Anda di halaman 1dari 7

KISAH TIGA SAHABAT YANG DIPULAUKAN

Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan ke Tabuk boleh dikatakan banyak
juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba
mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
Kata mereka: Janganlah berpergian dalam keadaan panas (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)
Allah s.w.t. menjawab: API NERAKA LEBIH PANAS LAGI

Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan tadi, hanya tiga
orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal
bin Umayyah dan Kaab bin Malik.

Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya kerana buah-buah tamar
dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lainlain peperangan terdahulu daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang
sedang dihadapi.

Disini dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t.. Apabila dia
menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal pula dia sibuk
mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu
beberapa ketika lamanya.

Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan yang terdahulu.Ternyata yang
Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t.. Setelah
menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya.
Mengenai Kaab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita Kaab ini
terkandung didalam semua buku-buku Hadis. Katanya:

Semasa berlaku gerakan ke Tabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku mempunyai dua ekor
unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti
tersebut tadi.

Telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu kepada umum
tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya
perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu dan oleh kerana
kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat
diperbuat dengan sempurnanya.

Orang-orang yang bakal memnyertai pergerakan ke Tabuk terlalu banyak sehingga tidak
mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui
nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w..

Pada ketika itu kebun-kebun di Madinah telah penuh dengan buah-buah yang telah masak. Tiaptiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera
Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui
benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang
demikianlah maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai kepengetahuan
saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia
dalam sehari-dua.

Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tugas berlanjutan sehingga tibalah masanya
tentera-tentera Muslimin hampir tiba di Tabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih
juga menangguh-nangguh. Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang tertinggal diMadinah
saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin
dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana sebab-sebab yang
tertentu.

Setibanya Nabi Muhammad s.a.w. ke Tabuk, Baginda s.a.w. pun bertanya: Mengapa aku tidak
melihat Kaab? Jawab salah seorang daripada para sahabat: Ya Nabi Muhammad s.a.w.,
kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia tertinggal
kebelakang. Maaz mencelah sambil berkata: Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah
seorang Mukmin yang sebenar-benarnya. Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah
katapun.

Kaab meneruskan ceritanya:

Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi Muhammad s.a.w.
saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu
yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda
s.a.w. terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada orang-orang
yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan
dan saya membuat keputusan hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan
Nabi Muhammad s.a.w. akan singgah dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta
beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang munafik
bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi
Muhammad s.a.w. ke Tabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang
diucapkan oelh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah
s.w.t.untuk membereskannya.

Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada
Baginda s.a.w.. Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya ke arah lain.
Saya berkata: Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari saya. Demi Allah s.w.t.,
saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya.

Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya: Apa yang menghalangi kamu?
Bukankah kamu telah membeli unta? Saya menjawab: Ya Rasulullah s.a.w., kalau kepada
orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah s.w.t. telah

mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat
memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah s.w.t. akan
memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar
saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya
bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu
hidup saya mewah. Kata Nabi Muhammad s.a.w. Dia sedang bercakap benar. Kemudian
Baginda s.a.w berkata: Pergilah kamu dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi kamu.
Apabila saya meninggalktan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang dari puak saya telah
menyalahi saya kerana telah bercakap benar dihadapan Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum
ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang
sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh Allah s.w.t., yang
demikian itu sudah tentu mencukupi.

Kemudian saya bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka
menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui
kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang mereka ini adalah
penganut-penganut agama Islam yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan
Badar.

Nabi Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan. Tidak ada
seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa
seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang
asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi Muhammad s.a.w. tidak
akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda s.a.w. wafat sudah tentu
pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan berterusan sehingga keakhir hayat saya.

Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan
saya memberanikan diri dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya
tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri menghampiri Nabi
Muhammad s.a.w. sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh
harapan. Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan solat sunnat
berhampiran dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda s.a.w.
akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w. memandangkan saya semasa berada dalam
sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya dari saya.

Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai pemulauan sosial yang
dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok kebun sepupu saya, Qatadah. Saya
mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab.

Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya:Engkau tahu atau
tidak yang aku mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya? Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak
tiga kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia menjawab: Hanya Allah s.w.t.dan RasulNya
yang mengetahui. Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya.

Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya terpandang akan seorang
Kristian bangsa Mesir yang telah datang dari Sham. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari
saya. Apabila orang ramai disitu menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil
menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Kristian yang memerintah Ghassan. Surat itu
berbunyi: Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu.
Allah s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu
menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu.

Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan: INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI
RAJIUN. Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan
murtad. Saya tidak dapat membayangkan sbegala kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan
serta merta saya mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan
Nabi Muhammad s.a.w.

Kata saya: Ya Rasulullah s.a.w., saya telah tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat
dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad.

Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan, seorang utusan Nabi Muhammad s.a.w.
mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari Nabi Muhammad s.a.w. Saya
diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri
saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpsah dari isteri saya. Perintah yang

sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya kepada isteri saya:Pergilah
kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah s.w.t. menetukan sesuatu bagiku.
Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada
Baginda s.a.w: Ya Rasulllah, Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku
meninggalkannya sudah tentu dia akan mati.

Izinkan aku supaya menjagainya. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: Baiklah tetapi jangan
melakukan perhubungan jenis. Kata isteri Hilal: Ya Rasulullah, dia sudah tidak ada keinginan
semenjak pemulauan dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis.
Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi
Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan
berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak
berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan ke atas
kami selama lima puluh hari.

Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah saya, setelah
melakukan Solat Faja, saya terdengar ortang menjerit dari kemuncak bukit Salak. Ada berita
gembira buat kamu ya Kaab. Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud
dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang saya telah
perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w. mengistiharkan
keampunan Allah s.w.t. kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu.

Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana
kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat dibadan saya
kepada pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai miliki pakaian yang sedang saya
pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan
memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..

Apabila saya tiba dimasjid orang-orang yang sedang berbual-bual dengan Rasulullah s.a.w.
datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang mulamula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan salam
kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan.

Saya berkata kepada Baginda s.a.w. : Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan
semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima
taubat saya.

Baginda s.a.w.. berkata: Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk
kepentingan dirimu. Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi
dalam Peperangan Khaibar.

Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada
setiap masa.

1001 Sirah Nabi Muhammad