Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN STOWELL

14000, JALAN REES, BUKIT MERTAJAM

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KOMPUTER SEKOLAH


KEBANGSAAN STOWELL BERSERTA PEMBELIAN KOMPUTER SERTA
PERALATAN ICT UNTUK KEGUNAANNYA DENGAN KERJASAMA PIBG
SK STOWELL.

TEMPAT:

MAKMAL KOMPUTER
SK STOWELL BUKIT MERTAJAM
____________________________________________________

TEMA
Pendidikan Bestari Berteraskan Teknologi Maklumat.

PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Stowell secara rasminya telah dijadikan antara perintis pertama
sebagai sekolah Bestari di negara kita. Bersesuaian dengan era pendidikan sekolah
bestari maka keperluan penggunaan teknologi maklumat dalam P&P telah bertambah.
Sehubungan dengan itu perlunya Sekolah Kebangsaan Stowell mengorak langkah
dalam usaha memastikan setiap pelajarnya celik komputer dan celik IT dapat dicapai.
Sebagai sebahagian daripada usaha itu kami telah mencadangkan penubuhan sebuah
kelab komputer yang lengkap dengan komputernya yang dapat menapung keperluan
asas kemahiran komputer dan IT yang bersesuaian dengan keperluan Sekolah Bestari.
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib
menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era teknologi kelak.

MATLAMAT
Matlamat Kelab Komputer ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dengan
pengetahuan komputer. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta
menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai komputer. Pelbagai program
dan modul telah disusun agar kemahiran dan kefahaman komputer dapat ditonjolkan
dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.

OBJEKTIF
Menyediakan tempat pembelajaran asas komputer dan IT bagi pelajar dan Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Stowell. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa
menyertai aktiviti yang disediakan. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk
mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
Menyediakan

pelajar dan

kakitangan

Sekolah

Kebangsaan Stowell menimba

pengetahuan asas perisian komputer seperti Word, Excel, Power Point, Access dan
Internet dengan kos yang lebih murah. Menyediakan keperluan asas yang perlu
sebagai sebuah Sekolah Bestari. Menyediakan warga Sekolah Kebangsaan Stowell
yang celik komputer serta bermaklumat.

RASIONAL
Menghasilkan pelajar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Stowell yang boleh
berkomunakasi dan bermaklumat bersesuaian dengan konsep Sekolah Bestari.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah kepada semua Pelajar Sekolah Kebangsaan Stowell dan
kakitangannya.

KESIMPULAN
Kejayaan penubuhan kelab komputer berserta peralatan yang diperlukan ini bergantung
kepada sokongan kuat dari semua warga Sekolah Kebangsaan Stowell dengan
kerjasama PIBG. Jika tiada kerjasama terutamanya dari segi kutipan yuran dan yuran
bulanan maka sukarlah bagi kelab ini berjalan dengan lancar. Tetapi jika kita berjaya

maka matlamat kita menjadikan warga Sekolah Kebangsaan Stowell yang celik
komputer serta bermaklumat akan menjadi kenyataan.

MODUL P&P KELAS KOMPUTER TAHUN 4

MODUL

TAJUK

Sejarah Teknologi Maklumat

ISI KANDUNGAN

Sumbangan awal sebelum 1940


Generasi pertama (1940 1958)
Generasi kedua (1959 1963)
Generasi ketiga (1964 1980)

Modul 1A

Generasi keempat (1980 kini)

Kepentingan Teknologi Maklumat

Pendidikan
Perindustrian
Perdangangan
Komunikasi

Modul 1B

Pengenalan PC

Mengenal pasti komponen PC


Menyatakan Fungsi Komponen
Menerangkan hubung kait antara komponen

Pengenalan asas Windows XP

Memulakan Windows XP
Menggunakan Windows untuk ke program lain

Microsoft Word 2003

Membuka program word


Menyimpan Fail
Membuka Fail

Modul 2

Format teks
Memasukkan gambar dan grafik
Membuat bingkai tepi
Memasukkan jadual dan mematikan jadual
Menambah baris atau lajur
Kotrak teks
Menulis menggunakan word art
Salin dan tampal (Copy and paste)
Opsyen Setup Halaman (page setup)
Mencetak

MODUL P&P KELAS KOMPUTER TAHUN 5

MODUL

Modul 2

TAJUK

Pengenalan asas Windows XP

ISI KANDUNGAN

Memulakan Windows XP
Menggunakan Windows untuk ke program lain

Microsoft Word 2003

Membuka program word


Menyimpan Fail
Membuka Fail
Format teks
Memasukkan gambar dan grafik
Membuat bingkai tepi
Memasukkan jadual dan mematikan jadual
Menambah baris atau lajur
Kotrak teks
Menulis menggunakan word art
Salin dan tampal (Copy and paste)
Opsyen Setup Halaman (page setup)
Mencetak

Modul 3

Microsoft Excel 2003

Memulakan Program Excel


Ikon Excel
Menaip di hamparan

Mengaplikasikan Microsoft Excel untuk membina ham

Markah
Menjumlahkan markah dan peratus
Mencari markah tertinggi dan terendah
Mencari jumlah gred
Mewarnakan kotak tertentu
Memasukkan graf

MODUL P&P KELAS KOMPUTER TAHUN 6

MODUL

Modul 3

TAJUK

Microsoft Excel 2003

ISI KANDUNGAN

Memulakan Program Excel


Ikon Excel
Menaip di hamparan

Mengaplikasikan Microsoft Excel untuk membina ham


-

Modul 4

Microsoft Power Point 2003

Markah
Menjumlahkan markah dan peratus
Mencari markah tertinggi dan terendah
Mencari jumlah gred
Mewarnakan kotak tertentu
Memasukkan graf

Memilakan Program Power Point


Memasukkan teks
Memasukkan gambar
Memasukkan slaid
Memasukkan unsur animasi

PERATURAN KESELAMATAN DAN PENJAGAAN PERKAKASAN

1. Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan makmal


komputer.
2.

Sebarang penyambungan atau penambahan punca kuasa tidak dibenarkan


kecuali mendapat kebenaran pihak yang bertanggung-jawab.

3.

Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas dan hanya disimpan oleh Guru Besar
dan Penyelaras ICT.

4.

Mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki makmal komputer


atau bilik pelayan dan Penyelaras ICT mestilah menemani pelawat yang
mengunjungi bilik di bawah kawalan beliau.

5.

Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted
Power Supply serta dilindungi oleh pencegah kilat.

6.

Makmal komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis
C02.

7.

Bilik pelayan yang hanya dibekalkan dengan satu penghawa dingin, pelayan
hendaklah dishutdown apabila tidak digunakan.

8.

Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dioffkan sebelum


meninggalkan makmal komputer.

9.

Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang


ada tampa kebenaran dan penyeliaan Penyelaras ICT.

10.

Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang


supaya operasi tidak terganggu.

11.

Sistem pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam


keadaan yang baik.

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER


1.

Peraturan Makmal Komputer diwujudkan untuk:


Memaksimumkan penggunaan.
Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan.

Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan


pembelajaran.
Panduan untuk penggunaan ramai.
2.

Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua


pengguna Makmal Komputer.
2.1 Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
2.2 Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal
kecuali
dengan
keizinan
Penyelaras
Makmal
Komputer/ICT.
2.3 Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih
dahulu.
2.4 Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari
makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras Makmal Komputer/ICT.
2.5 Pelajar
2.6 Tidak

dilarang
dibenarkan

melaraskan

memakai

kasut

di

penghawa
dalam

makmal

dingin.
komputer.

2.7 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru


pengawas.
2.8 Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik
atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
2.9 Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau hendak terbakar,
bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak
normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.
2.10
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada
guru
bertugas.
2.11

Tidak

2.12

Dilarang

dibenarkan
membuat

membawa
bising

di

liquid
dalam

paper.
makmal.

2.13
Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang
mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tertentu.
2.14

Dilarang

mengubah

sebarang

setting

dalam

komputer.

2.15

Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.

2.16
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak
boleh disimpan dalam cakera keras (Hard Disk). Pihak makmal tidak
bertanggungjawab di atas kehilangan data dalam cakera keras.

2.17
Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh
guru.
2.18
Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke
Makmal Komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log
makmal.
2.19
Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam
buku
log
komputer.
2.20
Penggunaan hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal
Komputer.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

(Zamri Bin Abu Bakar)


Guru Penyelaras Makmal Komputer
Sek Keb. Stowell,
Bukit Mertajam

(En. Rosli Bin Hashim)


Guru Besar
Sek. Keb. Stowell
Bukit Mertajam.

Anda mungkin juga menyukai