Anda di halaman 1dari 1

KUMPULAN 5 : JULIYA BINTI OSKAR

ROMINA KAJUICE
SHELLY AWING JUNUT

SOALAN 5: Bincangkan cara-cara anda menyediakan diri untuk menghadapi perubahan


dalam sistem pendidikan negara.

1. Mengenal pasti perubahan untuk keperluan.


Untuk melakukan perubahan dalam pendidikan ia perlulah melihat kepada keperluan untuk
situasi semasa perubahan semasa. Perubahan juga perlu dilakukan secara menyeluruh dari
pelbagai aspek termasuklah dalam aspek latihan untuk pelajar dan guru serta menyediakan
kemudahan yang menyeluruh untuk semua.
2. Mengenal pasti pihak yang terlibat.
Bagi penyediaan diri menghadapi perubahan, kita perlu mengenal pasti pihak yang terlibat
dalam pelaksanaan perubahan tersebut. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti pihak yang
terlibat secara langsung untuk mengumpul kekuatan dan sokongan bagi mendapatkan kesan
yang baik dalam perubahan. Selain itu, hal ini juga bagi menyediakan diri untuk membuat
perancangan yang bijak apabila berhadapan dengan perubahan.

3. Keperluan perubahan komunikasi.


Sebelum mengahdapi perubahan guru memerlukan satu medium yang dapat menyebarkan
kefahaman dan mesej yang jelas. Selain itu, segala maklumat berkaitan pendidikan seperti
keperluan kursus, kenaikan pangkat dan sebagainya hendaklah dihebahkan sebagai
langkah persediaan. Hal ini amat penting kerana maklumat yang secukupnya perlu
diperolehi sebelum menghadapi perubahan.

4. Dapatkan pandangan subordinat yang terlibat


Sebelum menghadapi perubahan, kita perlu membuat perbincangan bersama pihak yang
lebih pakar dalam perubahan tersebut (subordinat). Hal ini bertujuan semua pihak yang
terlibat dapat membuat perancangan yang baik dan dapat mengelakkan daripada membuat
keputusan secara autokratik. Dengan adanya perbincangan ini dapat membantu pelaksana
sebagai ejen perubahan untuk menghadapi perubahan dalam sistem pendidikan.

5. Berfikiran optimis
Sebagai warga pendidik, perlulah sentiasa berfikiran optimis sebelum, semasa dan selepas
sesuatu perubahan berlaku dalam sistem pendidikan. Hal ini kerana setiap perubahan
bertujuan untuk membawa sistem pendidikan lebih maju ke hadapan. Justeru itu, warga
pendidik perlu optimis menghadapi perubahan demi kemajuan sistem pendidikan negara
untuk mengelakkan Burnout berlaku dalam kerjaya mereka.

Anda mungkin juga menyukai