Anda di halaman 1dari 6

6.

DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

BIL

PERKARA

Murid bertanya kepada guru

2
3

Murid berbincang dengan


rakan
Murid tidak fokus
menjawab
Murid tidak mahu

Lembaran

Lembaran

Lembaran

Ujian

Kerja 1

Kerja 2

Kerja 3

Bertulis

menjawab soalan yang

diberikan
1.0 Pemerhatian

Jadual 1.0 : Pemerhatian Terhadap Sikap Murid (Keseluruhan)


Pemerhatian telah dibuat ke atas para pelajar seperti yang dicatatkan dalam Jadual 1.0.
Pemerhatian tersebut adalah merupakan apa yang diperhatikan sepanjang pengkaji
menjalankan kajian terhadap sikap murid sepanjang menjawab soalan-soalan yang telah
diberikan pengkaji.
Pada peringkat awal kajian dilaksanakan,

murid masih gemar bertanya kepada

pengkaji memandangkan mereka tidak tahu dan tidak yakin dengan hasil langkah kerja yang
dilakukan. Di samping itu juga, murid berbincang atau meniru rakan yang hampir dengan
mereka untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Walau bagaimanapun, terdapat seorang murid C iaitu Aida tidak memahami konsep
penolakan dengan baik ketika menjawab lembaran kerja 1 sehingga murid tersebut tidak
menumpukan perhatian ketika menjawabnya dan akhirnya murid tersebut mendapat markah
yang terendah dalam latihan yang diberikan. Namun begitu, pada akhir kajian setiap murid

menunjukkan kefahaman serta lebih berminat untuk menjawab soalan latihan serta ujian yang
diberikan oleh pengkaji.
Selain itu, melalui pemerhatian saya murid masih lagi bergantungan kepada guru
semasa menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2. Hal ini
mungkin terdapat dua daripada empat orang murid iaitu murid C (Aida) dan Murid B
(Dayana) masih lemah dalam penguasaan kaedah yang saya perkenalkan kepada mereka.
Mereka lemah membuat penolakan pecahan nombor bercampur yang melibatkan
pengumpulan semula.
Selain itu, melalui senarai semak di atas kesemua murid kajian saya tidak mahu
menjawab soalan yang diberikan dalam lembaran kerja 2. Hal ini kerana soalan ketiga dalam
lembaran kerja tersebut tidak pernah dijawab oleh mereka pada lembaran kerja yang
sebelumnya. Saya juga tidak menunjukkan contoh soalan dalam penerangan pengajaran dan
pembelajaran saya yang melibatkan penolakan nombor bulat dengan pecahan nombor
bercampur. Oleh itu, murid hanya meninggalkan ruang kosong tanpa cuba menjawab soalan
tersebut dalam ruangan yang disediakan.

2.0 Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang saya gunakan adalah berbentuk lembaran kerja serta ujian
yang diberikan kepada murid. Saya telah mengumpulkan hasil lembaran kerja mereka yang
pertama, kedua dan ketiga untuk melihat perkembangan penguasaan kemahiran penolakan
pecahan nombor bercampur dalam kalangan murid yang dikaji. Kedua-dua lembaran kerja ini
diberikan mengikut hari dan masa yang berbeza untuk melihat keberkesanan kaedah yang
dilaksanakan. Lembaran kerja kedua dan ketiga mengandungi soalan-soalan yang sama,
namun diberikan pada tarikh yang berbeza.
Semasa analisis dokumen dilakukan, saya telah melabelkan bahagian data dengan
kategori masalah yang dihadapi oleh keempat-empat orang murid mengikut kod yang telah
ditetapkan berdasarkan lembaran kerja mereka. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan contoh bagi
lembaran kerja pertama yang dilakukan oleh Murid A iaitu Najwa.

Rajah 1.0: Kesalahan yang dilakukan oleh Murid A ( Najwa) dalam LK1
Seterusnya, saya mengekod masalahnya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.0.
Kod yang saya gunakan adalah seperti 1/N/2 adalah mengikut urutan iaitu kategori
masalah/huruf pertama nama murid/nombor lembaran kerja.

Nama peserta : Wan Nornajwa (Murid A)

Kategori

Masalah

Kesalahan penolakan nombor pecahan

Kesalahan penolakan nombor bulat

Tandakan
() jika
ada

Lembaran
Kerja

Kod

pertama

2/N/1

Kedua

3/N/2

Kedua

4/N/2

Ketiga

5/N/3

Kesalahan melakukan pecahan setara


3

bagi nombor pecahan berbeza


penyebut
Kesilapan mengumpul semula

pecahan nombor bercampur

Kecuaian

Jadual 2.0: Contoh pengekodan masalah peserta murid A(Najwa)


Saya turut membuat pengekodan tentang bilangan soalan yang telah dijawab dengan
betul oleh setiap murid berdasarkan lembaran kerja mereka serta ujian bertulis. Lembaran
kerja yang pertama mengandungi 10 soalan, manakala lembaran kerja kedua dan ketiga
mengandungi 12 soalan. Ujian bertulis pula hanya mengandungi 6 soalan sahaja. Bilangan
jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberikan kepada murid juga direkodkan dalam
bentuk peratusan bagi melihat peningkatan prestasi murid dalam menguasai kemahiran
penolakan pecahan nombor bercampur ini. (sila rujuk Jadual 3.0).
Pengekodan ini boleh membantu pengkaji untuk mengenalpasti kesalahan dan
masalah

yang dilakukan oleh setiap murid mengikut lembaran kerja serta ujian yang

diberikan supaya guru boleh membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid selepas
menyemak jawapan yang diberikan. Oleh itu, murid dapat meminumumkan kesalahan yang
akan dibuat semasa menjawab soalan yang diberikan pada masa hadapan.

Bilangan soalan yang betul


Nama

Markah (%)

Gred

LK
1

LK2

LK3

LK1

LK2

LK3

LK1

LK2

LK3

Murid A
(Dayana)

12

90

75

100

100

Murid B
(Najwa)

10

11

80

83

92

83

Murid C
(Aida Izati)

11

30

59

92

100

Murid D
(Hafif)

11

90

92

75

100

Jadual 3.0 :Jumlah soalan yang betul berserta marakah dan gred mengikut jenis soalan
120
100
80
Murid A
Murid B

60

Murid C
Murid D

40
20
0
LK1

LK2

LK3

Ujian Akhir

Rajah 2,0: Graf menunjukkan catatan markah bagi setiap soalan


Berdasarkan Jadual 3.0 dan Rajah 2.0, berlaku peningkatan dari segi catatan markah
yang dikumpul oleh murid sepanjang menjawab soalan-soalan lembaran kerja yang telah
diberikan. Graf yang ditunjukkan dalam Rajah 2.0 menunjukkan bahawa peningkatan graf
secara mendadak bagi Murid C serta bagi murid yang lain menunjukkan peningkatan markah
yang setara. Ini jelas menyatakan bahawa murid telah menguasai kemahiran penolakan
pecahan nombor bercampur dengan menggunakan kaedah Kotak WN-FN dengan baik.
Manakala dalam ujian akhir yang diberikan murid 3 daripada 4 orang murid mendapat
100% markah dengan menunjukkan jawapan dan langkah yang betul. Hanya murid B
mendapat satu jawapan yang salah, walau bagaimanapun saya mengenalpasti bahawa
kesalahan yang dilakukan murid tersebut adalah disebabkan kecuaian dalam penolakan
pecaham yang melibatkan pengumpulan semula.
Keseluruhannya murid mencatakan peningkatan yang ketara walaupun terdapat
seorang murid D iaitu Hafif mencatat markah yang rendah dalam LK3. Hal ini kerana soalan
di dalam LK2 dan LK3 adalah soalan yang sama. Minat murid D menurun dan seterusnya
menganggu tumpuan murid tersebut ketika menjawab LK3 yang diberikan oleh saya.

Anda mungkin juga menyukai