Anda di halaman 1dari 19

Amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd

~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya


sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm
sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

Tamadun India bermula tahun pada 2350 -3000 S.M di lembah sungai Indus dan
merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun
India dapat dibahagikan kepada beberapa tahap berlandaskan kepada zaman
pemerintahan . Dari segi lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
India Utara dan India Selatan. Kedua dua bahagian India tersebut mempunyai
perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Tamadun India
yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan cara hidup masyarakatnya
telah mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di sekitar kawasan Asia
Tenggara.
Interaksi budaya India telah tersebar dan kepulauan nusantara telah menjadikan
budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Tamadun India
mempunyai hubungan yang istimewa dengan rantau asia tenggara dari segi politik,
ekonomi dan sosial sehinggakan seluruh aspek kehidupan masyarakat Asia
Tenggara menyerupai kehidupan tamadun India. Penerapan nilai tamadun India
dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara telah mewujudkan istilah Indianised
state[2] di Asia Tenggara. Masyarakat mula mengasimilasikan budaya yang
mempunyai unsur tamadun India dalam kehidupan seharian mereka.
Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dapat dilihat dalam segenap aspek
kehidupan masyarakat. Ia merangkumi aspek politik, sosioekonomi dan corak
budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana tamadun India menekankan
cara hidup bekeluarga serta komuniti yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran.
Adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan kesenian, makanan, aspek
ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak
ketamadunan India. di Malaysia yang masih di amalkan pada hari ini jelas
menunjukkan bahawa interaksi dua budaya telah memberikan kesan kepada
masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian.
Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia telah
mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing sebanding dengan
negara yang lain. Pengaruh tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi
sebati dalam kehidupan seharian. Namun, setelah kemunculan ajaran Islam, amalan

yang bercanggah dengan nilai Islam dihapuskan dan digantikan dengan nilai yang
berlandaskan syariah dan Al-quran.
KESAN DAN PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA
2.0 Agama
Tamadun India seperti mana tamadun lain sudah mula bertapak di abad ini buat
satu tempoh yang agak lama. Setiap tamadun tidak kira apa pun ceritanya pasti
mempunyai agamanya yang tersendiri. Sinonim dengan Tamadun India,menurut
kajian melalui mohor, patung dan bahan tembikar yang ditemui membuktikkan
bahawa masyarkat Lembah Indus mempunyai agama dan kepercayaan tersendiri.
Agama di Tamadun India boleh diklasifikasikan keadaan beberapa agama antaranya
ialah Agama Hindu, Agama Buddha, Agama Jaina dan Agama Sikh. Secara literal,
Tamadun India meninggalkan pengaruh yang besar kepada Tamadun Malaysia
melalui penyebaran agama secara khususnya adalah agama Buddha dan Agama
Hindu yang banyak dianuti oleh masyarakat di tamadunMalaysia.Oleh yang
demikian, kita akan lebih menfokuskan kesan dan pengaruh kedua-dua agama ini di
tamadun Malaysia.
Agama Hindu sememangya sudah tidak asing lagi di Nusantara dan agama ini
merupakan agama tertua di dunia. Tidak sebagaimana agama-agama besar dunia
yang lain, sejarah awal agama ini sukar ditentukan malah tarikh mulanya tidak
diketahui. Menurut N. M Idaikkadar (1979), agama Hindu diberi nama berdasarkan
nama Sungai Sindu (Indus)[3]. Agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu
Brahman, Atman, Karma, Karma Mokhsa dan Samsara. Brahman merujuk kepada
Tuhan manakala Atman ialah roh individu yang terdapat dalam badan setiap
manusia. Atman sentiasa berusaha untuk bersatu bersama Brahman namun itu
hanya akan berlaku bergantung kepada Karma. Penganut agama Hindu sentiasa
berusaha untuk membebaskan diri daripada Samsara dan mencapai
Mokhsa.Mokhsa dalam erti kata lain adalah syurga. Selain daripada itu, agama
Hindu juga mempunyai kitab sucinya yang tersendiri yang dikenali sebagai Veda.
Seterusnya adalah agama Budha. Perkataan Buddha terbentuk daripada kata kerja
budh yang bererti bangun iaitu bangun daripada kesesatan dan keluar di tengahtengah cahaya pemandangan yang benar (Mohd. Rifai, 1965;95)[4]. Agama ini lahir
di India pada abad ke 6 sm dan diasaskan oleh Sidharta Gautama Buddha yang
dilahirkan pada tahun 563 sm di Kapilavastu, Timur. Seperti agama Hindhu, agama
Buddha juga percaya kepada hukum Karma dan Samsara yang ditekankan oleh
agama Hindu. Agama Buddha juaga berusaha melepaskan diri daripada Samsara
dan mencapai kehidupan yang sempurna iaitu Nirvana. Merujuk kepada doktrin
ajaran agama Buddha, Gautama Buddha menekankan kepada empat Kebenaran

Agung dan Lapan Jalan Kebenaran . Empat Kebenaran Mulia mengandungi


pemahaman bahawa kehidupan adalah penuh dengan penderitaan. Penderitaan itu
wujud sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan. Kendatipun demikian, penderitaan ini
boleh dikawal dengan mengikuti Lapan Jalan Kebenaran iaitu, kepercayaan yang
benar, berniat benar, percakapan yang benar,kelakuan yang benar, usaha yang
benar, berfikiran yang benar, pemusatan pemikiran yang benar dan hati serta niat
yang benar. Antara kitab suci yang digunakan oleh penganut agama Budhha dikenali
sebagai Tri-Pitaka.
Sesungguhnya seperti yang kita ketahui, penganut agama Hindu sememangnya
sudah wujud di Tamadun Malaysia sejak kurun pertama Masihi. Penduduk di
tamadun Malaysia mempunyai jumlah penganut agama Buddha dan Hindu yang
agak ramai dan seperti mana yang diterangkan mengenai konsep agama Hindu dan
Buddha, penganut yang terdapat di Malaysia juga mempercayai akan konsep yang
sama. Penganut agama ini masih mengamalkan upacara keagamaan dan
mempercayai karma seperti yang dinyatakan dalam agama Hindu dan Buddha di
tamadun India. Saban tahun kita boleh melihat penganut agama Buddha dan Hindu
mengamalkan upacara keagamaan yang tersendiri saban tahun seperti Wesak dan
Deepavali. Contohnya, Batu Cave adalah merupakan lokasi wajib bagi penganut
agama Hindu apabila tibanya hari Deepavali. Selain daripada meninggalkan kesan
dan pengaruh daripada segi amalan dan konsep, agama Hindu juga memberikan
pengaruh dan sumbangan daripada segi amalan perkahwinan, kesenian, makanan,
konsep devaraja dan sebagainya.
Tamadun Melayu lebih banyak menerima kesannya. Kesan paling ketara ialah
pengaruh dari segi pemikiran iaitu pegangan dan kepercayaan. Hal ini kerana,
interaksi ini menjadi titik tolak kemunculan agama Hindu dan Buddha di Tanah
Melayu. Pada awalnya, penduduk tempatan berpegang kepada kepercayaan
animisme. Masyarakat Melayu ketika itu tertarik dengan ajaran Hindu kerana
terdapat persamaan iaitu mengaitkan kepercayaan mereka dengan roh dan alam
semulajadi. Penyebaran agama Hindu-Buddha ini tertumpu pada golongan atasan
dan menumpukan selok-belok upacara agama. Bukti kedatangan agama Hindu dan
Buddha pada ketika itu ialah peninggalan Candi Bukit Patu Pahat di Lembah Bujang
dan imej Buddha diperbuat daripada gangsa di Lembah Bujang.
2.1 Konsep Devaraja
Institusi beraja yang telah wujud di negara kita sejak abad ke-15 iaitu semasa
pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka juga adalah antara pengaruh besar
tamadun India. Raja dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi dan rakyat di

bawah kekuasaanya. Mengikut konsep ini, raja dianggap penjelmaan Dewa Shiva,
Vishnu dan juga Buddha (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989;60)[5]. Lantaran itu
raja dianggap mempunyai kuasa yang tinggi dan berdaulat. Justeru wujudnya
konsep derhaka. Rakyat pada masa itu begitu menyanjung raja dan tidak berani
untuk ingkar kepada arahan raja kerana tidak mahu derhaka. Pemujaan Devaraja ini
semakin berkembang meluas di Alam Melayu pada zaman Hindu-Budha. Selain itu
raja juga digolongkan sebagai individu yang mempunyai daulat dan kesaktian, Raja
disamakan dengan golongan dewa yang dianggap suci.
Pengaruh daripada tamadun India mengenai konsep devaraja ini sememangnya
jelas memberi impak kepada tamadun Malaysia. Sebelum kedatangan agama Islam,
kita menggunakan gelaran raja yang kemudian ditukar kepada sultan. Konsep raja
juga berkait rapat dengan konsep daulat dan derhaka. Hal ini membawa maksud
bahawa raja memegang kedudukan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat
India. Sesiapa yang mengingkari arahan raja, maka ia di anggap derhaka dan akan
mendapat balasan buruk. Konsep ini sememangnya jelas bercanggah dengan
fahaman ajaran Islam yang ada di Malaysia, Namun yang demikian, konsep daulat
masih diamalkan di negara kita dan tidak dilupakan juga, kita masih menggunakan
peralatan alat-alat kebesaran dimana turut diamalkan oleh tamadun India. Antara
contohnya ialah ketur, cap mohor, tombak dan perhiasan berwarna kuning yang
masih kita amalkan hingga ke saat ini. Amalan sistem beraja di Tamadun Malaysia
dewasa ini juga menunjukkan bahawa pengaruh Hindu sememangnya sudah sebati
dengan amalan yang diamalkan di tamadun Malaysia
3.0 Adat istiadat
Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah
adat melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami
masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara
Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat
yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia
bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang
sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si
ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini
akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada
unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit,
buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada
permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita
hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan

beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya
Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat
Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai
iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini
biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan
selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar
pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis
akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin.
Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki
termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai
pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak
lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa
tahun sebelm ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India.
Seterusnya ialah adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah
garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat
Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan
oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam
hidupnya. Tapi bagi Islam, adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau
kurma ke dalam bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan
sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah alFatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa. Sebaik sahaja bayi berusia
enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan
memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua
yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Namanama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran
bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan
agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan
mempengaruhi perwatakannya kelak.
4.0 Kesenian
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keseniaan bermaksud perihal seni
yang berkaitan keindahan dan kehalusan dalan sesebuah budaya. Seperti yang
diketahui, tamadun india merupakan tamadun yang kaya dengan pelbagai ciri unik
dalam aspek kebudayaan telah mewujudkan warna warni dalam kepelbagaian
budaya dan etnik di Malaysia.

Antara sumbangan kesenian tamadun India di Malaysia adalah dari seni tarian. Seni
tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia, tarian yang kaya
dengan pelbagai langkah yang menarik telah mewujudkan suasana yang berwarna
warni di Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya Muzik
di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik
Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju,
Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan. Tarian ini menjadi satu
tarian yang wajib dipersembahkan kepada raja pada masa itu iaitu Akhbar Khan,
pemerintah kerajaan India pada masa itu dan masih dipersembahkan oleh kaum
India khususnya di India.
Salah satu tarian yang masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian
Bharata Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian
klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi,
yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana
terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh
dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi
enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam
dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen
dan Nritya ( Tarian Ekspressi )[6] .
Selain itu, Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian klasikal India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud seni
bercerita. Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada
tuhan-tuhan Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian yang
klasikal dan memiliki langkah tari yang menarik perlu diiringi oleh alat muzik yang
menghidupkan seni tarian yang dipersembahkan oleh penari. Antara alat muzik yang
terkenal dalam kalagan India adalah alat muzik seperti Tata Jati (alat muzik bertali),
Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan),Ghana Jati (alat muzik
gendering). Alat muzik purba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di kenali
sebagai genderang , mridangan di Selatan India yang dikatakan tidak berapa
berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Di sebelah utara,
tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang merupakan alat muzik
yang terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik bertali seperti biola, petikan

gitar sejenis pancang (sebatang kayu atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk
pada hujung yang ditolak ke dalam).
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa seni tarian masyarakat India
dan Melayu adalah terdiri daripada beberapa jenis dan juga turut mempunyai
keunikan seninya yang tersendiri yang berlainan antara satu dengan yang lain.
Walaupun demikian, matlamat sebenarnya adalah satu iaitu untuk menghiburkan
ataupun sebagai bahan hiburan dari dahulu hinggalah ke pada hari ini. Oleh itu,
adalah diharapkan tarian dua masyarakat yang berlainan ini akan berkekalan
hinggalah ke generasi yang seterusnya.
5.0 Budaya
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Adat ini
juga mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari
ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang
sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya berbeza,tetapi
dari segi pengertiannya adat dan budaya merupakan konsep yang saling bergantung
dan sama. Kebudayaan dan peradaban pula adalah satu kesatuan yang kompleks
yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain. Sebelum kedatangan Islam, agama dan
budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga
berabad-abad lamanya. Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa
bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa
dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik
sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan
tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan
seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial
dan politik mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan
memegang kepada kepercayaan animisme. Hal ini demikian kerana pada asalnya
agama Hindu dianggap sebuah agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan
atasan seperti golongan raja dan golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat
dalam stratifikasi sosial masyarakat India. Tamadun India banyak mempengaruhi
adat dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui
kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Kitab tersebut merupakkan

karya agung yang menjadi asas rujukan dalam agama Hindu. Ia juga berfungsi
sebagai tunjang kepada pengurusan hidup sebelum kedatangan pengaruh Islam ke
Asia tenggara khususnya di Malaysia. Ketika adat ini diamalkan,Islam masih belum
sampai ke Nusantara. Ada di antara adat-adat dalam tamadun India ini masih
diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara perkahwinan
dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini
merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia.
Sebagai contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan
raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara
tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak.
Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan sedangkan
persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama
dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.
Selain itu, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh Hindu
dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin
berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh
tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh
masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang.
Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah
adat melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami
masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala manakala di sebelah Utara
Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat
yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia
bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang
sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu Rahim. Ini penting bagi memudahkan si
ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini
akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada
unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit,
buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada
permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita
hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan
beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya
Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat
Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai
iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini

biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan
selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar
pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad
nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin
perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah
pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari
kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai
di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelm
ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India. Di Malaysia, majlis
perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan
upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya
perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa
kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang
ditaburkan diatasnya.
Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali
berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik
sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher
pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan
disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung, atchatai akan
ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan
bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin
lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak
tiga kali.
Seterusnya ialah adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah
garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini ia bersamaan dengan adat
Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan
oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam
hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau
kurma ke bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum
adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan
surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.
Tamadun India juga telah mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi
makanan. Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha
dan puri. Makanan ini merupakan makanan kegemaran kaum india. Namun kini,
makanan ini semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama.

Terutamanya, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak
yang merupakan makanan tradisional tamadun Melayu dan ini amat diminati oleh
sebilangan besar rakyat Malaysia sekarang.
Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana mempunyai banyak khasiat dan juga
sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini
biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal. Di
samping itu, tosai ini mempunyai banyak nama lain seperti dosay, dose, dosai,
dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti
tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering
dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India itu sendiri. Tosai ini boleh
didapati di mana-mana gerai atau atau kedai mamak dan juga di restoran India.
Makanan tradisional India ini dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang.
Boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti sambal dari buahbuahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai ini
diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga rangup. Tosai amat
kaya dengan karbohidrat dan protein.
Selain itu, makanan traddisional yang lain adalah seperti kuih muih tamadun India
iaitu muruku. Muruku juga seperti tosai mempunyai pelbagai nama lain. Antaranya
ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini sudah pasti berasal dari negara
India. Bahan utama untuk membuat muruku ialah urad dan tepung beras. Muruku
boleh didapati di mana-mana sahaja dan sering dihidangkan sebagai makanan
ringan. Muruku juga boleh dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafetida,
ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini
tidak kira umur kerana maruku senang dihidangkan dan lazat.
Selain itu ada sejenis makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya iaitu
nasi beriani. Nasi berianai ini ada terdiri daripada dua iaitu nasi beriani ayam atau
kambing. Boleh didapati di kedai-kedai mamak dan sebagainya. Selain dari yang
tersenarai, ada banyak lagi makanan tradisional tamadun India yang memberi kesan
kepada rakyat di Malaysia.
Pakaian tradisional tamadun India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan
kesan kepada tamadun Melayu dan rakyat Malaysia. Antara pakaian tradisional
tamadun India ialah sari. Sari amat dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai
bangsa meminati reka bentuknya. Untuk membuat sari, sebidang kain berukuran 5
hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan

kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau tidak. Kain sari ini dililit pada
badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain
dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari
tersebut dari terlucut. Sari ini diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna
kain yang sememangnya indah.
Di samping itu, kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan
sering dipakai oleh lelaki kaum India. Kurta ini merupakan kemeja panjang yang
sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapasdan sutera. Pada
kebiasaannya,kurta akan dipakai bersama seluar longgar, salwar longgar atau seluar
churidar. Kurta pajama pula merupakan kurta yang dipakai oleh pemakainya
bersama pajama dimana kurta pajama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis
rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai, bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk
segi empat panjang yang dilonggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar
pinggang dan kaki.
6.0 Ilmu pengetahuan
Ilmu merujuk kepada pemahaman manusia terhadap sesuatu perkara. Selain itu,
ilmu juga merupakan hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara dan
mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Secara bahasa
(al-ilmu) merupakan lawan kepada (al-jahl atau kebodohan) berasal dari
perkataan Arab, iaitu mengetahui sesuatu sesuai dengan keadaan sebenarnya,
dengan pengetahuan yang pasti. Menurut para ilmuan, ilmu pengetahuan juga
adalah satu Ilmu merupakan suatu sistem yang paling dapat diandaikan
dibandingkan dengan sistem lainnya dalam memahami masa lampau, sekarang,
serta mengubah masa depan.(T. Jacob)
Pengaruh Hindu yang datang daripada Tamadun India telah banyak mempengaruhi
ilmu dari segi bahasa di Malaysia. Kesusasteraan India yang mantap dan banyak
mengandungi unsur bahasa yang menarik menjadi sumber perkembangan ilmu
pegetahuan sekitar kawasan Asia tenggara. Penggunaan bahasa dari bahasa hindu
banyak dijadikan asas kepada kesusasteraan India. Menurut sejarah Asia, Orang
India dianggarkan datang ke Asia Tenggara adalah pada sekitar kurun pertama
Masihi. Pada zaman ini, penyebaran tamadun India begitu berkembnag sehinggakan
kebanyakkan kawasan sekitar Asia Tenggara menerima pengaruh India.
Pengaruhnya boleh dilihat dalam konteks penggunaan bahasa Melayu pada zaman
empayar Srivijaya. Batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang(kurun ke-7M),

Talang Tuwo(684M) dan di Pulau Bangka(686M) menunjukkan bukti bahawa


terdapat kira-kira 70% kosa kata bahasa Melayu kuno dan 30% lagi kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu memang mempunyai banyak persamaan
dengan bahasa Sanskrit(Hashim,2005). Contohnya boleh didapati pada batu
Bersurat Kedukan Bukit (683M) pada kosa-kosa kata berikut:

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Sanskrit
Sepuluh sepuluh
Datang datang

Wulan bulan
Naik naik

Manua benua
Swasti selamat

Sambau kapal

Dapunta baginda
Hiyang Tuhan/tuan
Bala tentera

Mgalap mencari

Tsihara pawang
Marlapas berlepas
Dari dari

Jayasidhayarta kota yang


berjaya

Membawa membawa

Tlu tiga

Yang yang

Shri bahagia

Ada juga pendapat yang mengatakan kononnya Bahasa Melayu berasal dari Bahasa
Tamil. Terdapat juga beberapa perkataan Tamil yang berasal daripada Bahasa
Sanskrit jika dibandingkan dengan perkataan Bahasa Melayu:
Bahasa Sanskrit

Bahasa Melayu

Bahasa Tamil

Agama
Akasa

Agama
Angkasa

Agamam
Akasam

Bhasa

Bahasa

Pasai

Bhaya

Bahaya

Abayam

Cakra

Cakera

Cakkaram

Danda

Denda

Dhandam

Gaja

Gajah

Gajam

Nagara

Negara

Nakaram

Putri

Puteri

Puttiri

Udara

Udara

Udanan

Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit. Sebahagiannya pula
merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada
bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu. Contoh bahasa Tamil
yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu ialah ceti, kedai, canai, nilam, jodoh,
ketumbar, kapal, dan kari(Noor Sinah,2013).
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan memberi
sumbangan yang besar kepada peradaban dunia. Dalam bidang matematik, unsur
geometri digunakan dalam upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan
manakala algebra, angka sifar, dan perpuluhan matematik diperkenalkan dalam ilmu
kira-kira dan masih digunakan sehingga sekarang. Bidang matematik tersebut mula
berkembang kepada astronomi dan penciptaan kalendar. Ia digunakan untuk
menentukan masa upacara pengorbanan dan kalendar matahari telah dicipta bagi
mengenal musim, tahun, bulan dan hari.
Perkembangan tamadun India ini sangat berkait rapat dengan agama dan teknologi.
Antaranya ialah dalam bidang fizik, alam semesta mempunyai lima elemen iaitu
tanah, angin, api, air dan angkasa. Semua unsur alam ini adalah bercirikan atom.
Dalam bidang kimia, ubat-ubatan telah dihasilkan untuk memanjangkan usia,
membuat racun, dan sebagainya. Melalui proses kimia perubatan tersebut,
penciptaan beberapa bahan alkali utama, asid, dan logam serta ubat bedil telah
dihasilkan. Barangan keluaran tamadun India telah mendapat pengiktirafan daripada
tamadun lain kerana penciptaan logam. Penggunaan bahan besi dan logam amat
penting kerana kemahiran yang tinggi dilihat dalam pertukangan besi dan
penciptaan besi dan logam ini masih digunakan sehingga sekarang.

Tamadun India juga memberi kesan dalam bidang perubatan. Ilmu perubatan pada
tamadun India dikenali sebagai ilmu sihir. Perkembangan bidang fisiologi,
pembedahan, seni pernafasan, reproduksi manusia, farmakologi dan veterinari telah
berlaku sejak zaman sebelum masihi lagi. Banyak karya perubatan yang telah
dihasilkan seperti Caraka yang dihasilkan pada abad 1-2M dan Susruta pada abad
ke-4M. Karya ini dikatakan standing dengan karya perubatan Hippocrates dan Galen
dari Yunani(Mohd. Hafiz,2010).
6.2 Perkembangan Ilmu
Selain dari kesusasteraan India yang menjadi asas kepada penggunaan dan
perkembangan ilmu di Malaysia sebelum kedatangan sinar islam, aktiviti
penterjemahan juga giat berkembaang sejajar untuk melahirkan sebuah tamadun
yang mantap. Tamadun India menekankan kepada penguasaan bidang sains
sebagaimana dalam tamadun India klasik. Perkembangan ilmu sains dan teknoogi di
india memberikan pengaruh besar dalam penguasaan ilmu dalam kalangan
masyarakat Malaysia khususnya.
Masyarakat India mendapatkan semua ilmu berkaitan sains dan teknologi melalui
kitab suci mereka iaitu Kitab Veda. Antara penguasaan ilmu dalam kalangan
masyarakat India ialah ilmu astronomi, perkembangan matematik, pengenalpastiaan
kod dalam komunikasi tertentu. Masyarakat India bukan sahaja mengklasifikasikan
entiti sebagai subjektif dan objektif seperti yang terkandung dalam ketetapan
deskripsi misalnya sanskrit panini pada abad ke lima masihi. Perkembangan ini telah
membawa banyak perubahan kepada perkembangan ilmu di Malaysia.
Tamadun India yang memiliki banyak khzanah ilmu khususnya dalam bidang
kesusasteraan sangat mengalakkan perkembangan ilmu. Perkembangan ini
membawa impak positif kepada pertembungan tamadun dan seterusnya
mewujudkan suasana yang berintelektual. Sebagai contoh, pada awalnya
masyarakat India mengira hari dan waktu subuh sehingga malam subuh berikutnya
dan kekal dengan kalendar bulan-matahari. Kaedah ini telah menjadi asas kepada
perkiraan waktu.
Tamadun India begitu mementingkan penguasaan dalam bidang matematik.
Matematik dijadikan pelajaran wajib setiap pelajar di India. Kesannya dapat dilihat
dalam perkembangan sistem pendidikan persekolahan di Malaysia

Sistem persekolahan di Malaysia juga menerima kesan daripada pengaruh tamadun


India. Bahasa Hindu (Tamil) dijadikan subjek yang perlu diajar kepada pelajar yang
bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa ini juga dittawarkan di
peringkat pengajian institusi pengajian tinggi sebagai satu cara untuk memelihara
kesusasteraan tamadun India. Perkembangan keilmuan tamadun India juga
membawa impak dalam penguasaan bahasa di Malaysia. Kepelbagaian bahasa
yang terdapat di Malaysia menjadikan masyarakat Malaysia begitu unik.
7.0 Seni Bina
Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu.
Kedatangan agama Hindu dan Buddha meninggalkan kegemilangan terhadap
bahan-bahan purba yang kemudian hilang atau pupus begitu sahaja akibat
berlakunya perpindahan. Pengaruh daripada tamadun India juga telah meninggalkan
kesan terhadap seni bina dan tinggalan-tinggalannya di Malaysia di sehingga kini.
Namun begitu, pengaruh India tidak banyak mempengaruhi seni bina bangunan di
Malaysia. Pedagang-pedagang yang datang ke Tanah Melayu dahulu banyak
mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk seni bina kuil
Hindu di India. Walaupun begitu pengaruh seni bina Selatan India juga banyak
mempengaruhi seni bina masjid. Masjid Kapitan Kling (1802-1803) di Pulau Pinang
merupakan salah satu contoh seni bina Selatan India yang dibina oleh ketua
masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan
pada minaret yang tinggi dan kubah potong bawang. Struktur pembinaan seperti ini
masih digunakan pada seni bina masjid pada zaman sekarang (Siti Norlizaiha,2010)
Pada kurun abad ke-14, sebuah kuil Buddha yang terletak di kawasan tanah
berpasir dijumpai di Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia wujud pada batu yang
kelihatan seperti tiang. Di tengahnya mempunyai sebuah stupa yang dikelilingi 7
payung. Kuil Sri Mahamariaman yang dibina di Kuala Lumpur dibina pada
penghujung abad ke-19 merupakan salah satu kuil Hindu yang paling cantik dengan
hiasannya. Corak hiasan yang terdapat pada kuil ini sangat terperinci dan ia
menggabungkan ukiran halus, hiasan emas, motif lukisan tangan, serta jubin indah
dari Itali dan Sepanyol (Faces of Malaysia,2010)
Menurut kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu dianggap suci, malah ada yang
dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Seni ukiran yang dipengaruhi oleh
fahaman ini telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah
pembesar, rumah ibadat, pintu gerbang dan alat-alat perkakasan. Menurut

kepercayaan penganut agama Hindu dan Budha, kerja mengukir tuhannya adalah
kerja yang paling mulia(Ismail dan Ahmad, 2001).
Tamadun Malaysia juga banyak menerima pengaruh kebudayaan dari tamadun
India. Hal ini kerana, agama Hindu yang disebarkan ke Tamadun Melayu
menerapkan adat resam dan budaya orang India. Kedatangan agama ini
mempengaruhi gaya hidup penduduk tempatan. Antaranya, amalan jampi dan
mentera, melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai. Dari segi
bahasa pula, tamadun mengalami pengaruh bahasa Sanskrit hasil dari
pembelajaran kitab Hindu yang ditulis dalam bahasa tersebut. Buktinya ialah,
penemuan batu bersurat seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu
Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat
Karang Berahi (692 M). Kesemua batu bersurat ini mengalami pengaruh Bahasa
Sanskrit dalam Bahasa Melayu Kuno.
Seni bina yang bercirikan India di Malysia juga dapat dilihat dalam beberapa reka
bentuk bangunan di Malaysia. Sebagai contoh, reka bentuk Taj Mahal yang begitu
unik dan penuh dengan ukurin kreativiti tamadun India. Pusat pentadbiran kerajaan
persekutuan Malaysia yang terletak di Putrajaya mengambil contoh reka bentuk Taj
Mahal di India. Ini jelas menunjukkan bahawa tamadun India begitu mahir dalam
seni ukiran sehinggakan reka bentuk bangunan yang mereka hasilkan dijadikan
sebagai asas pembinaan pusat penttadbiran di Malaysia.
Namun begitu, unsur keseniaan dalam tamadun India kebanyakkannya bermotipkan
unsur dewa-dewi agama mereka dan ilustrasi yang berunsur ritual tertentu dalam
agama mereka. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di Malaysia mengamalkan
segenap amalan yang diguna pakai oleh masyarakat India. Reka bentuk seperti
pembinaan rumah dan istana pada zaman sebelum kemunculan Islam juga turut
menyamai reka bentuk India yang berunsurkan ritual amalan mereka. Keunikkan
binaan tamadun India begitu terkenal dan menjadi kebanggaan mereka.
Tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya.
Antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini
adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina
dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk
mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti
terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang.

Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana
mudah diperolehi.
Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada
pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu
dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan.
Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang
dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan
untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah
kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta
kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri
sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa.
Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai
zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha
kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu
gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga
dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina
ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahanbahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi
dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha
untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada
altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law.
Untuk seni ukiran, masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam
membentuk patung-patung dan alat-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina
dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya
terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang
seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal
kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman pemerintahan kerajaan
Asoka.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sesebuah masyarakat itu dikatakan bertamadun apabila memenuhi
segala ciri dan definisi yang diberikan ahli sejarawan berkaitan makna tamadun.
Salah satu tamadun yang berjaya meluaskan pengaruhnya ke Tanah Melayu ialah
Tamadun India.

Tamadun India banyak memberikan kesan dan pengaruh kepada masyarakat di


Malaysia. Sebuah kerajaan yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai adat
budaya dan keseniaan yang tidak dapat ditandingi mana- mana tamadun. Secara
signifikannya, tamadun yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak zaman kolonial
British telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat tempatan walaupun ia
wujud beberapa abad lalu. Hal ini demikian kerana wujud unsur ketamadunan India
sememangnya sinonim dengan budaya Asia yang penuh keunikkan dan nilai
estetika yang tinggi.
Kemasukan tamadun India di Malaysia sememangnya membawa statu dimensi baru
dalam cara hidup dan budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai kesannya, berlaku
percampuran budaya dalam kehidupan masyarakat seperti yang berlaku di
Malaysia. Sumbangan dan pengaruh dalam aspek pendidikan, ekonomi,
kebudayaan, kesusasteraan dan sosial dalam perkembangan tamadun tidak dapat
disangkal lagi. Peradaban India seperti bahasa Tamil, kesusasteraan, struktur politik
dan kerajaan, corak kehidupan harian, agama Hindu- Buddha telah memperkaya
dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warna
kebudayaan bahkan lebih bersedia di pentas global.
Pengaruh tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam
kehidupan seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat
Malaysia telah berjaya mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya
saing sebanding dengan negara yang lain. Secara konklusinya, pengaruh dan kesan
yang dibawa oleh tamadun India membawa warna dalam tamadun Malaysia.
RUJUKAN
Ghazali Darusalam, G. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Nadiah bt Abdul Rahman, & Priscilla Law Nguik Hung. (2008).
Sazelin Arif. (2007). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Ratna Roshida, Moris, Z., Kailasam, A., Ellias Haji Zakaria, Suhaila Abdullah, &
Muhammad Azizan Sabjan. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah alam:
MacGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Majumdar , Rc (1951), The History And Culture Of The Indian Culture :Macmillan
And

Co Retrieved October 30, 2014, from


http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayang-berdaulat/konsep-dan-budaya-masyarakat-i/
Retrieved October 30, 2014,
from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5729-warisanbudaya-india.html
Retrieved October 30, 2014,
fromhttp://eprints.uitm.edu.my/1220/1/AZMAN_BIN_SAMSURI_87_24.pdf30/
10/14
Retrieved November 3, 2014,
fromhttp://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel 7 zawiyah
115-140.pdf
Retrieved November 3, 2014,
fromhttp://cikgunoorsinah.blogspot.com/2013/05/pengaruh- bahasa-asingdalam-bahasa.html
Retrieved November 3, 2014,
fromhttp://facesofmalaysia.wordpress.com/2010/06/08/budaya-warisansenibina/
Retrieved November 3, 2014, from http://hmmasal.blogspot.com/2011/06/bahasa-melayu-bahasa-sanskrit.html
Retrieved October 30, 2014, from
n http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-5-tamadunindia.html
Retrieved November 3, 2014,
fromhttp://alongaji.blogspot.com/2010/01/definisi-ilmu.html

[1] Tamadun Islam dan tamadun Asia, Sejarah Fajar Bakti muka surat 2-4
[2] Cohen,stephen P.(2002), India: Emerging Power muka surat 54
[3] Ghazali Darussalam,Tamadun Islam dan Tamadun Asia muka surat 117.
[4] Ghazali Darusalam, Tamadun Islam dan Tamadun Asia muka surat 167.
Sivachandralingam Sundra Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia muka
surat 194.
[6] Idaikkadar N.M 1979. Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur: Dewan
5

Bahasa Dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai