Anda di halaman 1dari 2

Peranan Guru Sebagai Pembimbing

Tugas seorang guru di sekolah bukan sahaja mengajar atau menyampaikan ilmu
kepada murid-murid namun guru turut berperanan sebagai pembimbing kepada para murid
di sekolah. Tugas bagi memberi bimbingan tidak terletak kepada guru bimbingan dan
kaunseling namun setiap guru di sekolah turut memainkan peranan sebagai guru
pembimbing kepada murid di sekolah.
Peranan guru biasa atau guru mata pelajaran adalah sangat penting dalam
memberikan bimbingan kerana guru biasa adalah guru yang selalu bersemuka atau
berinteraksi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Antara
peranan guru pembimbing adalah membantu murid menyesuaikan diri dari segi jasmani,
emosi, persekitaran dan sosial. Hal ini demikian kerana murid- murid ini melalui perubahan
dari fasa kanak-kanak ke remaja oleh itu guru perlu menjelaskan perubahan yang dialami
agar murid dapat menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran mereka.
Seterusnya guru biasa juga berperanan dalam dalam membantu murid dalam proses
pembelajaran. Sekiranya murid menghadapi masalah dalam mata pelajaran tertentu, guru
bagi subjek tersebut bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan agar murid tersebut
dapat menyelesaikan masalah berkaitan mata pelajaran tersebut. Tahap kognitif dan cara
pembelajaran murid adalah berbeza hal ini demikian guru perlu menggunakan pendekatan
serta kaedah untuk membimbing murid bagi memahami pengajaran yang disampaikan oleh
guru.
Selain itu, guru biasa juga turut berperanan memberikan kesedaran positif kepada
murid dalam akademik. Sesetengah murid tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya
pelajaran dalam menentukan masa depan mereka kerana menganggap pergi ke sekolah
hanyalah rutin harian. Terdapat juga murid hanya cemerlang dalam aspek tertentu sahaja
menyebabkan pencapaian mereka tidak seimbang antara akademik dan kokurikulum. Hal
yang demikian, guru biasa memainkan peranan memberikan kesedaran agar murid dapat
mengubah pendirian mereka ke arah yang positif.
Di samping itu juga, guru pembimbing juga perlu memupuk nilai dan disiplin dalam
diri murid. Pembentukan nilai dan disiplin dalam diri murid memberi kesan positif dalam
membina personaliti dan tingkah laku. Gejala sosial yang kian meningkat pada masa kini
adalah kerana individu tidak diterapkan dengan disiplin dan nilai yang membentuk jati diri
untuk mengelak daripada terjebak dalam masalah sosial yang berleluasa. Guru pembimbing
perlu menetapkan peraturan dalam kelas, menegur tingkah laku negatif dan peka terhadap
perubahan murid. Penekanan haruslah diberikan agar ianya dapat diterapkan dari peringkat
awal dab diamalkan oleh murid.

Seterusnya, guru pembimbing juga perlu kerap merujuk kepada guru bimbingan dan
kaunseling serta ibu bapa murid dalam menangani masalah yang dihadapi oleh murid. Guru
boleh meminta pendapat dan pandangan bagi menangani masalah yang dihadapi dan
tindakan yang boleh diambil seterusnya. Kemudian, guru pembimbing perlu memaklumkan
perkembangan murid mereka kepada ibu bapa murid dan perlu mewujudkan kerjasama
dalam membantu dan menangani isu yang dihadapi di sekolah.
Kesimpulannya, guru biasa turut memainkan peranan yang penting dalam
memberikan bimbingan kepada murid. Peranan guru pembimbing bukan hanya terletak
pada guru bimbingan dan kaunseling namun semua guru di sekolah dalam membantu
menangani permasalahan yang dihadapi oleh murid.

Kekuatan dan Kelemahan Perlaksanaan Inventori


Kekuatan:
Perlaksanaan inventori ini memberikan gambaran kepada murid mengenai kerjaya
yang boleh diceburi oleh mereka berdasarkan personaliti dan kecenderungan mereka.
Setelah mengenal pasti personaliti yang dimiliki, murid dapat menentukan aliran dan subjek
yang perlu difokuskan bagi menceburi sesuatu kerjaya berdasarkan personaliti mereka.

Kelemahan:
Kelemahan yang dikenal pasti adalah perlaksanaan inventori ini tidak dapat menilai
sepenuhnya minat dan kecenderungan serta personaliti murid kerana bagi murid sekolah
rendah, minat dan kecenderungan masih belum diterokai sepenuhnya dan pengalaman
mereka adalah terhad. Hal yang demikian, mereka masih belum dapat membuat penilaian
yang tepat untuk menentukan kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka. Di samping itu,
inventori SDS ini menggunakan terma yang sukar difahami dengan tahap murid sekolah
rendah seperti perbezaan antara automekanik dan mekanik yang mengelirukan murid.

Anda mungkin juga menyukai