Namun begitu, hal ini bukanlah bermaksud kita berhak membuat apa sahaja
sehingga melanggar norma-norma kehidupan seorang muslim dan tatasusila kita
sebagai warganegara Malaysia, akan tetapi ia adalah terjemahan kepada rasa
syukur kepada Allah SWT atas segala kurniaanNya kepada kita. Justeru, perayaan
ini patutlah diraikan dengan satu tatacara yang mengikut peradaban sewajarnya.
Alhamdulillah, pada hari ini, saya difahamkan bahawa program kita dipenuhi
dengan aktiviti-aktiviti yang memberi makna yang besar dan menekankan aspek
kenegaraan seperti deklamasi sajak merdeka, boria, nyanyian lagu-lagu patriotik dan
ucapan tentang kemerdekaan dan Info Jalur Gemilang. Sewajarnya nilai-nilai
patriotik ini di tanam dalam diri setiap warganegara Malaysia khasnya anak muda
yang kini semakin terhakis dari semangat cintakan negara. Lagu-lagu ini tidak wajar
hanya didendangkan secara bermusim seperti berdekatan perayaan kemerdekaan
sahaja sebaliknya ia patut dikumandangkan saban hari, sebelum bermulanya sesi
pembelajaran kerana ia dapat membantu membina semangat patriotik dalam diri
kita. Semangat kenegaraan ini jika tidak dipupuk saban hari, ia akan hilang lenyap
dalam diri setiap warganegara Malaysia. Jika dibiarkan, tidak mustahil pada satu
masa nanti, Hari Kebangsaan akan menjadi satu rutin yang tidak lagi membawa apaapa makna pada setiap diri yang merayakannnya. Kita tidak mahu menjadi seperti
negara Palestin yang tidak berdaulat namun warganegaranya begitu menghargai
dan mencintai tanah air mereka. Mereka tertindas begitu dahsyat di tanah air mereka
sendiri. Hargailah Malaysia tanah tumpah darah kita ini sebelum terjadinya perkaraperkara yang tidak kita ingini akibat kelalaian kita sendiri kerana sekiranya ia terjadi,
terlalu sukar untuk kita kembali memperbaikinya, sebagaimana yang tersurat dalam
lirik sebuah nasyid terkenal, Nikmat yang dikecap, baru akan terasa bila hilang di
dalam genggaman.
Raya Aidil Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 55 kepada
semua yang hadir pada hari ini.
Bagi melengkapkan lagi program Raya Merdeka 2012 ini, dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan program Raya
Merdeka 2012 Kolej Komuniti Kepala Batas.
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.