Anda di halaman 1dari 9

Kesan

Saban hari kedatangan pekerja asing ke negara kita semakin


meningkat bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Merujuk kamus,
pekerja asing bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti
Indonesia, Bangladesh, Filipina, Thailand, dan sebagainya. Negara kita
dianggap sebagai lombong emas kerana negara kita mempunyai banyak
peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti sektor pertanian,
perkilangan, pembinaan dan perladangan. Dasar kerajaan yang membuka
lebih luas peluang pelaburan dan memberi layanan serta kemudahan kepada
pelabur asing untuk membina kilang mereka di negara ini turut merancakkan
kedatangan mereka lagi. Walupun kehadiran mereka dapat membantu
membangunkan ekonomi negara, namun terdapat beberapa kesan negatif
apabila pekerja asing masuk ke negara kita secara tidak terkawal. Oleh yang
demikian, langkah-langkah pengawalan harus diambil secara berkesan
seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus manakala tepung
tidak berserak memandangkan hal ini melibatkan hubungan diplomatik antara
negara.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan
pekerja asing menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan
tersekat berikutan dengan sikap majikan di negara ini yang gemar mengupah
pekerja asing kerana kadar upah mereka jauh lebih murah berbanding
mengupah pekerja-pekerja tempatan yang lebih mahal. Sikap tidak memilih
pekerja haruslah wujud dalam peribadi pekerja tempatan. Jika mentaliti
sedemikian diteruskan tanpa mengubah sebarang persepsi, hidup penduduk
tempatan tersepit. Sikap majikan yang ibarat peribahasa kera di hutan
disusui, anak di rumah mati kelaparan akan memberi impak negatif kepada
rakyat tempatan. Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang
pekerjaan dan kadar pengangguran semakin meningkat dalam kalangan
pekerja tempatan.

Sudah terang lagi bersuluh, kemasukan pekerja asing tanpa kawalan


menyebabkan peningkatan kadar jenayah di negara ini. Pelbagai jenayah
akan dilakukan oleh pekerja tempatan berikutan tidak mempunyai gaji yang
mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan. Tambahan pula, kos sara hidup
pada era globalisasi ini semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi
global. Kejadian pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain mungkin
akan berlaku jika tiada sebarang usaha diimplementasikan oleh pihak
kerajaan. Peningkatan kadar jenayah ini juga melibatkan pekerja asing yang
masuk ke Malaysia tetapi tidak mendapat pekerjaan seperti yang diharapkan
sedangkan mereka memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan
hidup. Buktinya, mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan
mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini
menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Di samping itu, kemasukan pekerja asing ini juga turut memberi kesan
terhadap ekonomi negara kita. Pengaliran keluar mata wang negara pada
kadar yang banyak pada setiap bulan bakal merugikan negara dari segi
tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini.
Sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita menyumbang kepada
proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta
perkhidmatan yang murah. Menurut statistik, sebanyak RM 9.124 juta telah
dihantar ke negara asal pekerja asing antara bulan Januari hingga Jun setiap
tahun. Hal ini akan membebankan kewangan negara. Bukan itu sahaja,
sebanyak RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk
penahanan pendatang asing tanpa izin (PATI ) amat merugikan negara sekali
gus mengganggu gugat kerancakan ekonomi di negara kita.

Tuntas bicara, walaupun kedatangan pekerja asing ini ada


kebaikannya namun, pihak kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari
segi ekonomi, politik, dan sosial demi kesejahteraan dan pembangunan
negara kita selaras dengan wawasan 2020. Tanggungjawab ini bukan sahaja
terletak pada bahu pihak kerajaan semata-mata sebaliknya menuntut
kerjasama dan sokongan semua pihak. Sesungguhnya, peribahasa bukit
sama didaki, lurah sama dituruni wajar diamalkan oleh semua pihak waima
pihak kerajaan, majikan mahupun rakyat negara ini yang mempunyai
peranannya yang tersendiri. Hal ini sangat penting bagi memastikan implikasi
negatif akibat kemasukan pekerjaan asing secara berleluasa ke negara kita
dapat diatasi melalui pelbagai langkah yang dirancang dan
diimplementasikan secara bijak dan berkesan sekali gus dapat mencapai
matlamatnya.

)Sememangnya negara kita memerlukan tenaga kerja asing untuk


membangunkan ekonomi negara. Namun begitu, kedatangan mereka
secara beramai-ramai telah menimbulkan masalah kepada negara. Oleh
itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil langkah segera untuk
membanteras kemasukkan PATI ke negara kita agar rakyat kita tidak
menjadi minoriti di tanah air sendiri.)

LANGKAH
Saban hari kedatangan pekerja asing ke negara kita semakin
meningkat bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Merujuk kamus,
pekerja asing bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti
Indonesia, Bangladesh, Filipina, Thailand, dan sebagainya. Negara kita
dianggap sebagai lombong emas kerana negara kita mempunyai banyak
peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti sektor pertanian,
perkilangan, pembinaan dan perladangan. Dasar kerajaan yang membuka
lebih luas peluang pelaburan dan memberi layanan serta kemudahan kepada
pelabur asing untuk membina kilang mereka di negara ini turut merancakkan
kedatangan mereka lagi. Walupun kehadiran mereka dapat membantu
membangunkan ekonomi negara, namun terdapat beberapa kesan negatif
apabila pekerja asing masuk ke negara kita secara tidak terkawal. Oleh yang
demikian, langkah-langkah pengawalan harus diambil secara berkesan
seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus manakala tepung
tidak berserak memandangkan hal ini melibatkan hubungan diplomatik antara
negara.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan
pekerja asing menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan
tersekat berikutan dengan sikap majikan di negara ini yang gemar mengupah
pekerja asing kerana kadar upah mereka jauh lebih murah berbanding
mengupah pekerja-pekerja tempatan yang lebih mahal. Sikap tidak memilih
pekerja haruslah wujud dalam peribadi pekerja tempatan. Jika mentaliti
sedemikian diteruskan tanpa mengubah sebarang persepsi, hidup penduduk
tempatan tersepit. Sikap majikan yang ibarat peribahasa kera di hutan
disusui, anak di rumah mati kelaparan akan memberi impak negatif kepada
rakyat tempatan. Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang
pekerjaan dan kadar pengangguran semakin meningkat dalam kalangan
pekerja tempatan.

Setiap penyakit ada penawarnya, begitu jugalah setiap masalah


mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Jika masalah kemasukan
pendatang asing ini ditangani secara efektif, pastinya kadar kemasukan
pendatang asing ini mampu dikurangkan. Terdapat beberapa langkah yang
dapat diimplementasikan oleh pihak kerajaan serta majikan. Pihak majikan
khasnya, perlu mengehadkan kebergantungan kepada buruh asing kerana
mampu menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan.
Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu hendaklah mengikut
sumber negara yang diluluskan kerajaan. Pihak berkuasa akan mampu
memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini. Dengan
mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan
pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan
mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit
kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan. Jelasnya, pihak ejen
dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan oleh kerajaan sekali gus membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan.
Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang haruslah dilakukan
dengan lebih tegas. Sikap seperti melepaskan batuk di tangga tidak
seharusnya diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana
banyak pekerja asing terdiri daripada pendatang haram yang menyusup
masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih
tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan
negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka
menyusup melalui jalan laut. Jika semua pihak yang berkenaan memainkan
tanggungjawab secara berkesan, tidak mustahil masalah kemasukan
pendatang asing dapat diatasi dari akar umbinya.

Tuntas bicara, walaupun kedatangan pekerja asing ini ada


kebaikannya namun, pihak kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari
segi ekonomi, politik, dan sosial demi kesejahteraan dan pembangunan
negara kita selaras dengan wawasan 2020. Tanggungjawab ini bukan sahaja
terletak pada bahu pihak kerajaan semata-mata sebaliknya menuntut
kerjasama dan sokongan semua pihak. Sesungguhnya, peribahasa bukit
sama didaki, lurah sama dituruni wajar diamalkan oleh semua pihak waima
pihak kerajaan, majikan mahupun rakyat negara ini yang mempunyai
peranannya yang tersendiri. Hal ini sangat penting bagi memastikan implikasi
negatif akibat kemasukan pekerjaan asing secara berleluasa ke negara kita
dapat diatasi melalui pelbagai langkah yang dirancang dan
diimplementasikan secara bijak dan berkesan sekali gus dapat mencapai
matlamatnya.
(Sememangnya negara kita memerlukan tenaga kerja asing untuk
membangunkan ekonomi negara. Namun begitu, kedatangan mereka secara
beramai-ramai telah menimbulkan masalah kepada negara. Oleh itu, pihak
berkuasa hendaklah mengambil langkah segera untuk membanteras
kemasukkan PATI ke negara kita agar rakyat kita tidak menjadi minoriti di
tanah air sendiri.)

Faktor
Terdapat banyak faktor kemasukkan PATI ke negara kita. Antaranya ialah
kemakmuran negara. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang
aman dan harmoni. Negara Malaysia bebas daripada rusuhan kaum dan
peperangan berbanding negara asing yang selalu berlaku persengketaan di
negara mereka. Malaysia mengamalkan semangat perpaduan antara kaum.
Walaupun terdapat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia tetapi tiada
sebarang konflik yang berlaku. Mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman
sejahtera. Keadaan ini menarik minat PATI untuk datang ke Malaysia.
Tambahan pula, negara kita tidak pernah mengalami bencana alam seperti
gunung berapi dan taufan. Bencana ini telah berlaku di negara asing yang
mengancam nyawa mereka. Oleh itu, PATI akan berhijrah ke negara kita
agar keselamatan kita terjamin.
Faktor yang mendorong kemasukkan PATI ialah pembangunan yang
pesat. Malaysia merupakan sebuah negara yang ekonominya sangat pesat.
Banyak projek pembangunan mega yang telah dibangunkan dalam usaha
untuk mewujudkan sebuah negara yang maju. Projek pembangunan mega
yang diwujudkan merangkumi sektor perumahan,perkilangan, perindustrian
dan pertanian. Sektor - sektor ini telah menawarkan banyak peluang
pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Keengganan
rakyat tempatan untuk bekerja dalam sektor tersebut telah memberi peluang
kepada PATI untuk datang ke Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan
tersebut. Hal ini demikian kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan di
negara mereka sangat terhad dan gaji yang ditawarkan juga amat rendah.

Selain itu, faktor kemasukkan PATI ialah kestabilan ekonomi, Corak


pentadbiran negara yang efisyen telah menghasilkan sistem ekonomi yang
sistematik. Perancangan ekonomi yang sistematik ini banyak membantu
negara untuk bebas daripada bebanan hutang dan inflasi yang melampau.
Malaysia tidak pernah menanggung beban hutang yang tinggi dari negara
luar dan tidak mengalami kenaikan tingkat harga barangan yang berterusan.
Kenaikan tingkat harga barangan adalah seimbang. Jadi, harga barangan di
Malaysia amat berpatutan . Tambahan pula, Malaysia tidak pernah
mengalami defisit dalam imbangan pembayaran negara. Keadaan ini
menyebabkan PATI berminat untuk datang ke Malaysia. Nilai mata wang yang
kukuh berbanding dengan negara jiran juga turut menjadikan Malaysia
sasaran kedatangan beramai-ramai PATI dari Indonesia dan
Filipina,misalnya. Oleh itu, PATI akan menjadikan Malaysia lubuk rezeki
kepada mereka.
Di samping itu, faktor kemasukan PATI ialah struktur geografi negara.
Malaysia merupakan sebuah negara yang di kelilingi oleh pulau dan pantai
yang panjang dan luas. Faktor ini menjadikan sempadan negara luas dan
sukar untuk dipantau secara berkesan. Kawalan yang kurang pula akan
memudahkan PATI masuk sama ada dengan usaha sendiri ataupun melalui
ejen haram. PATI yang datang akan menggunakan jalan laut dengan cara
yang mudah. PATI akan menggunakan kapal kecil atau perahu untuk
menyeberangi perairan negara. Struktur geografi yang strategik akan di
jadikan tempat persembunyian golongan PATI sebelum keluar ke kota. Oleh
sebab itu, pihak berkuasa sukar untuk mengawal kemasukkan PATI.
Sikap masyarakat kita juga merupakan faktor kemasukkan PATI ke
Malaysia. Terdapat segelintir majikan yang gemar menggunakan khidmat
pekerja asing atas faktor gaji yang murah. Golongan PATI tidak kisah
walaupun gaji yang di tawarkan adalah murah. Mereka bersedia untuk
menerima kadar upah yang ditawarkan asalkan mereka mempunyai
pendapatan bagi menyara hidup mereka. Oleh itu, banyak peluang pekerjaan
kini didominasi oleh golongan PATI. Sebaliknya,rakyat negara kita terlalu
memilih pekerjaan sehingga peluang pekerjaan mereka terjejas dan ramai
yang sanggup menjadi penganggur. Tidak dinafikan bahawa sikap segelintir
majikan kita akan mendorong kemasukkan PATI ke Malaysia oleh ejen haram
bagi memenuhi permintaan majikan.

(Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan


pekerja asing menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan
tersekat berikutan dengan sikap majikan di negara ini yang gemar
mengupah pekerja asing kerana kadar upah mereka jauh lebih murah
berbanding mengupah pekerja-pekerja tempatan yang lebih mahal. Sikap
tidak memilih pekerja haruslah wujud dalam peribadi pekerja tempatan. Jika
mentaliti sedemikian diteruskan tanpa mengubah sebarang persepsi, hidup
penduduk tempatan tersepit. Sikap majikan yang ibarat peribahasa kera di
hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan akan memberi impak negatif
kepada rakyat tempatan. Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang
peluang pekerjaan dan kadar pengangguran semakin meningkat dalam
kalangan pekerja tempatan.)
Sememangnya negara kita memerlukan tenaga kerja asing untuk
membangunkan ekonomi negara. Namun begitu, kedatangan mereka secara
beramai-ramai telah menimbulkan masalah kepada negara. Oleh itu, pihak
berkuasa hendaklah mengambil langkah segera untuk membanteras
kemasukkan PATI ke negara kita agar rakyat kita tidak menjadi minoriti di
tanah air sendiri.

Anda mungkin juga menyukai