Anda di halaman 1dari 5

Cerita jenaka

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


Belum Diperiksa

Cerita jenaka merupakan bagian cerita rakyat yang berunsur jenaka atau lucu yang dapat
membangkitkan tawa.[1] [2] Bahan ceritanya didasarkan pada kehidupan masyarakatsehari-hari.[1] Alur
ceritanya berpusat pada kelakuan pelaku.[1] Contoh cerita jenaka yang berkemabang dalam
masyarakat Indonesia seperti Si Kebayan Sunda, Lebai MalangSumatra, dan Pak Banjir Jawa.[3]

Fungsi Cerita jenaka[sunting | sunting sumber]


Berikut ini merupakan fungsi dari cerita jenaka.[1]
1. Memberikan hiburan.
2. Mengkritik Anggota masyarakat.
3. Memberikan pendidikan

Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI)


Kamus versi online/daring (dalam jaringaTop

of Form

Pranala (link):http://kbbi.web.id/jenaka

jenaka/jenaka/ a membangkitkan tawa; kocak; lucu; menggelikan: dengan gayanya yang -- ia


mampu memikat para penonton;

ERITA JENAKA
Definisi :
Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyat. Cerita yang mengandungi unsur
humor atau lucu. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan gelihati kerana
kelucuan. Terdapat unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya
membawa rasa gembira dan terhibur.
Hampir keseluruhan cerita jenaka menggambarkan kebodohan watak utama. Sifat bodoh akibat
daripada membuat sesuatu tafsiran yang salah menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksiaksi yang menimbulkan kelucuan.
Selain watak bodoh, terdapat juga watak pintar dan watak yang selalu mengalami nasib malang.
Terdapat lima watak jenaka Melayu yang terkenal iaitu Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang, Si
Luncai dan Lebai Malang. Watak asli jenaka Melayu ialah Pak Pandir, Pak Kaduk, dan Lebai
Malang. Selainnya adalah pinjaman dari luar sama ada dari India mahupun Arab-Parsi seperti
Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Abu Nawas, dan Awang Kenit.

Jenis-Jenis Cerita Jenaka


Umumnya cerita jenaka terbahagi kepada dua jenis:
i. Cerita Jenaka Tempatan
Iaitu cerita jenaka yang lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan isu
tempatan dari segi watak, latar, persoalan dan sebagainya.
Contoh:
Cerita Pak Pandir, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Kaduk, Cerita Pak Belalang dan
Cerita Si Luncai.
ii. Cerita Jenaka Pengaruh Asing / Luar:
Iaitu cerita yang mendapat pengaruh terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi) kerana
masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut.
Contoh:
Cerita Mat Jenin ( Hindu ), Cerita Abu Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam )
Ciri-ciri Cerita Jenaka
Dari segi watak dan perwatakan. Cerita Jenaka berkisar pada watak dalam kalangan
rakyat bawahan yang lucu. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak berkenaan,
contohnya : watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak Belalang.
Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu
sendiri.
Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana
kebodohan tetapi melucukan. Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul
daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang
lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya
digonggong oleh anjing.
Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan,
mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. Contoh Si Luncai berjaya menipu
saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan
berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam
guni.
Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada tiga golongan iaitu :
(i) Watak bodoh-sial ( Cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk)
(ii) Watak pintar-bodoh (Cerita Pak Pandir)
(iii) Watak pintar (Cerita Pak Belalang dan Si Luncai)
Dari aspek latar. Latar dalam Cerita Jenaka berlaku di alam nyata, dalam kalangan
masyarakat manusia biasa, suasana masyarakat tani atau nelayan dan tidak bercampur
dengan alam fantasi.

Dari segi plot cerita. Plot cerita jenaka bersifat sederhana, mudah, lurus, kronologi dan
tidak berbelit-belit. Cerita atau peristiwa lebih tertumpu kepada watak utama sahaja.
Dalam satu-satu cerita jenaka terdapat episod-episod kecil dan berasingan tetapi dapat
berdiri sendiri sebagai sebuah cerita. Jalinan plotnya dimasukkan unsur-unsur
ketegangan / konflik, klimaks serta penyelesaian cerita berakhir dengan happy-ending
atau tragic-ending.
Dari segi fungsi, Cerita Jenaka berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan sosial

Contoh Cerita Jenaka Melayu :


Bodoh-Sial (Pak Kadok)
Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai
kata-kata raja. Ayamnya kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya,
Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelangang
bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya
menang. Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua
ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya dirumah,
isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati. Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia
memasang layar perahu, tetapi angina berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan
perahu hanyut sahaja. Dalam cerita Pak Kadok, segala segi kebodohannya
diringkaskan dalam gurindam:

Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur pengaruh asing


Sebahagian besar dari cerita-cerita jenaka yang bersifat Melayu asli, oleh orangorang yang bukan Melayu dicari-carikannya persamaan-persamaan yang terdapat
antara cerita-cerita ini dengan cerita-cerita dari bangsa-bangsa yang telah
mempengaruhi alam Melayu saperti India, Arab dan Parsi. Winstedt berpendapat,

bahawa ada persamaan antara cara, matinya Pak Belalang, Pak Pandir dan Si Luncai
dengan bahagian-bahagian cerita dalam kitab-kitab tua Hindu saperti Kasa Sarit
Sagara, Hitopa Desa dan Pancatantra.
Adanya pengaruh bangsa-bangsa lain di alam Melayu tidak dapat dinafikan, tetapi
kemungkinannya besar bahawa persamaan ini ialah secara kebetulan saja. Dengan
adanya suasana dan gambaran masyarakat Melayu, lebih-lebih pula yang telah
menjadi sebati dengan jiwa Melayu, cerita-cerita ini telah menjadi milik kita.
Cerita-cerita jenaka yang lain yang tidak kurang digemari oleh masyarakat Melayu
lama ialah cerita Mat Jenin, Musang Berjanggut dan Abu Nawas. Mat Jenin
mengesahkan orang yang berangan-angan di atas pohon kelapa hendak
membanyakkan hasil upahannya hingga hendak berkahwin dengan puteri raja dan
akhirnya terjerumus jatuh dari pohon itu. Corak cerita Mat Jenin serupa dengan
cerita dalam Pancatantra dan juga hikayat 1001 malam. Dalam Hikayat Kalilah dan
Daminah (terjemahan Abdullah Munsyi 1835) terdapat cerita tentang angan-angan
seorang Brahman dengan takar tepungnya, hingga akhirnya takar itu jatuh dan
tepungnya terbuang. Tetapi cerita Mat Jenin dengan pokok kelapa, adalah sesuai
dengan alam Melayu dan diterima oleh masyarakat Melayu.
Cerita Musang Berjanggut berasal dari Parsi, dianggap sebagai cerita Jenaka yang
tinggi mutunya dan lebih menggelikan hati. Cerita ini mencampur-adukkan unsurunsur kepintaran, kebodohan dan tipu helah untuk melepaskan diri. Cerita ini juga
mengagungkan kaum wanita yang dengan kepintarannya dapat menewaskan
beberapa orang lain. Jika diteliti ceritanya, timbullah kiasan dan tamparan hebat
kapada kaum atasan dan pembesar-pembesar negeri supaya jangan melakukan
sesuatu sewenang-wenangnya.
Cerita Abu Nawas berasal dari Parsi dan amat dikenal di kalangan masyarakat
Melayu. Yang menjadi unsur hiburan dan gelak ketawa bukanlah hanya kepintaran
Abu Nawas sahaja, tetapi ialah juga perbuatan dan tingkahlakunya, yang akhirnya
dapat membodohkan sesiapa sahaja yang mengemukakan masaalah atau menguji
kepintarannya. Antara cerita-cerita mengenai dia yang termasyhur, ialah Abu
Nawas Membilang Bintang Di Langit, Abu Nawas Mencari Lembu Pandai Berkatakata, Abu Nawas Mengangkat Masjid dan Menunjuk Pusat Bumi. Kononnya Abu
Nawas benar-benar hidup di kota Baghdad dalam zaman gemilang kerajaan Parsi.

Fungsi Cerita Jenaka


i. Fungsi utama cerita jenaka ialah memberi hiburan. Hal ini bermakna perkataan jenaka
membawa maksud/makna lucu dan turut membawa kesan menghiburkan kepada
pembaca/pendengar. Unsur hiburan yang terdapat dalam cerita jenaka jelas dilihat pada sifat
lucu yang dimiliki oleh watak-watak dan daripada peristiwa lucu yang terjadi pada watak utama.
Cerita Jenaka berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. Unsur lucu pada sifat
watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira.
Contoh : Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai Perutnya besar, punggungnya
tonggek dan apabila berjalan menjemur dada. Gambaran sifat-sifat watak yang melucukan.

Contohnya, Pak Pandir membawa balik seekor kambing jantan kerana disuruh memanggil lebai
untuk majlis kenduri
Kelucuan yang ditunjukkan dalam cerita Si Luncai. Dalam cerita ini, terdapat banyak sifat lucu
dan peristiwa yang menghiburkan dan mengembirakan hati para pendengar. Sifat lucu ini jelas
pada watak Si Luncai yang digambarkan mempunyai sifat yang melucukan iaitu seorang yang
mempunyai paras fizikal yang pendek, gemuk, perut buncit, memakai kasut besar dan memakai
serban besar di kepala. Cara pemakaiannya ini turut menimbulkan kelucuan dalam cerita
jenaka tersebut.
ii. Cerita Jenaka berfungsi sebagai pengajaran. Cerita jenaka biasanya mempunyai pengajaran
tertentu kerana sifat/peristiwa yang diberikan pada watak utama. Unsur pengajaran yang
terdapat dalam cerita jenaka merupakan pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan
manusia.

iii. Sebagai sindiran/kritikan. Pada umumnya, cerita-cerita ini berfungsi sebagai alat kritik
sosial kepada masyarakat. Sifat negatif seperti bodoh, tamak, mementingkan diri sendiri,
menipu untuk melepaskan diri dan sebagainya dikritik menerusi cerita-cerita ini. Selain
mengkritik tingkah laku yang buruk, institusi tertentu seperti institusi keagamaan (lebai) dan
pemerintah (raja, pembesar, hakim, dan penghulu) turut menjadi sasaran kritikan atas
penyelewengan yang dilakukan.
Jelas membawa masej kritikan yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti golongan raja
yang mempunyai kedudukan dan status yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Kritikan ini
ditujukan kepada golongan yang tidak adil dengan golongan miskin dan lebih mementingkan
diri sendiri. Golongan raja yang menindas rakyat jelata dengan mengenakan kekerasan
digambarkan sebagai kritikan kepada golongan atasan.
v. Cerita Jenaka Sebagai Gambaran masyarakat. Cerita jenaka memaparkan gambaran
kehidupan masyarakat zaman dahulu. Masyarakat yang digambarkan adalah masyarakat yang
mempunyai sifat bodoh-sial, pintar-bodoh dan pintar.