
Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.
Osman
i.
Ahli parlimen.
ii.
Pandai berkata-kata.
Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.
LATAR
Latar Masa
i.
Malam :
Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin
berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya.
ii.
Petang :
Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di
dada akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya
Latar Tempat
i.
Rumah Yahya
Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran
masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan.
ii.
Rumah Firdaus
Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan
masa dengan duduk di tepi jalan.
iii.
Balai raya
Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui
ekonomi kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara.
Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring
dengan arus perubahan semasa.
Latar Masyarakat
i.
Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah.
Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung hanya rajin menanam bunga,
tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran.
ii.
Masyarakat yang mahukan perubahan.
Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh
untuk mengubah kehidupan penduduk desa.
iii.
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan.
iv. Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.
Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat
Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.
v.
Masyarakat yang suka membazir masa.
Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang
masa.

vi.

Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama.


Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat
sekarang dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

GAYA BAHASA
i.
Peribahasa
Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.
ii.
Kata ganda
Contoh: Tuan-tuan, puan-puan
iii.
Kata Pinjaman
Contoh: Flasback, transistor
NILAI
i.
Nilai permuafakatan.
Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa
bagi membantu masyarakat Melayu kampung mereka.
ii.
Nilai ketegasan.
Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca
kemunduran masyarakat Melayu.
iii.
Nilai kegiigihan.
Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa.
PENGAJARAN
i.
Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman.
Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi
kepada masyarakat yang pandai berniaga.
ii.
Kita mestilah menunaikan janji.
Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada
masyarakat namun beliau hanya pandai berkata-kata.
iii.
Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang.
Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.
iv. Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang.
Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.
v.
Kita hendaklah bijak memilih.
Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur.
vi. Kita hendaklah berpandangan jauh.
Contoh: Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai