Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

1. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang


terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan
bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat
da Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk
iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman,
Sarikei, Sibu, Kapit,Bintulu dan Miri.
2. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah
berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolakansur(toleransi), dan berteraskan perhubungan
persaudaraan yang erat antara satu sama lain.
3. Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini
menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi
dalam masa yang sama masih megekalkan nilai adat
resam dan cirri-ciri kebudayaan yang menjadi
lambang tradisi masyarakat iban.

Sewaktu Mengandung
1. Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi
atau di mana-mana sahaja.
2. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar
di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang
pendarahan yang berterusan semasa melahirkan
anak.
3. Wanita yang mengandung dilarang menuang
minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada
rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan
bernanah.
4. Kedua suami isteri tidak boleh megetuk telur
menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi
itu akan cacat penglihatan.
5. Mereka dilarang menanam pokok pisang supaya
bayi tidak berkepala besar.
6. Mereka dilarang memikul batu-bata tajam di
dalam raga kerana dikhuatiri bayi itu lumpuh.
7. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke
dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim
semasa dilahirkan.

Selepas bersalin
Berpantang

1. Selama tiga puluh hari


2. Makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang
kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan
buah pulur dan dicampurkan dengan halia atau air
rebusan halia supaya dapat memanaskan bandan.

Berdiang/bersalai

1. Ibu perlu duduk dekat dengan unggun api.


2. Selama empat puluh satu hari.
3. Ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau
dinding rumah untuk menghitung hari.

Tanggal pusat

1. Adat melihat matahari atau merasa garam


dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu
ketika bayi berusia empat hari.

Menamakan bayi

1. Akan diberi nama timangan.


2. Seterusnya akan diberi nama sempena nama salah
seorang daripada nenek moyangnya yang pernah
berjasa dan handal.

3. Upacara memilih nama akan dijalankan di mana


kepalan nasi akan diletak di atas papan yang
tertulis nama-nama yang dipilih itu.
4. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk
membuat pilihan dan ini dikenani sebagai Manok
Tawai.
5. Kepalan nasi yang dipatuk ayam tersebut akan
menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut.

Adat kematian
1. Keluarga mengelilingi mayat dan meratap 190
minit.
2. Lesung/penumbuk diletakkan di laluan (tempuan)
untuk menghalau hantu.
3. Mayat dibersihkan dan 3 tanda kunyit di dahi.
4. Pua kumbu(gebar) dijadikan tabir untuk
menghalang penyakit.
5. Beras dihamburkan supaya beras keluarga tidak
dibawa sama ke dunia lain(sebayan).
6. Api kecil dekat kaki si mati.
7. Tetamu bawa hadiah beras pulut,duit dan ayam.
8. Berkabung selama 3 bulan.
9. 6petang-nyanyian ratapan kematian.
10. 5pagi- wanita tua diberi makan supaya tidak
lapar dalam perjalanan.
11. Semasa dimasukkan dalam keranda, orangorang perempuan menangis sekuat-kuatnya.
12. Darah ayam direnjiskan ke tanah sebelum digali.
13. Keranda ditanam bersama barang si mati(baiya)
supaya dapat digunakan dalam dunia lain(menoa
sebayan).

Perkahwinan
1. Usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua
tahun.
2. Keluarga kecil akan dikahwinkan secepat mungkin.
3. Keluarga besar akan dilambatkan perkahwinan.

Merisik

1. Dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarumjarum.

Meminang dan bertunang

1. Ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat


pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda
pertunangan.

Majlis perkahwinan

1. Membawa beberapa utas tali bersimpul yang


menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan
dilangsungkan.
2. Rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah
panjang pengantin perempuan dengan menaiki
perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya
pengantin melalui jalan sungai.

3. Mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai


pakaian tradisional.
4. Kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa
menyambelih seekor babi sebagai penghormatan
dan pada masa itu juga tembakan senapang akan
kedengaran secara balas-membalas.
5. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan
sejenis arak.
6. Upacara membelah pinang atau mengulang pinang
akan dijalankan.
7. Bomoh akan mengadakan upacara menidurkan
anak dan mengejutkan anak.
8. Pengantin baru akan mandi di sungai untuk
membersihkan diri.
9. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang
sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya
kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang
pada setiap individu.
10. Menyembelih seekor babi sebagai korban dan
juga sebagai penebus dosa pengantin.
11. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin
diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan
disandingkan di atas gong atau kerusi yang
dialaskan kain tenun.
12. Seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan
memulakan upacara.
13. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian
dilepaskan dan mentera pun dibaca.

14. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil


darahnya untuk disemah kepada pengantin.
15. Istiadat ini akan diakhiri denagn jamuan makan
dan minum.

pua kumbu

ikan salai

Tarian Iban

Tajuk : Adat dan Pantang


Larang Orang Iban

Manok pansoh
Kuih jala

Kasam ensabi
Acuan/kuih ros

Midin belacan

Makanan Tradisional Orang


Iban

Anda mungkin juga menyukai