Anda di halaman 1dari 1

Anda dipertanggungjawab untuk mengagajar kelas Tahun 6.

Anda dapati seorang murid


mempunyai tahap prestasi akademik yang lemah. Murid tersebut kurang aktif semasa
proses pembelajaran dalam bilik darjah.Dia tidak fokus dan kurang berminat untuk
belajar.
Berdasarkan senario di atas, bincangkan bagaimana anda dapat membantu murid tersebut
untuk cemerlang dalam akademik berdasarkan Teori Behaviorisme Pelaziman Operan

Cara yang dapat membantu murid tersebut untuk mencapai peningkatan dalam akademik
berdasarkan Teori Behaviorisme Pelaziman Operan ialah melibatkan murid tersebut secara
langsung dalam aktiviti yang dilakukan oleh guru semasa dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk
meningkatkan lagi tahap keyakinan dalam diri murid tersebut dalam meningkatkan lagi tahap
prestasi akademiknya. Selain itu, guru haruslah memastikan penglibatan murid secara aktif
dengan melibatkan semua murid semasa melakukan aktiviti. Apabila aktiviti dilakukan, pujian
dan ganjaran perlulah di berikan oleh guru kepada murid supaya mereka dapat meningkatkan
lagi semangat mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau pembelajaran pada hari
tersebut. Menurut teori pelaziman operan, guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang
dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya. Penguasaan pembelajaran yang dilakukan
oleh murid tersebut perlulah mendapat pujian supaya murid tersebut dapat berasa gembira dan
puas hati serta bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam akademik mereka.
Tindakan ini merupakan satu peneguhan yang positif kerana tingkah laku yang betul akan di
ikuti dengan ransangan yang menyenangkan mereka seperti ganjaran. Selain itu, peneguhan
yang negatif juga dapat membantu meningkatkan akademik murid apabila guru sering kali
memberikan ransangan yang tidak selesa kepada murid tersebut. Tindakan ini akan mendesak
murid untuk melakukan apa yang tidak mahu dilakukannya secara terpaksa dan akan terbiasa
sekiranya tindakan seperti ini berterusan.

Anda mungkin juga menyukai