Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENDAHULUAN
Melihat kepada cabaran yang dihadapi oleh golongan pendidik pada masa kini dapat
dinyatakan bahawa kerjaya ini tidak mempunyai pasang surutnya kerana seiring dengan
perkembangan zaman, sistem pendidikan di Malaysia juga akan turut mengalami perubahan
supaya tidak ketinggalan dengan negara-negara lain yang sudah jauh ke hadapan. Hal ini
secara langsung memerlukan komitmen daripada setiap guru agar sentiasa berusaha untuk
menyesuaikan diri dengan perkembangan tersebut dan cuba mencari inisiatif untuk
merealisasikannya. Tidak ketinggalan, berhadapan dengan generasi muda pada zaman
sekarang ini juga sangat menguji komitmen seseorang guru itu dalam mempelbagaikan
teknik pengajaran yang seiring dengan perkembangan teknologi.
Oleh hal yang demikian, selari dengan topik perbincangan bagi kursus ini yang
memfokuskan berkaitan isu-isu semasa dalam profesion keguruan, pengaplikasian
kemahiran-kemahiran profesional guru dan implikasi negatif apabila seseorang guru itu tidak
melaksanakan akauntabiliti terhadap diri sendiri dan ibu bapa akan dapat dilihat dengan
lebih jelas dalam huraian Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang dilakukan.
2.0
TUGASAN 1
ULASAN KRITIS
2.1
2.2
Ulasan Kritis
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Begitulah peribahasa Melayu yang
menunjukkan bagaimana tindakan yang dilakukan oleh seseorang guru itu akan menjadi
ikutan oleh anak muridnya. Jika baik teladan yang ditunjukkan oleh seseorang guru itu,
maka baiklah pada pandangan murid-murid. Oleh hal yang demikian, profesion keguruan
bukanlah suatu profesion yang boleh dianggap mudah kerana tugas memanusiakan
manusia adalah lebih rumit dan banyak cabarannya jika dibandingkan dengan profesion
lain. Melalui didikan yang disampaikan oleh seseorang murabbi inilah yang melahirkan
tokoh-tokoh dalam setiap bidang, para pemikir dan ilmuan yang bijaksana dalam mentadbir
negara ke arah kegemilangan. Itulah peranan yang dilihat kecil pada luarannya, tetapi
memberi impak yang mendalam kepada masa depan seseorang hasil didikan yang
diperoleh daripada insan yang bergelar guru.
Jadi, tidak hairanlah jika profesion keguruan perlu sentiasa seiring dengan
perkembangan semasa kerana melalui perkembangan tersebut murid-murid akan
memperoleh pelbagai manfaat daripadanya. Walaupun begitu, tidak semua insan yang
bergelar guru mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin
kerana melalui pengamatan saya semasa di sekolah, terdapat beberapa faktor dalaman dan
luaran yang boleh menjejaskan komitmen dan keberkesanan seseorang guru di tempat
mereka mengajar. Hal ini secara langsung memberi impak negatif kepada klien iaitu muridmurid yang tidak dapat menerima didikan yang sepatutnya apabila seseorang guru itu
melaksanakan tanggungjawab sekadar melepaskan batok di tangga dan tidak mempunyai
kesungguhan ketika mengajar.
kelas yang memerlukan guru mendidik murid dengan cara berhemah, bukan dengan cara
tengking dan marah-marah.
Selain itu, masalah kewangan juga merupakan antara salah satu faktor yang
mempengaruhi komitmen dan keberkesanan seseorang guru di sekolah. Guru-guru menjadi
kurang bermotivasi untuk mengajar dan menjadi kurang kreatif dalam menyediakan bahan
bantu mengajar kepada murid-murid apabila tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi untuk mendorong mereka berbuat sedemikian. Lantaran itu, masalah kewangan
yang dihadapi oleh guru tersebut telah mengehadkan wang yang dimiliki untuk disalurkan
sedikit ke arah penghasilan sesi PdP yang lebih menarik dan berkesan. Oleh sebab itu,
guru-guru hanya mengajar secara chalk and talk sahaja dan menggunakan bahan-bahan
yang sedia ada kerana tidak mempunyai sumber kewangan untuk menambahbaik mutu
pengajaran di dalam kelas. Tidak ketinggalan, masalah kewangan ini juga mendorong guruguru untuk membuat kerja sambilan seperti menjadi agen insurans dan agen produk untuk
menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Hal ini sedikit sebanyak akan
mempengaruhi komitmen dan keberkesanan seseorang guru di sekolah apabila mempunyai
dua kerjaya yang perlu diuruskan pada masa yang sama.
Di samping itu, masalah pergaulan antara rakan sejawat juga merupakan antara
faktor yang mempengaruhi komitmen dan keberkesanan seseorang guru di sekolah.
Menurut Abu Ajib (1994) dalam Azura (2004), kebolehan penyesuaian merupakan ciri asas
untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka. Kegagalan menyesuaikan diri
menyebabkan pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Oleh hal yang
demikian, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik antara rakan sejawat menjadi unsur
penting dalam memperoleh suasana kerja yang mendorong seseorang itu untuk terus
komited dengan tugasnya. Guru yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan suasana di
sekolah terutamanya melibatkan rakan sejawat dan pentadbir akan dipinggirkan dan
berhadapan dengan masalah untuk berkongsi pandangan antara satu sama lain berkaitan
amalan dalam PdP.
Namun begitu, faktor-faktor yang dinyatakan ini bukanlah menjadi suatu petanda
bahawa guru tersebut tidak mempunyai peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih
baik
kerana
dalam
setiap
permasalahan
itu
pastinya
mempunyai
jalan
untuk
Tidak ketinggalan, kemahiran berfikir reflektif ini juga sangat membantu seseorang
guru itu meneliti sebab dan akibat atas segala amalan yang dilaksanakan sama ada di
dalam mahupun diluar bilik darjah. Sebagai contoh, gangguan emosi yang dialami
disebabkan masalah keluarga tidak akan dicampuradukkan semasa proses PdP
berlangsung apabila seseorang guru itu mampu berfikir secara reflektif kesan negatif yang
akan terjadi sekiranya dia melepaskan tekanan emosi tersebut kepada murid-muridnya.
Oleh sebab itu, kemahiran ini perlu menjadi kebiasaan dalam diri guru-guru supaya guru
tidak sewenang-wenangnya melakukan sesuatu tanpa memikirkan sebab dan akibat
daripada tindakan tersebut.
Kesimpulannya,
pelbagai
cabaran
dan
dugaan
dalam
profesion
keguruan
sememangnya tiada pasang surutnya sehingga kini. Seiring dengan cabaran yang dihadapi,
guru perlu sentiasa sedar bahawa pembaharuan dan penambahbaikan yang berlaku dalam
sistem pendidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara agar
setanding dengan negara-negara lain. Oleh hal yang demikian, guru perlu bersedia dengan
cabaran-cabaran ini dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran professional dalam diri
supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang sentiasa cuba mencari
kelemahan berbanding kebaikan.
3.0
TUGASAN 2
PENULISAN AKADEMIK
3.1
3.2
Penulisan Akademik
Menurut Supriyadi (1999) dalam Haslina (2013), guru adalah orang yang berilmu,
berakhlak, jujur, baik hati, disegani dan menjadi teladan bagi masyarakat. Manakala Hamalik
(2003) pula menyatakan bahawa guru adalah orang yang bertanggungjawab dalam
mengajar dan membawa pelajar untuk melakukan kegiatan pembelajaran supaya dapat
mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang diinginkan. Oleh sebab itu, sekiranya saya
gagal melaksanakan akauntabiliti-akauntabiliti terhadap diri sendiri dan ibu bapa secara
profesional dan berhikmah, nescaya perkara ini akan memberi implikasi negatif terhadap diri
saya sendiri sebagai seorang guru dan juga implikasi terhadap murid-murid di bawah
seliaan saya.
10
ilmu bakal mengubah corak kehidupan masyarakat. Menurut Haslina (2013), guru bukan
sahaja berperanan sebagai seorang pendidik malah mereka perlu berperanan sebagai
pembimbing kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Guru akan menjadi
pembimbing kepada pelajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran
dimana guru akan membimbing pelajar membuat persediaan sebelum belajar, semasa
belajar guru akan membimbing dalam menyelesaikan tugas yang diberi dan selepas belajar
guru tetap menjadi pembimbing supaya pelajar dapat membuat refleksi terhadap perkara
yang dipelajarinya. Di samping itu, nilai-nilai murni juga akan diterapkan menerusi teladan
yang dipamerkan oleh seseorang guru sehingga menjadi sebati di dalam diri mereka.
Lantaran itu, apabila saya gagal untuk melaksanakan akauntabiliti terhadap diri
sendiri seperti melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sambil lewa,
mengabaikan tanggungjawab sebagai sumber ilmu kepada murid-murid dan tidak masuk ke
kelas mengikut mengikut waktu yang ditetapkan, bagaimana murid-murid dapat menjadikan
saya sebagai rol model mereka? Tindakan dan nasihat yang diberikan oleh saya kepada
mereka boleh diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul di mana saya
menginginkan murid-murid saya menunjukkan teladan yang baik. namun realitinya saya
sendiri tidak melaksanakannya. Inilah situasi yang akan terjadi apabila saya tidak
mempunyai sifat integriti dalam memikul amanah yang diberikan kepada saya dalam
mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berguna. Oleh sebab itu, guru perlu terdidik
dengan sikap integriti terlebih dahulu sebelum mendidik seseorang menjadi insan yang
berkualiti.
saya mengabaikan akauntabiliti guru dengan tidak melaksanakan amanah dan harapan
yang diberikan oleh masyarakat kepada saya dalam usaha mendidik anak-anak mereka
menjadi insan yang berbakti, sudah tentu saya akan dipinggirkan kerana guru yang
dipercayai dan diterima ialah guru yang komited dengan tugasnya bukan sebaliknya.
Begitulah implikasi yang akan terjadi sekiranya saya gagal melaksanakan
akauntabiliti terhadap diri sendiri apabila berada di dalam profesion keguruan ini apabila
dilihat dari perspektif seorang guru. Tidak ketinggalan, implikasi negatif ini juga bukan hanya
memberi kesan terhadap diri saya sendiri, malah masalah ini akan turut memberi kesan
kepada murid-murid di bawah seliaan saya sekiranya saya gagal melaksanakan akauntabiliti
terhadap diri sendiri dan ibu bapa. Antara implikasinya adalah maruah murid dan keluarga
murid akan tercemar apabila saya sebagai seorang guru tidak pandai menjaga rahsia
mereka daripada diketahui oleh orang luar. Aspek kerahsiaan antara guru dengan murid
merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius oleh guru kerana segala rahsia yang
dikongsikan oleh murid tidak boleh sewenang-wenangnya dicanang kepada orang luar yang
tidak mempunyai kepentingan terhadap rahsia tersebut.
Tidak dinafikan, bercerita tentang masalah murid dengan rakan sejawat mungkin
dianggap rutin oleh guru-guru bagi mengisi masa lapang di bilik guru tetapi sedar atau tidak
perkara tersebut boleh menjatuhkan imej murid tersebut pada pandangan guru-guru yang
mendengarnya. Tambahan lagi, perkara ini akan menjadi lebih serius apabila masalah
tersebut diketahui oleh murid-murid lain yang mempunyai sikap suka menyakat dan
mengejek. Sudah tentu murid tersebut akan berasa rendah diri dan malu untuk ke sekolah
kerana rahsianya telah diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Kepercayaannya terhadap
guru juga akan terhakis apabila guru yang dianggap sebagai insan yang terdekat semasa di
sekolah menjadi gunting dalam lipatan yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Oleh sebab
itu, guru perlu mengetahui segala perkara yang patut dan tidak patut dilakukan supaya
implikasi seperti ini dapat dielakkan dan murid-murid juga tidak menjadi mangsa atas
kecuaian guru dalam memegang rahsia yang diamanahkan.
Di samping itu, kebajikan dan keselamatan murid juga akan terabai sekiranya saya
gagal melaksanakan akauntabiliti-akauntabiliti terhadap diri sendiri dan ibu bapa secara
profesional dan berhikmah. Seperti yang sudah sedia maklum, guru merupakan tenaga
penggerak utama dalam memastikan kebajikan dan keselamatan murid sentiasa terjamin
semasa mereka berada di sekolah. Hal ini kerana peranan guru adalah sebagai motivator
12
yang boleh menggerakkan pelajar berusaha ke arah mencapai kejayaan yang diingini selain
berperanan sebagai penggerak keperluan yang ada pada setiap murid untuk belajar dan
terlibat secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Haslina,
2013). Oleh sebab itu, guru yang disayangi dan dihormati oleh murid-murid adalah seorang
guru yang cakna dengan keperluan anak muridnya selain guru tersebut bijak dalam
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan. Sebagai
contoh, guru yang komited terhadap profesionnya dan mementingkan kebajikan dan
keselamatan murid akan berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan sebuah bilik darjah
yang mempunyai suasana pengajaran dan pembelajaran yang selamat, ceria dan kondusif
kepada murid-muridnya supaya mereka sentiasa bersemangat untuk belajar. Tidak kiralah
usaha yang dilakukan melibatkan kos daripada poket sendiri seperti mengecat bilik darjah,
menghias dinding dengan kata-kata hikmah dan sebagainya asalkan murid-murid dapat
belajar dalam keadaan yang selesa dapat direalisasikan.
Sejak
dahulu
hingga
sekarang,
sistem
pendidikan
di
Malaysia
adalah
Abdul Jalil, Normarini, Ghazali dan Saedah (2011) iaitu faktor guru yang berketerampilan
serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap
pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Oleh sebab itu, sekiranya saya
sebagai guru tidak berintegriti dalam menjalankan tugas hakiki iaitu mengajar, sudah tentu
akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik murid-murid saya sendiri.
Kesimpulannya, guru alaf ini perlu bersedia dengan pelbagai transformasi dalam
pendidikan terutama dalam membentuk pelajar yang berdaya saing dan kreatif selain perlu
memastikan pelajar dipenuhi dengan pelbagai kemahiran dan memastikan pelajar terdedah
dengan dunia luar tanpa menjejaskan akhlak mereka kepada sesuatu yang negatif (Haslina,
2013). Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah merupakan suatu
kewajiban yang tidak boleh disangkal dengan pelbagai alasan kerana bebanan tugas yang
dihadapi bukanlah suatu indikator yang menghalang seseorang guru itu untuk komited
dengan tugasnya. Menurut Muhamad Suhaimi (2012), kita mungkin boleh menipu sesiapa
sahaja ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan, tetapi kita tidak mungkin mampu
untuk menipu diri kita sendiri dan Allah SWT yang Maha Mengetahui setiap perbuatan
hamba-Nya. Jadi, saya sebagai seorang guru yang mempunyai tugas dan tanggungjawab
dalam mendidik pewaris negara menjadi insan yang berguna, aspek akauntabiliti terhadap
diri sendiri dan ibu bapa dalam profesion keguruan perlulah sentiasa menjadi keutamaan
kerana segala tindakan yang dilakukan akan memberi kesan terhadap diri sendiri dan juga
murid-murid di bawah seliaan saya.
14