Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong manakala dari sudut syara ialah
hukuman
balas
bagi
kesalahan
membunuh
dibalas
dengan
bunuh,
menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau
mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang
dilakukannya.
JENIS-JENIS JENAYAH QISAS
1) Membunuh dengan sengaja
2) Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja
3) Melukakan orang lain dengan sengaja
SYARAT-SYARAT DIJATUHKAN HUKUMAN QISAS
1) Pembunuhan secara sengaja
2) Pembunuhan berpunca dari permusuhan
3) Pertanggungjawaban penjenayah
a. Seorang yang sudah baligh
b. Seorang yang waras
c. Membunuh dengan kehendak sendiri dan bukan paksaan
d. Pembunuh mesti mengetahui hukum haramnya membunuh
HUKUMAN TERHADAP JENAYAH QISAS
Qisas hendaklah dilakukan terhadap penjeayah dengan hukuman yang sama
sepertimana dia melakukan kepada mangsanya iaitu membunuh dibalas dengan
bunuh, melukakan dibalas dengan melukakan manakala mencederakan juga
dibalas dengan mencederakan.