Anda di halaman 1dari 6

1.

Pendahuluan
Kepesatan pembangunan sains dan teknologi memperlihatkan pelbagai penemuan baru

yang lebih moden dan canggih. Melihat kepada sejarah, kegemilangan tamadun manusia banyak
dipengaruhi oleh kehebatan sains dan teknologi yang dimiliki oleh mereka. Contoh yang jelas
dan masih boleh dilihat sehingga kini ialah kehebatan Tamadun Mesir Purba. Sehingga kini
binaan piramid yang dibina ribuan tahun dahulu masih tegap dan berdiri teguh serta terus
menarik minat para pengkaji untuk mengkaji bagaimana binaan unik tersebut dapat ditegakkan.
Begitu juga dengan kekuatan Tamadun China yang membina Tembok Besar masih dikunjungi
pelancong sehingga ke hari ini. Apa yang menarik untuk difikirkan ialah kekuatan sains dan
teknologi yang mereka miliki. Dari kehebatan sejarah sains dan teknologi lampau itu
menyumbangkan kepada revolusi sains dan teknologi pada masa kini dan juga pada masa
hadapan.
Berdasarkan kepada video dokumentari The World's Future Megaprojects (2015-2030's),
dapat dilihat perkembangan sains dan teknologi pada masa kini amat mengkagumkan di mana
perkara yang tidak terfikir pada suatu masa dahulu boleh dibina dengan sistematik, menarik dan
vibrant. Kebanyakkan projek mega yang masih dalam pembinaan tersebut merupakan projek
yang menelan kos berbilion-bilion dan berisiko serta memakan jangka masa yang agak lama.
Namun dengan ada kepakaran sains dan teknologi, visi yang outstanding serta peruntukkan
modal, hal ini menarik untuk disaksikan apabila projek-projek mega tersebut siap sepenuhnya
nanti.

2.0

Tujuan utama pembangunan projek-projek mega


Kebanyakkan projek-projek mega yang dibangunkan adalah lebih terarah kepada sistem

hub pengangkutan awam dan kargo yang merangkumi pengangkutan darat, udara dan air.
Sebagai contoh pembinaan Dubai World Central Airport (United Arab Emirates), Tokyo-Osaka
Maglev Train (Japan), The Grand Canal (Nicaragua) dan National Trunk Highway System
(China) adalah untuk mewujudkan sistem jaringan pengangkutan yang efisyen. Selain itu,
kawasan Bandar baru ataupun Bandar Pada Masa Hadapan juga menjadi elemen utama dalam
pembangunan projek-projek mega tersebut seperti Songdo International Business District (South
1

Korea), Masdar City (United Arab Emirates), World's Tallest Building (Azerbaijan), DelhiMumbai Industrial Corridor (India), King Abdullah Economic City (Saudi Arabia) bertujuan
untuk meningkatkan kelestarian hidup dan menjana ekonomi baru.
Tujuan utama pembangunan projek-projek mega ini adalah untuk meningkat taraf hidup
masyarakat (Advancing Society) kepada yang lebih baik dan mampan. Infrastruktur yang
disediakan dalam sesuatu projek tersebut memberi kemudahan dan keselesaan kepada
masyarakat dalam urusan harian mereka serta jangka masa panjang. Selain meningkatkan taraf
hidup masyarakat, tujuan utama lain adalah untuk memenuhi keperluan perkembangan semasa
ekonomi dunia (world economy growth). Kebanyakkan Negara yang membangunakan projek
mega tersebut merupakan kuasa ekonomi utama dunia yang sedang berkembang pesat dan
berlumba sesama mereka. Pembangunan mega projek ini dapat menampung permintaan dan
penawaran ekonomi semasa serta pada masa hadapan iaitu dengan menarik pelabur-pelabur
tempatan dan juga pelabur dari luar.
3.0

Faktor-faktor penyumbang kepada perancangan & pembangunan projek mega.


Projek-projek mega memerlukan perancangan yang rapi untuk dibangunkan kerana ia

banyak memberi impak kepada masyarakat dan juga alam sekitar. Berdasarkan kepada
pemahaman dari video dokumentari tersebut, terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan
kepada wujudnya idea untuk merancang dan membangunkan projek-projek mega berdasarkan
kemajuan sains dan teknologi terkini. Antaranya faktor utama ialah persaingan kemajuan dan
kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Setiap negara yang membangunkan projek mega
akan mempamerkan kemampuan dan kepakaran mereka dalam sains dan teknologi. Mereka
mengadaptasi teknologi dalam projek mega mereka sebagai elemen utama selain menitiberatkan
aspek kelestarian dalam apa jua program yang dilaksanakan yang menyumbangkan kepada
model future city kepada negara pesaing. Sebagai contoh, Masdar City, UEA dikenali sebagai
Firstzero Carbon And Waste City. Manakala Songdo International Business District (South
Korea) mengaplikasikan rangkaian informasi melalui teknologi computer.
Faktor kedua adalah lebih mementingkan taraf pembangunan sosial masyarakat.
Pembangunan jaringan pengangkutan awam adalah bertujuan memudahkan perhubungan antara
masyarakat, menjimatkan masa antara satu tempat ke satu tempat lain serta memberi keselesaan.
2

Pewujudkan kawasan ekonomi baru juga bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat di samping untuk menguasai dan meluaskan pengaruh ekonomi.
4.0

Infrastruktur Dan Kemudahan-Kemudahan Utama Projek-Projek Mega


Kebanyakkan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan utama dalam projek-projek mega

adalah melibatkan sistem jaringan pengangkutan awam seperti jalan raya, laluan kereta api laju
lapangan terbang dan juga pelabuhan. Hal ini kerana infrastruktur ini memainkan peranan
penting dalam membangunkan sesuatu projek mega dengan menghubungkan antara elemenelemen utama pembangunan tersebut.
Selain itu juga, komponen pembangunan Bandar seperti kawasan komersial/perniagaan,
pejabat, hotel-hotel mewah, institusi pendidikan dan sebagainya direka dan dirancang dengan
rapi dan strategik yang mana akan memberi nilai tambah kepada projek tersebut.

Tokyo-Osaka Maglev Train (Japan)

National Trunk Highway System (China)

Dubai World Central Airport (U. Arab Emirates)

Songdo International Business District (S. Korea)

The Grand Canal and Port (Nicaragua)

Masdar City (United Arab Emirates)

Kesan penyediaan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan ini secara langsung memberi


manfaat yang besar kepada masyarakat setempat. Masyarakat setempat mempunyai pilihan untuk
bergerak ke destinasi lain dan disamping dapat menarik pelancong luar untuk berkunjung dan
merasai pengalaman disini. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik pelabur untuk melabur
dan seterusnya aktiviti ekonomi setempat akan berkembang pesat.

5.0

Kebaikan-kebaikan dan keburukan hasil daripada pembangunan projek-projek


4

mega tersebut kepada agama, ekonomi, sosial dan politik.


Tidak dinafikan projek-projek mega banyak memberi kesan sama ada positif atau negatif.
Dari segi kesan kepada agama, selagi pembangunan projek mega tersebut tidak melanggar
syariat islam dan tidak memudaratkan mahluk lain, ia tidak menjadi halangan malah memberi
impak kepada pembangunan memartabatkan agama itu sendiri yang menggalakkan sains dan
teknologi. Dari segi ekonomi pula, sudah tentu projek mega ini akan memberi impak dan
menjana ekonomi setempat. Ia banyak memberi kebaikan dari keburukan kerana setiap pelaburan
yang masuk akan menjana pendapatan untuk masyarakat setempat serta berlaku perkongsian
ilmu sains dan teknologi.
Dari sudut sosial pula, ia bergantung kepada tahap kematangan masyarakat tersebut.
Proses mengadaptasi sesuatu kemajuan akan menyerlahkan kemajuan pemikiran masyarakat
tersebut. Ia juga mampu meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosial. Manakala dari sudut politik,
kejayaan melaksanakan projek mega ini akan mencerminkan pentadbiran yang cekap, mantap
dan telus. Jika sesuatu projek itu mempunyai masalah ia menampakkan terdapat unsur-unsur
ketidaktelusan dalam pentadbiran dan akan memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat
dan seteru politik.

6.0

Perkembangan pembangunan projek-projek mega tersebut pada tahun 2016 serta


faktor-faktor yang merangsang atau memperlahankan pembangunan projek.
Berdasarkan kepada video dokumentari tersebut,

kebanyakkan projek-projek mega

sedang dalam pembinaan. Projek-projek mega berisiko kerana tempoh pembangunannya


memakan masa yang agak lama. Semasa dalam tempoh pembinaan, banyak perkara boleh
berlaku. Kesan dari itu akan menyebabkan kelancaran sesuatu pembangunan. Antara risiko atau
faktor yang meransang atau memperlahankan pembangunan projek ialah faktor keadaan ekonomi
semasa. Jika ekonomi semasa dalam keadaan baik atau berkembang pesat maka pembangunan
yang dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan. Jika berlaku kemelesatan ekonomi atau
kenaikan harga barang binaan ia akan menyebabkan proses pembangunan akan tergendala
disebabkan oleh global financial melt down seperti yang terjadi semasa tahun 2008/2009. Hal
ini tidak dapat diramal. Hanya pengurusan yang cekap dapat melepasi cabaran tersebut.
5

7.0

Penutup
Sebagai kesimpulan, pembangunan projek-projek mega merupakan simbol kemajuan dan

kepakaran dalam bidang sains dan teknologi terkini yang dimiliki oleh sesetengah negara.
Keupayaan dalam mengadaptasi teknologi dalam kehidupan dapat memudahkan dan
melancarkan urusan. Penggunaan sains dan teknologi dengan betul dan cekap dalam memberi
manfaat kepada agama, ekonomi, sosial dan politik sesuatu Negara. Kerakusan dalam
penggunaan teknologi ironinya juga boleh memakan diri sendiri jika tiada pengawalan dan
batasan.