Anda di halaman 1dari 5

Racun Organik

Cara terbaik melindungi tanaman dari serangan makhluk perosak adalah mengawal atau
penyelenggaraan. Sama ada dengan mengguna racun kimia atau organik semburan hendaklah
dilakukan dengan mengikut jadual tanpa mengira serangan telah bermula atau belum.
Sekiranya tunggu hingga populasi serangga telah membiak baru mau buat semburan dikuatiri
akan menjejaskan hasil tanaman dan semburan tidak berkesan.
Di sini saya akan jelaskan cara menyenggara tanaman dengan mengguna bahan bahan
organik. Cara untuk penyediaan bahan berkenaan, berikutan senarai jenis serangga perosak
ini.
Serangga jenis mengunyah

Kumbang

Siput

Belalang

Kupu-kupu

Ulat Bulu

Lintah Bulan

Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit)

Aphis @ Aphid @ kutu Daun

Kulat Putih

Koya

Pianggang Teritip (Scaler)

Penyediaan bahan Larutan stok


1 liter Air
1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur
1 Sudu besar sabun basuh
4 6 Ulas bawang putih ( ditumbuk )
Langkah
Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
Tumbuk 4 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
Setelah dikacau , tapiskan
Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.
Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak
(hancurkan ) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda
perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk
kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada kepada suri rumah atau
penggemar landskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain
bagi tujuan kawalan serangga perosak dalam kuantiti yang besar adalah:

Ekstrak bawang
Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gm bawang dalam
1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)


Untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air.
Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak halia
Kawalan penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali
seminggu.

Ekstrak daun Neem (semambu)


Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem
yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan
tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
Ekstrak bawang putih
Juga untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm
bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air.
Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan.
Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.
Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang
rendah, saya percaya penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati
akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya. Paling penting, ia
murah, mudah dan senang.

Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan
kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Di sini saya ingin
menunjukkan cara yang mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik
yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Selain itu, kerap juga mendengar mengenai cara penggunaan racun perosak berasaskan bahan
kimia yang tidak betul serta boleh mengundang bahaya jika salah menggunakan serta cara
penyimpanan.
Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di
tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat
salah penggunaan bahan kimia ini.
Konsep yang saya ketengahkan disini adalah mencegah lebih baik daripada merawat.
Berikut adalah jenis-jenis serangga perosak tanaman yang biasa kita jumpa di tanaman:Serangga Jenis Mengunyah
1. Kumbang
2. Belalang
3. Kupu-Kupu
4. Ulat Bulu
5. Siput
6. Lintah Bulan
Serangga Jenis Menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
1. Aphis @ Aphid @ Kutu Daun
2. Koya
3. Pianggang
4. Kutu Thrip
5. Kulat Putih @ Hamama
Penyediaan Larutan Stok
1 liter air
1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur

1 sudu besar sabun basuh

4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara Penyediaan
1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
2. Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi
3. Setelah dikacau, tapiskan
4. Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air (1:4)

Bagi serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cilia api (hancurkan) atau lada
hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan
beberapa titis minyak lestari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan
ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada suri rumah atau penggemar lanskap
dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan
serangga dalam kuantiti yang besar adalah:Ekstrak Bawang
Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gram bawang
dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.
Campuran Minyak Kayu Putih (Tea Tree Mixture)
Untuk mengawal penyakit lecuh pangkal. Campur 5ml minyak kayu putih ke dalam 10-20
liter air. Gunakan dengan basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).
Ekstrak Halia
Untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gram halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3
kali seminggu.
Ekstrak Daun Neem (Semambu)
Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, trip dan lalat putih. Campurkan 2 Kg daun Neem
yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman
dan tapis. (hasilnya dalam bentuk serbuk). Gunakan mengikut nisbah 1:3- jika anda membuat
patinya sebanyak 1 liter maka campurkan dengan 3 liter air dan semburkan ke pokok.
Ekstrak Bawang Putih
Juga untuk kawalan vector seperti kutu daun dan trip serta lalat putih. Campurkan 100 gram
bawang putih (dicincang) dalam 500 ml air
Tambahkan 10ml minyak masak dan 10gram sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan.
Untuk semburan, campurkan larutan bersama air dengan nisbah 1:200. contohnya jika kita
menggunakan 10ml ekstrak pati campurkan dengan 2000 ml air (2 liter).