Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2016

Yang berbahagia Encik Marcathy Anak Gindau, Yang Dipertua PIBG, SK Bawang
Assan.
Yang berusaha Encik John Anak Ugong, PK 1.
Yang berusaha Encik Siba Anak Meliau, PKHEM.
Barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita pada hari ini kerana diberi kesempatan untuk berhimpun pada hari
yang berbahagia ini sempena sambutan hari guru SK Bawang Assan bagi tahun
2016. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita
yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru.Guru Pembina
Negara Bangsa, itulah tema sambutan hari guru pada tahun ini.
Menjadi contoh, mencurah ilmu,
Tak kenal lelah, tak tahu jemu;
Itulah cikgu, itulah guru,
Besar jasanya sejak dahulu.
Saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini, untuk
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala
pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah
ini.

Pencapaian demi pencapaian diperolehi dan kejayaan demi kejayaan dikecapi baik
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sehingga sekolah ini mula dikenali
oleh sekolah-sekolah rendah yang lain. Malah sekolah ini mula dijadikan sebagai
penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain. Inilah bukti yang menunjukkan
bahawa para guru di sekolah ini sentiasa positif dalam melonjakkan transformasi
pendidikan negara.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,


Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan ke arah
merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Apa yang saya lihat ialah para guru di
sekolah ini bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata.
Para guru di sekolah ini juga berusaha untuk membangunkan modal insan dengan
memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati
diri para pelajar.

Guru memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan pembangunan


sahsiah dan peribadi murid-murid. Malah, dengan perkembangan semasa yang
mana berlakunya gejala ponteng sekolah, pergaduhan dan lain-lain dipikul oleh guru
dengan rasa penuh tanggungjawab.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para guru
dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.

Hadirin-hadirat sekalian,
Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif dan ibu
bapa yang prihatin maka proses melonjakkan transformasi pendidikan negara di
sekolah ini dapat direalisasikan. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat
melahirkan insan yang mulia dan membina masa depan yang sejahtera.

Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini, maka sewajarnya
murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan hari guru sebagai menghargai
warga pendidik .Bak kata pujangga tentang guru :

Dialah pemberi paling setia,


Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa, dia juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para
guru sekalian akan terus diberi kekuatan dan bersemangat untuk terus menabur jasa
kepada nusa dan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai