Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBOK JAWA

45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI UPSR 2013


(PROPEN)

Latarbelakang Laporan
Satu perjumpaan telah diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh

7 Mei 2013

Hari

Selasa`

Masa

8.30 pagi

Tempat

PKG Batu 38, Sabak Bernam

Perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah bersama semua
guru besar dan penyelaras tahun 6 sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Sabak Bernam.
Perjumpaan penting itu diadakan bertujuan membincangkan perancangan dan pelaksanaan
program peningkatan prestasi UPSR 2013 (PROPEN). Perbincangan yang diadakan itu juga
memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi calon-calon UPSR 2013 di setiap sekolah sejak
program berkenaan dilancarkan pada bulan Februari yang lalu.
Semua guru besar telah diminta membentangkan laporan prestasi Ujian 1 calon UPSR
di sekolah masing-masing yang telah dijalankan pada bulan Mac 2013.

Mukasurat 1 dari 8

Berikut merupakan laporan prestasi calon UPSR 2013 berdasarkan keputusan Peperiksaan
Percubaan UPSR 2
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 (Sebagai perbandingan)
Sasaran calon untuk mendapat 5A

6 orang

Pencapaian sebenar Pertengahan tahun

Tiada calon mencapai 5A dan 4A

GPS keputusan UPSR 2012

2.6

Peratus lulus: 68%

2013
Sasaran calon untuk mendapat 5A

6 orang

Sasaran peratus lulus

80%

Pencapaian Ujian 1 (Mac 2013)

80.2%

GPS keputusan Ujian 1

2.2

Ulasan:
Peningkatan peratus lulus yang memberangsangkan.
Kualiti calon (mencapai 5A) masih belum dicapai.

Mukasurat 2 dari 8

AKTIVITI PROPEN PERINGKAT SEKOLAH


BIL

AKTIVITI

KEBERKESANAN

PENAMBAHBAIKAN

Kelas Bimbingan Malam:

Peratus lulus yang dicapai:

Kelas bimbingan terancang.

Fokus: Subjek teras (Killer

Bahasa Inggeris: 100%


Sains
: 92.3%
Matematik
: 80.2%

dipelbagaikan

Inggeris,

Matematik

dan

penyoalan,

Sains.

tambah

aktiviti

peningkatan

dicapai dengan baik.

(bahan

bantu mengajar, teknik

subjek UPSR) iaitu Bahasa


Peratus

Kaedah PdP guru harus

kemahiran

berfikir)
Guru harus

bersedia

memberi

Bermula Februari 2013

lebih

bimbingan kepada murid


yang masih lemah di

luar waktu PdP


Lebih banyak

latihan

berfokus diberi kepada

murid
Murid yang masih belum
mencapai tahap harus
diberi

bimbingan

mengikut bidang yang


masih lemah
2

Perjumpaan
Pentadbir
Sekolah bersama ibu bapa
calon UPSR.
Dilaksanakan

pada

bulan Mac

awal

lebih

Penjaga
bekerjasama

Penjaga

harus

diberi

dengan

galakan dan penegasan

pentadbir sekolah dari

dari aspek perkongsian

aspek

maklumat

anak,

disiplin

anak-

pemantauan

berkaitan

anak mereka (contoh:

aktiviti anak di rumah,

perubahan

tingkahlaku

pemakanan yang sihat

anak ketika di rumah)

dan amalan kerohanian


BIL

AKTIVITI

KEBERKESANAN

PENAMBAHBAIKAN
Mukasurat 3 dari 8

Bacaan Yaasin

Perubahan sikap:

Dilaksanakan setiap pagi

Penjaga

bermula pukul 7.00 pagi

menghantar anak-anak

(Bermula bulan April)

mereka lebih awal ke

Perjumpaan
Pentadbir
bersama
semua
guru
subjek teras tahun 6
Diadakan selepas
mortem Ujian 1

telah

sekolah
Disiplin murid terkawal
Murid lebih menepati

masa
Murid

dapat

bekerjasama

dalam

Pemantauan yang lebih


ketat oleh semua guru
ketika

dilaksanakan.
Dapat melahirkan imam
dan

program

pemimpin

kalangan murid.
Kebersihan

dan

kekemasan

di

surau

diambil berat
Bacaan Al-Quran murid

kumpulan
Hubungan

antara guru dan murid


Saling muhasabah diri

Setiap guru subjek teras

Murid diagihkan kepada

telah

kumpulan

mengikut

mengenalpasti kekuatan

pencapaian

Ujian

dan kelemahan setiap

(Kumpulan

murid
subjek

masing-masing

Kumpulan Harapan)
Guru harus memberi

serta

melaporkannya

bimbingan

berfokus

(berdasarkan

jawapan

post-

ukhuwah

dapat

calon

dalam

dengan jelas

menjadi semakin baik

1
Elit,

murid ketika Ujian 1)

BIL

AKTIVITI

Perjumpaan guru subjek


teras tahun 6 bersama ibu
bapa calon UPSR.
Dilaksanakan

pada

KEBERKESANAN

akhir

PENAMBAHBAIKAN

Guru dapat melaporkan

Penjaga

kepada semua penjaga

lebih maklumat tentang

tentang kemajuan anak

pergerakan

serta

mereka.

peningkatan

anak

harus

diberi

Mukasurat 4 dari 8

bulan April

mereka

Laporan dibuat secara


lisan dan bertulis

ketika

di

sekolah.
Cuba elakkan memberi
maklumat sensitif yang
boleh menimbulkan rasa
tersinggung di pihak ibu
bapa.

Program
Peningkatan
UPSR di luar bilik darjah
(PLBD)

Akan dijalankan pada 29


dan 30 Mei 2013 di Pulau
Pangkor dengan pengisian
terancang bersama semua
guru.
Kehadiran guru adalah
diwajibkan sebagai tanda
sokongan
padu
setiap
warga SKTJ.

bertujuan

Dirancang

Bimbingan yang lebih

membuka minda murid /

menjurus

calon

kesedaran dalaman dan

UPSR

untuk

kepada

sentiasa berfikir menuju

ketahanan

kecemerlangan
Mengenepikan

murid / calon
Mengkaji

elemen

yang

segala
boleh

diri

setiap

wujudnya

sebarang elemen yang

melemahkan semangat

boleh

murid

matlamat program.

untuk

terus

menjejaskan

berusaha

Perancangan Berdasarkan Isu yang ingin dicapai / Isu Sasaran

Isu 1: Mencapai kuantiti 100% kelulusan setiap subjek UPSR 2013


1. Program Penambahbaikan Pencapaian Prestasi
a. Mengadakan kelas tambahan terancang dan berfokus
Mukasurat 5 dari 8

b. Proses PdP dijalankan mengikut kumpulan khas berdasarkan pencapaian Ujian 1


yang lalu. Kumpulan ELIT (yang telah mencapai kecemerlangan) dan HARAPAN
(kumpulan yang mempunyai potensi dan perlukan bimbingan yang lebih dari guru
dan rakan sebaya)

Isu 2: Setiap murid mencapai sekurang-kurangnya 2A


1. Mengadakan kelas tambahan terancang dan berfokus
a. Proses PdP djalankan mengikut pencapaian (ELIT dan HARAPAN)
b. Perjumpaan guru subjek teras bersama penjaga pelajar pada hari dan waktu yang
ditentukan (perjumpaan bersama penjaga kumpulan ELIT dan HARAPAN diadakan
secara berasingan)
c. Latihan berasaskan soalan soalan UPSR tahun-tahun sebelumnya diperbanyakkan
untuk memahirkan murid dengan format dan struktur peperiksaan sebenar
d. Program Mentor-Mentee dijalankan pada setiap hari Rabu (10 minit sebelum kelas
dimulakan setiap pagi).

Isu 3: Kaedah PdP guru menjadi lebih berkesan


1. Semua guru didedahkan dengan perkembangan terkini bidang pendidikan termasuk
kaedah terbaharu dan berkesan dalam proses PdP.
2. Semua guru (terutama guru tahun 6) diberi pendedahan melalui Latihan Dalaman (InHouse Training) dan kursus luar yang berkaitan dengan teknik penyemakan hasil kerja
murid dan Skema Pemarkahan terkini.
3. Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan objektif setiap sesi PdP
termasuklah penggunaan bahan dan teknologi terkini (komputer, Internet, latihan dalam
talian @ on-line test, video dan bahan bercetak yang berkaitan).

Mukasurat 6 dari 8

Isu 4: Menjadikan Ibu Bapa / Penjaga Murid sentiasa berkongsi maklumat murid
1. Program Anakku Anakmu Jua @ Program Buka Pintu
a. Memberi ruang kepada ibu bapa murid tahun 6 melapangkan sedikit masa untuk
berada di sekolah, melihat perjalanan anak mereka ketika di sekolah. Ibu bapa
diberikan tanda nama khas (special tags) untuk aspek keselamatan ketika mereka
berada di kawasan sekolah.
Rasional program: ketika berada dikawasan sekolah, ibu bapa boleh berbual
bersama guru atau ibu bapa lain tentang anak mereka. Konsep tiada rahsia
mengenai anak masing-masing antara ibu bapa dengan guru atau dengan ibu bapa
lain, mungkin dapat menyediakan ibu bapa dengan aktiviti susulan ketika di rumah.
Konsep anakku anakmu jua bermaksud ibu bapa bersedia menerima teguran atau
pandangan dari guru atau pihak pentadbir sekolah tentang anak mereka.
Di antara perkara yang mungkin timbul: Masalah disiplin murid /Kurang perhatian
dari ibu bapa di rumah / Rakan-rakan anak mereka ketika di luar waktu persekolahan
Jadual harian ketika di rumah (waktu malam, cuti hujung minggu, cuti penggal)
Penutup
Setiap program yang dirancang hasil daripada perbincangan semua guru dan pentadbir
sekolah, dan memberi maklum kepada semua ibu bapa / penjaga di peringkat sekolah serta
PROPEN iaitu satu program khas di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah sebenarnya menuju
kepada satu matlamat yang sama, iaitu kecemerlangan 100% calon UPSR 2013.
Sikap positif dan bersedia menerima perubahan demi mencapai kecemerlangan seperti
ini sukar untuk dicapai, atau mungkin tidak tercapai langsung harus ada pada setiap warga SK
Tebok Jawa, semua ibu bapa / penjaga murid, semua calon UPSR 2013, kaunselor sekolah /
kaunselor pelajar, malah yang paling penting adalah murid / calon itu sendiri.
Melalui prestasi yang ditunjukkan oleh murid tahun 6 dalam Ujian 1, semua guru akan
dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid mengikut subjek ajaran. Kekuatan dan
kelemahan yang ada boleh membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid dimasa akan
Mukasurat 7 dari 8

datang. Adalah menjadi harapan saya agar segala yang dirancang akan dapat dilaksanakan
dengan cemerlang.
Kecemerlangan adalah milik kita, jika kita benar-benar mahukannya. Berusahalah untuk
mencapainya.

Dilaporkan oleh:

..
(MOHD YUSUF BIN ABDUL)
Guru Besar
SK Tebok Jawa
45200 Sabak Bernam

Mukasurat 8 dari 8

Anda mungkin juga menyukai