Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup


masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan
melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Zaba di dalam
bukunya

bertajuk Ilmu

Mengarang

Melayu (1965:

219),

mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua


dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum
telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu.
Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau
Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki
oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding
puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).
Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi
seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah
disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi
dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut,
di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah
(1989: 115) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang
dan

simbol-simbol

daripada

alam

perlu

diketahui

untuk

memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan


dengan

alam

semulajadi

sebagai

perbandingan

dan

perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan


nasihat.

Pantun

dapat

berfungsi

dalam

hampir

setiap

aktiviti

kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114).


Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu
berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian,
nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema
yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam. Oleh
sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di
dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta.
Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang
ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam
sebagai

pembayang. Unsur-unsur

sedemikian

secara

tidak

langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama


dengan alam semulajadi.

Definisi Pantun

Pantun

merupakan

puisi

melayu

yang

paling

popular

jika

berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi


ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk
diteliti,

tidak

kira

pengkaji

tempatan

ataupun

pengkaji

luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat
keasliannya. Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan
dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya
pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan),
bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b,
atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan
sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan
atau karya seseorang.
Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun
berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya.
Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan
persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua
aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang
tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan
pandangan

dunia

berdasarkan
dengan

masyarakat

hubungan makna

pembayang

maksud

Melayu,
antara
sama

dan

yang

pasangan
ada

kedua,

pembayang

secara

konkrit

atau abstrak.

Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun


biasanya

menyentuh

melayu.

Daripada

hampirseluruh
penelitian

kehidupan

terhadap

isi

masyarakat
juga

telah

membawakepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik.


(Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak- kanak, pantun
cinta

dan

kasih

sayang,

telatah

dan

cara

hidup

masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan,


pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan,
pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita
dan sebagainya.

Fungsi Pantun
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti
pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap
pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri.
Dalam

masyarakat

Melayu,

pantun

merupakan

satu

corak

komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu,

dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu


dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan
pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena
sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya
mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang
tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai
atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun.
Keadaan

pantun

dilafaz

menjadi

pertimbangan

dalam

penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh
orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan
salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan
dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun
berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus
dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan
sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang
dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa
fungsi.

1. Untuk mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan
pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih
dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup
dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika
mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau
bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda
atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai
alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti
pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Selain

pantun

nasihat,

pantun

agama

juga

dicipta

oleh

masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang


dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada
semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang
salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

2. Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu


Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih
sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan
sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri
atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan
disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, pujipujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan
rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat
daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu,


Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan


pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada
pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu
bapanya.

3. Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau


terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu
mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat
pantun

Melayu

yang

dicipta

untuk

menyampaikan

rasa

penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah


berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga
sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat


Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi
lebih daripada segalanya.

4. Untuk adat istiadat


Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat
dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan
peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat
istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis
perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau
pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk
menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali
sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam
pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam
majlis merisik sehingga sekarang ini;

Tok Sami ke Teluk Lipat,

Kain sekodi dibawa sama;


Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.

5. Untuk sindiran dan tempelak


Pantun

juga

digunakan

oleh

masyarakat

Melayu

untuk

menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan


bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak
berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat
menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan
dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang
indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan
dan

akhirnya

mencetuskan

pergaduhan

antara

mereka.

Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih


kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

6. Untuk menguji minda


Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran.
Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan
kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun
teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati
ialah;
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?

7. Untuk hiburan
Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan.
Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan
melafazkan pantun-pantun bersifat
Contohnya

seperti

pantun

jenaka

Melayu

lama

atau
di

mengusik.

bawah

yang

sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.

Tuan Puteri memasang panjut,


Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.

Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti


lagu Dondang
Nyonya.

Sayang yang

popular

dalam

kalangan

Baba

Buku Skrap
(Program Pasca UPSR)

Pantun dan
Fungsinya
Nama Ahli
Kumpulan:
1.

Muhammad Hazmee bin Roslan

2. Muhammad Harith Syahmi bin


Nor Pauzan
3. Muhammad Hazeq bin Marjono

Tamat

Penutup

Pantun merupakan warisan masyarakat Melayu turun temurun.


Generasi muda sepatutnya bersyukur dan sentiasa menghargai
warisan ini. Pantun seharusnya sentiasa menjadi sebutan dan
diperkenalkan dari generasi ke generasi agar tidak dilupakan.

Anda mungkin juga menyukai