Anda di halaman 1dari 2

Kesan Kemasukan Imigran ke Tanah Melayu pada abad ke-19

Pada awal abad ke-19, penduduk Tanah Melayu hanya terdiri daripada bangsa
melayu. Namun, pada pertengahan abad ke-19 berlaku kemasukan buruh-buruh Cina dan
India ke Tanah Melayu. Kerajaan British telah membawa masuk buruh daripada Cina dan
India ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan. 1 Hal ini
disebabkan oleh upah yang dibayar kepada buruh-buruh tersebut rendah berbanding yang
lain. Kedatangan imigran Cina dan India ini telah mendatangkan banyak kesan kepada Tanah
Melayu pada abad ke-19.
Kedatangan imigran Cina dan India ini telah mengembangkan sektor ekonomi di Tanah
Melayu. Umum mengetahui bahawa berlakunya Revolusi Perindustrian pada abad ke-19 dan
perkara ini telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap biji timah di Tanah Melayu.
Kemasukan buruh Cina telah dapat mengimbangi permintaan tersebut dan meningkatkan
ekonomi Tanah Melayu dalam sektor perlombongan. Imigran India yang bekerja di ladang
getah telah menyumbangkan kepada pengeluaran getah bagi Tanah Melayu. Permintaan getah
yang tinggi disebabkan oleh Revolusi Perusahaan yang berlaku di Eropah telah menyebabkan
British ingin meningkatkan pengeluaran getah bagi terlibat sama dalam perkembangan
industri perusahaan tersebut.2
Selain itu, kedatangan imigran Cina dan India ini telah menyebabkan pembukaan bandarbandar baharu. Kemasukan imigran-imigran Cina dan India yang bekerja di sektor
perlombongan dan perladangan telah menyebabkan kawasan-kawasan tersebut telah
berkembang menjadi sebuah bandar. Hal ini semakin menjadi kenyataan apabila British telah
meningkatkan darjah ketersampaian dengan membina jalan raya dan jalan kereta api. 3 Hal ini
akan memudahkan pengangkutan barang-barang mentah ke kilang atau ke pelabuhan.Kuala

1 Hairi Abdullah, Penduduk Semenanjung Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia, 1989,
hlm. 71
2
Azmah Abdul Manaf,Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Selangor: Utusan
Publications & Distributors, 2001, hlm. 119
3
Ibid hlm. 129

Lumpur, Taiping dan Ipoh merupakan antara contoh kawasan yang telah menjadi bandar
baharu pada ketika itu.4
Seterusnya, kedatangan imigran Cina dan India ini telah menyebabkan pembukaan Sekolah
Vernakular Cina dan India. Pembukaan Sekolah Vernakular ini adalah disebabkan oleh timbul
kesedaran dalam kalangan buruh untuk mendapatkan pendidikan kepada anak-anak mereka. 5
Sekolah Vernakular Cina pada awalnya lebih kepada memberikan pendidikan yang
berlandaskan mengekalkan identiti kecinaan dan sistem pendidikan yang merujukkan kepada
Tanah Besar China.6 Sekolah Vernakular Tamil pula memberikan kemahiran asas dan subjeksubjek asas kepada anak-anak buruh Tamil.7
Di samping itu juga, kedatangan imigran Cina dan India juga telah menyebabkan berlakunya
masalah jenayah. Masalah jenayah yang dimaksudkan merupakan pergaduhan antara kongsi
gelap yang ditubuhkan oleh buruh Cina.8 Pergaduhan antara kongsi gelap ini disebabkan oleh
keinginan untuk menguasai kedudukan dan mempertahankan kawasan perlombongan biji
timah tersebut. Hal ini telah menyebabkan berlakunya Perang Larut diantara Gee Hin dan Hai
San yang merupakan kumpulan kongsi gelap yang terkenal pada ketika itu.9

4
Ibid hlm. 129
5
Abu Zahari Bin Abu Bakar, Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia:
Zaman Sebelum Merdeka hingga ke Zaman Sesudah Merdeka, Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1980, hlm. 19
6
Ibid hlm. 19
7
Ibid hlm. 29
8
Chin Yee Whah, Budaya dan Keusahawanan Cina Di Malaysia, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malayia, 2003, hlm. 23
9
Ibid hlm. 23

Anda mungkin juga menyukai