Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja
kursus Bimbmngan dan Kaunseling Kanak - Kanak dengan jayanya.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, En. Aznan Bin Mat Akhir kerana membimbing saya dalam
melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan
sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa saya
ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan warga SJK Tamil Cheroh Raub kerana banyak
membantu saya dalam menjalankan kajian kes ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan
budi anda semua tidak saya lupakan.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja
kursus ini dirahmati Tuhan yang Maha Isa. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu
medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum
bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan rakan saya agar mereka dapat mengambil
seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Sekian
terima kasih.

PENGENALAN
Selepas meneliti laporan orientasi khidmat bimbingan dan kaunseling, kita sebagai guru
biasa juga boleh memainkan peranan sebagai guru pembimbing untuk mengenalpasti masalah
yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Saya bimbang jika masalah pelajar ini dibiarkan akan berlarutan sehingga mereka
memasuki sekolah menengah dan ke peringkat lebih tinggi.
Masalah yang dikenal pasti di sekolah saya ialah kes ponteng sekolah. Sebenarnya, punca
utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang
murid itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anakanak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak
diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar
datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini
menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Selepas meneliti satu per satu permasalahan berkaitan pelajar, saya merasakan bahawa kita
sebagai guru biasa juga boleh berperanan sebagai guru pembimbing. Jangan terlalu
mengharapkan kepada guru bimbingan dan kaunseling sahaja apabila masalah seperti ponteng
sekolah ini berlaku di sekolah yang kita mengajar. Antara cara mengatasi masalah ini ialah
menggunakan pendekatan penyayang sepertimana yang dinyatakan oleh Abdul Rahman al
Nahlawi bahawa sifat kasih sayang terhadap kanak-kanak merupakan kecenderungan asasi
dalam fitrah manusia dan binatang. (http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3%20Strategi%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan%20%20Mahyuddin
%20Ashaari.pdf). Pendekatan penyayang ini mungkin boleh membantu murid untuk berubah
kepada lebih baik kerana melalui perbincangan bersama guru bimbingan dan kaunseling. Saya
berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas murid dengan merotan di khalayak
ramai tidak sewajarnya kerana hal ini boleh mengakibatkan emosinya terganggu walaupun
tujuan sebenar pihak sekolah adalah untuk memberikan pengajaran kepadanya sekali gus
kepada murid-murid yang lain. Sepatutnya pihak sekolah harus memberikan perhatian kepada
murid tersebut dengan membuat siasatan penyebab murid itu tidak hadir ke sekolah dan
sebagainya. Bukan dengan mengambil tindakan yang drastik tanpa usul periksa iaitu merotan di
depan semua orang. Tindakan ini boleh juga dikatakan menjatuhkan maruah seseorang. Dalam
hubungan kasih sayang guru kepada muridnya, Ibnu Khaldun telah menegaskan dalam

kitabnya Al Muqaddimmah hukuman yang terlalu keras ketika mengajar membahayakan murid,
lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, murid-murid hamba atau khadam (orang suruhan) yang tidak
berbakat, jika diasuh dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan akan sebati dengan
kekerasan pula. Ibnu Khaldun berpendapat bahawa kesan pendidikan dengan kekerasan akan
merosakkan sifat-sifat kemanusiaan pada diri kanak-kanak, sama ada perseorangan atau
social, bila mereka dikasari timbul dalam diri kanak-kanak untuk mempertahankan diri, menjaga
maruah dan kehormatan. Seperti kes murid yang ponteng sekolah ini, selepas dikasari dengan
merotannya, telah timbul dalam dirinya untuk mempertahankan diri, menjaga maruah dan
mendapat kehormatan orang lain dengan menunjukkan sikap gangsterisme serta membuli
rakan-rakan-rakan lain. Guru biasa boleh mengaplikasikan pendekatan penyayang ini untuk
membantu murid berubah kepada arah kebaikan kerana pendekatan ini mudah untuk
dilaksanakan dengan menjadi pendengar secara empatik. Secara tidak langsung, guru dapat
mendekatkan diri dengan murid dan mengenal lebih mendalam. Murid akan merasakan bahawa
sebenarnya orang sekelilingnya sangat mengambil berat terhadap dirinya dan menyayanginya.
Murid itu juga akan meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap kita sebagai gurunya untuk
dia meluahkan perasaan.
Seterusnya, cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah murid yang ponteng sekolah
ialah

dengan

membuat

perjumpaan

waris.

Melalui

perjumpaan

waris,

guru

boleh

membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Guru haruslah menjelaskan bahawa
murid ini mempunyai masalah yang berkaitan dengan latar belakang keluarga dan perlu diberi
perhatian serius oleh ibubapa mereka sendiri. Kita perlu sedar bahawa kewujudan bimbingan
dan kaunseling ini bukanlah sekadar untuk memberikan bimbingan dan kaunseling kepada
murid-murid, namun kita boleh menjadikan sebagai medium untuk guru, ibu bapa duduk
bersama-sama anak-anak mereka mendapatkan bimbingan dan kaunseling. Bukan menjadi
satu kesalahan jika ibu bapa juga meminta untuk dibimbing dan mendapatkan nasihat daripada
orang yang lebih berpengalaman seperti guru bagi mengatasi masalah mereka dengan anakanak mereka. Tambahan pula, anak-anak ini lebih banyak meluangkan masa di sekolah
bersama-sama guru mereka berbanding berada di rumah. Oleh itu, guru sering dikatakan
sebagai ibu bapa yang kedua kepada murid-murid di sekolah. Berbalik kepada masalah
ponteng sekolah ini, dengan membuat perjumpaan waris, guru boleh menceritakan bahawa
perubahan murid di sekolah begitu ketara lebih-lebih lagi kehadirannya ke sekolah. Melalui
perjumpaan ini, guru boleh cuba untuk selongkar dengan lebih mendalam mengenai keadaan
situasi keluarga murid, seterusnya memberikan nasihat yang sepatutnya kepada ibu bapa ini
supaya mereka sedar mereka masih perlu bersama-sama memikul tanggungjawab sebagai ibu

bapa kepada murid tersebut dalam mendidiknya ke arah kebaikan. Maka, hasil daripada
perbincangan ini sedikit sebanyak boleh membantu untuk mengatasi masalah murid ini. Selain
itu, secara tidak langsung, ibu bapa akan menyedari bahawa institusi sesebuah kekeluargaan
adalah merupakan wadah penting dalam membantu ahli-ahlinya menghadapi pancaroba dalam
kehidupan. Menurut Everts (1994), terdapat tiga tugas dan peranan keluarga iaitu membantu
ahli-ahli keluarga dalam memenuhi kehendak-kehendak individu serta perkembangan diri,
membimbing dan mengawasi tingkah laku ahli-ahlinya, dan akhir sekali ialah mendidik individu
menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh kedua
ibu bapa perlu diberi perhatian kerana ianya penting bagi menentukan keberkesan sesebuah
institusi keluarga.
Selain itu, cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah ini ialah
dengan memanggil murid untuk mengadakan sesi kaunseling secara individu. Menurut Cottle
dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses
perbincangan antara seorang kaunselor dan seorang kliennya, yang mana kaunselor berusaha
menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapinya, sehingga
dia membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh
membantunya mengatasi masalah. Kita harus sedar bahawa sesi kaunseling tidak semestinya
boleh dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja, tetapi sebaliknya kita sebagai
guru biasa juga boleh memainkan peranan tersebut dalam mengatasi masalah yang berlaku
dalam kalangan murid-murid di sekolah seperti kes ponteng sekolah ini. Berkemungkinan
daripada sesi kaunseling secara individu ini boleh dapat membantu murid daripada terusmenerus bekelakuan negatif di sekolah. Hal ini kerana sesi kaunseling individu ini akan
membuat murid itu membina kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri
sendiri serta membantu murid supaya membuat keputusan secara rasional dan praktikal.
Secara tidak langsung akan menjalinkan hubungan baik di antara kita dan murid berkenaan
sekali gus mengubah pemikiran tidak rasionalnya yang mana murid membuat andaian dengan
mengatakan bahawa semua guru telah membenci dan tidak menyayangi dirinya. Maka, di
sekolah tiada seorang pun yang dia boleh bergantung harap dan percayai. Merujuk kepada
Pietrofesa (1971) telah menyenaraikan empat jenis kaunseling individu iaitu kaunseling krisis,
kaunseling pembekal kemudahan, kaunseling pencegahan dan kaunseling perkembangan.
Berdasarkan permasalahan oleh murid tersebut, saya merasakan jenis kaunseling yang sesuai
adalah kaunseling perkembangan yang mana kaunseling ini akan menolong murid itu membina
konsep diri dan perkembangan individu dalam hubungannya dengan orang lain dan
persekitaran.

Cara yang seterusnya yang akan mengatasi masalah murid yang ponteng sekolah ini adalah
peranan guru mata pelajaran bagi kelas subjek ini. Sebagaimana yang kita tahu, tugas sebagai
seorang guru adalah memberikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terbaik
kepada murid-murid. Oleh itu, bagi murid ini, saya berpendapat berkemungkinan keinginannya
untuk ke sekolah ini terbantut kerana semua guru mata pelajaran di kelas tersebut telah
menjadikannya sasaran semasa P&P dijalankan. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengganggu
emosinya untuk belajar. Murid tersebut merasakan guru-gurunya sengaja menjadikan dirinya
sebagai bahan untuk ditertewakan oleh rakan-rakan kerana murid itu sedia maklum
pencapaiannya dalam bidang akademik tidak cemerlang seperti rakan yang lain. Selain itu,
melalui pemerhatian, P&P yang dijalankan dalam kelas murid itu agak membosankan bagi
kelas yang muridnya lemah seperti subjek ini. Berdasarkan pembacaan dan pengalaman yang
ada, murid-murid ini lebih mudah faham sesuatu jika mereka belajar daripada aktiviti yang
menarik seperti bermain. Maka, sebagai seorang guru, kita haruslah merancang sesi
pengajaran dan pembelajaran yang mungkin akan menarik minat subjek ini untuk datang ke
sekolah dan akan merasa satu kerugian jika ketinggalan di dalam kelas. Guru perlu merancang
pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibuat oleh guru perlu mengambil pertimbangan dari
segi objektif pembelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan bantu mengajar, aktiviti pembelajaran
dan pengurusan kemudahan. Semasa membuat perancangan P&P ini, perkara yang paling
utama yang perlu diambil perhatian ialah objektif pembelajaran yang mana guru haruslah
memastikan bahawa ianya ditentukan berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran,
pengetahuan sedia ada murid dan tahap kebolehan mereka. Objektif pembelajaran biasanya
disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat
dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan.
Pemilihan isi pembelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu
murid-murid mencapai objektif pembelajaran mereka. Pemilihan strategi dan kaedah mengajar
pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pembelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran
yang sesuai membolehkan guru merancang isi pembelajaran lebih sistematik dan mampu
menarik minat murid ini meneruskan pembelajaran di dalam kelas termasuklah murid-murid
yang lain sekali gus mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki. Selain itu, perancangan
pengajaran ini meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar yang akan
digunakan semasa sesi P&P dijalankan di dalam kelas oleh guru ataupun murid-murid. Dengan
adanya bahan bantu mengajar ini, sesi P&P yang dijalankan akan bertambah menarik dan

menyeronokkan

murid-murid

untuk

belajar.(http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-

peranan-guru-sebagai-pembimbing-di.html).
Sebagai guru biasa dan bukannya guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih, kita boleh juga
membantu, membimbing murid-murid mengatasi masalah dan membuat keputusan. Guru
hendaklah sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku
murid-murid terutamanya murid-murid di dalam kelas yang kita mengajar. Sebagai contoh, guru
kurang memberikan perhatian terhadap tingakah laku murid di dalam kelas selama ini dan telah
bertindak secara drastik dengan terus membawa masalah ponteng sekolah ini ke pihak atasan.
Kita sedia maklum bahawa murid-murid yang bermasalah disiplin ini akan dikenakan hukuman
yang keras seperti dirotan jika dibawa ke pihak atasan iaitu Lembaga Disiplin Sekolah dan Guru
Besar. Hal ini kerana pihak atasan beranggapan murid ini telah melakukan kesalahan disiplin
yang teruk sekiranya mereka ini telah dibawa untuk dirujuk ke pihak atasan untuk diambil
tindakan. Tindakan yang sepatutnya diambil oleh kita sebagai guru biasa untuk murid ini ialah
mengenal pasti perubahan yang ketara yang dapat dilihat daripada tingkah laku murid ini,
sebagai contoh murid tersebut mula tidak menumpu perhatian semasa P&P dijalankan, kerap
tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid-murid lain dan sebagainya. Selepas
membuat beberapa pemerhatian terhadap murid ini, guru boleh beranjak kepada langkah yang
seterusnya iaitu memainkan peranannya sebagai pembimbing, dengan menyelami masalah
yang menyebabkan subjek bertindak sedemikian dan seterusnya membimbing subjek mencari
cara menyelesaikan masalah secara positif supaya murid ini tidak mengulangi sikap negatifnya
itu. Bagi murid yang telah mengalami masalah sosioemosi ini, seperti rasa malu, kecewa,
marah dan sebagainya, kita hendaklah membimbing murid ini supaya dapat membina sifat
keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid
yang lain.
Memang tidak dapat dinafikan, kita sebagai guru mempunyai pengalaman hidup yang lebih
banyak

jika

dibandingkan

dengan

murid-murid.

Maka,

guru

boleh

menggunakan

pengalamannya yang lepas dan pengetahuan yang sedia ada tentang asam garam kehidupan
ini, untuk membimbing murid tersebut membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam
mengatasi masalah seperti masalah keluarganya. Namun, kita perlu ingat dan tahu bahawa kita
hanya memberikan cadangan kepada murid ini mengenai cara mengatasinya, tetapi hak untuk
membuat keputusan adalah di tangan murid itu sendiri. Guru perlu memastikan keputusan yang
dipilih oleh murid ini perlulah berasaskan nilai-nilai murni dan agama.

Anda mungkin juga menyukai