Anda di halaman 1dari 2

SURAT KIRIMAN TAK RASMI

No 1, Lorong 12,
Taman Tambun Jaya,
14120 Simpang Empat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.
21 Julai 2013
Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah.
Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya
dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga
dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat
saudari telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih kerana
saudari masih mengingati saya di sini.
Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan
tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk
pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan
bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya
ialah dengan mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan
menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul
9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada
mengikuti kelas tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah
menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali
seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya
berazam
akan
belajar
bersungguh-sungguh
untuk
tidak
menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan
perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan
segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham supaya saya terus
dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak
gempur yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir
setiap hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan menjawab soalan
latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan
sekolah dan Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam
buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan
Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada
kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan
kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukartukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan
UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan
mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat

saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah
salam ingatan saya untuk saudari serta keluarga.
Sahabatmu,
.......................
......
(Afiqah binti Aiman )