Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum, pemanasan global akan memberi kesan buruk kepada
bumi terutamanya terhadap benda hidup terutamnya manusia. Namun begitu, mengikut kajian
yang telah dibuat, pemanasan global turut memberi kesan positif tetapi kesan negatifnya adalah
lebih signifikan berbanding kesan positif dan di sini, hanya kesan negatifnya sahaja yang akan
dihuraikan.
Peningkatan suhu dan kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera akan mengubah
iklim dan persekitaran. Hal ini demikian kerana gas yang terkandung di atmosfera tidak akan
menjadi stabil seperti beribu-ribu tahun dahulu. Akibatnya, biodiversiti hidupan di muka bumi ini
akan terjejas. Taman Negara Mulu dan Taman Kinabalu, yang kaya dengan spesies tumbuhan
dan

haiwan pastinya akan berhadapan dengan perubahan iklim kesan daripada pemanasan

global.
Natijahnya, seluruh lapisan masyarakat harus sedar akan bahayanya atau kesan buruk
yang akan menimpa sekiranya isu pamanasan global masih terus dipandang ringan sahaja. Hal
ini demikian kerana tidak seorang pun di dunia ini yang tahu dan dapat meramal dengan tepat
apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sekiranya isu ini terus dipandang ringan, kesan
buruk yang lebih serius daripada apa yang telah sedia terjadi pada hari ini berkemungkinan
besar akan menjadi bertambah parah lagi.

Anda mungkin juga menyukai