Anda di halaman 1dari 1

MEDIA PENGAJARAN SMART BOARD DAPAT MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Papan Elektronik lebih biasa dipanggil Smart Board atau Interactive White
Board. Papan jenis ini berciri interaktif dan merupakan sejenis papan putih yang
memaparkan imej daripada monitor komputer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu
papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang
berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui
menyentuh permukaan papan elektronik ini. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan
jari kita ataupun dengan menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini.

Smart Board memberi banyak faedah kepada para guru daripada pelbagai segi.
Antara kelebihan menggunakan teknologi interaktif seperti Smart Board termasuklah
penetapan gaya pembelajaran yang berbeza. Ia boleh digunakan oleh pelajar yang
mempunyai kemahiran motor terhad. Halaman-halaman tertentu boleh disimpan, dicetak, di
e-mail atau dimuat naik ke laman web. Tanpa penggunaan Smart Board, guru hanya
memberikan nota berbentuk Power Point, perlu meninggalkan sebarang nota berdasarkan
komen yang dibuat pada waktu kelas. Saya membayangkan penggunaan Smart Board
menjadi popular di sekolah. Pelajar semestinya akan teruja untuk berinteraksi dengan
teknologi semasa memahami kandungan pengajaran serta menjawab soalan-soalan yang
disediakan.

Pembelajaran melalui Smart Board merupakan sejenis proses pembelajaran yang


baru selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu dalam bidang
ICT. Smart Board dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran kerana proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif kerana papan putih ini dapat disentuh
dan digunakan secara maksima untuk aplikasi proses pengajaran dan pembelajaran.