Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN 1

Saya Shareethaa A/P Gaveran telah menjalani latihan praktikum di sekolah SJK(T) Ladang
Cheroh selama tiga bulan. Saya dapat mengenal pasti beberapa masalah tingkah laku yang
perlu mengambil tindakan atau perlu memberi pandangan yang serius oleh guru-guru
sekolah ini supaya dapat mengatasi masalah ini secepat mukin.

1.1 Definisi masalah tingkah laku


Kebelakangan ini, masalah tingkah laku dalam kalangan murid menjadi topik perbincangan
dalam

kalangan

masyarakat

umum

yang

mana

tidak

mengira

peringkat

umur

membincangkannya. Masalah ini boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan di


antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu serta memberi kesan yang buruk
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah
merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tingkah laku adalah apa
yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua
tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku
adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. MenurutLewis
M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.
Mengikut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), mentakrifkan masalah tingkah laku
individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H
Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child
menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan
ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana
pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk
belajar dan berhubung dengan orang lain.
Mengikut pandangan Lewis M. Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Bagi Garry Martin &
Joseph Pear (2003), tingkah lagu juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas,
tindakan atau reaksi. Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kalenjar (glandular)
dan aktiviti eletrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkahlaku adalah apa saja yang
diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Feldhusen( Levin & Nolan, 2004), merujuk
kepada tingkah laku yang bermasalah yang melakukan gangguan terhadap perlaksanaan

proses pengajaran yang lancar. Menurut Emmer ( Levin & Nolan, 2004) pula, mengganggu
pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk jangka masa yang
tertentu.
Manakala, dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada
sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang
menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuankelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan
pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam
bahasa Inggeris, masalah tingkah laku disebut sebagai Abnormal Behavior iaitu tingkah
laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan
tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh
kebanyakan orang dalam masyarakat.
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada
positif

ataupun

negatif

yang

menjejaskan

keberkesanan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar,
proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu
tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. Sama ada mewarisi tingkah laku
bermasalah positif atau negatif, jika berlaku ia akan menjejaskan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus peka dan berempati
terhadap muridnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah supaya menentu dan
melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka
yang tidak diingini demi menjaga iklim bilik darjah yang konduksif dan mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Masalah tingkah laku dan faktor di sekolah


Berikutan itu, terdapat beberapa masalah tingkah laku yang sering berlaku di sekolah yang
saya menjalani praktikum ini. Tetapi, isu utama masalah tingkah laku dalam kalangan murid
sekolah yang saya menjalani praktikum ini ialah isu masalah tingakah laku di dalam kelas
yang dilakukan oleh murid. Masalah-masalah yang sering dilakukan oleh murid dalam
kelas

ialah kurang memberi perhatian semasa guru mengajar, hiperaktif, sentitif, apati,

sikap melengahkan kerja atau sambil lewa, gemar bercakap, mengganggu rakan,
menimbulkan kekecohan atau bising dalam kelas, membohong dan sebagainya. Isu ini

merupakan isu yang sering dihadapi masalah oleh guru-guru di sini dan kadang kala tidak
dapat mengatasi masalah ini dalam kalangan murid.
Terdapat beberapa faktor masalah ini berlaku dalam kalangan murid sekolah ini.
Antaranya ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran, faktor keluarga,
faktor guru, faktor sekolah dan faktor rakan sebaya latar

dan sebagainya. Tingkah laku

bermasalah ini boleh berupa tingkah laku negatif atau positif dan yang pastinya masalah ini
boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru kaunseling mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di
dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat diguna pakai bagi memastikan
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan
dengan lancar serta berkesan.

1.3 Proses kaunseling


Proses kaunseling dapat memainkan peranan penting dalam menangani masalah tingkah
laku murid. Proses kaunseling boleh melakukan tugas ini sama ada secara terus dengan
pelajar yang bermasalah melalui perbincangan atau melalui penganjuran program-program
bersama-sama dengan mereka yang berkait rapat dengan golongan pelajar umpamanya ibu
bapa, guru dan pihak pentadbir. Dalam konteks ini, tujuan utama kaunseling adalah untuk
mengubah dan menyesuaikan perlakuan klien (pelajar) kepada satu perlakuan yang lebih
baik.
Kaunseling bukan merupakan aktiviti memberi nasihat tetapi merupakan sejenis
proses menolong. Dalam proses menolong, peranan kaunseling akan membina satu
perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih
faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangan diri
sendiri, kebolehan, kemampuan serta keupayaannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi
lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain serta suasana yang
mempengaruhi hidupnya. Dengan adanya kesedaran ini, klien dapat memahami realiti
hidupnya lalu merancang masa depannya.
Masalah tingkah laku dalam kalangan murid, terutama murid sekolah rendah
memerlukan perhatian khusus. Perkembangan masyarakat yang mempengaruhi struktur
institusi keluarga menyebabkan ramai murid yang terbiar dipengaruhi unsur-unsur
negatif. Masalah

ini

yang

sepatutnya

diselesaikan

oleh

keluarga

kini

turut

dipertanggungjawabkan kepada pihak sekolah. Oleh itu, guru sekoalh memainkan peranan

penting bagi menangani masalah ini dengan menggunakan pelbagai kaedah kaunseling
untuk mengatasi masalah sebegini.
Justeru itu, terdapat beberapa cadangan proses kaunseling yang perlu dilaksanakan
oleh guru bagi menangani tingkah laku bermasalah dalam kelas. Terdapat beberapa
pendekatan, teori, prinsip, intervensi dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang perlu
mengaplikasikan kepada murid sekolah ini untuk mengatasi permasalahan tingkah laku
dalam kelas. Guru perlu mengkaji masalah-masalah yang terdapat di dalam kelas supaya
program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat
sekitar. Oleh itu, saya perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang saya
atur benar-benar berkesan.

1.3.1 Pendekatan
Pendekatan

kaunseling

menggunakan

tiga

elemen

asas

iaitu

komunikasi

berkesan, pengetahuan psikologi remaja dan pelbagai strategi penyelesaian masalah


bergantung kepada teori

yang

dipilih.

Manakala

langkah

asas

pula

ialah

mendengar masalah klien tanpa menghakimi, membimbing klien memahami punca


masalahnya,

mengajak

klien

mencaripenyelesaian dan menyokong klien dalam

mencuba tindakan baru. Model Ivey dan Lucy (2003) menggunakan empat langkah utama
iaitu, (a) cerita, (b) eset positif, (c) cerita kembali dan (d) tindakan. Model 6 D (Zuria, 2005)
pula menyarankan enam langkah iaitu (a) dekati, (b) dengari,(c) dasari, (d) daya baiki, (e)
damping dan (f) dokumenkan.
Pengumpulan maklumat
Penganalisisan maklumat perlu bagi dan penentuan jenis keperluan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.

Sumber maklumat seperti kad 001 (M), surat pekeliling

pentadbiran dan polisi kerajaan, profil guru-guru, inventori kemudahan sekolah,


bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar rujuk serta kejadian yang berlaku di sekitar.
Maklumat dikumpul secara pemerhatian, rujukan, tinjauan keperluan -

meninjau

pendapat Pengetua, guru-guru, pakar-pakar perancangan pendidikan, ibu bapa dan


pelajar.
Saya cadangkan mengamalkan pendekatan komunikasi

iaitu mengenalpasti murid-

murid yang mempunyai faktor utama mewujudkan masalah dalam kelas. Saya cadangkan
langkah-langkah berikut seperti meluangkan masa untuk
dengan

bercakap secara sendirian

murid bermasalah tingkah laku ini dan beri perhatian sepenuhnya sepanjang

sesi tersebut. Sebagai contohnya


membuat

nyatakan keperihatinan guru dengan ikhlas tanpa

penilaian. Contohnya, katakan, guru nampak anda telah beberapa kali kurang

memberi perhatian terhadap pembelajaran semasa guru mengajar, boleh ceritakan apa
yang sdang berlaku? Sebaliknya guru elakkan berkata kamu langsung tidak memberi
perhatian. Dengar perasaan dan pemikiran pelajar dengan sikap yang terbuka,
dan

nyatakan kefahaman guru tentang apa yang telah disebut oleh pelajar itu. Contohnya

Nampaknya awak tidak tahu cara belajar yang betul dan ini membuatkan awak rasa kurang
memberi perhatian. Selain itu, guru perlu melakukan perbincangan keburukan terhadap
masalah yang dilakukan oleh murid itu. Guru elak menghakimi tindakan atau perasaan
murid tersebut, kerana ini membuatkan murid tersebut tidak mahu bekerjasama. Walaupun
guru kurang bersetuju dengan pandangan murid tersebut, tetapi guru perlu menghargai
pandangannya.
Selain itu guru juga boleh mengamalkan pendekatan gestalt terapi. Pelopor pendekatan
ini ialah Friderich Salomon Perls. Ia merupakan satu pola atau corak yang diminati oleh
seseorang itu. Seseorang dikatakan bermasalah kerana dia belum berjaya melengkapkan
persepsinya.

Manusia

sebenarnya

bertanggungjawab

terhadap

kehidupannya

sendiri. Justeru itu, hanya individu berkenaan sendiri dapat menyelesaikan apa-apa
masalah yang dihadapi olehnya. Secara rumusannya, model ini menekankan perihal
kesedaran masa kini dan di sini. Perkara lepas adalah sejarah yang tidak perlu dimasukkan
ke dalam perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyelesaikan masalah. Ia turut
memberi

perhatian

khusus

kepada

jenis-jenis

tingkah

laku

yang

tersekat

perkembangannya. Model ini memberi penekanan bahawa pelajar perlu menerima


keyakinan diri untuk menerima tanggungjawab berkaitan dirinya sendiri. Mereka diberi
peluang untuk mengalami dan menyelami perasaan sendiri, dan mereka hendaklah
menjauhkan diri daripada merasa berputus asa.
1.3.2 Teori
Saya cadangkan beberapa teori untuk menangani masalah tingkah laku yang berlaku
dalam bilik darjah. Terutamanya, menggunakan teori tingkah laku iaitu teori behaviorisme.
Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain
daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka
adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman
sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara
yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak
manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan

peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang
menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.
Kelebihan menggunakan teori ini dalam menangani masalah tingkah laku

ialah

teori ini adalah teori yang sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang
masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh
kanak-kanak sekolah rendah memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada
orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti
apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu,
mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian
dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin
belajar dalam diri mereka.
Selain itu, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan
yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan
dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah
dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan
penerangan dengan jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan
berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang
ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar
dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini
adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama
lain.
Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi
memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam
hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab
soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian
kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang
seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk
memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab
soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak
berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada
ketika itu. Melalui pengamalan teori ini guru dapat mengurangkan masalah tingkah laku
yang berlaku dalam kelas.
Selain itu juga, dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati,
diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya

di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku
yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru, kurang memberi
perhatian maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya. Dalam pembelajaran,
penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya
sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan
terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang
guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

1.3.3 Prinsip
Di dalam proses kaunseling individu saya cadangkan seorang guru harus menitikberatkan
enam prinsip penting bagi menjamin kelicinan dan kejayaan objektif kaunseling itu sendiri.
Enam prinsip tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
Prinsip yang pertama ialah setiap orang kaunselor itu hendaklah menghormati
kejujuran klien untuk berjumpa dengannya kerana meminta pertolongan. Ini bermakna,
sebelum melakukan sesi temubual atau perbincangan lagi, kaunselor itu haruslah membina
kepercayaan dan rasa rela hati di dalam diri klien terbabit. Pekara ini boleh berlaku dengan,
kaunselor menunjukkan reaksi atau tindak balas positif seperti memberi senyuman kepada
klien yang datang berjumpa.Klien yang datang berjumpa itu tadi, rasa besar hati kerana
berasa dirinya selamat dan dihargai oleh kaunselor terbabit.
Prinsip yang kedua ialah kaunselor hendaklah menjelaskan syarat-syarat kaunseling
klien . Ini bermakna, pada masa ini kaunselor akan menerangkan syarat-syarat seorang
kaunselor dan juga syarat-syarat menjadi kliennya. Sebagai contoh, kaunselor akan
memberi tahu peranannya dan kelebihan yang ada di pihak klien itu sendiri.
Selain itu, kaunselor juga hendaklah merujuk kepada kaunselor yang lain jika kes yang
dikendalikan adalah di laur bidang keupayaan dan juga pengalamannya. Sebagai contoh,
sekiranya masalah ini berkaitan dengan akidah dan fahaman agama maka kaunselor
hendaklah merujuk kepada yang lebih pakar seperti ustaz. Kaunselor ini tidak wajar
sekiranya, kaunselor itu cuba berpura-pura mengetahui pekara yang sememangnya bukan
di bidang kebolehannya.
Prinsip yang keempat ialah kaunselor hendaklah memberitahu klien bahawa
kesemua maklumat yang disampaikan adalah sulit. Menurut Patterson (1967) dalam
bukunya yang berjudul The Caunselor in the School (1967), di antara ciri-ciri dan prinsip
kaunseling ialah setiap orang kaunselor wajib memelihara segala maklumat klien. Ini amat

penting bagi menjamin dan membina keyakinan dalam diri klien agar menceritakan perihal
yang sebenar dengan yakin dan selamat.
Selain itu, kaunselor boleh meminta pandangan dan pendapat kaunselor-kaunselor
yang lain sekiranya masalah yang dikendalikan oleh kaunselor itu mempunyai kesulitan
yang dapat diselesaikan seperti di luar bidang kebolehannya. Maklumat yang diberitahu
kepada kaunselor yang lain tidak dikira dibocorkan kerana nama dan status klien yang
menghadapi masalah itu tetap disembunyikan.
Prinsip yang keenam atau yang akhir sekali iaitu, kaunselor turut bertanggungjawab
mencari agensi-agensi rujukan jika kliennya telah mula mengancam keselamatan orang lain.
Sebagai contoh , seorang pelajar berkata akan membakar blok asrama, maka kaunselor itu
tidak boleh mengambil ringan walaupun adanya kawalan keselamatan yang ketat.
Kesimpulannya, keenam-enam prinsip ini haruslah dipatuhi oleh kaunselor agar
menjamin kejayaan objektif kaunseling individu itu sendiri. Sekiranya salah satu daripada
prinsip-prinsip kaunseling ini dilanggar sudah tentu pihak kaunselor tidak akan menerima
hasil yang dimatlamatkan.

1.3.4 Intervensi
Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah
laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan
keyakinan diri. Manakala, kaunseling adalah satu perhubungan yang dicirikan oleh
keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan klien memperoleh
kestabilan dalam menyelesaikan masalah dengan batuan kaunseling. Intervensi yang
berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor
dalam membina program bimbingan dan kaunseling yang lebih komprehensif. Bentuk
intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai dengan jenis permasalahan yang
dihadapi oleh klien bagi meningkatkan keberkesanan program kauseling yang dijalankan.
Terdapat tiga jenis intervensi kaunseling iaitu intervensi kaunseling individu, kaunseling
kelompok kecil dan kaunseling kelompok besar. Saya bercadang intervensi yang sesuai
menggunakan bagi murid masalah tingkah laku ialah intervensi individu dan intervensi
pencegahan.
Mappiare

(2010:167)

mengemukakan

bahwa

psikoterapi

individual

adalah

penempatan individual klien sebagai sasaran penyembuhan dalam seting hubungan antara
peribadi dengan terapis. Pomerantz (2013:365) mengemukakan bahawa intervensi
individual merupakan terapi yang berfokus pada hubungan interpersonal. Pomerantz

(2013:476) mengemukakan bahawa intervensi individual merupakan terapi yang terbatas


pada interaksi dua orang antara klien dan terapis. Sedangkan intervensi kelompok
memungkinkan jaringan hubungan yang jauh lebih kompleks untuk berkembang. Intervensi
individual merupakan kegiatan psikoterapi yang melibatkan seorang ahli terapi yang menjadi
penolong bagi kliennnya yang mengalami masalah, tingkah laku, kualiti hidup dan lain-lain.
Psiko terapi individual digunakan untuk mendiskusikan dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan melibatkan interaksi antara seorang ahli terapi dan klien.
Selain intervensi individu saya cadangkan

intervensi pencegahan kepada murid

yang mempunyai masalah tingkah laku dalam kelas. Terdapat tiga jenis pencegahan iaitu,
primer, sekunder dan tersiar. Pencegahan primer adalah upaya melawan keadaan yang
memungkinkan timbulnya gangguan sebelum gangguan itu terjadi. Pencegahan sekunder
adalah usaha diagnosis atas suatu keadaan dan bertujuan agar dapat dilakukan terapi atau
pada tahap ini atau tahap awal gangguan. Pencegahan tersiar adalah upaya rehabilitasi
terhadap orang-orang yang memerlukan penyesuaian kembali kerana penyakit atau trauma
yang pernah dialaminya. Rehabilitasi ini dapat berupa kaunseling, pelatihan dan lain-lain.
Plante (2005:291) mengemukakan pencegahan

program primer berusaha untuk

mencegah masalah berkembang melalui penggunaan pendidikan. Program pencegahan


sekunder berupaya untuk intervensi awal sebelum masalah berkembang menjadi masalah
yang lebih serius. program pencegahan tersiar adalah usaha untuk meminimumkan impak
kejiwaan serius atau masalah lain.

1.3.5 Kemahiran-kemahiran asas kaunseling


Sebagai seorang guru yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu
menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling. Kecekapan
menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang
berada dalam ketidak seimbangan emosi dan psikologi.
Kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling ialah cara-cara seseorang kaunselor
menangani atau berhadapan dengan kliennya melalui teknik atau kemahiran tertentu.
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling merupakan nadi perhubungan menolong di
antara kaunselor dan klien. Sekiranya tiada kemahiran asas dalam bimbingan kaunseling,
sesuatu proses kaunseling sukar berjalan dengan lancar. Bagi mencapai perkhidmatan
kaunseling yang cemerlang, seseorang kaunselor itu harus memahirkan dirinya dengan
menguasai pelbagai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Kemahiran ini
amat penting ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor yang bijak

dapat mengawal situasi sekiranya klien itu berada di bawah tekanan emosi dan psikologi.
Guru boleh mencadangakan kemahiran kaunseling ini kepada murid yang mempunyai
masalah tingkah laku.
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ini mengutamakan komunikasi yang
berlaku di antara murid yang bermasalah tingkah laku dan guru. Komunikasi ini dikenali
sebagai komunikasi interpersonal. Komunikasi ini melibatkan kebolehan seseorang individu
berinteraksi secara bersemuka secara terus dengan individu atau kumpulan atau
persekitaran yang spesifik tanpa melibatkan sebarang perantaraan. Kemahiran ini penting
bagi seseorang guru itu kerana ia berperanan mendengar masalah dari murid dan
mendapatkan maklumat melalui percakapan di antara murid bermasalah tingkah laku. Oleh
itu, hasilnya melalui komunikasi interpersonal ini sesuatu konflik yang dihadapi oleh murid
dapat diselesaikan. Komunikasi interpersonal berbeza dengan komunikasi verbal iaitu lisan
dan secara bertulis manakala bukan verbal ialah ekspresi muka, pergerakan badan dalam
kawalan, warna dan bunyi. Selain itu, komunikasi interpersonal juga melibatkan eye contact,
pergerakan badan dan tangan. Kemampuan kaunselor mengendalikan sesuatu masalah
klien tidak terhad kepada sesuatu situasi malah situasi yang berlainan menjadikan klien ini
berasa lebih tenang dan selesa.
Seterusnya kemahiran seseorang guru memberikan semangat dan motivasi kepada
murid, seorang guru perlu bijak memberi kata-kata perangsang agar murid berusaha dan
mampu menghadapi permasalahan. Kemahiran komunikasi interpersonal yang perlu lagi
ada dalam diri guru ialah membenarkan murid menceritakan setiap butir peribadi dan
masalah yang dihadapi dalam keadaan bebas dan terbuka serta dilakukan secara rela.Pada
masa yang sama murid akan membuat penilaian tahap keberkesanan kemahiran
komunikasi interpersonal seseorang guru itu menghadapi dan menangani sesi kaunseling.
Beberapa aspek yang dilihat oleh seseorang murid ialah pengendalian sesuatu sesi
kaunseling sama ada prosesnya berjalan secara cepat atau sangat perlahan. Hal ini menarik
minat murid untuk menjalani sesi kaunseling apabila prosesnya berlangsung dengan cepat.
Selain itu bahasa, nada dan pic yang digunakan oleh guru juga merupakan aspek
yang diambil kira oleh murid. Seseorang guru yang mahir komunikasi interpersonal akan
menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dituturkan dalam nada yang rendah dan
menggunakan pic yang bersesuaian. Murid akan berasa tidak selesa dan takut apabila
seseorang guru bercakap dalam suara yang nyaring. Selain itu corak perbualan juga
diperhatikan oleh murid, sama ada corak perbualan ini dalam bentuk formal atau bukan
formal. Seseorang murid lebih berasa santai apabila corak perbualan yang digunakan oleh

guru adalah bukan formal. Murid

mudah berasa terganggu dan maklumat yang

disampaikan juga tersekat-sekat sekiranya corak perbualan dalam bentuk formal.


Kemahiran kedua ialah kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini penting
kerana kaunselor dapat memastikan murid sentiasa berterusan memberi kerjasama dengan
lebih yakin dan proses kaunseling lebih lancar. Kemahiran ini dapat mendorong murid agar
berasa lebih tenang dan memberi persepsi yang positif untuk pertama kali. Guru perlu bijak
mewujudkan suasana yang lebih selesa dengan memastikan kesesuaian peralatan yang
digunakan seperti kerusi dan meja. Suasana terapeutik diwujudkan iaitu suasana aman dan
tenang, menyediakan jarak ruang komunikasi yang sesuai mengikut peringkat umur, jantina,
budaya, latar belakang, agama dan lain-lain.
Kemahiran memberikan perhatian juga perlu dikuasai oleh kaunselor untuk
menyemai kebolehan dan merasai masalah yang timbul melalui perspektif murid. murid
memberikan perhatian kepada murid melalui sifat peramah yang dipamerkan dan senyuman
yang dilontarkan. Sifat ini akan mewujudkan suasana mesra dan tumpuan perhatian serta
menunjukkan perasaan autentik untuk kebaikan orang lain. Sikap peramah guru dapat
membantu mencapai komunikasi dengan semua respon murid secara empati, mewujudkan
kesesuaian untuk berkongsi pengalaman dan perasaan murid, dan dapat membuat
penilaian pendapat dan perasaan orang lain. Selain itu seseorang guru itu perlu memberi
perhatian secara jelas dan spesifik dan mengambil masa untuk membuat refleksi mengenai
masalah murid. Perhatian ini juga difokuskan kepada tindakan, perasaan yang dialami murid
dan sikap murid sendiri. Malah, bertolak ansur dan berusaha mencari jalan penyelesaian
yang memenuhi kehendak murid. Perhatian guru juga boleh difokuskan kepada mendengar
secara aktif perbincangan isu dan masalah yang dihadapi oleh murid. Seseorang guru perlu
menunjukkan keprihatinan kepada murid untuk menghilangkan rasa yang tidak selamat dan
terancam yang dirasai oleh murid.
Kemahiran seterusnya ialah mendengar secara aktif, iaitu kesediaan seseorang guru
untuk mendengar permasalahan murid, tidak memberi perhatian kepada fikiran dan masalah
orang lain dan cuba memahami maksud yang hendak disampaikan oleh murid. Kemahiran
mendengar secara aktif memerlukan seseorang guru memerhati mesej yang cuba
disampaikan oleh murid berdasarkan komunikasi verbal dan tingkah laku bukan verbal.
Contohnya apabila berdepan dengan murid yang sedang marah, gurur perlu memberi
galakan untuk murid terus bercakap dan meluahkan perasaan marah tersebut. Kemahiran
ini diaplikasikan apabila guru cuba menjalin hubungan dengan guru yang sedang marah ini
dan guru menyampaikan semula apa yang telah murid ceritakan. Pertanyaan yang pelbagai
dan menunjukkan minat yang mendalam dengan setiap butir penceritaan murid memerlukan

proses mendengar secara aktif. Dalam proses ini juga, guru perlu memberi respon,
mempamerkan bahasa badan yang sesuai agar mesej ini dapat difahami murid bahawa
guru sedang mendengar masalahnya.
Seterusnya kemahiran memahami pergerakan badan, apabila seseorang murid
boleh memahami pergerakan atau isyarat badan murid. Contohnya ekspresi muka dan
postur tubuh. Hal ini boleh diperhatikan semasa sesi soal jawab antara guru dan murid
melalui cara pandangan, pandangan keliru, anggukan kepala, kesilapan dan penegasan
suara. Selain itu, cara-cara komunikasi yang dipamerkan oleh murid juga melalui eye
contact, ekspresi muka, orientasi, sentuhan jarak antara murid. Guru perlu mempamerkan
sikap yang tenang dan lebih kerap menggunakan eye contact dengan murid. Sekiranya
guru mempamerkan muka yang serius dan bosan menyebabkan murid akan hilang minat
untuk terus menyampaikan maklumat. Guru

tidak sepatutnya menunjukkan pergerakan

badan yang tidak senonoh atau kurang bersopan seperti badan bongkok, mengeluarkan
bunyi dengan jari tangan atau kaki, bermain-main dengan rambut. Keadaan ini akan
memberikan pelbagai maklum balas kepada murid seperti mewujudkan suasana yang tidak
selesa kerana klien mungkin beranggapan guru tidak memberi perhatian atau mendengar
secara sambil lewa.
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran memberikan maklum balas yang sesuai.
Maklum balas ini diibaratkan sebagai cermin dalam proses komunikasi kerana pesanan oleh
penghantar telah disampaikan kepada penerima. Selain itu ia juga merupakan satu keadaan
penerima menghantar balik pesanan kepada penghantar melalui tanggapan yang dibuat.
Maklum balas ini melibatkan komunikasi dua hala dan berlaku dengan pelbagai cara.
Contohnya guru mengulangi apa yang telah diperkatakan untuk mendapatkan maklum balas
dari murid. Pada masa sama murid juga boleh mengemukakan soalan untuk mendapat
maklum balas positif dari guru. Maklum balas ini penting untuk guru mendapatkan maklumat
bagi tujuan memberikan elaborasi terhadap respon murid. Selain itu ia juga memberi
cadangan atau pilihan mengenai persepsi klien terhadap diri sendiri dan situasi yang
dihadapi sebagai bantuan kepada murid untuk memberi perhatian kepada perasaan sendiri.
Tujuan maklum balas ini juga untuk membuat semakan persepsi dan ringkasan terhadap
apa yang telah dipelopori oleh guru dan murid.
Kemahiran membalas lisan iaitu penstrukturan berkaitan tentang penjelasan peranan
kaunselor atau guru pembimbing, peranan murid, penjelasan etika bimbingan dan
kaunseling serta tempoh masa yang diambil ketika sesi kaunseling. Dorongan minimum
ialah satu keadaan murid didorong untuk terus bercerita, guru memberikan perhatian dan
klien memahami penjelasan yang diberikan. Selain itu kemahiran mendengar juga penting

untuk k guru pembimbing menguasai. Kemahiran ini termasuklah mendengar secara fizikal,
psikologi dan melalui perasaan. Seterusnya ialah kemahiran menyoal mempunyai dua
bentuk soalan yang boleh digunakan iaitu soalan tertutup yang memerlukan jawapan yang
khusus, tepat dan tidak perlu penjelasan. Tujuannya untuk mendapat kepastian. Manakala
bagi soalan terbuka pula perlukan jawapan yang lebih jelas dengan huraian yang panjang
lebar untuk memberi peluang kepada murid meluahkan perasaan, penyampaian maklumat
tanpa rasa defensif, perkara atau hal yang dibincangkan dapat diterokai dan dikembangkan
serta lebih fokus dalam perbincangan.
Kemahiran merefleksi pula terdiri dari refleksi isi iaitu idea atau maklumat dinyatakan
atau diulang semula secara ringkas oleh guru bimbingan berdasarkan apa yang telah
disampaikan oleh murid. Refleksi perasaan pula guru bimbingan mengulang semula
pernyataan perasaan dan sikap seperti yang dinyatakan oleh murid. Refleksi pengalaman
berkaitan dengan guru bimbingan mengamati sendiri gerak geri tubuh badan klien ketika
menceritakan pengalaman atau luahan perasaan. Kemahiran yang berikutnya ialah
kemahiran memparafrasa iaitu memberikan respon terhadap ayat pendek setelah
mendengar isi atau pengamatan tingkah laku klien. Parafrasa sesuai digunakan sewaktu
peringkat awal sesi kaunseling. Kemahiran membuat penjelasan pula ialah mendapatkan
maklumat yang lebih mendalam secara jangkauan yang lebih jauh dari topik yang
dibincangkan. Secara tidak langsung ianya akan membantu kaunselor mengetahui masalah
dengan lebih dekat lagi.
Kemahiran asas mengkonfrontasi juga perlu untuk dikuasai ketika situasi sesuatu
hubungan telah berjalan baik. Konfrontasi melibatkan keadaan seperti wujud percanggahan
terhadap apa yang murid katakan dan lakukan sama ada pada masa tertentu atau pada
masa lain. Percanggahan dengan tingkah laku dengan apa yang murid katakan.
Pengalaman yang tidak sama dilalui oleh murid dengan guru serta pernyataan dari guru
tentang tingkah laku murid yang tidak sesuai
Kemahiran merumus diaplikasikan oleh guru bimbingan dengan cara membuat
ulangan semula dan menjelaskan apa yang telah disampaikan oleh murid. Rumusan ini
boleh dilakukan sama ada pada awal sesi atau akhir sesi rundingan. Rumusan meliputi
rumusan kecil iaitu dilakukan beberapa kali bagi tujuan memberi ingatan kepada mengenai
perbincangan, semakan persepsi, fokus perkara dan lain-lain. Bahasa yang disampaikan
perlu dalam bahasa yang mudah difahami murid. Rumusan yang kedua ialah rumusan
besar iaitu apabila ingin menamatkan sesuatu sesi, guru bimbingan atau kaunselor
merumus kembali keseluruhan perkara yang dibincangkan. Rumusan ini perlu bagi murid
mengingat kembali dan memastikan ketepatan maklumat mengikut fahaman guru bimbingan

atau kaunselor. Rumusan ini penting untuk merangka tindakan selanjutnya dan rumusan
besar ini dilakukan dalam satu sesi cuma sekali sahaja.

1.4 Penutup
Secara keseluruhanya, adaptasi-adaptasi yang dicadangkan bagi mengatasi masalah
tingkah laku derngan menggunakan proses pendekatan, teori, prinsip, intervensi dan
kemahiran asas amat memainkan peranan dalam perkembangan dan pencapaian muridmurid dalam pembelajaran. Seseorang guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran ini bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemahirankemahiran ini penting bagi mengesan masalah-masalah yang dihadapi murid dapat dicegah
dan ditangani di peringkat awal. Sekiranya masalah-masalah sosial, akademik dan kendiri
dibiarkan berterusan dan tiada bimbingan dan pemantauan oleh pihak sekolah, murid-murid
ini akan hilang arah tujuan serta rosak masa depan. Malah, ia akan menjadi barah yang
akan menyebabkan generasi muda kehilangan identiti, kecelaruan emosi, kurang keyakinan
dan sentiasa hilang semangat, kebosanan dan lain-lain. Tidak mustahil situasi ini akan
memberi kesan yang negatif kepada Negara apabila munculnya generasi pelapis yang tiada
jati diri, malas berfikir, tidak berketrampilan, tiada daya kepimpinan, tidak bersemangat waja
dan hilang semangat patriotik kelak.

Anda mungkin juga menyukai