Anda di halaman 1dari 7

Tazkirah 1: Puasa Mengikut Cara Rasulullah s.a.

w
Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk
sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hambahambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang
penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya
bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh
Allah? Mari kita telusuri satu persatu.
Rasulullah s.a.w Bersahur
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan
dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur
bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang
sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita
menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:
Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada
sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia
adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:
Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur
(HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar
oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka
yang menahan diri dari makan dan minum.

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang
dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:

" :

"
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan
berbuka puasa.
Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang
dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu
isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika
masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada
di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi
melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang.
Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika
azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan
Yahudi dan Kristian.
Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk
kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu
hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan
seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:

" :
"
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan
berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewatlewatkannya.
Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih alBukhari) Amr Bin Maimun r.h berkata:

" :
"
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika)
berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

:

:




..



:
.

.

Dari Abi Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Muminin
r.anha dan kami berkata kepadanya: Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad
s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan
solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...
Ummu al-Muminin berkata: Siapakah diantara mereka berdua yang
mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat? Kami berkata: Abullah
iaitu Ibn Masud. Kata (Ummu al-Muminin): Perbuatan (menyegerakan berbuka)
Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan
beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya
bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik,
seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:
Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan
beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda
berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan
beberapa teguk air.

Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan
sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga
kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa
biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w
makan selepas baginda solat.
Tidur Qailulah
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari
dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu
dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam
mengerjakan amal ibadat.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:





Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui
sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum
Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.
Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan
sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anakanak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya
bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan.
Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana
padanya pahala dilipatgandakan.

Menjaga Lidah
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan
tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku
kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci,
mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap,
berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.
Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan
pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang
dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:

,


Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan
ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada
pahala)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam alBukhari:





Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia
memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau
dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari,
Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:





Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak
menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak
mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.

Memberi Makan Orang Yang Berpuasa


Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat
neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan
juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya
seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia.
Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:
Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka
puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang
berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya
Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk
memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut
dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.
Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang
menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang
telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

1. Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang
yang memberiku minum (riwayat Muslim).
2. Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang
telah kau rezekikan kepada mereka (riwayat Muslim).

Doa Ketika Berbuka Puasa


Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah
mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan

untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah
s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

, : : :
, ...
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang
berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...
Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah
doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba al-Sunnah.
Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:


Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala
insyaAllah.
Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para
sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi
hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah
membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam.
Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu Alam.

Anda mungkin juga menyukai