Anda di halaman 1dari 3

Apa Itu Radiasi?

Pengenalan
Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasi bersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri daripada gelombang-gelombang
elektromagnet dan tenaga magnet yang bergerak seiringan melalui ruang pada kelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi
seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, dan gelombang radio.
Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah
atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.
Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi, perubatan nuklear, rawatan radioterapi
dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk
disesuaikan dengan rawatan terbaik. Sebagai contoh : Rawatan radioterapi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Jenis Radiasi
Terdapat dua jenis radiasi;
1.

Radiasi

Pengion

(Ionizing

Radiation-

IR)

Ia mengandungi tenaga yang secukupnya untuk menghasilkan pengionan. Pengionan adalah proses di mana
elektron-elektron dilucutkan daripada atom dan molekulnya. Interaksinya dengan jirim boleh mengubah tindak balas
kimia pada tubuh badan yang membawa kerosakan pada tisu biologi termasuk kesan ke atas DNA (asid
deoksiribonuklei) atau bahan genetik. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi
pengion.
2.

Radiasi

Bukan

Pengion

(Non-Ionizing

Radiation-

NIR)

Ia tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan pengionan dalam jirim hidup. Ia menyebabkan sedikit
kesan pemanasan, tetapi tidak cukup untuk menyebabkan sebarang kerosaan jangka panjang pada tisu-tisu. Tenaga
radio frekuensi, cahaya nampak dan radiasi mikrogelombang adalah contoh radiasi bukan-mengion. Untuk kekuatan
yang sama, radiasi mengion lebih mampu memberi kesan ke atas kesihatan berbanding radiasi bukan-mengion
disebabkan
oleh
proses
pengionan.

Pengkelasan Radiasi
Pengkelasan radiasi adalah bergantung kepada tenaga, frekuensi dan panjang gelombang yang dimilikinya. Bahan radiasi
yang memiliki tenaga rendah, frekuensi rendah tetapi panjang gelombang yang tinggi dipanggil gelombang elektromagnet yang
tidak mengion (electromagnatic wave). TV, Radio, telefon bimbit dan microwave tergolong dalam gelombang elektromagnet.
Walaubagaimanapun, ramai saintis berpendapat gelombang tersebut tidak membahayakan kesihatan manusia. Ini kerana
tenaga yang dimiliki oleh gelombang elektromagnet adalah rendah dan tidak mengion atom dalam badan.
Infrared merupakan sejenis radiasi yang memiliki frekuensi lebih besar berbanding gelombang elektromagnet. Kemudian diikuti
oleh cahaya nampak (visible light) danultraviolet. Radiasi yang mempunyai tenaga dan frekuensi tinggi adalah sinar-x dan sinar
gamma dan tergolong dalam sinaran mengion. Radiasi seperti ini boleh mengancam kesihatan manusia jika dos yang diterima
melebihi hadnya.

Spektrum Elektromagnet

Punca Radiasi
1.

Secara Semulajadi: seperti dalam Bumi dan dari Kosmik

2.

Buatan Manusia: seperti digunakan dalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan, Perubatan Nuklear dan Radioterapi)

3.

Lain-Lain Punca: seperti kitaran bahan bakar nuklear

Punca-punca Radiasi

Kesan Radiasi
Badan yang terdedah kepada radiasi sebenarnya akan menerima kesan dalam jangka masa singkat dan jangka masa panjang.
Bagaimanapun ia bergantung sebanyak manakah kita terdedah kepada radiasi tersebut. Terdapat dua kesan apabila kita
terdedah kepada radiasi iaitu stochastic effect dan deterministic effect.
Stochastic effect biasanya berlaku dikalangan mereka yang terdedah kepada amaun radiasi yang sedikit dan tidak ada had.
Tetapi kemungkinan mendapat kesan ini akan meningkat dengan meningkatnya amaun radiasi yang diterima. Kesan stokastik
ini tidak dapat dilihat dalam masa terdekat, tetapi akan dapat dikesan dalam jangkamasa panjang seperti pertumbuhan sel
kanser dalam badan.
Deterministic effect merupakan kesan yang boleh dilihat serta merta atau dalam masa singkat selepas terdedah kepada
radiasi. Biasanya amaun radiasi yang terdedah adalah tinggi untuk memberi kesan deterministic ini kepada seseorang.
Sebagai contoh kepada mereka yang menerima kesan ini adalah kulit terbakar. Tetapi deterministic effect ini mempunyai tahap
dipanggil threshold level yang mana kesannya tidak dapat dilihat di bawah dos 0.5 Sv (Sievert).
Secara jelasnya, sukar untuk menyatakan kita tidak akan menerima kesan jika terdedah kepada radiasi walaupun dengan
amaun yang sedikit. Ini kerana kita mungkin akan mendapat stochastic effect yang membawa kepada pembentukan sel kanser
dalam badan. Kesan ini tidak dapat dilihat sekarang tetapi mungkin dalam masa yang akan datang.

Rujukan
1.

Radiation Safety Second Edition 2002, MINT.

2.

IAEA Publications

3.

Sinaran : Asas Kehidupan Manusia oleh Wan Saffey Wan Abdullah, Agensi Nuklear Malaysia.