Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1 hingga soalan 18

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan no 1 berdasarkan gambar 1

Gambar 1
1.

2.

Baju-baju Abang Long _______ bakul itu belum bercuci.


A di luar

C di tengah

B di dalam

D di tepi

Eloklah _______ bertolak sekarang kerana pendakian ini mengambil masa lebih kurang
enam jam, kata Cikgu Malik.

3.

A awak

C kita

B mereka

D dia

Dato Hashim ahli perniagaan yang terkenal di ibu kota.________ amat pemurah orangnya.
A Dia

C Baginda

B Beliau

D Mereka

Soalan no 4 berdasarkan gambar 2

Gambar 2
1

4.

Pokok-pokok kacang panjang yang __________ tanam beberapa bulan lepas ini
sangat subur, kata Ah Chong kepada Ah Peng.

5.

A mu

C ku

B kau

D nya

Saya menolongnya dengan hati yang __________ kata Puan Hamidah.


A sopan

C baik

B ikhlas

D amanah

Soalan no 6 berdasarkan gambar 3

Gambar 3
6.

Beg buatan tangan dari negeri Sarawak itu ___________ buatannya.


A comel

C lembut

B halus

D kasar

7. Ayah membasahkan tuala lalu __________ badan abang yang panas.

8.

A mengelap

C mengibas

B menyapu

D menyiram

Awak tidak boleh berputus asa,_______ awak yang rugi, nasihat Cikgu Lim kepada Farid.
A agak

C kelak

B paling

D mungkin

Soalan no 9 berdasarkan gambar 4


2

Gambar 4
9.

Saya sungguh terkejut ________ mendapati burung tekukur saya tiada di dalam
sangkarnya.
A apabila

C walaupun

B kecuali

D sebelum

10. Semua anggota pasukan bola keranjang itu sudah tiba,________ Fook Keong dan Rahim.
A atau

C kerana

B mungkin

D kecuali

11. Edrin telah membuat persediaan sejak di tahun lima lagi. ________dia berjaya mendapat
5A dalam peperiksaan UPSR.
A Di samping itu

C Oleh sebab itu

B Lebih-lebih lagi

D Walaubagaimanapun

Soalan no 12 berdasarkan gambar 5

Gambar 5

12. __________ tunjukkan saya jalan ke rumah ketua kampung, kata pemuda itu kepada Pak
Yaakub.
3

A Tolong

C Jangan

B Usah

D Sila

13. _________ , berani engkau memburuk-burukkan nama sekolahku! marah Hamidi.


A Aduhai

C Cis

B Aduh

D Nah

14. _________ , tinggalkan saya sendirian di sini! kata Hana sambil menepis tangan Yaya
yang cuba memujuknya.
A Eh

C Ah

B Hai

D Aduh

Soalan no 15 berdasarkan gambar 6

Gambar 6
15. Berani tuan hamba melanggar perintah sultan. _________, terimalah habuan ini! kata
Hang Nadim kepada pengkhianat itu.
A Cis

C Nah

B Amboi

D Ah

16. Semasa _________ itu berlaku, kami bertiga sedang menonton televisyen.
A kejadian

C menjadi

B terjadi

D dijadikan

17. Mereka itu _________ murid-murid sekolah ini, tetapi murid-murid dari sekolah lain.
A bukan

C tidak
4

B agaknya

D barangkali

18. __________ rancangan ini berjaya, kita akan memperoleh wang yang banyak, kata Encik
Jusuh kepada anak-anak buahnya.
A Sejak

C Sekiranya

B Sebelum

D Semasa

Soalan 19 hingga 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris
19. Salina tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya lalu dia menangis sepuas-puas hati.
A keresahan

C kesedihan

B kehampaan

D kegelisahan

20. Sikapnya yang taat akan ibu bapanya amat menyenangkan hati mereka.
A ingkar

C ikut

B patuh

D turut

21. Kami diingatkan supaya berwaspada di kawasan itu kerana lantainya licin.
A perlahan-lahan

C berhati-hati

B teliti

D berhemat

Soalan 22 dan 23
Pilih perkataan yang berlawanan bagi perkataan yang bergaris
22. Saya masih ragu-ragu untuk membuat pilihan, kata Izati.
A yakin

C resah

B tenang

D samar

23. Para pekerja itu menggali tanah di hadapan rumah saya untuk menanam tiang elektrik.
A menurap

C mengambus

B menambah

D mengorek
5

Soalan 24 dan 25
Pilih ayat atau atau ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris yang betul
24. I Ayahnya bekas pegawai daerah di sini.
II Inilah bekas minuman yang dibawa oleh Aireen ke sekolah setiap hari.
III Semua bekas pelajar sekolah ini dijemput ke majlis itu.
IV Bekas tapak kaki kucing kelihatan pada lantai simen yang masih lembap itu.
A I dan II saja

C I, II, dan III saja

B III dan IV saja

D I, II, III, dan IV

25. I Wajahnya pudar kerana telah beberapa hari demam.


II Semangat cinta akan tanah air tidak pernah pudar dalam dirinya walaupun telah lama dia
merantau di luar negara.
III Saya tidak dapat mengecamkan orang di dalam gambar ini kerana gambar ini telah
pudar.
IV Pandangannya pudar kerana dia tidak memakai kaca mata.
A I dan III saja

C III dan IV saja

B II dan III saja

D I, II, dan III saja

Soalan 26 hingga 30
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan
26. Sekiranya awak bersetuju, perkara ini akan saya uruskan secepat mungkin, kata Zarif
kepada Lingam.
A Lingam bersetuju sekiranya perkara ini diuruskan dengan segera.
B Jika Lingam bersetuju, Zarif akan mengurus perkara itu dengan secepat mungkin.
C Zarif terus bersetuju sekiranya Lingam mengurus perkara itu dengan segera
D Lingam tidak bersetuju dengan kata-kata Zarif
27. Jangan sekali-kali berbuat bising di perpustakaan,kata Cikgu Nazir kepada muridmuridnya.
A Cikgu Nazir marah akan murid-muridnya yang berbuat bising di perpustakaan.
6

B Murid-murid yang berbuat bising di perpustakaan ditegur oleh Cikgu Nazir.


C Cikgu Nazir melarang murid-muridnya berbuat bising di perpustakaan.
D Cikgu Nazir menyuruh murid-murid membuat bising di perpustakaan.
28. Siapakah pemilik basikal baru ini? tanya Firdaus kepada Nazri.
A Firdaus dan Nazri bertanya tentang basikal baru kepada pemiliknya itu.
B Nazri menanyakan pemilik basikal baru itu kepada Firdaus.
C Pemilik basikal baru itu bertanya tentang basikalnya kepada Firdaus dan Nazri.
D Firdaus menanyakan pemilik basikal baru itu kepada Nazri.
29. Anis, tolong kunci pintu pagar, kata Puan Marisa kepada Anis.
A Puan Marisa meminta Anis mengunci pintu pagar.
B Anis meminta tolong daripada ibunya untuk mengunci pintu pagar.
C Puan Marisa mengarahkan Anis mengunci pintu dan pagar.
D Anis mengunci pintu pagarnya dan pintu pagar Puan Marisa.
30. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga.
A Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.
B Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu.
C Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.
D Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.

Soalan 31 hingga 35
Baca surat kiriman di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut
No. 44, Taman Pengalat Besar,
89600 Papar,
7

Sabah.
7 Februari 2014.
Ke hadapan sahabatku Rabia, semoga sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Rabia,
Baru-baru ini saya menyertai kumpulan wayang kulit sekolah yang dinamakan Wayang
Kulit Warisan (WKW). WKW mengambil acuan daripada Wayang Kulit Dewan yang
diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pernahkah kamu mendengar tentang Wayang
Kulit Dewan?
Pada dasarnya Wayang Kulit Dewan lebih kurang sama saja dengan wayang kulit yang
asli. Yang membezakan kedua-duanya hanyalah dari segi isi ceritanya. Wayang kulit asli terikat
dengan epik klasik Hindu seperti Ramayana dan Mahabrata. Manakala Wayang Kulit Dewan
bebas menggunakan semua bahan sastera dalam apa jua genre baik untuk kanak-kanak mahupun
orang dewasa. Pada masa sekarang kami berlatih memainkan cerita jenaka Lebai Malang.
Nantilah, Rabia. Akan saya ceritakan lagi apa-apa yang saya pelajari melalui WKW
kepada kamu. Tetapi, berminatkah kamu untuk mengetahuinya? Dalam pada itu, doakanlah
semoga impian saya untuk menjadi Tok Dalang WKW akan tertunai kelak.
Sekianlah saja surat saya kali ini. Sampaikanlah salam dari saya untuk keluarga kamu.
Sahabatmu yang jauh,
Shafrina
31. Apakah tujuan Shafrina menulis surat kepada sahabatnya?
A memberitahu sahabatnya bahawa dia telah menjadi Tok Dalang di WKW.
B menceritakan tentang Wayang Kulit Warisan yang disertainya di sekolah
C menanyakan aktiviti yang disertai oleh Rabia
D menceritakan aktiviti yang dilakukan oleh Rabiah

32. Apakah nama kumpulan wayang kulit yang disertai oleh Shafrina?
A Wayang Kulit Dewan

C Wayang Kulit Warisan

B Wayang Kulit Asli

D Wayang Kulit Ramayana

33. Cerita apakah yang dimainkan oleh Wayang Kulit Warisan?


8

A Epik klasik Hindu

C Ramayana

B Mahabrata

D Lebai Malang

34. Yang manakah pembaharuan antara Wayang Kulit Dewan berbanding dengan wayang kulit
yang asli?
A para pelakonnya

C tempat wayang kulit dimainkan

B isi ceritanya

D tempat wayang kulit dihasilkan

35. Pada pendapat anda, mengapakah Wayang Kulit Dewan diperkenalkan?


A untuk menjadikan wayang kulit sebagai hak milik Dewan Bahasa dan Pustaka
B untuk dijadikan ikutan oleh kumpulan wayang kulit yang lain
C untuk menjadikan persembahan wayang kulit lebih menarik dan pelbagai ceritanya
D untuk menambahkan bilangan kumpulan wayang kulit

Soalan 36 hingga 40
Teliti peta di bawah, kemudian jawab soalan yang diberikan

36. Berapakah bilangan taman haiwan yang terdapat dalam peta tadi?
A lima

C tiga

B empat

D dua

37. Apakah pengangkutan yang paling sesuai untuk pergi ke Tugu Negara?
A bas

C LRT

B komuter

D feri

38. Anda berada di Muzium Negara dan ingin pergi ke Tugu Negara. Yang berikut merupakan
jalan yang akan anda lalui, kecuali...
A Jalan Sultan Hishamuddin.

C Jalan Lembah.

B Jalan Perdana.

D Jalan Kinabalu.

39. Andaikan bahawa anda berada di Taman Bunga Raya. Taman apakah yang paling dekat
dengan anda?
A Taman Rusa

C Taman Orkid

B Muzium Negara

D Muzium Polis
10

40. Khairul amat meminati bidang sains angkasa, tempat yang sesuai dilawati oleh Khairul
ialah...
A Planetarium Negara.

C Dataran Merdeka.

B Memorial Tun Abdul Razak.

D Muzium Polis.

Disediakan Oleh:
_____________________

Disemak Oleh:
____________________

Disahkan Oleh:
__________________

(MOHD AZHAR B CHE SEMAN)

(NORMAH BT SABUDIN)

Guru BM Tahun 4

KP Bahasa Malaysia

PK Pentadbiran

SK Bukit Rahman Putra

SK Bukit Rahman Putra

SK Bukit Rahman Putra

BacaP

SS
333
33
30. RAKTIS UPS
111111

11

(WAN PIDURA BT WAN ALI)

Anda mungkin juga menyukai