Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Kaunseling adalah satu proses pertolongan yang profesional bertujuan membantu
individu untuk memahami diri dan dunia persekitarannya. Kaunselor adalah individu yang akan
mengendalikan proses kaunseling. Kaunselor ini adalah profesional dan mempunyai kelayakan
dalam bidang kaunseling.Individu yang bakal dibantu dikenali sebagai klien. Proses kaunseling
akan menggunakan kaedah perbualan secara bersemuka di antara kaunselor dengan klien.
Perbualan ini mempunyai struktur dan juga bermatlamat. Kaunselor akan menggunakan
kemahiran-kemahiran asas kaunseling akan di dalam perbualan berstruktur ini. Sesi perbualan
ini pada kebiasaannya berlaku lebih daripada sekali atau bersiri.Kekerapan ini bergantung
dengan isu atau masalah yang dikongsi oleh klien bersama dengan kaunselor. Tahap-tahap
tertentu akan dilalui di dalam perbualan ini di dalam proses kaunseling. Masalah klien dijangka
dapat diselesaikan melalui temubual bersiri ini.
Bilangan individu yang terlibat di dalam proses kaunseling adalag bergantung kepada
jenis kaunseling yang dijalankan. Dua orang akan terlibat di dalam kaunseling individu dan lebih
daripada dua orang dalam kaunseling kelompok. Proses penerokaan, mengenalpasti masalah
dan jalan penyelesaiannya akan berlaku di dalam sesi. Proses mengenalpasti masalah dan
penyelesaiannya biasanya ada berkaitan dengan masalah dalam kehidupan harian termasuk
hal-hal keluarga dan pekerjaan klien. Walau bagaimanapun isu yang ditangani di dalam
kaunseling tidak semestinya masalah. Dalam kaunseling pengembangan, klien boleh
berbincang dengan kaunselor untuk meningkatkan konsep kendiri yang rendah, meningkatkan
kemahiran berkomunikasi atau kemahiran-kemahiran yang lain.
Kaunseling adalah satu proses pendidikan kerana klien akan dibimbing untuk
memahami dan menemukan kemampuan diri untuk memperkembangkan potensi dirinya.
Proses pembelajaran akan berlaku di dalam diri klien. Pembelajaran ini pula akan berlaku
secara berterusan sehinggalah klien dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan
persekitarannya. Proses yang dilalui adalah mengikuti tahap dan peringkat yang bersistem.
Tahap ini akan menentukan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang diterima oleh klien.

2.0 LATAR BELAKANG MURID DAN MASALAH MURID

Dalam tugasan kerja kursus bimbingan kauseling kanak- kanak ini saya ditugaskan
untuk analisis satu isu masalah tingkah laku di dalam kalangan murid sekolahdan cadangkan
proses kauseling bagi menangani tingkah laku bermasalah tersebut. Bagi menyiapkan tugasan
ini saya mula membuat analisis tentang tingkah laku murid di salah sebuah sekolah di
Mentakab, Pahang.Sepanjang berpraktikum di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Yeow Cheng
Luan saya telah berjaya mengesan seorang murid yang menghadapi masalah emosi kesunyian
yang memerlukan kaunseling dalam menangani masalahnya.
Emosi merupakan kombinasi perasaan dan mood yang kompleks yang melibatkan
reaksi psikologikal yang sukar dikesan dan dapat ditunjukkan dengan ciri- ciri corak tingkah laku
yang tertentu.Jika kita memikirkan emosi dari segi fungsi, kita dapat membuat ramalan khusus
mengenai emosi dalam beberapa domain.Sebelum melaksanakan sesi kaunseling, saya telah
berjumpa dengan guru kaunseling sekolah tersebut dan meminta pendapat beliau tentang
murid di sekolah tersebut yang harus diberikan kaunseling kerana menghadapi masalah emosi.
Guru kaunseling sekolah tersebut telah memberikan senarai nama beberapa orang murid yang
menghadapi masalah emosi di mana kesnya belum lagi selesai. Beliau menyarankan saya
memilih salah seorang murid yang tersenarai.Saya telah memilih seorang murid bernama
Athikesavan yang berusia 11 tahun.Terapi seni telah diterapkan sepanjang sesi kaunseling
untuk membantu saya meneroka masalah yang dihadapi olehAthikesavan.
Murid yang saya pilih bernama Athikesavansudah lama menghadapi masalah emosi.Ini
berikutan masalah keluarga yang dihadapinya sejak berusia seawal 6 tahun masih lagi
tergiang- giang dalam fikirannya.Athikesavanmerupakan anak yang ketiga daripada empat
orang beradik.Athikesavanmempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki.Abang
keduanya merupakan kanak- kanak autisme.Ibu bapanya pula sudah bercerai semenjak dia
berusia 6 tahun.Kini, dia dan abangnya tinggal menetap bersama dengan bapa dan ibu
tirinya.Hubungan Athikesavandengan ibu kandungnya agak renggang kerana dia jarang
berjumpa dengan ibunya.Ini berikutan kerana dia hanya berpeluang berjumpa dengan ibunya
setahun sekali dan itupun semasa hari lahirnya sahaja.Dia sering menyatakan dirinya merindui
ibunya tetapi tidak berpeluang untuk berjumpa kerana dihalang oleh ayahnya.Masalah emosi
yang dihadapi oleh Athikesavansemakin teruk setelah ayahnya berkahwin baharu.Hasil
perkahwinan bapanya yang keduaAthikesavan mendapat seorang adik lelaki yang sekarang ini
baru sahaja berusia 11 bulan.Athikesavanbegitu membenci adik tirinya dahulu sehingga dia
pernah menulis karangan tentang rancangannya untuk membunuh adiknya di dalam karangan
ujian penulisan Bahasa Tamil tahun lalu.
2

Melalui pemerhatian saya, Athikesavanmenghadapi masalah emosi kesunyian. Apabila


dia merasakan diri tidak mendapat perhatian seperti yang diingini, dia akan melakukan sesuatu
yang

membuatkan

orang

lain

bertindak

balas

terhadap

tindakannya.

Di

sekolah,

Athikesavantidak mempunyai kawan rapat dan murid lain tidak berapa suka bergaul dengannya
kerana beranggapan dia seorang yang suka menganggu orang lain. Athikesavansentiasa
kelihatan menyendiri. Apabila tiba waktu rehat, saya pernah melihatAthikesavan makan
keseorangan tanpa ditemani rakan. Dalam membantu murid tersebut, saya telah menggunakan
terapi seni dalam membantunya menangani masalah kesunyian. Mengapa saya memilih terapi
seni berbanding dengan terapi- terapi yang lain? Terapi seni telah membangunkan banyak
kaedah

menilai

personaliti

individu

melalui

seni.Selain

itu,

saya

pernah

melihat

Athikesavanmelukis di dalam kelas.Melalui lukisan yang dihasilkannya, saya mendapati


Athikesavanmempunyai bakat dalam melukis dan diharapkan dia dapat meluahkan segala
perasaannya melalui lukisan yang dihasilkan.
Petikan akhbar MStar pula menyatakan kaedah terapi ini juga dapat membantu
merangsang minda kreatif pesakit malah sekaligus menonjolkan personaliti sebenar dalam diri
mereka melalui hasil ciptaan mereka sendiri.Dalam tugasan ini, saya menggunakan teknik yang
terkandung di dalam buku The Secret World of Drawings yang ditulis oleh Gregg M. Furth,
iaitu menggunakan pendekatan Jung untuk mentafsir lukisan yang telah dilukis oleh klien.
Mengikut Furth, mentafsir sesuatu lukisan memerlukan beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian seperti sesuatu yang ganjil dalam lukisan, memerhatikan objek yang menjadi
penghalang dalam lukisan, benda yang telah tertinggal atau hilang dalam lukisan, kedudukan
dan saiz sesuatu objek, objek yang dilukis secara berulangan, rekabentuk yang tidak terurus,
perubahan warna (shading), perkataan yang tertulis di dalam lukisan, latar lukisan dan lain- lain
perkara seperti encapsulating, iaitu melukis sesuatu di luar musim dan membuat perbandingan
dengan persekitaran.
Di samping itu, saya juga membuat pemerhatian dalam bentuk catatan berdasarkan
laporan sesi yang saya perolehi semasa merekod perkembangan klien. Saya meletakkan nama
dan tarikh pada setiap lukisan sebagai catatan. Saya meminta Athikesavanmelukis apa yang
dikehendakinya dan berdasarkan lukisan tersebut saya menganalisis maklumat dan melihat
perkembangan hasil lakaran yang dibuat olehAthikesavan. Saya juga memerhatikan tingkah
laku bukan lisan klien sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

Saya juga menggunakan teknik temu bual.Saya menggunakan teknik temu bual terbuka
agar klien saya berasa lebih selesa untuk bercerita. Saya meminta klien bercerita tentang apa
yang dilukisnya dan saya akan mencatatkan perkembangan klien sesudah tamat kaunseling.
Antara contoh temu bual terbuka adalah, Boleh ceritakan tentang lukisan anda?. Selepas itu,
barulah saya akan menyemak hasil lakaran dan warna yang digunakan oleh klien dalam
lakarannya untuk menyemak isu yang ingin disampaikan. Dengan menggunakan kaedah temu
bual, saya perlu bijak mencungkil permasalahan yang dialami oleh klein dengan menujukan
soalan- soalan yang berbentuk fikiran terbuka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ini kerana
apabila sesi terapi tidak dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan, ia bukan
masalah klien tetapi soalan yang ditujukan oleh kaunselor yang memanjangkan proses terapi.
Oleh itu, soalan yang ditanya oleh saya hendaklah terbuka serta tidak berbelit- belit hingga
boleh menyebabkan klien keliru.
3.0PROSEDUR PELAKSANAAN KAUNSELING
Sesi kaunseling bersama Athikesavantelah dijalankan sebanyak 5 kali iaitu pada 01
Ogos 2016, 05 Ogas 2016, 11 Ogos 2016, 15 Ogos 2016dan 18 Ogos 2016 Sesi kaunseling ini
dijalankan dalam tempoh selama 40 minit dalam setiap sesi. Athikesavanakan diberikan masa
selama 20 minit untuk melakarkan isu yang ingin dikongsikan bersama. Selepas itu, dia diminta
untuk menerangkan tentang hasil lukisannya.Sesi keempat merupakan sesi penamatan kerana
terdapat perubahan dalam diri Athikesavan. Prasesi juga dijalankan pada awal kaunseling
kerana proses membina hubungan amat penting.
Saya menggunakan bilik kaunseling yang terdapat di sekolah tersebut sepanjang sesi
kaunseling dijalankan kerana ia lebih selesa dan melindungi klien daripada pandangan orang
lain supaya klien berasa selesa meluahkan isi hatinya. Semasa menjalankan sesi kaunseling,
saya telah menyediakan peralatan seperti kertas A4, pensel dan krayon.
Pada peringkat awal kaunseling, saya telah mengadakan prasesi dengan klien saya.
Pada awal sesi ini, saya akan cuba membuatkan klien berasa selesa. Kemahiran membina
hubungan amat penting ketika ini agar klien sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan
pertama yang positif. Dalam proses kaunseling, suatu perkara yang amat dititikberatkan ialah
kebolehan atau kemampuan seseorang kaunselor melihat kliennya.
Dalam sesi yang pertama, proses membina hubungan dilakukan.Ini kerana klien perlu
mengenali pengkaji terlebih dahulu dan berasa selesa dengannya agar dapat menyesuaikan diri
4

dalam sesi kaunseling. Semasa dalam proses membina hubungan, terdapat perbualan ringan
tentang

hobi,

makanan

kegemaran

dan

latar

belakang

keluarga

ditanya.

Athikesavanmenunjukkan sikap ingin meluahkan perasaan dalam sesi pertama ini.Apabila


ditanya soalan, Athikesavanmenjawab dengan jawapan yang panjang.Dari segi isyarat badan,
Athikesavankelihatan malu- malu dan matanya sering melihat ke arah dinding semasa
disoal.Kakinya pula digoyang- goyang seakan kelihatan bimbang.
Dalam sesi kaunseling kedua, Klien hanya menggunakan pensel dan krayon berwarna
hitam untuk membuat lakaran kerana beliau menyatakan suka pada warna hitam.Dalam sesi
kaunseling kedua, Athikesavanmelukis gambar abang sulungnya.Berdasarkan gambar tersebut,
Athikesavanmenceritakan abangnya seorang yang mempunyai sumit dan suka berpakaian
kemas.Melalui lakaran tersebut juga, dia berkongsi isu bahawa kehidupan dia sunyi.Dia amat
menyayangi abang sulungnya.Ini kerana abang sulungnya sering memasak makanan
kegemarannya dan bergurau senda dengannya ketika dia berasa sedih. Selain itu, dia
menyatakan diri akan kesunyian sekiranya abangnya meninggalkan rumah dalam jangka masa
yang lama. Dia menyatakan bahawa hubungan dia dengan abang sulungnya sangat rapat
berbanding dengan ahli keluarga yang lain. Di dalam lakaran tersebut juga, Athikesavanjuga
menulis perkataan kot dan necktie.Dia menyatakan amat mengemari pakaian kot dan tali leher
dan ingin memakai pakaian tersebut suatu hari nanti kerana dia merasakan diri kelihatan segak
ketika memakai pakaian tersebut.
Lakaran yang dibuat oleh Mail jelas menunjukkan bahawa dia hanya bergantung kasih
kepada abang sulungnya dalam mendapatkan kasih sayang.Walaupun dia menyatakan
abangnya agak garang tetapi dia tetap juga menyayangi abangnya.Penggunaan warna hitam
dalam lukisan Mail jelas menunjukkan dia berasa sedih.Ini kerana abang sulungnya sahaja
merupakan tempat dia mencurahkan kasih dan mengadu.
Dalam sesi ini, ada seketika Athikesavanberhenti sejenak semasa menceritakan tentang
isu yang ingin dikongsinya.Saya hanya membiarkan keadaan itu sepi sekejap.Membiarkan
keadaan sepi sejenak berlalu begitu sahaja dapat membantu klien. Klien berasa diberi
peluang memikir, menimbang, dan menganalisis segala yang bakal diterokainya nanti, sama
ada perasaannya, sikapnya, nilainya atau tingkah lakunya sendiri.
Dari segi bukan lisan, Athikesavantidak memandang ke arah saya dan hanya
mengalihkan pemandangan ke sekitar bilik dan lukisannya sahaja.

Dalam sesi kaunseling yang ketiga pula, Athikesavantelah melukis gambar adiknya yang
keempat dan adik tirinya.Dalam sesi ini juga, klien hanya menggunakan pensel dan krayon
berwarna hitam untuk membuat lakaran.Dalam sesi ini, Mail boleh membuat kontak mata
dengan saya dan tidak lagi kelihatan malu- malu.Malah, dia kelihatan sangat teruja untuk
mengikuti sesi kaunseling ketiga ini.Dalam sesi kaunseling ketiga, Athikesavantelah melukis
gambar adik beradiknya yang lain. Apabila saya bertanya mengapa dia melukis gambar
tersebut, dia menyatakan bahawa beliau juga sayang kepada kedua- dua adiknya.Walaupun
dahulu beliau menyatakan tidak berapa menyukai adik tirinya yang kini beliau gelar sebagai
Baby Kenny, namun sekarang dia amat menyayangi adik tirinya itu.Malah, dia sering menjaga
adiknya itu semasa berada di rumah.Beliau juga menyatakan kedua- dua adiknya berwajah
kacak dan berkulit putih.Apabila saya bertanyakan mengapa dia tidak melukis gambar ibu dan
ayahnya, Athikesavan mengatakan dirinya tidak dapat mengingati wajah ibu bapanya dan
enggan melukis gambar kedua- dua ibu bapanya.
Melalui gambar dan penceritaanAthikesavan, saya mendapat tahu bahawa dia hanya
menyayangi adik- beradiknya sahaja.Bahkan dia mengatakan diri tidak dapat mengingati wajah
ibu tiri dan bapanya walaupun melihat dan berjumpa dengan mereka setiap hari.Apabila saya
bertanyakan bagaimana rupa ibu kandungnya, Athikesavanhanya menyatakan ibu kandungnya
seorang yang berwajah cantik dan berambut kerinting tetapi beliau tidak dapat mengingati
wajah ibu kandungnya dengan jelas kerana jarang berjumpa.Tambahan pula, dia tidak
menyimpan gambar ibunya.Penggunaan warna hitam dalam lakaran Athikesavanmasih
menunjukkan dia masih lagi hampa dengan sikap ibu bapanya yang kurang mengambil berat
tentang dirinya.
Dalam sesi ini, saya cuba bertanya kepada Athikesavanmengapa dia tidak rapat dengan
ibu bapanya. Athikesavanmenyatakan bapanya terlalu sibuk bekerja dan masakan pula dia
boleh merapatkan diri dengan ibu tirinya kerana dia merasa sedikit pelik jika bermesra dengan
ibu

tirinya.

Dalam

sesi

ini,

saya

cuba

memberikan

beberapa

alternatif

kepada

Athikesavantentang cara dia mengatasi kesunyiannya melalui perbincangan secara bersama.


Antaranya ialah cuba menyibukkan diri dengan aktiviti kegemarannya dan bermain dengan
adik- beradiknya yang lain. Athikesavanhanya tersenyum dan mengatakan dia akan cuba untuk
mengikuti alternatif tersebut.

Selepas Athikesavanmembuat lakaran, saya akan cuba meneliti dan memahami lakaran
yang dihasilkannya. Proses mencari makna terhadap imej yang dihasilkan adalah kompleks,
kitaran dan dinamik .
Dalam sesi kaunseling keempat, Athikesavanmelukis gambar sebuah rumah di mana dia
menyatakan dirinya sedang berehat di dalam rumah.Pavinraj menyatakan dia berasa lebih
senang tinggal di dalam rumah berbanding tinggal di luar. Penggunaan warna hijau dalam
lakaran menunjukkan Athikesavanmerasakan apa yang terdapat di dalam rumah dapat
memberi kegembiraan kepada dirinya. Penggunaan warna hitam menunjukkan masih lagi ada
sedikit kedukaan dalam hidupnya.Kurangnya kasih sayang dan belaian dari seorang ibu
menyebabkan Athikesavanmasih lagi merasa kesepian dalam hidup.Athikesavansering
menyatakan ayahnya sentiasa sibuk bekerja dan tidak banyak meluangkan masa bersama
keluarga menyebabkan dia berasa kesunyian. Walaubagaimanapun, apabila ditanya adakah
Athikesavaningin pergi ke mana- mana tempat yang lain selain daripada di rumah, dia
menyatakan tidak mahu. Dia mengatakan dia hanya mendapat kedamaian semasa berada di
rumah kerana dia mempunyai adik- beradik untuk bergaul dan berkawan dengan dia.
Dalam sesi kaunseling kelima, Athikesavantelah melukis gambar lautan, kapal layar,
dirinya, ayah serta adik- beradiknya.Dalam kaunseling ini, Athikesavanmenunjukkan perubahan
dimana dia ada menunjukkan perasaan sayang kepada orang yang dia ambil berat.Walaupun
dia tidak mendapat kasih sayang dari seorang ibu, dia menyatakan dia mempunyai abang, adik
dan ayah yang sentiasa membuatkannya berasa tenang.Athikesavanmelukis gambar lautan
yang berwarna biru.Warna biru menggambarkan ketenangan dalam diri Athikesavankerana
disayangi oleh keluarganya. Dia menyatakan suka melihat laut tetapi takut akan laut kerana
mengkhuatiri diri akan lemas jika terjatuh ke dalam laut. Kapal layar dua buah yang dilukisnya
pula

melambangkan

impiannya

untuk

membawa

keluarganya

bersiar-

siar

dengan

menggunakan kapal layar.Bangunan tinggi yang dilukisnya melambangkan dia juga mempunyai
impian dalam hidupnya.Mail menyatakan dia ingin hidup dalam kegembiraan dan menjadi
seorang doktor suatu hari nanti.
Dalam sesi ini, minat Athikesavanterhadap seni melukis dapat dilihat apabila dia
memperbaiki lukisan yang dihasilkan agar kelihatan lebih cantik dan menggunakan pelbagai
warna dalam lukisannya.Ini dapat dilihat apabila mata Athikesavanasyik memandang ke arah
lukisan yang dihasilkannya.Athikesavanjuga ada membuat kontak mata dengan saya sambil
tersenyum apabila diajukan soalan tentang lukisan yang dihasilkannya.Melalui hasil dapatan

yang diperolehi, saya dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan terapi seni dalam
menangani masalah kesunyian yang dihadapi olehAthikesavan.Ini menunjukkan terapi seni
boleh mencungkil sesetengah perkara dengan hanya menggunakan bahan seni.
Kaunseling adalah proses untuk membantu klien dan individu untuk membuat
penyelarasan dalam personaliti, sosial dan emosi bagi membolehkan klien menyesuaikan diri
dengan lebih baik dalam persekitarannya. Terapi seni merupakan alternatif untuk saya
membuat penerokaan, melihat perkembangan dan perubahan isu yang dihadapi oleh klien.
Imej- imej yang dilukis oleh klein telah memudahkan saya untuk membuat penerokaan dengan
lebih lanjut.Penggunaan terapi seni dalam sesi kaunseling ini telah membuatkan saya berjaya
mengenal pasti beberapa isu yang dihadapi olehAthikesavan.Masalah kesunyian yang dihadapi
oleh Athikesavandapat dicungkil dengan penerokaan melalui hasil seni yang dihasilkannya.
Melalui terapi seni, Athikesavanjuga mengetahui cara bagaimana untuk mengekspresi masalah
emosi yang dihadapinya selama ini.
Setelah menjalani beberapa terapi seni, saya mendapati Athikesavanmenunjukkan
banyak perubahan positif. Antaranya ialah Athikesavankelihatan cuba bergaul mesra dengan
rakan sekelasnya dan kurang menganggu rakannya seperti dahulu. Athikesavanjuga dapat
meluahkan emosinya dengan lebih baik dan tidak lagi bersifat pasif dengan cuba menyendiri.
Selain itu, Athikesavankelihatan lebih gembira dan tenang apabila dia sudah pandai berkawan
dan bergaul dengan orang lain setelah menjalani beberapa sesi kaunseling. Sikap
Athikesavanyang dahulunya ingin menyendiri menyebabkan dia tidak dapat menangani
masalah kesunyian yang dihadapinya. Ini kerana dia tidak mempunyai rakan rapat untuk
meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. Segala ketidakpuasan hatinya terhadap
sikap ibu bapanya hanya disimpan di dalam hati tanpa perkongsian dengan orang lain
menyebabkan masalah emosi semakin menekan dirinya.
Melalui terapi seni yang dijalankan bersama dengan saya, Athikesavantelah membuat
lakaran tentang apa yang difikirkannya selama ini. Semasa menceritakan hasil lakarannya,
Athikesavansecara tidak sedar telah mengaitkan hasil lukisan tersebut dengan kisah hidup yang
dialami serta impiannya.Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa terapi seni banyak
menenangkan dan menceriakan pemikiran klien sepertiAthikesavan.

RUJUKAN
1. Jarboe, E. C. (2002, September 1). Art Therapy: A Proposal for Inclusion in School
Settings. Retrieved Mac 2, 2014, from American Art Therapy Association:
http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/strategies/topics/Arts%20in
%20Education/jarboe.htm
2. Anoviyanti, S. R. (2008). Terapi Seni Melalui Melukis pada Pasien Skizofrenia dan
Ketergantungan Narkoba. ITB J.Vis Art & Des , 72-84.
3. Shiota, M. N. (2006). Emotion Second Edition. United States of America:
PraMediaGlobal.
4. Councill, T. (2012). Medical Art Therapy with Children. Handbook of Art Therapy , 222239.
5. Abdullah, M. M. (2003). Proses Kaunseling Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
6. Baharom, H. N. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
7. Nicole Martin, Lawrence, KS. (2009). Art Therapy and Autism: Overview and
Recommendations. Art Therapy: Journal of the American Art Therapy Association , 187190.
8. Marzety Adibah Al Sayed Mohamad, Zakaria Mohamad, Baharuddin Ismail, Robiah
Mohd Yusof. (2013). Therapeutic Experience of Drug Rehabilitation Clients through
Expressive Arts Therapy. International Journal of Humanities and Social Science , 211223.

Anda mungkin juga menyukai