Anda di halaman 1dari 3

3.

0 Faktor-faktor konflik etnik Rohingya di Myanmar

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penindasan dan keganasan etnik


yang sedang berlaku di Arakan, Myanmar ketika ini. Antaranya ialah etnik
Rohingya sebenarnya merupakan satu bangsa yang kewarganegaraan mereka
tidak diakui oleh penduduk Myanmar sendiri. Selain itu sejarawan Burma juga
telah menafikan sendiri kewujudan etnik Rohingya di bumi Myanmar dengan
menyangkal segala pernyataan yang mengatakan etnik ini telah wujud sejak dari
dahulu lagi. Kemudian. penindasan ini juga melibatkan diskriminasi agama dalam
kalangan penduduk Myanmar sendiri. Kewujudan undang-undang Citizenship
Law (1982) juga telah menjadi punca kepada penindasan dan penghapusan
etnik Rohingya di Myanmar serta sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak
mempedulikan kesengsaraan yang dialami oleh etnik Rohingya itu sendiri.
Berdasarkan faktor di atas, faktor yang pertama tercetusnya penindasan dan
penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ialah penduduk Myanmar itu sendiri
yang tidak mengakui dan mengiktiraf kedudukan etnik Rohingya di negara
tersebut. Etnik Rohingya berasal daripada keturunan Bengali dan memasuki
Myanmar pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Pada ketika itu etnik
Rohingya yang memasuki Myanmar telah diakui warganegaranya dan
kerakyatannya. Namun begitu, menurut Perlembagaan Myanmar, hanya
keturunan Bengali dan anak mereka yang masuk dan tinggal di Myanmar
sebelum kemerdekaan yang diberikan oleh Britain pada 1948 sahaja dianggap
sebagai warganegara Myanmar. Oleh itu, warga Bengali yang tinggal di Myanmar
selepas kemerdekaan dengan secara rasminya dianggap sebagai pendatang
asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.
Faktor yang kedua ialah sejarawan Burma itu sendiri telah menafikan kewujudan
etnik Rohingya dalam sejarah Myanmar itu sendiri. Tindakan ini telah dilakukan
oleh ahli-ahli sejarawan Burma itu sendiri dengan menyatakan bahawa suku etnik
Rohingya ini belum pernah dan tidak sama sekali wujud dalam sejarah Burma.
Perkara ini telah menyebabkan penduduk Myanmar yang lahir selepas merdeka
berasa tidak puas hati terhadap etnik Rohingya kerana mereka menganggap
etnik Rohingya ini sebagai orang asing yang membawa ancaman kepada mereka.
Selain itu, ahli-ahli sejarawan Burma juga telah berperanan memadamkan
sejarah sebenar kedatangan etnik Rohingya di Myanmar pada kurun ke-19
dengan menyatakan bahawa etnik Rohingya ini hanya wujud di bumi Myanmar
setelah tahun 1950 dan belum pernah wujud sebelum ini. Oleh sebab itu,
pemerintah Burma telah menolak kewarganegaraan etnik Rohingya ini di negara
Myanmar. State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah bertindak
dengan menyisihkan orang-orang Rohingya kerana secara majoritinya orangorang Rohingnya adalah beragama Islam dan ketika itu pegangan agama Buddha
di Burma sangat kuat. Hal ini telah menyebabkan berlakunya diskriminasi
terhadap orang-orang Islam di negara Burma.
Faktor seterusnya ialah ialah diskriminasi agama Islam oleh penganut agama
Buddha itu sendiri dalam kalangan penduduk di Myanmar. Perkara ini dapat

dilihat apabila masjid-masjid di barat Myanmar tidak pernah diambil perhatian


dan tidak diperbaiki. Mereka tidak pernah ambil peduli tentang nasib kelompok
minoriti lain beragama Buddha mahupun Kristian yang ditekan kerajaan pusat
yang sentiasa didominasi kelompok Burman (Moshe Yegar, 1978). Kedudukan
tempat beribadat bagi umat Islam di sana sangatlah rendah sehinggakan masjidmasjid disana boleh sewenang-wenangnya digantikan dengan pagoda Buddha.
Segala aktiviti perkahwinan dan pergerakan umat Islam disana telah dihadkan.
Umat Islam disana juga dipaksa untuk keluar dari agama Islam dan menganut
agama Buddha. Sangat menyedihkan lagi ialah wanita-wanita Islam disana tidak
dibenarkan sama sekali memakai hijab dan ramai wanita-wanita Islam disana
juga turut ditindas, didiskriminasi, dirogol dengan sesuka hati dan sebagainya.
Hal ini menunjukan bahawa hak asasi kaum wanita Islam disana tidak dijaga dan
boleh dilakukan dengan sesuka hati serta dianggap sebagai hamba. Umat Islam
Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar
dan selebihnya adalah penduduk yang menganut agama Buddha. Negara
Myanmar mempunyai kapasiti penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak
173 etnik disana. Masyarakat Rohingya yang beragama Islam merupakan
masyarakat kedua terbesar di Myanmar selepas agama Buddha.
Faktor yang keempat pula ialah melalui pengenalan undang-undang Citizenship
Law di Myanmar. Melalui undang-undang ini ia telah membawa kepada
penyisihan etnik terutamanya etnik Rohingya. Semasa tahun 1982 pemerintah
Junta ketika itu telah memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai
Citizenship Law (1982). Undang-undang ini berperanan besar dalam menafikan
segala hak asasi dan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya yang tinggal
di Myanmar. Dalam undang-undang ini ia telah menyatakan bahawa hanya
sebanyak 135 etnik sahaja diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai warganegara
disana. Undang-undang ini telah dilaksanakan di Myanmar selama 50 tahun sejak
dari tahun 1962 lagi khususnya di bawah pemerintahan Junta sendiri. Kesannya
tentera Rohingya telah disisihkan dan dipulaukan serta tidak dilayan dengan adil
oleh kerajaan Myanmar itu sendiri. Mereka juga sering dikenakan tindakantindakan yang langsung tidak berperikemanusiaan dan tidak masuk akal oleh
kerajaan Myanmar sendiri.
Faktor yang kelima ialah sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak
mempedulikan kesengsaraan dan keperitan yang dialami oleh etnik Rohingya itu
sendiri. Ini kerana keganasan memerlukan media sebagai saluran maklumat yang
mahu disampaikan pada khalayak sasaran (Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng
Kee, Fauziah Ahmad , 2013). Negara jiran seperti Bangladesh bertindak menolak
semula kemasukan pelarian Rohingya dalam negara mereka. Tindakan yang
dilakukan oleh Bangladesh ini tidak wajar kerana sebahagian daripada penduduk
etnik Rohingya ini merupakan bekas warganegara Bangladesh itu sendiri suatu
ketika dahulu sebelum mereka berhijrah ke Myanmar yang disebabkan oleh
kepadatan penduduk yang sangat tinggi di Bangladesh. Di samping itu, mereka
juga tidak mengakui bahawa penduduk Rohingya ini merupakan bangsa
serumpun dengan mereka dan ini merupakan pemulauan yang sangat kejam dan
tidak berperikemanusiaan. Dasar Bangladesh ini telah mendapat kecaman
daripada masyarakat antarabangsa terutamanya masyarakat Malaysia sendiri
yang menganggap penduduk Bangladesh ini sebagai mudah lupa daratan serta
asal-usul mereka. Negara Bangladesh turut bertindak kejam dan tidak
berperikemanusiaan terhadap penduduk Rohingya dengan menghantar semula

pelarian Rohingya tersebut pulang ke Myanmar. Hal ini telah menyebabkan


kesukaran kepada pelarian-pelarian Rohingya itu sendiri kerana mereka akan
terus ditindas semula oleh junta Burma di Myanmar. Tindakan Bangladesh ini
juga tidak disokong dan ditentang oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
kerana dianggap sebagai tidak berperikemanusian.

Anda mungkin juga menyukai