Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA

PERINGKAT SEKOLAH RENDAH, ZON 3, BAHAGIAN SIBU


Aluan

Dari raub pergi ke pontian,


Terus pula ke kuala perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang ,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perjuangan Menjulang
Pendidikan Sarawak.
Yang Dihormati,
Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana,
Guru-guru, Jawatankuasa Pelaksana, Para Peserta Serta murid-murid
Yang Dikasihi Sekalian.
Alhamdulillah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya dapat kita
bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini iaitu Pertandingan
Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah Zon 3 Bahagian Sibu bagi tahun
2016.
Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan
mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian.
Untuk makluman hadirin,
Seramai 6 orang peserta yang akan bertanding dalam Pertandingan ini.

Perkenalkan
Hakim & Penjaga
masa

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebentar lagi kita akan mulakan pertandingan. Sebelum pertandingan
bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan panel hakim
pertandingan.
Yang pertama, Puan Rabiah Bt Hj Bohari
Selaku ketua Hakim.
Panel hakim yang kedua ialah En Halim Hamid.
Dan panel hakim yang ketiga ialah En Ramlan Bin Anis.
Dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah muktamad dan
sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Penjaga masa pertandingan ialah Pn Norziela.


Setelah cukup tempoh masa yang diperuntukkan, penjaga masa akan
menekan loceng sebanyak dua kali.
Baca syarat
pertandingan

Seterusnya, izikan saya untuk membaca peraturan pertandingan. Mohon


para peserta mengambil perhatian.

Pertandingan
Bermula
Bahagian 1

Hadirin yang dihormati sekalian,


Pertandingan Pidato Piala Diraja bahagian pertama dimulakan dengan
Pertandingan Pidato Piala DiRaja dimulakan dengan menjemput peserta
pertama, saudara/i ............................................. Mewakili
sekolah ..............................................
Demikian pidato penuh semangat peserta pertama.
Seterusnya majlis mempersilakan peserta kedua dari
sekolah ........................ Saudara/i ...............................................
Terima kasih. Satu penyampaian pidato yang mengkagumkan.
Kini tiba giliran peserta ketiga. Saudara/i .............................................
Mewakili sekolah ..............................................
Banyak mesej yang dapat kita renungkan dari pemidato ketiga tadi.
Nampaknya saingan kian hangat.
Hadirin hadirat.
Mari kita tumpukan perhatian terhadap peserta pidato yang keempat
dari sekolah ........................ Saudara/i ...............................................
Terima kasih. Satu penyampaian pidato yang hebat. Kini tiba giliran
peserta kelima. Saudara/i ............................................. Mewakili
sekolah ..............................................
Demikian pidato penuh kata-kata hikmah daripada peserta kelima.
Seterusnya majlis mempersilakan peserta keenam dari
sekolah ........................ Saudara/i ...............................................
Terima kasih peserta keenam yang merupakan peserta terakhir.
Dengan berakhirnya pidato dari peserta keenam, maka berakhirlah
Pertandingan Pidato Piala Diraya bahagian pertama.
Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula pada
jam ...................... pagi.

Pertandingan
Bermula
Bahagian 2

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Sebentar lagi akan dimulakan Pidato Bahagian Kedua iaitu Pidato
Spontan.

Bagi pidato bahagian B ini, para peserta dikehendaki memilih 1


daripada ............... sampul yang mengandungi tajuk-tajuk tertentu. Para
peserta diberi 1 minit untuk bersedia. Para peserta diberi masa 3 minit
untuk menyampaikan pidato masing-masing.
Masa bermula sebaik sahaja peserta mula menyampaikan pidato.
Tanpa melengahkan masa, dijemput peserta pertama untuk memilih
sampul.
Peserta pertama telah memilih sampul nombor ...........
Sampul
no
.................
tajuk ......................................................

Mengandungi

Anda diberi masa 1 minit untuk bersedia.


Dipersilakan
peserta
pertama
untuk
menyampaikan
pidato
bertajuk ......................................................................................................
...........................

Terima
kasih
diucapkan
kepada
adik .................................................................
Dari sekolah ............................................................................ Yang telah
menyampaikan
pidato
bertajuk ...........................................................................
Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka
berakhirlah Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah, Zon 3
Bahagian Sibu Bagi Tahun 2016.
Debaran kian memuncak. Peserta manakah yang akan menyandang
gelaran johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah, Zon 3
Bahagian Sibu Bagi Tahun 2016?
Sama-sama kita nantikan keputusannya sebentar lagi.
Kita beri masa kepada panel hakim untuk memuktamadkan keputusan.
Ulasan Hakim

Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita
menjemput ketua hakim Pn Rabiah Bt Hj Bohari untuk menyampaikan
rumusan keseluruhan Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah,
Zon 3 Bahagian Sibu Bagi Tahun 2016.
Majlis merakamkan terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN PIDATO


PIALA DIRAJA
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH, ZON 3, BAHAGIAN SIBU
Kata Aluan

Bertongkat si buta di atas pematang,


Berenang si kelah di hujung muara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perjuangan Menjulang
Pendidikan Sarawak.
Yang Berusaha
Tuan Hj Damak B Hj Angu, Guru Besar SK Batu 15
Yang Dihormati,
En. Nordin B Hiri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu 15,
merangkap Pengerusi Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah,
Zon 3 Bahagian Sibu 2016.
Yang Dikasihi,
En Suyong Ak Uyak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batu 15,
En Rosman B Mat Jidin Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Batu 15
Guru-guru pengiring, peserta-peserta dan murid-murid yang di hormati
sekalian.
Selamat datang ke Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Piala Diraja
Sekolah Rendah, Zon 3 Bahagian Sibu 2016.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah
kurnianya kita dapat sama-sama berhimpun di sini pada pagi ini.
Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini akan meningkatkan dan
memartabatkan lagi bahasa Melayu, bahasa ibunda kita.

Nyanyian
Negaraku

Bagi memulakan majlis, semua hadirin dipohon berdiri untuk sama-sama


menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Kita, Negaraku. Dipersilakan.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati sekalian.

Dengan harapan semoga majlis kita pada pagi ini akan berjalan dengan
lancar dan dirahmati Yang Maha Esa, majlis menjemput Al-Fadhil
Ustaz .............................................................................. untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(bacaan doa)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil
Ustaz ........................................................................ untuk bacaan doa
sebentar tadi.
Ulasan Hakim

Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita
menjemput ketua hakim Pn Rabiah Bt Hj Bohari untuk menyampaikan
rumusan keseluruhan Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah,
Zon 3 Bahagian Sibu Bagi Tahun 2016.
Majlis merakamkan terima kasih.

Ucapan
Perasmian

Seterusnya adalah ucapan perasmian penutupan.


Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En
Damak B Hj Angu, Guru Besar SK Batu 15, merangkap Penasihat
Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah, Zon 3 Bahagian Sibu
2016 untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
(ucapan perasmian)
Demikianlah tadi ucapan perasmian penutupan oleh Yang Berusaha En
Damak B Hj Angu. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Maka dengan ini, rasmilah sudah Pertandingan Pidato Piala Diraja
Sekolah Rendah, Zon 3 Bahagian Sibu 2016.

Cenderahati
Hakim & Guru
Pengiring

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan


dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan
masa, pihak penganjur menyediakan cenderahati yang tidak seberapa.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh hormat dan
takzimnya mempersilakan Yang Dihormati En Nordin Bin Hiri, bagi
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha En Damak Bin Hj Angu, untuk
menyampaikan sijil dan cenderahati kepada barisan panel hakim.
Dijemput Ketua Hakim, Puan Rabiah Bt Hj Bohari untuk menerima
cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
Seterusnya dijemput En Halim Hamid. Dan Dijemput En Ramlan Bin Anis.
Seterusnya
penyampaian
Dijemput..........

Penyampaian
Hadiah

cenderahti

untuk

Guru

Pengiring.

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih.
Warga dewan yang dimuliakan,

Sejajar meranti di tanah rendah,


Mencelah berangan tegak merendang
Keputusan dinanti di tangan sudah,
Adat pertandingan ada pemenang .
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian piala dan sijil kepada
peserta-peserta Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah, Zon 3
Bahagian Sibu Bagi Tahun 2016.
Pemenang tempat ketiga dipersilakan
saudara/saudari .................................. dari sekolah ...............................
Membawa pulang trof dan sijil penyertaan.
Naib johan dipersilakan saudara/saudari ...................................................
dari sekolah .................................... Membawa pulang trof dan sijil
penyertaan.
Dan johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah, Zon 3
Bahagian Sibu Bagi Tahun 2016, telah disandang oleh
saudara/saudari ................. dari sekolah............... Membawa pulang trof
dan sijil penyertaan.
Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah juga kepada pesertapeserta yang telah mengambil bahagian.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Damak B Hj Angu atas
penyampaian hadiah itu tadi.
Penutup

Hadirin yang dihormati sekalian,


Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu
tadi, kita telah pun berada di penghujung majlis. Saya bagi pihak majlis,
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan dan salah
silap sepanjang majlis ini berlangsung.
Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur berbaja;
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.
Sebarang kelemahan harap dimaaf
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih daun keladi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Mudik ke Serada berperahu payang,
Sambil menantang bunga setanggi;
Kalau ada usia nan panjang,
Pertandingan mendatang bertemu lagi.
Sekian, wabillahitaufk wal hidayah, assalamualaikum wbt. Terima kasih.
Untuk mengakhiri majlis kita pada hari ini, dijemput para hadirin
untuk berdiri dan sama-sama menyanyikan Lagu Kebesaran
Negeri Sarawak Ibu Pertiwiku.