Anda di halaman 1dari 12

Soalan 1 hingga 20.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain....................kelihatan sangat gembira.


A

kalian

kami

mereka

dia

2. Harun mengait beberapa biji __________ muda untuk mendapatkan airnya.


A

kelapa

pisang

manggis

tembikai

3. Kamu boleh datang ke rumah saya pada __________ masa.


A

bila-bila

apa-apa

siapa-siapa

mana-mana

4. Kamal ____________ basikal ke sekolah.

5.

memandu

membawa

mengangkat

menunggang

Ikan itu berbau __________.


A

hamis

hanyir

hapak

harum

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6.

7.

8.

9.

Ketiga-tiga orang ..................... itu mengacukan pistol ke arah pegawai-pegawai


bank yang bertugas.
A

dirompak

perompak

merompak
D

rompakan

Salmah menyapu sampah __________ menyanyi.


A

dan

serta

sambil

dengan

_______________, terimalah penumbuk sulung dariku !


A

Cis

Nah

Aduh

Amboi

Murid-murid dilarang _____________ tandas guru.


A

kegunaan

Mengguna

Menggunakan

Mempergunakan

10. Rina membeli _____________ baju dan ____________ kasut di Jaya Jusco.
A

sehelai ..........sisikat

sebuah........ sederet

sehelai...........sepasang

sepasang......sehelai

11. Sejak kecil lagi mereka seperti .........................kerana setiap kali berjumpa mereka
pasti bergaduh.
A

isi dengan kuku

anjing dengan kucing

telur di hujung tanduk

embun di hujung rumput

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Pak Samad berjalan menggunakan tongkat kerana sudah agak ...................
A

kendur

luntur

uzur

lanjut

13 Usman Awang seorang penulis sastera yang terkenal.Beliau digelar sebagai


_____________ negara.
A

sasterawan

angkasawan

olahragawan

cendiakawan

14. Ramli ______________ menanti keputusan pertandingan yang akan diumumkan


tidak lama lagi.
A

berdebar-debar

bergegar-gegar

bergoyang-goyang

bersungguh-sungguh

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah

15. Barang-barang mainan ini milik ........................ ?


A

apa

mana

siapa

berapa

16. Ramlan ditegur oleh guru kerana ____________ dengan Ali di dalam kelas.
A

berkata-kata

berbual-bual

berucap-ucap

bertanya-tanya

17. _____________ tarikh ulang tahun kelahiran kamu ?


A

Apakah

Bilakah

Siapakah

Bagaimanakah

18. Semua murid tidak ___________apabila Cikgu Hasan berjenaka.


A

bulat hati

tidur ayam

kering gusi

cangkul angin.

19. Pasukan bola sepak negara __________ menang dalam perlawanan malam ini
sekiranya ____________ sampai ke peringkat akhir.
A

wajib ..........ingin

mesti........agar

harus..........dapat

perlu .........hendak

20. Novel terbaru akan berada ____________ pasaran tidak lama lagi.
A

di

ke

pada

dengan

21.Rina mempunyai bakat dalam nyanyian.


Perkataan seerti bagi bakat ialah
A

baik

boleh

pandai

berkebolehan

22. Murid yang nakal itu telah dikenakan denda oleh cikgu disiplin.
Perkataan berlawan bagi nakal ialah
A

baik

sopan

santun

hormat

Soalan 23 -- 24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
23. I Senyuman Encik Samad murah
II Orang kaya yang hati murah itu selalu menderma.
4

III Pasar raya itu sedang mengadakan jualan murah.


IV Wah,sungguh murah harga beg itu!kata Siti kepada Aisyah.
A

I dan II

III dan IV

I, II dan III

II, III dan IV

24. I Kain yang dijemur itu masih lembab.


II Kakak memakai lembab muka sebelum tidur.
III Jalan masuk ke kedai itu lembab dan becak
IV Tanah yang terlalu kering perlu lembab terlebih dahulu.
A

I dan III

II dan IV

I, II dan III

II, III dan IV

25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Mengapakah tangan kamu berdarah?
A

Saya memegang pisau yang tajam.

Saya terjumpa pisau di atas meja di ruang tamu.

Saya terkena pisau ketika mengopek kentang.

saya menghiris bawang untuk memasak sambal tumis.

26 . Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Emak dan ayah sihat ,kakak.
A

Ayah apa khabar?

Dimanakah emak dan ayah?

Bagaimanakah keadaan mereka di desa?

Adik,bagaimanakah kesihatan emak dan ayah?

Soalan 27 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
27. Berhati-hati apabila memandu kereta itu, pesan ibu kepada abang.
A

Abang menyuruh ibunya berhati-hati ketika memandu.

Abang diberitahu supaya berhati-hati ketika memandu.

Abang menyuruh ibu supaya memandu dengan berhati-hati.

Ibu berpesan kepada abang supaya berhati-hati apabila memandu kereta itu.

28. Pengawal keselamatan itu melarang Hasan memasuki bangunan itu.


A

Jangan masuk ke dalam bangunan itu, kata Hasan kepada pengawal


keselamatan.

Kamu tidak dibenarkan memasuki bangunan itu, kata Hasan kepada


pengawal keselamatan.

Kita tidak dibenarkan memasuki bangunan itu,kata pengawal


keselamatam kepada Hasan.

Kamu tidak dibenarkan memasuki bangunan itu,kata pengawal


keselamatan kepada Hasan.

Soalan 29 - 30
Pilih ayat yang betul.
29.

Adik makan ais krim sambil berjalan.

II

Abang pulang ke kampung dengan naik bas.

III

Buku itu bukan saya punya.

IV

Peristiwa itu masih segar dalam ingatan

I dan II

III dan IV

I, II dan III

II, III dan IV

30.

Penyakit datuk semakin larat sejak akhir-akhir ini.

II

Rina menjinjing beberapa buah beg plastik ketika pulang dari pasar.

III

Rohana dinobatkan sebagai olahragawan sekolah.

IV

Mata nenek masih terang walaupun telah lanjut usianya.

I dan III

II dan IV

I, II dan III

II, III dan IV

Soalan 31 35
Baca petikan di bawah ,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan
makanan yang manis atau manisan.Dodol sangat terkenal di Melaka atau di Muar,
Johor.Proses membuat dodol boleh dikatakan agak rumit.Ramai orang selalu ingin mencuba
untuk membuatnya.Namun,tidak semua orang dapat menghasilkan dodol yang bermutu
tinggi.Kebanyakannya,mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada golongan telah
berusia.Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan
kelapa,tepung beras, gula pasir,gula melaka dan garam.
Kini, dodol merupakan makanan tradisional yang amat popular dan digemari
di Indonesia,Malaysia, Filipina,Singapura dan Sri Langka.Pada asasnya,manisan dodol ini
diperbuat daripada perahan susu daripada buah kelapa tua,jageri,iaitu gula batu merah yang
diperbuat daripada ekstrak tebu atau gula melaka dan tepung beras ataupun tepung
pulut.Kesemua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlansung
berterusan selama tiga hingga empat jam pada suhu tinggi.Hasilnya,fizikal dan rasa dodol
akan berubah menjadi melekit,tebal dan manis.
Dikebanyakan negara ASEAN ,dodol menjadi bahan santapan khususnya
pada Hari Raya dan Hari Raya Haji.Terdapat pelbagai jenis dodol yang berlainan sama ada
dari segi rasanya mahupun warnanya.Terdapat dodol yang berwarna perang gelap,hijau dan
kuning.Rasa dodol juga turut dipelbagaikan seperti rasa durian, kelapa dan pisang.
31.

Berapa lamakah dodol perlu dikacau supaya betul-betul masak?


A

Dua hingga tiga jam

Satu hingga dua jam

Tiga hingga empat jam

Empat hingga lima jam


7

32.

33.

34.

35.

Apakah itu jageri ?


A

Gula pasir

Air gula melaka

Air gula batu merah

Gula batu merah yang diperbuat daripada ekstrak tebu.

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol?


A

Santan kelapa,jageri,tepung ubi,gula pasir dan garam.

Santan kelapa ,jageri,tepung jagung,gula pasir dan garam.

Santan kelapa,jageri,tepung pulut,gula pasir dan garam.

Santan kelapa,jageri,tepung gandum,gula pasir dan garam.

Mengapakah dodol perlu dikacau berterusan selama tiga hingga empat jam pada
suhu yang tinggi?

Supaya dodol menjadi cair,tebal dan manis.

supya dodol menjadi melekit,tebal dan manis.

Supaya dodol menjadi cair, mendidih dan manis

Supaya dodol menjadi melekit,tebal dan masam

Dodol amat popular di negara-negara berikut, kecuali


A

Malaysia

Indonesia

Singapura

Amerika Syarikat

Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan


virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina .Cara penyebarannya adalah
melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Demam denggi bermula dengan mengejut,diikuti dengan sakit kepala yang
teruk,sakit di belakang bebola mata,sakit sendi dan otot , sakit pinggang yang teruk dan
gatal-gatal.Ciri-ciri keradangan demam denggi ialah bintik-bintik merah terang yang biasanya
muncul dianggota bahagian bawah dan akan merebak keseluruh tubuh.Seluruh kulit akan
bertukar kemerah-merahan dan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang
normal.Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut,mual,muntah dan
cirit-birit.Pesakit juga boleh mendapat radang hati,radang otak terutamanya kanakkanak,dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung.

36

37

38

Apakah itu demam denggi?


A

Demam panas yang biasa

Demam akibat terkena hujan

Penyakit yang tidak boleh dirawat

Jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina

Bagaimanakah penyakit ini boleh disebarkan?


A

Melalui sentuhan badan

Melalui makanan yang tercemar

Melalui perkongsian jarum suntikan

Melalui gigitan nyamuk aedes pesakit demam denggi kepada orang yang sihat

Apakah tanda-tanda yang kita yelah dijangkiti?


A

Peningkatan suhu badan

Rasa pening kepala, rasa hendak pitam dan muntah-muntah

Rasa loya ditekak,hilang selera makan dan lemah seluruh badan

Demam mengejut,sakit kepala,sakit di belakang bebola mata,sakit sendi dan


Otot, sakit pinggang dan gatal-gatal.
9

39

40

Berikut merupakan penyakit yang boleh dihidapi oleh pesakit denggi, kecuali
A

Radang sendi

Radang hati

radang otak

Radang otot jantung

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat radang otak ialah golongan
A

Muda

Dewasa

Kanak-kanak

Orang tua

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Bahagian B
( 30 Markah )
( Masa : 40 minit )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk , Saya Sebuah Kereta.

2. Senaman sangat penting untuk kesihatan diri, Tulis sebuah karangan tentang
kebaikan bersenam.

3.

Kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita.Tulis sepucuk surat
kepada rakan kamu dan ceritakan tentang kejayaan kamu itu.

Bahagian C
( 20 Markah )
( Masa : 20 Minit )

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.

Rizal dan Aiman bercadang untuk pergi membeli- belah di bandar.Mereka menaiki LRT
kerana pengangkutan awam itu bukan sahaja cepat malah tambangnya juga agak
berpatutan.

Mereka mendapat tempat duduk kerana tidak ramai penumpang yang naik di
stesen tersebut.Apabila tiba di stesen seterusnya,penumpang berebut-rebut menaiki
tren.Rizal mendapati seorang wanita mengandung dan seorang lelaki buta tidak mendapat
tempat duduk.Rizal dan Aiman memberikan tempat duduk mereka kepada wanita
mengandung dan lelaki buta itu.Mereka mengucapkan terima kasih kepada Rizal dan Aiman.

Rizal dan Aiman berbuat demikian kerana ibu mereka selalu berpesan supaya
membantu orang-orang kurang upaya.mereka berdua berasa gembira kerana dapat
membantu orang lain.

Anda mungkin juga menyukai