Anda di halaman 1dari 82

Kandungan

Kitab Kejadian Insan


Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi
Mukadimah ................................................................................... 2
Nur Muhammad ............................................................................ 7
Alam Arwah ................................................................................ 21
Alam Arham ................................................................................ 34
Alam Dunia ................................................................................. 40
Hidup dan Mati ........................................................................... 48
Alam Barzakh Qubur .................................................................. 62
Alam Qiyamat ............................................................................. 77
Alam Akhirat ............................................................................... 79

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 1

Mukadimah
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha
Penyayang, Nahmaduhu Wa Nusolli 'Ala Rasulihil Karim,
Amma Ba'du; Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :


"Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Insan melainkan agar
mereka beribadah kepadaKu." | [Az-Zariyat : 56]
PERINGKAT KEJADIAN INSAN
KEWUJUDAN Insan adalah setelah melalui berbagai peringkat
kejadian bemula dari Alam Amar sehinggalah ke Alam Khalaq
dan seterusnya menempuh kematian untuk menjalani kehidupan
yang kekal sehingga bertemu hadhrat Allah Subhanahu Wa
Taala di Alam Akhirat. Dia menciptakan sekelian makhluk ini
agar mereka mengenal Penciptanya dan beribadah kepadaNya.
Beribadah bererti mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wa
Taala dengan Marifat yang sempurna kerana jika kita tidak
mengenal Pencipta sepertimana yang sepatutnya maka
bagaimanakah kita boleh mengabdikan diri kita kepadaNya?
Mengabdikan diri kepada Allah bermaksud mengenali Zat Allah
menerusi SifatSifatNya, Afal perlakuanNya dan AsmaNya serta
2

Mukadimah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


menunaikan segala suruhan yang telah diperintahkanNya dan
meninggalkan segala laranganNya menurut petunjuk yang telah
disampaikan oleh KekasihNya Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Al-Quran Surah
Az-Zariyat - 56 :


Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Insan
melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
Dalam sebuah Hadits Qudsi yang masyhur bahawa Allah
Subhanahu Wa Taala telah berfirman yang mafhumnya seperti
berikut, Aku adalah Kanzun Makhfiyan (perbendaharaan yang
tersembunyi), maka Aku cinta untuk dikenali, maka Aku telah
menjadikan makhluk agar Aku dikenali.
Untuk memperkenalkan DiriNya, Dia telah menciptakan Nur
Muhammad dan menciptakan sekelian makhlukNya dari Nur
tersebut, khususnya Para Nabi untuk memperkenalkan tentang
Keesaan Allah Subhanahu Wa Taala. Dalam sebuah Hadits
Qudsi yang masyhur, Allah Subhanahu Wa Taala telah
berfirman menerusi NabiNya Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam,
Aku menjadikan segala perkara kerana engkau (Muhammad)
dan Aku jadikan engkau keranaKu.
Dalam Hadits Qudsi yang lain dinyatakan bahawa, Kalaulah
tidak kerana engkau, Aku tidak jadikan sekelian Falak ini.
Ketahuilah bahawa makhluk pertama yang diciptakan Allah
Subhanahu Wa Taala adalah Hakikat Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam yang diciptakan dari Nur Jalal Allah dan
dihiasi dengan Nur Jamal Allah dan ditawajjuhkan dengan Nur
Kamal Allah, yakni dari sumber cahaya kebesaran, keindahan
dan kesempurnaan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala
sebagaimana
mafhum
firmanNya
di
dalam
Hadis
Kitab Kejadian Insan | Mukadimah

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Qudsi: Khalaqtu Ruha Muhammadin Min Nuri Wajhi.
Terjemahan: Aku telah ciptakan Ruh Muhammad dari cahaya
WajahKu (Zatku).
Syeikh Hadhrat Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah alaih telah
meriwayatkan beberapa Hadits yang masyhur di dalam kitabnya
yang berjudul Badu Khalqis Samawati Wal Ardhz berkaitan
penciptaan makhluk yang pertama yang di antaranya Hadits
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam yang bermaksud, Sesungguhnya Allah menjadikan
Ruh Nabi dari ZatNya dan Dia menjadikan Alam semuanya dari
Ruh Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Hadhrat Syeikh Muhammad Uthman El-Muhammady mengulas
berkenaan Hadits ini, maksudnya Allah Subhanahu Wa Taala
telah menjadikan Ruh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam dari tidak ada kepada ada daripada SisiNya, ini bukan
bermakna bahawa sebahagian dari Allah yang dijadikan Ruh
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sebaliknya Ruh
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu dijadikan oleh Allah
Subhanahu Wa Taala dari Cahaya ZatNya. Hadhrat Syeikh
Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah alaih juga meriwayatkan
beberapa Hadits yang mafhumnya seperti berikut, Perkara yang
paling awal yang dijadikan Allah ialah Ruhku. telah Dalam
sebuah Hadits yang lain Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang
mafhumnya, Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah
ialah Ruh-Ruh.
Dalam sebuah Hadits
yang
lain
ada
dinyatakan
bahawa, Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah
Aqal.
Dalam Hadits yang lain ada dinyatakan bahawa, Perkara yang
paling awal diciptakan Allah ialah Qalam.
Dalam Hadits yang lain dinyatakan pula bahawa, Perkara yang
paling awal yang diciptakan Allah ialah Nurku.
4

Mukadimah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Di sini seolah-olah menunjukkan kenyataan yang berlawanan
antara satu sama lain dan Para Alim Ulama telah pun
membahaskan perkara ini sedalamdalamnya. Hadhrat Syeikh
Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah alaih telah menghuraikan
bahawa Aqal, Qalam dan Ruh dalam Hadits-Hadits tersebut
ialah kejadian Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda, mafhumnya: Yang pertama diciptakan oleh
Allah Subhanahu Wa Taala ialah Ruhku dan yang pertama
diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala ialah Nurku
dan Peringkat Kejadian Insan yang pertama diciptakan oleh
Allah Subhanahu Wa Taala ialah Qalam dan yang pertama
diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala ialah Aqal.
Menurut Hadhrat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah
alaih di dalam kitabnya Sirrul Asrar, Ruh, Nur, Qalam dan Aqal
yang dimaksudkan dari Hadits tersebut adalah merujuk kepada
perkara yang satu iaitu Hakikat Muhammadiyah. Hakikat
Muhammadiyah disebut sebagai Nur (Cahaya) kerana ia bersih
dari segala zulmat kegelapan sepertimana firman Allah
Subhanahu Wa Taala di dalam ayat 15 Surah Al-Maidah:




Wahai ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul
Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang
kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya.
Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan
kitab yang menerangkan. Cahaya maksudnya, Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam dan kitab maksudnya, Al Quran.
Kitab Kejadian Insan | Mukadimah

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Hakikat Muhammadiyah juga disebut sebagai Aqal yang mana
di kalangan Para Failusuf mereka menamakannya sebagai Aqal
Awwal kerana ia yang menemukan segala sesuatu dan ianya juga
disebut sebagai Qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan
ilmu sepertimana pena yang menjadi sebab perpindahan ilmu ke
alam huruf dan menyebabkan ianya tertulis. Ia juga disebut
sebagai Nur kerana ia bersih dari segala zulmat kegelapan dan ia
juga disebut sebagai Ruh kerana ia merupakan suatu urusan
Amar Allah Subhanahu Wa Taala. Segala puji bagi Allah
Subhanahu Wa Taala yang telah menciptakan Hakikat
Muhammadiyah Sallallahu Alaihi Wasallam yang merupakan
Rahmat bagi Sekelian Alam.

Mukadimah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 2

Nur Muhammad
Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah alaih bahawa
Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah dari
pancaran Nur Ahadiyat Allah Subhanahu Wa Taala apabila telah
bersatu Sifat Jalal dan Sifat Jamal Allah, maka Sifat Jamal
menguasai Sifat Jalal dan Allah Subhanahu Wa Taala telah
menjadikan daripada dua sifat tersebut Ruh Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam dari tiada kepada ada.
Beliau menjelaskan bahawa yang dijadikan itu adalah makhluk
juga dan bukannya sambungan daripada Zat Allah Subhanahu
Wa Taala kerana jika berlaku yang sedemikian maka akan
wujud dua perkara yang Qadim yakni sedia ada dan itu
merupakan suatu kesyirikan. Menurut beliau lagi bahawa selepas
Allah Subhanahu Wa Taala menjadikan Nur Muhammad atau
Ruh Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, maka Dia menilik
kepada Nur tersebut dengan tilikan Mahabbah yakni dengan
penuh cinta dan kasih sayang sehingga Nur tersebut menjadi
malu sehingga mengeluarkan peluh. Dari peluh yang terbit dari
Nur itulah dijadikan Ruh-Ruh sekelian Para Nabi dan Para Wali
dan Ruh sekelian orang Mukmin yang Solih. Dari Ruh sekelian
orang Mukmin yang Solih itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian
orang Mukmin yang Fasiq. Daripada Ruh sekelian orang
Mukmin yang Fasiq itu Dia menjadikan Ruh sekelian Mukmin
yang Munafiq dan dari Ruh sekelian Mukmin yang Munafiq itu
Dia menjadikan Ruh sekelian mereka yang kafir. Dari Ruh
Kitab Kejadian Insan | Nur Muhammad

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


sekelian insan itu, maka Dia menjadikan Ruh sekelian Malaikat
dan daripada Ruh sekelian Malaikat itu.
Dia menjadikan Ruh sekelian Jin dan dari Ruh sekelian Jin itu
Dia menjadikan pula Ruh sekelian Syaitan dan daripada Ruh
Syaitan itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian binatang. Daripada
Ruh sekelian binatang itu Dia menjadikan Ruh sekelian
tumbuhtumbuhan. Setengahnya mempunyai martabat yang
melebihi yang lainnya. Kemudian Allah Subhanahu Wa Taala
menilik pula dengan tilikan Haibah terhadap sekelian Ruh-Ruh
tersebut yakni dengan tilikan kehebatanNya, maka hancurlah ia,
setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang
menghanguskan air lantas mengeluarkan asap hingga naik ke
angkasa lalu Dia menjadikan dari asap-asap tersebut tujuh petala
langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya
dijadikan matahari, bulan dan bintang-bintang. Di dalam kitab
Kashful Ghaibiyyah karangan Hadhrat Allamah Syeikh Zainal
Abidin Al-Fattani Rahmatullah alaih, beliau menukilkan
berdasarkan kitab Daqaiqul Akhbar Fi Zikril Jannah Wan Nar
karangan Hadhrat Imam Abdur Rahim bin Ahmad Al-Qadhi
Rahmatullah alaih dan dari kitab Durarul Hisan karangan
Hadhrat Allamah Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah alaih dan
kitab Masyariqul Anwar karangan Syeikh H Hadhrat assan AlAdawi tentang bab awal berkenaan dengan penciptaan Ruhul
Azam iaitu Ruh teragung Nabi kita Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam, telah menukilkan seperti berikut:
Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu
Wali Walidaihi Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh
bahawasanya Allah Taala telah menjadikan sebuah pohon kayu
yang terdapat empat dahan. Maka Dia menamakannya sebagai
Syajaratul Muttaqin (Pokok orang-orang yang bertaqwa) dan
pada setengah riwayat dinamakan Syajaratul Yaqin (Pokok
Keyakinan).
Kemudian Dia telah menjadikan Nur Muhammad di dalam
sebuah hijab daripada permata yang sangat putih seakan
8

Nur Muhammad | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


menyerupai burung merak dan Dia meletakkannya Nur itu di
atas pokok tersebut. Maka Nur itu pun mengucapkan Tasbih di
atas pohon tersebut selama tujuh puluh ribu tahun. Kemudian
Allah menjadikan cermin kemaluan, lalu dihantarkan kehadapan
Nur tersebut. Tatkala Nur itu menilik di dalam cermin melihat
akan rupanya yang terlebih elok dan terlebih perhiasan
kelakuan, maka Nur itu berasa malu di hadapan Allah Taala
lalu ia mengeluarkan peluh.
Nur tersebut mengeluarkan enam titik peluh, pada titik peluh
yang pertama Allah Taala menjadikan Ruh Hadhrat Abu Bakar
Radhiyallahu Anhu dan dari titik peluh yang kedua Dia
menjadikan Ruh Hadhrat Umar Radhiyallahu Anhu dan dari
titik peluh yang ketiga Dia menjadikan Ruh Hadhrat Utsman
Radhiyallahu Anhu dan dari titik peluh yang keempat Dia
menjadikan Ruh Hadhrat Ali Radhiyallahu Anhu dan dari titik
peluh yang kelima itu Dia menjadikan pohon bunga mawar dan
daripada titik peluh yang keenam itu Dia menjadikan padi.
Kemudian Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu Allah
Taala menjadikan dalam bentuk burung merak lalu ia sujud
sebanyak lima kali, maka difardhukan Solat lima waktu ke atas
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan sekelian
ummatnya. Kemudian Allah juga menilik kepad Nur tersebut lalu
ia menjadi malu sehingga berpeluh ia kerana malunya. Daripada
peluh hidungnya Allah jadikan Malaikat, daripada peluh
mukanya Allah menjadikan Arash, Kursi, Lauh, Qalam,
matahari, bulan, hijab, segala bintang dan segala apa yang ada
di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan Para Nabi dan
Para Rasul, Para Ulama, Para Syuhada dan Para Solihin.
Daripada peluh belakangnya dijadikan Baitul Makmur, Kaabah,
Baitul Maqdis dan segala tempat masjid dalam Dunia.
Disebutkan juga beberapa kejadian daripada peluhnya itu.
Daripada peluh kedua keningnya, maka Allah menjadikan
sekelian Ruh Mukminin dan Mukminat dari Ummat Muhammad
Kitab Kejadian Insan | Nur Muhammad

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Sallallahu Alaihi Wasallam. Daripada peluh kedua telinganya
Allah menjadikan Ruh-Ruh Yahudi, Nasrani, Majusi, golongan
Mulhid, Kafir yang ingkar kebenaran dan Munafiqin. Daripada
peluh dua kakinya, Allah menjadikan segala bumi dari Timur ke
Barat dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Allah
memerintahkan Nur itu supaya memandang ke hadapan. Di
hadapannya ada Nur, di kanan dan kiri serta di belakangnya
juga ada Nur.
Mereka itu adalah Nur Abu Bakar, Nur Umar, Nur Utsman dan
Nur Ali Kemudian Nur-Nur itu mengucapkan Tasbih selama
tujuh puluh ribu tahun. Ruh Para Nabi terbit dari peluh Nur
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan dijadikan segala
Ruh Ummat NabiNabi itu daripada peluh Nur Ruh Nabi-Nabi
mereka. Kemudian diriwayatkan bahawa Allah Taala telah
menjadikan sebuah kandil lampu daripada Aqiq yang merah,
kemudian Allah Taala menjadikan rupa Nur Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam itu seperti rupa Baginda Sallallahu
Alaihi Wasallam di dunia ini, kemudian diletakkan dalam kandil
lampu tersebut lalu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam berdiri
seperti berdirinya di dalam Sembahyang. Kemudian berkeliling
Ruh Segala Anbiya dan lannya di sekeliling kandil Nur
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu sambil
mengucapkan Tasbih dan Tahlil selama seratus ribu tahun.
Kemudian Allah Taala menyuruh sekelian Ruh menilik kepada
Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu. Yang menilik
kepada kepalanya menjadi Khalifah dan Sultan antara sekelian
makhluk, yang menilik kepada dahinya menjadi Amir yang adil,
yang menilik kepada dua matanya menjadi Hafiz Kalam Allah,
yang melihat dua keningnya menjadi Tukang Lukis, yang melihat
kepada dua telinganya menjadilah ia menuntut dengar dan
menerima pengajaran, yang melihat kedua pipinya menjadilah ia
orang yang berbuat baik dan berakal, yang melihat dua bibir
mulutnya menjadilah ia orang-orang besar Raja, yang melihat
10

Nur Muhammad | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


hidungnya menjadi Hakim, Tabib dan penjual bau-bauan, yang
melihat mulut menjadi orang yang berpuasa.
Demikianlah seterusnya, dengan melihat anggota tertentu, jadilah
orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di Dunia nanti. Misalnya
yang melihat dadanya menjadi orang Alim, mulia dan Mujtahid.
Ruh-ruh yang tidak menilik sesuatu kepada Nur tersebut, jadilah
ia mengaku menjadi Tuhan seperti Firaun dan yang
sepertinya Dalam sebuah Hadits masyhur yang dinisbahkan
kepada riwayat Imam Hadhrat Abdur Razzaq dengan sanadnya:
Dari Hadhrat Jabir bin Abdullah Radhiyallahu anhu, beliau
berkata, Ya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, demi
bapaku dan ibuku menjadi tebusan Tuan, khabarkanlah daku
berkenaan awal-awal sesuatu yang Allah Taala telah ciptakan
sebelum sesuatu?
Bersabda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam,
Ya Jabir, sesungguhnya Allah Taala menciptakan sebelum
sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya, maka jadilah Nur
tersebut berkisar dengan QudratNya sekira-kira yang
dikehendaki Allah Taala, padahal pada waktu itu tiada lagi
Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada
Malaikat dan tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan
tiada bulan dan tiada Jin dan tiada Manusia. Maka bila Allah
Taala hendak menjadikan sekelian makhluk, Dia membahagikan
Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzuk yang pertama
Dia menjadikan Qalam, daripada yang kedua Dia menjadikan
Lauh, daripada yang ketika Dia menjadikan Arash, kemudian
Dia membahagikan pula juzuk yang keempat itu kepada empat
bahagian. Maka daripada juzuk yang pertama Dia menjadikan
Malaikat penanggung Arash, daripada juzuk yang kedua Dia
menjadikan Kursi, daripada juzuk yang ketiga Dia menjadikan
Malaikat yang baki. Kemudian Allah Taala membahagikan lagi
juzuk yang keempat itu kepada empat bahagian, yang pertamaya
dijadikan langitlangit, yang keduanya bumi-bumi, yang
Kitab Kejadian Insan | Nur Muhammad

11

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya
dibahagikan kepada empat bahagian, yang pertamanya
dijadikanNya Nur pandangan mata Muslimin, daripada
bahagian kedua Dia menjadikan cahaya hati mereka iaitu
Marifat terhadap Allah Taala, daripada juzuk yang ketiga
dijadikanNya Nur kejinakan mereka dengan Tuhan iaitu Nur LA
ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman; Surah Al-Maidah - 15:




Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul
Kami menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang
kamu sembunyikan dan mereka banyak membiarkannya.
Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan kitab
yang menjelaskan.
Menurut Hadhrat Imam Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah
alaih, Nur dari Allah itu bermaksud Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan inilah
merupakan pandangan yang sebenar-benarnya kerana ianya
merupakan pegangan sekelian Para Sahabat Ridhwanullah
Alaihim Ajmain dan sekelian Para Tabiin dan Tabiit Tabiin
dan sekelian Para Imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Allah Subhanahu Wa Taala menyatakan menerusi firmanNya di
dalam Al-Quran pada Surah An-Nur ayat 35 :

12

Nur Muhammad | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi







Allah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi. perumpamaan
cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus,
yang di dalamnya ada pelita besar. pelita itu di dalam kaca dan
kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara,
yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya,
yaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur sesuatu
dan tidak pula di sebelah Baratnya, yang minyaknya saja
Hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya
di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada
cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat
perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha
mengetahui segala sesuatu.
Yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu
lobang di dinding rumah yang tidak tembus sampai
kesebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau
barang-barang lain. Pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia
dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di
waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan
buahnya menghasilkan minyak yang baik. Allah Subhanahu Wa
Taala adalah cahaya yang meliputi segala sesuatu dan
dariNyalah punca segala sesuatu. CahayaNya meliputi sekelian
lapis langit yang kita ketahui mahupun yang tidak ketahui.
Kitab Kejadian Insan | Nur Muhammad

13

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Perumpamaan yang Allah Subhanahu Wa Taala berikan tentang
Nur CahayaNya di dalam ayat tersebut adalah bersifat abstrak
yang perlu difahami dengan penuh mendalam.
Cahaya Zat Allah Subhanahu Wa Taala itu menerbitkan Cahaya
SifatSifatNya dan dari Cahaya Sifat-SifatNya itu maka terbitlah
segala Cahaya Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Taala
diibaratkan seumpama minyak Zaitun yang amat diberkati. Ia
tumbuh di puncak bukit, tidak di Timur dan tidak pula di Barat
bukit bagi mendapatkan cahaya mentari sepanjang hari. Zat Allah
Subhanahu Wa Taala tidak tertakluk dengan arah Timur
mahupun Barat kerana Allah adalah Zat Yang Maha Tinggi lagi
Maha Memberkati. Sifat-Sifat dan Bayangan Sifat-SifatNya juga
tidak tertentu pada Timur mahupun Barat bahkan meliputi segala
sesuatu sepertimana sifat-sifat pohon Zaitun. Minyak dari pohon
Zaitun ini sahaja pun sudah bersinar, berkilau seperti cahaya
meskipun api belum menyentuhnya. Pohon Zaitun itu
menghasilkan beratus ribu buah bagi menghasilkan minyak. Dari
pohon menjadi buah dan seterusnya menjadi minyak melalui tiga
peringkat maka begitulah dari Cahaya Zat Haqq Allah
Subhanahu wa Taala telah menerbitkan Cahaya Sifat-SifatNya
yang tak terkira banyaknya dan dari Cahaya Sifat-Sifat Allah
Subhanahu Wa Taala tersebut telah menerbitkan pula segala
Cahaya Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Taala.
Cahaya Bayangan Sifat ZatNya itu pun sudah cukup untuk Dia
memperlihatkan Cahaya ZatNya. Apabila minyak Zaitun itu
dinyalakan dengan api maka bertambah teranglah cahaya dari
minyak Zaitun itu. Api adalah makhluk Allah dari Alam Khalaq
dan darinyalah dijadikan Jin, Iblis dan Syaitan. Pada diri manusia
juga ada unsur api iaitu Syaitan yang berjalan dalam urat darah
dan Iblis yang sentiasa cuba menakluk hati sehingga
mensyirikkan Allah dan mengingkari PerintahNya serta Jin yang
menggoda hawa nafsu untuk melakukan kemaksiatan dan
kerosakan. Hanya Para Nabi sahaya yang tidak dapat ditakluki
oleh Iblis, Jin dan Syaitan ini kerana Para Nabi sentiasa
14

Nur Muhammad | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


mendapat limpahan kurnia dari Rahmat Allah Subhanahu Wa
Taala. Mereka berjaya menundukkan sekelian Iblis, Jin dan
Syaitan yang di dalam diri mereka mahupun yang berada di luar
diri mereka dari kalangan Jin dan Manusia. Unsur api dalam diri
mereka telah disucikan. Hanya api yang terang dapat menyalakan
minyak Zaitun itu dan apabila api itu menyentuh minyak, maka
bernyalalah ia dengan menerbitkan cahaya yang jauh lebih terang
benderang dari api yang sebelumnya.
Di antara minyak dan api itu perlu ada sumbu sebagai pengantara
di antara keduanya. Begitulah juga keadaan Allah Subhanahu Wa
Taala dan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam, kedua-duanya adalah Nur dan
apabila Nur Allah Subhanahu Wa Taala bertemu dengan Nur
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, maka terhasillah Nur
yang meliputi seluruh langit dan bumi. Namun pertemuan di
antara Nur Allah dan Nur Muhammad adalah dengan perantaraan
Jibril Alaihissalam yang turun ke Alam Khalaq di bawah Arash
sehingga ke langit Dunia demi membawakan wahyu dari Hadhrat
Allah Subhanahu Wa Taala ke Hadhrat Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Hubungan ketiga-tiganya menghasilkan cahaya yang meliputi
seluruh Alam Semesta. Kemudian, nyalaan dari pelita minyak
Zaitun itu diletakkan di dalam bekas kaca yang menyebabkannya
tambah bersinar seumpama bintang yang berkilau bak mutiara.
Cahaya Zat, Sifat dan Bayangan Sifat Allah Subhanahu Wa
Taala itu telah diletakkan di dalam AfalNya yakni segala
tindakan dan perbuatanNya, lalu dari Cahaya Zat, Sifat dan
AfalNya itu telah menerbitkan segala Asma yakni
NamaNamaNya Yang Mulia. Bayangan Sifat Allah itu kelihatan
seolah-olah SifatNya namun kedua-duanya adalah berbeza. Kita
dapat melihat Cahaya Allah menerusi Nama-NamaNya itu.
Sesungguhnya Allah memiliki Nama-Nama yang terbaik
berjumlah 99 sepertimana yang masyhur di dalam Hadits. Kita
diibaratkan hanya melihat dari sebalik dinding kaca akan cahaya
Kitab Kejadian Insan | Nur Muhammad

15

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


lampu minyak Zaitun. Seluruh Alam Maya adalah Cahaya dari
Asma Allah dan kita hanya melihat Cahaya Zat, Sifat, Bayangan
Sifat dan AfalNya seumpama dari sebalik dinding kaca yang
bercahaya-cahaya iaitu menerusi Tajalli AsmaNya. Allah
Subhanahu Wa Taala akan membimbing sesiapa juga yang Dia
kehendaki kepada cahaya Nur tersebut. Sesiapa juga boleh
menerima limpahan cahaya tersebut asalkan dia beriman kepada
Allah Subhanahu Wa Taala, Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam dan Jibril Alaihissalam. Sesungguhnya Allah
Subhanahu Wa Taala itu menunjuki siapa yang dikehendakiNya
lagi
Maha
Mengetahui
terhadap
segala
sesuatu.
Seterusnya di dalam Surah Al-Ahzab ayat 6, 7 dan 8 Allah
Subhanahu Wa Taala berfirman :

Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari


diri mereka sendiridan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.
dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama
lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam kitab Allah
daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin,
kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu
(seagama), adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam
Kitab Allah.
16

Nur Muhammad | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabinabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa
Putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka
Perjanjian yang teguh.
Agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang
kebenaran mereka dan Dia menyediakan bagi orang-orang kafir
siksa yang pedih. Maksudnya, orang-orang mukmin itu mencintai
Nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam
segala urusan. Yang dimaksudkan dengan berbuat baik disini
ialah Berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. Perjanjian
yang teguh ialah kesanggupan menyampaikan Agama kepada
umatnya masingmasing. Pada hari Qiyamat Allah akan
menanyakan kepada Rasul-rasul sampai di mana usaha mereka
menyampaikan ajaran-ajaran Allah kepada umatnya dan sampai
di mana umatnya melaksanakan ajaran Allah itu. Orang-orang
Mukmin itu mencintai Nabi mereka lebih dari mencintai diri
mereka sendiri dalam segala urusan. Yang dimaksud dengan
berbuat baik disini ialah Berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga
harta. Perjanjian yang teguh ialah kesanggupan menyampaikan
agama kepada umatnya masing-masing.
Pada hari kiamat Allah akan menanyakan kepada Rasul-rasul
sampai di mana usaha mereka menyampaikan ajaran-ajaran Allah
kepada umatnya dan sampai di mana umatnya melaksanakan
ajaran Allah itu. Pada menerangkan ayat ke 7 dari Surah AlAhzab itu Hadhrat Imam Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah
alaih telah meriwayatkan di dalam Al-Khasais Al-Kubra bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam telah bersabda yang mafhumnya bermaksud, Aku
adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan.
Allah Subhanahu Wa Taala menyatakan bahawa Dia telah
mengambil perjanjian dari Sekelian Para Nabi di Alam Arwah
dan yang pertama sekali adalah dari Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kemudian Hadhrat Nuh,
Kitab Kejadian Insan | Nur Muhammad

17

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Hadhrat Ibrahim, Hadhrat Musa dan Hadhrat Isa Alaihimus
Solatu Wassalam.
Dalam sebuah Hadits Hassan Sahih Gharib yang diriwayatkan
oleh Hadhrat Imam At-Tarmizi: Dari Hadhrat Abu Hurairah
Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Para Sahabat telah bertanya,
Wahai Rasulullah, semenjak bilakah telah ditetapkan bagimu
Nubuwwah?
Baginda bersabda, Semenjak Adam di antara Ruh dan Jasad.
Hadits ini juga telah diriwayatkan ole Hadhrat h Al-Ghumari,
Al-Hakim, Abu Naim, Al-Baihaqi Rahimahumullah dan mereka
telah mensahihkannya. Dalam Hadits yang semakna menerusi
riwayat yang lain iaitu: Dari Hadhrat Abu Umar, Para Sahabat
telah bertanya kepada Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam, Bilakah diwajibkan padamu
Kenabian?
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,Adalah aku
Nabi padahal Adam di antara Ruh dan Jasad.
Ruh Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang
termurni dari sekelian Ruh dan merupakan ciptaan Allah
Subhanahu Wa Taala yang pertama dan juga merupakan asal
usul seluruh makhluk sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Ana
Minallahi Wal Mukminuna Minni. Terjemahan: Aku adalah
dari Allah Subhanahu Wa Taala dan orang-orang yang beriman
itu adalah dari aku.
Yang dimaksudkan dengan orang-orang yang beriman itu adalah
Para Nabi dan Rasul, Para Sahabat, Tabiin, Tabiit Tabiin dan
orang-orang sesudah mereka yang menuruti ajaran Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam dengan baik. Ruh-ruh manusia yang beriman dan yang
tidak beriman adalah dari pancaran Ruh Hadhrat Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Kerana itulah Hadhrat
18

Nur Muhammad | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di gelar sebagai
Rahmatan Lil Alamin yakni Rahmat bagi seluruh alam.
Ruh Hadhrat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah
dari Ruh Allah. Ruh orang beriman adalah dari Ruh Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam dan ini bermakna Ruh mereka juga
adalah dari Allah Subhanahu Wa Taala. Ruh setiap orang
beriman adalah dari pancaran Ruh Allah dan Ruh Muhammad.
Ruh orang-orang yang tidak beriman juga adalah dari sumber
yang sama tetapi mereka telah dipesongkan keimanan mereka
dari Aqidah yang benar oleh Syaitan sehingga menyebabkan
mereka menolak dan mendustakan kebenaran.
Menurut Hadhrat Ibnu Arabi Rahmatullah alaih, asal usul
wujud ini ialah Allah Subhanahu Wa Taala. Kemudian Allah
Subhanahu Wa Taala jadikan kejadian Makhluk. Makhluk
pertama yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Taala ialah
Haqiqat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang di dalam
Al-Quran disebutkan sebagai Qalam ataupun Al-Aqlul Awwal
menurut istilah golongan Ahli Falsafah. Kemudian Allah
menciptakan Al-Lauhul Mahfuz yang bererti tempat menerima
kesan Qalam lagi terpelihara atau disebut Nafs Al-Kulliyah yang
mana kesan dari tindakan Qalam atau Aqal itu tadi akan
terpancar pada Lauh atau Nafs Al-Kulliyah ini. Lauh diwujudkan
sebagai tempat menerima tindakan Qalam maka begitulah
perkaitannya dengan Nafs yang diwujudkan sebagai tempat
menerima tindakan Aqal. Kemudian Allah menciptakan AlHaba iaitu Debu Semesta yang mengandungi Panjang, Lebar dan
Dalam, yang mana bentuk-bentuk yang berjisim akan terzahir
mengambil tempat yakni ianya akan menjadi tempat terzahirnya
Alam TabiI. Panjangnya dari Aqal dan Lebarnya dari Nafs, dan
Dalam adalah ruang yang menghala ke tengah. Oleh kerana itu
wujudlah tiga ukuran tersebut. Menerusi tindakan Qalam pada
Lauh itu maka keluarlah dua jenis wujud pada tanggapan akal
iaitu TabiI Semesta. Tabii berada di antara Nafs dan Al-Haba.
Pada TabiI Semesta ini terdiri dari empat sifat iaitu Panas,
Kitab Kejadian Insan | Nur Muhammad

19

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Sejuk, Kering dan Lembab. Jisim Al-Kulliyah yakni bentuk
berjisim pertama yang terbentuk di Alam TabiI adalah bentuk
Bulat yang dinamakan Falak Arash.
Kemudian Allah menjadikan Falak Kursi yang berada di dalam
lingkungan bulatan Falak Arash. Falak Kursi ini berada dalam
ruang Falak Arash seperti sebentuk cincin yang terletak di tanah
lapang yang luas. Allah Subhanahu Wa Taala menempatkan
Para MalaikatNya pada Falak Arash dan Falak Kursi ini yang
bertanggungjawab menguruskan pentadbiran Allah Subhanahu
Wa Taala. Kemudian, di dalam ruang Falak Kursi Allah
menciptakan Falak Atlas yang mana keadaannya seperti sebentuk
cincin di tanah lapang yang luas. Pada Falak Atlas ini Allah
Subhanahu Wa Taala menciptakan Al-Buruj iaitu gugusan
bintang-bintang. Gugusan bintang-bintang berada dalam
lingkungan Falak Atlas yang terbahagi pada dua belas bahagian
dan Allah Subhanahu Wa Taala telah meletakkan dua belas
Malaikat yang berbeza-beza bentuknya. Falak Atlas ini tidak
bersifat kekal.
Kemudian Allah Subhanahu Wa Taala menjadikan sebuah lagi
Falak yang bersifat kekal iaitu Falak Ar-Ridhwan yang
merupakan Falak Syurga. Setelah Allah Subhanahu Wa Taala
menyiapkan Falak yang tetap dan kekal itu, maka Dia pun
menjadikan empat unsur atau disebut Anasir yang empat iaitu
Angin, Api, Air dan Tanah di dalam Falak Atlas. Maka
diciptakanlah Matahari, Planet Utarid, Zuhrah, termasuk Bumi
dan Bulan serta Planet Marikh, Musytari dan Zuhal yang
kesemuanya mengambil bentuk Bulat. Demikian menurut
pendapat Ibnu Arabi, Wallahu Alam.

20

Nur Muhammad | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 3

Alam Arwah
ARWAH adalah kata jamak bagi Ruh. Haqiqat Muhammadiyah
itu tercipta dari Nur Zat Allah Subhanahu Wa Taala dan ianya
terdiri dari Nur, Ruh, Aqal dan Qalam.
Ianya diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala di Alam
Hahut Alam Amar lalu Allah Subhanahu Wa Taala menerbitkan
Ruh-Ruh orang beriman dari kalangan Para Nabi, Para Rasul,
Para Sahabat, Para Siddiqin, Para Syuhada dan Para Solihin dan
dipindahkan ke Alam Bahut di Alam Amar. Kemudian Allah
Subhanahu Wa Taala menerbitkan dari Ruh-Ruh tersebut
sekelian Ruh orang-orang yang beriman dan tidak beriman lalu
dikumpulkan kesemuanya di Alam Lahut Alam Amar.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah Al-Isra pada
ayat 85 :



Dan mereka bertanya kepadamu berkenaan Ruh;
Katakanlah, Ruh adalah dari urusan Amar Tuhanku. Dan
tidaklah kamu dikurniakan ilmu melainkan hanyalah
sedikit.
Kitab Kejadian Insan | Alam Arwah

21

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Pada hakikatnya kesemua Ruh tersebut adalah daripancaran
Hakikat Muhammadiyah yang berasal dari Allah Subhanahu Wa
Taala. Kerana itulah dikatakan bahawa dari Allah kita datang
dan kepada Allah kita akan dikembalikan.
Dari Ruh Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu Allah
Subhanahu Wa Taala telah menciptakan semua Ruh di Alam
Amar dalam bentuk yang terbaik iaitu Ahsanu Taqwim yang
hakiki. Ianya merupakan nama bagi sekelian insan di Alam Amar
yang merupakan negeri asal bagi Insan.
Setelah empat ribu tahun Ruh diciptakan maka Allah Subhanahu
Wa Taala pun menciptakan Arash dari Cahaya Zat Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam dan begitulah juga sekelian
makhluk, kesemuanya tercipta dari Nur Zat Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam. Kemudian sekelian Ruh diturunkan
ke Alam Khalaq yang lebih rendah iaitu Asfala Safilin iaitu alam
jasad tubuh badan.
Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh
Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah alaih, Ruh diciptakan oleh
Allah Subhanahu Wa Taala di Alam Amar dan berasal dari
Alam Hahut iaitu Alam Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Taala
lalu diturunkan ke Alam Bahut iaitu Alam Sifat-Sifat Allah
Subhanahu Wa Taala kemudian diturunkan ke Alam Lahut iaitu
Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Taala lalu
diturunkan ke Alam Jabarut iaitu Alam Arwah atau di sebut
Alam Ruh dan seterusnya diturunkan ke Alam Malakut iaitu
Alam Para Malaikat. Dari Alam Malakut, Ruh dipindahkan ke
Alam Rahim Ibu di mana Ruh akan bertemu jasadnya yang
terbina dari Nafs dan empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin.
Allah Subhanahu Wa Taala menciptakan jasad tubuh badan
manusia dari empat unsur-unsur tersebut yang terdapat di bumi
dan dikurniakannya dengan Nafs.
Setelah jasad tersedia di dalam Rahim maka Allah Subhanahu
Wa Taala pun meniupkan Ruh kedalam jasad sepertimana
firmanNya: Maka apabila aku telah menyempurnakan
22

Alam Arwah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya RuhKu, Maka
tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.
Yakni Allah telah tiupkan ke dalam jasad itu dari Ruh
ciptaanNya. Dimaksud dengan sujud di sini bukan menyembah,
tetapi sebagai penghormatan. Adapun sewaktu di Alam Amar
kesemua Ruh-Ruh telah dikumpulkan termasuklah Ruh-Ruh Para
Nabi, Para Rasul, Para Siddiqin, Syuhada, Solihin, orang-orang
beriman dan yang tak beriman termasuklah Ruh Namrud, Firaun,
Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab yang mana kesemuanya akan
menjadi keturunan Bani Adam lalu Allah Subhanahu Wa Taala
telah mengambil penyaksian dari mereka dengan berfirman
seperti mana tersebut di dalam Al-Quran pada Surah Al-Araf
ayat 172 :

Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan


anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: A Lastu
Bi Rabbikum?
(Apa bukankah Aku Tuhan Pemelihara
kamu?) Sidang Para Ruh pun menjawab: Bala Syahidna
(Bahkan kami bersaksi). Demikian, agar di Hari Qiyamat
kamu tidak mengatakan, sesungguhnya kami adalah orangorang
yang lengah terhadap perkara ini.

Kitab Kejadian Insan | Alam Arwah

23

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Sekelian Para Ruh itu bersaksi kepada Rabbaniyah Allah
Subhanahu Wa Taala bahawa Dialah satu-satunya Tuhan Yang
Memelihara dan menyempurnakan segala keperluan Ruh tanpa
sebarang asbab, segala-galanya terus dari Allah Subhanahu Wa
Taala. Kesemua Ruh ini akan diuji kebenaran penyaksian
mereka di suatu alam yang penuh dengan segala asbab iaitu
Dunia Darul Asbab yang berada di Alam Khalaq di bawah
Arash.
Sebelum Ruh itu diuji,terlebih dahulu dia diketemukan dengan
pasangannya dariAlam Khalaq iaitu jasadnya yang Allah jadikan
dan sediakandi dalam rahim ibunya yang disebut sebagai Alam
Arham.
Setelah Ruh di hantar ke Alam Khalaq untuk bertemu dengan
Jasadnya, mereka mula melupai akan penyaksian di Alam Amar
tersebut dan mula mengambil sesuatu yang lain sebagai Tuhan.
Allah Subhanahu Wa Taala telah mengutuskan Para Nabi
Alaihimus Solatu Wassalam untuk menyeru manusia supaya
kembali kepada Allah Subhanahu Wa Taala namun tidak
kesemuanya beriman kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Seorang Yahudi telah datang kepada Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan telah bertanyakan
tentang Dzul Qarnain, Ashab Raqim dan Ruh, maka turunlah
Surah Al-Isra pada ayat 85 :



Dan mereka bertanya kepadamu berkenaan Ruh; Katakanlah,
Ruh adalah dari urusan Amar Tuhanku. Dan tidaklah kamu
dikurniakan ilmu melainkan hanyalah sedikit.

24

Alam Arwah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Adapun pengetahuan tentang Ruh yang ada pada kefahaman kita
amatlah terhad dan sangat sedikit jika dibandingkan dengan
hakikat sebenar Ruh itu. Walaupun demikian, Allah Subhanahu
Wa Taala telah menyatakan bahawa Ruh itu adalah dari
AmarNya yakni Ruh itu adalah suatu Amar Allah Subhanahu Wa
Taala dan itulah hakikat sebenar Ruh. Wallahu Alam. Insan
beriman pertama yang Allah Subhanahu Wa Taala telah jadikan
dalam rupabentuk manusia yang lengkap adalah Hadhrat Adam
Alaihissalam dan Baginda digelar Abul Basyar yakni bapa bagi
sekelian manusia.
Perkataan Insan berasal dari kata Nis Yan yang bererti Pelupa.
Manusia pada fitrahnya adalah bersifat pelupa, tidak berdaya
untuk mengingat sesuatu untuk selama-lamanya.
Segala kegembiraan dan kesedihan akan terhenti apabila manusia
mula lupa terhadapnya. Begitulah juga dengan asal usul kejadian
insan, kebanyakan manusia lupa tentang asal usul kejadian diri
kecuali segelintir dari mereka yang benarbenar berasa ingin
kembali Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Taala. Lupa
merupakan suatu kelemahan tabiat pada fitrah manusia dan untuk
mengubatinya Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan
amalan Dawah kepada Para Nabi dan Rasul untuk menyeru
manusia kembali kepada Allah beserta amalan Zikirullah supaya
mereka tidak lupa dan lalai dari ingatan terhadap Allah
Subhanahu Wa Taala kerana Dialah Zat yang menjadikan segala
sesuatu dan hakikat segala ilmu pengetahuan ada dalam
pengetahuanNya.
Ketika Allah Subhanahu Wa Taala hendak menjadikan Hadhrat
Adam Alaihissalam, Dia bermaksud menjadikannya dan
sebilangan anak cucunya sebagai Khalifah di atas muka bumi.
Allah Subhanahu Wa Taala telah menciptakan jasmani Hadhrat
Adam Alaihissalam daripada unsur-unsur Alam Khalaq iaitu
tanah kering yang dicampurkan air lalu menjadi tanah liat,
kemudian Dia menjadikan rupabentuk Hadhrat Adam
Kitab Kejadian Insan | Alam Arwah

25

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Alaihissalam dalam keadaan yang sebaik-baik rupa bentuk
dengan TanganNya Yang Mulia.
Allah Subhanahu Wa Taala telah memerintahkan Hadhrat Jibril
Alaihissalam turun ke Alam Khalaq melewati langit dunia
sehingga ke bumi untuk mendapatkan tanahtanah yang tertentu
dari bahagian-bahagian bumi yang tertentu untuk membentuk
jasad Hadhrat Adam Alaihissalam di dalam Syurga.
Kejadian Hadhrat Adam Alaihissalam adalah tanpa bapa dan
ibu, langsung diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala
dengan TanganNya. Setelah siap sempurna jasad dibentuk, lalu
Allah Subhanahu Wa Taala meniupkan Ruh Adam Alaihissalam
ke dalam jasadnya.
Apabila jasad yang diciptakanNya telah benar-benar bersedia
untuk menerima kemasukan Ruh, ianya dinamakan Taswiyah
yakni Dia menyediakan Jasad untuk menerima kemasukan Ruh
dan ketika Ruh itu ditiupkan ke dalam jasad ianya dinamakan
Nafakh. Ruh Adam Alaihissalam adalah terbit dari Ruh
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lalu ditiupkan oleh
Allah Subhanahu Wa Taala kepada Jasad Adam Alaihissalam.
Setelah Allah Subhanahu Wa Taala meniupkan RuhNya ke jasad
Adam Alaihissalam, lalu hiduplah dia serta diajarkan oleh Allah
Subhanahu Wa Taala akan segala nama-nama benda yang mana
Para Malaikat pun tidak mengetahuinya lantas Allah Subhanahu
Wa Taala berfirman kepada sekelian Para Malaikat agar sujud
kepada Adam Alaihissalam.
Adapun sujud ini bukanlah bererti menyembah Hadhrat Adam
Alaihissalam akan tetapi ianya bererti menghormati dan
memuliakannya serta menunjukkan ketaatan terhadap perintah
Allah Subhanahu Wa Taala terhadap Hadhrat Adam dan
keturunannya. Kesemua Para Malaikat di langit dan di bumi
tunduk sujud kepada Hadhrat Adam Alaihissalam kecuali Iblis
Lanatullah Alaih kerana ia enggan mengakui Kekhalifahan
Hadhrat Adam Alaihissalam dan keturunannya kerana Takabur
26

Alam Arwah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


dan merasakan dirinya adalah jauh lebih mulia dari Hadhrat
Adam Alaihissalam.
Allah Subhanahu Wa Taala telah menjadikan manusia sebagai
KhalifahNya di dunia bagi menyatakan KebesaranNya.
Walaubagaimanapun manusia itu bersifat pelupa, dia lupa asal
usulnya, lupa Tuhannya dan lupa tanggungjawabnya sebagai
Khalifah Allah Subhanahu Wa Taala.
Hakikat ini Allah Subhanahu Wa Taala nyatakan di dalam AlQuran pada Surah Al-Baqarah ayat 30 - 34 :










Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
Kitab Kejadian Insan | Alam Arwah

27

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau?" Tuhan berfirman: "SesungguhnyaAku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui." Dan Dia mengajarkan kepada Adam
nama-nama (bendabenda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada Para Malaikat lalu berfirman:
"Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu
mamang benar orangorang yang benar!" Mereka menjawab:
"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa
yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka
nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada
mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah
sudah Aku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku
mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang
kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali
Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan
orang-orang yang kafir.
Firman Allah Subhanahu Wa Taala: Surah Al-Hijr ayat 28 31 :

28

Alam Arwah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada Para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk, Maka apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan
kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, Maka tunduklah kamu kepadanya
dengan bersujud. Maka bersujudlah Para Malaikat itu semuanya
bersamasama, Kecuali Iblis, ia enggan ikut besama-sama
(malaikat) yang sujud itu.
Yang dimaksudkan dengan sujud pada ayat ini bukanlah bererti
menyembah, tetapi sujud sebagai suatu tanda penghormatan. Iblis
asalnya bernama Azazil dan bukanlah dari golongan Malaikat
sebaliknya dari golongan Jin yang dijadikan dari api yang panas.
Dia telah mentaati Allah Subhanahu Wa Taala sehingga telah
ditinggikan darjatnya menjadi ketua Para Malaikat. Iblis
merasakan dirinya lebih baik dari Hadhrat Adam Alaihissalam
kerana dia diciptakan dari api manakala Hadhrat Adam
Alaihissalam diciptakan dari tanah. Iblis bersifat takabur,
sombong dan kafir kerana itu dinamakannya sebagai Syaitan lalu
dia berusaha menyesatkan Hadhrat Adam Alaihissalam namun
Allah sentiasa memelihara keimanannya.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah Al-Araf
pada ayat 11 dan 12 :





Kitab Kejadian Insan | Alam Arwah

29

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu
Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada
Para Malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka
merekapun bersujud kecuali Iblis, dia tidak termasuk mereka
yang bersujud.
Allah berfirman:
"Apakah yang menghalangimu untuk
bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?"
Menjawab Iblis Aku lebih baik darinya, Engkau telah
menciptakanku dari api dan Engkau menciptakannya dari
tanah.
Allah Subhanahu Wa Taala menjadikan makhlukmakhlukNya
secara berpasang-pasangan, lalu diciptakanNya Hadhrat Hawa
Alaihassalam dari tulang rusuk Hadhrat Adam Alaihissalam
sebagai pasangan baginya. Allah mengurniakan pasangan
Hadhrat Adam dan Hadhrat Hawa Alaihimassalam dengan
segala nikmat kehidupan di Syurga namun Allah Subhanahu Wa
Taala telah menetapkan suatu batas di mana mereka tidak
dibenarkan mendekati sebuah pohon yang mana jika mereka
ingkar akan mengakibatkan mereka berdua termasuk dalam
golongan orang-orang yang zalim.
Dengan kehendak Allah Subhanahu Wa Taala, Syaitan berupaya
menggelincirkan ketaatan mereka lalu keduanya dikeluarkan dari
Syurga dan diturunkan ke bumi sepertimana maksud firmanNya
di dalam Surah Al-Baqarah ayat 35 38:




30

Alam Arwah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi






Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan
isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya
yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu
Termasuk orang-orang yang zalim.
Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan
dikeluarkan dari keadaan semuladan Kami berfirman:
"Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang
lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan
kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari
Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya
Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu!
kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, Maka barang
siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada
kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih
hati".
Pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan,
sebab Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang
menamakan pohon Khuldi sebagaimana tersebut dalam Surah
Thaha ayat 120, Kemudian Syaitan membisikkan pikiran jahat
kepadanya, dengan berkata:
Kitab Kejadian Insan | Alam Arwah

31

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi





"Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada
kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"
Pohon itu dinamakan Syajaratul Khuldi (pohon kekekalan),
karena menurut Syaitan, orang yang memakan buahnya akan
kekal, tidak akan mati, pohon yang dilarang Allah mendekatinya
tidak dapat dipastikan, sebab Al-Quran dan Hadits tidak
menerangkannya. ada yang menamakan pohon Khuldi
sebagaimana tersebut dalam surat Taha ayat 120, tapi itu adalah
nama yang diberikan Syaitan. Adam dan hawa dengan tipu daya
syaitan memakan buah pohon yang dilarang itu, yang
mengakibatkan keduanya keluar dari surga, dan Allah menyuruh
mereka turun ke dunia. yang dimaksud dengan syaitan di sini
ialah Iblis yang disebut dalam surat Al Baqarah ayat 34 :


Dan ingatlah, ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam,"
Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan
adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir.
Sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam,
bukanlah berarti sujud memperhambakan diri, karena sujud
memperhambakan diri itu hanyalah sematamata kepada Allah.
Maksud Keadaan semula ialah kenikmatan, kemewahan dan
kemuliaan hidup dalam surga.
Tentang beberapa kalimat (ajaran-ajaran) dari Tuhan yang
diterima oleh Adam sebahagian ahli tafsir mengartikannya
dengan kata-kata untuk bertaubat. Namun kebanyakan manusia
32

Alam Arwah | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


di kalangan anak cucu Adam itu adalah orang-orang kafir yang
mendustakan Ayat-Ayat Allah Subhanahu Wa Taala dan
melupakan tentang hakikat asal-usul kejadiannya kerana tertipu
dengan hasutan Syaitan dan bisikan Hawa Nafsu. Allah
Subhanahu Wa Taala berfirman: Surah Al- Baqarah ayat 39 :



Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan AyatAyat Kami, mereka itu penghuni Neraka, mereka kekal di
dalamnya.
Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan Hadhrat Adam
Alaihissalam dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.
Begitulah juga dengan sekelian anak cucu Hadhrat Baginda
Adam Alaihissalam, mereka di kurniakan dengan kebijaksanaan
untuk mengetahui tentang berbagai macam ilmu pengetahuan dan
sesungguhnya segala ilmu pengetahuan itu adalah dari Allah juga
datangnya.
Sepertimana Allah Subhanahu Wa Taala telah mengajarkan
Hadhrat Adam Alaihissalam dengan pengetahuan dan
kefahaman begitulah juga tindakan Allah Subhanahu Wa Taala
terhadap sekelian anak cucu Hadhrat Adam Alaihisalam.
Kemudian Allah Subhanahu Wa Taala telah memerintahkan
sekelian Para Malaikat untuk sujud kepada Hadhrat Adam
Alaihissalam. Begitulah juga dengan sekelian anak cucu Hadhrat
Adam Alaihissalam sehingga ke Hari Qiyamat, Allah Taala
telah perintahkan Para Malaikat itu untuk menunaikan segala
keperluan dan hajat mereka seperti petunjuk hidayah, rezeki,
keselamatan, hujan, udara, doa dan sebagainya, bagi
melaksanakan
tanggungjawab
menyempurnakan
segala
keperluan Hadhrat Adam Alaihissalam dan anak cucunya.
Kitab Kejadian Insan | Alam Arwah

33

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 4

Alam Arham
ARHAM adalah kata jamak bagi Rahimun iaitu rahim wanita
atau disebut Uterus. Alam Arham adalah alam kandungan rahim
ibu. Ruh Hadhrat Adam dan Hawa Alaihimassalam tidak
melalui Alam Rahim Ibu manakala Ruh-Ruh lain yang telah
Allah Subhanahu Wa Taala ciptakan, dihantarkan mereka ke
Dunia ini ketika jasad mereka itu terbentuk di dalam rahim ibuibu mereka. Allah Subhanahu Wa Taala yang memulakan segala
penciptaan makhluk-makhlukNya lalu mematikan mereka
kemudian menghidupkan mereka sekali lagi dan kepada Allah
Subhanahu Wa Taala juga mereka kembali. FirmanNya di dalam
Surah Ar-Rum ayat 11 :


Allah yang memulakan penciptaan makhluk kemudian
menghidupkannya kembali, kemudian kepadaNyalah kamu
akan dikembalikan.
Adapun kejadian manusia ada dinyatakan Allah di dalam AlQuran pada Surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 16 :



34

Alam Arham | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi





Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari
suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan
saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh
(Rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,
lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan
segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang
belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami
jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci
Allah, Pencipta yang paling baik. Kemudian, sesudah itu,
sesungguhnya kamu sekalian benarbenar akan mati. Kemudian,
sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu)
di hari Qiyamat.
FirmanNya di dalam Surah Ar-Rum ayat 20 21 :




Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu
(menjadi) manusia yang berkembang biak.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
Kitab Kejadian Insan | Alam Arham

35

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Semua manusia adalah dari keturunan Hadhrat Adam
Alaihissalam dan bentuk jasmaninya dijadikan dari Tanah dan
begitulah juga pada kejadian Hadhrat Hawa Alaihassalam. Habil
dan Qabil adalah anak-anak Hadhrat Adam Alaihissalam dan
kejadian mereka Allah Subhanahu Wa Taala telah jadikan
menerusi hubungan kelamin antara Hadhrat Adam Alaihissalam
dan Hadhrat Hawa Alaihassalam dan Ruh mereka ditiupkan oleh
Allah Subhanahu Wa Taala ketika mereka berada di dalam
kandungan rahim ibu mereka iaitu Hadhrat Hawa Alaihassalam.
Begitulah juga dengan kejadian sekelian manusia sesudah
Hadhrat Adam dan Hawa Alaihimassalam.
Allah Subhanahu Wa Taala telah mengingatkan perkara ini di
dalam Al-Quran pada Surah Al- Araf ayat 189 :




Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari
padanya Dia menciptakan isterinya, agar Dia merasa
senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu
mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah Dia
merasa ringan (Beberapa waktu). kemudian tatkala Dia
merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada
Allah, Tuhannya seraya berkata:
"Sesungguhnya jikaEngkau memberi Kami anak yang saleh,
tentulah Kami terraasuk orang-orang yang bersyukur".
36

Alam Arham | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Menerusi perhubungan kelamin yang sah secara pernikahan
maka akan terpancarlah air mani dari pihak bapa dan
berpindahlah air mani tersebut ke dalam rahim ibu. Ini
merupakan tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu Wa Taala
pada kejadian Alam Semesta khususnya kepada manusia. Dialah
yang telah menciptakan sekelian Ruh dan Jasad bagi Insan
sebagaimana firmanNya dalam Surah As- Sajdah ayat 7 9 :





Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaikbaiknya
dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian
Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina.
Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya
Ruh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran,
penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam surah An-Nahl 4 :


Dia telah menciptakan manusia dari air Mani, tiba-tiba dia
menjadi pembantah yang nyata.
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Hadhrat Imam
Muslim Rahmatullah alaih, dari Hadhrat Abdullah Ibni Masud
Radhiyallahu Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
Kitab Kejadian Insan | Alam Arham

37

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


bersabda, Bahawasanya seseorang dari kamu itu dikumpulkan
kejadiannya dalam kandungan ibunya selama empat puluh hari
sebagai air mani Nutfah , kemudian menjadilah Alaqah
segumpal darah selama tempoh empat puluh hari itu juga,
kemudian menjadilah Mudghah seketul daging selama tempoh
empat puluh hari itu juga. Kemudian Allah Taala mengutuskan
Malaikat lalu meniupkan Ruh di dalam tubuhnya dan
diperintahkan dengan empat perkara iaitu, menuliskan tentang
rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada menjadi seorang
yang celaka atau bahagia.
Hadhrat Shah Waliyullah Muhaddits Dehlawi Rahmatullah alaih
telah meriwayatkan sebuah Hadits dinyatakan dalam Sahih
Muslim, dari Hadhrat Huzaifah Ibni Asid Radhiyallahu Anhu
berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda, Apabila habis
tempoh empat puluh dua hari setelah air mani menetap dalam
rahim ibu, Allah utuskan Malaikat untuk membentuknya,
menjadikan telinganya, matanya, kulitnya, dagingnya dan
tulangnya. Setelah semuanya siap, Malaikat bertanya kepada
Allah, Wahai Tuhanku, beritahulah apakah ia patut dijadikan
lelaki atau perempuan?Allah kemudian membuat keputusan
seperti yang dikehendakiNya dan Malaikat menulisnya.Malaikat
kemudian bertanya tentang umurnya. Allah pun menentukan
sebagimana yang dikehendakiNya dan Malaikat menulis.
Kemudian Malaikat keluar dengan kitab bertulis dalam
tangannya, tanpa tambahan atau kurangan apa-apa pun.
Dalam tempoh lebih kurang enam hingga ke sembilan bulan,
Allah Subhanahu Wa Taala menyempurnakan kejadian manusia
di dalam Rahim Ibu yang dilapisi dengan tiga lapis kegelapan
bermula dari setitis benih zarah Mani atau Nutfah dari seorang
bapa yang dipindahkan melalui zakar kemaluannya kepada faraj
kemaluan seorang ibu lalu ia berpindah ke pangkal Rahim ibu itu
untuk disenyawakan dengan benihnya.
38

Alam Arham | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Dalam tempoh empat puluh hari keduadua benih dari bapa dan
ibu itupun disenyawakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala
sehingga ia bertukar menjadi darah dan dalam tempoh empat
puluh hari yang berikutnya ia berubah menjadi daging kemudian
tempoh empat puluh hari berikutnya ia ditumbuhi tulang
belulang, kemudian empat puluh hari berikutnya ia dibungkuskan
dengan daging kemudian empat puluh hari yang berikutnya Allah
memberikan rupabentuk kemudian ditiupkanNya Ruh ke dalam
jasad tersebut.

Kitab Kejadian Insan | Alam Arham

39

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 5

Alam Dunia
ALAM DUNIA
SETELAH sempurna kejadian manusia di dalam kandungan
rahim ibunya, maka Allah mengeluarkannya ke Alam Dunia bagi
menguji penyaksian mereka masing-masing, agar mengenali
antara satu sama lain, membiakkan keturunan mereka agar
menjadi orang-orang yang bertaqwa. Dia yang menjadikan
berbagai kaum serta suku-suku bangsa dan semuanya itu
membuktikan kekuasaanNya. Banyak tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh manusia dalam kehidupan di Dunia bagi
menyempurnakan amanah yang telah Allah kurniakan kepada
manusia semenjak awal penciptaannya.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah An-Nahl
ayat 78 :



Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu
dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia
menjadikan bagi kamu As-Samu yakni pendengaran, AlArAbsar yakni penglihatan dan Al-Af-idah yakni hati-hati,
agar kamu bersyukur.
40

Alam Dunia | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam ayat 212 surah AlBaqarah :



Kehidupan Dunia dijadikan indah dalam pandangan orangorang
kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.
Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada
mereka di hari Qiyamat. dan Allah memberi rezki kepada orangorang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman : Surah Al-Mukmin: 39 :


Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah
kesenangan (sementara) dan Sesungguhnya akhirat Itulah negeri
yang kekal.
Dalam Surah Ali Imran-185,




Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan
Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah
beruntung. Dan tidaklah kehidupan Dunia itu melainkan
kesenangan kebendaan yang memperdayakan.
Kitab Kejadian Insan | Alam Dunia

41

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Allah Subhanahu Wa Taala berfirman : Surah Al-Anam : 32 :



Dan tiadalah kehidupan Dunia ini, selain dari main-main
dan senda gurau belaka dan sungguh kampung Akhirat itu
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah
kamu memahaminya?
Maksudnya, kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar
dan tidak kekal. janganlah orang terperdaya dengan kesenangankesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat.
Seterusnya Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah
Al-Ankabut ayat 64 :



Dan tiadalah kehidupan Dunia ini melainkan senda gurau
dan main-main dan sesungguhnya Akhirat Itulah yang
sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.
Surah At-Taubah ayat 38 Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:




Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila
dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada
42

Alam Dunia | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di
tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia
sebagai ganti kehidupan di Akhirat? Padahal kenikmatan
hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan)
diakhirat hanyalah sedikit.
Seterusnya pada ayat 55 Surah At-Taubah, Allah Subhanahu Wa
Taala berfirman :



Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka
menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan
(memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa
mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang
nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir.
Allah Subhanahu Wa Taala memberikan perumpamaan tentang
kehidupan Dunia ini menerusi Firmannya dalam surah Yunus
ayat 24 :






Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah
Kitab Kejadian Insan | Alam Dunia

43

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu
tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi,
di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak.
hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan
memakai (pula) perhiasannya dan pemilik-permliknya mengira
bahwa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah
kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami
jadikan (tanamtanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah
disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin.
Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami)
kepada orang-orang berfikir.
Perhiasan maksudnya, bumi yang indah dengan gunung-gunung
dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanamtanamannya dan dapat memetik hasilnya.
Perumpamaan kehidupan Dunia seperti air dijelaskan lagi oleh
Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Al-Kahfi ayat 45 :




Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia),
kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari
langit, Maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di
muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering
yang diterbangkan oleh angin, dan adalah Allah, Maha
Kuasa atas segala sesuatu.
Seterusnya Allah Subhanahu Wa Taala berfirman pada ayat 46
dalam surah Al-Kahfi :


44

Alam Dunia | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi



Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan Dunia
tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih
baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk
menjadi harapan.
Dalam Surah Al-Hadid ayat 20, Allah subhanahu Wa
Taala berfirman yang maksudnya,





Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan Dunia ini
hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan
dan bermegah-megah antara kamu serta berbanggabanggaan
tentang banyaknya harta dan anak-anak, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengagumkan Para petani;
kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu Lihat
warnanya kuning kemudian menjadi hancur dan di Akhirat
(nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta
keridhaanNya, dan kehidupan Dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan yang menipu.
Maka, Allah Subhanahu Wa Taala telah memperingatkan
manusia menerusi FirmanNya dalam Surah Luqman ayat 33 :

Kitab Kejadian Insan | Alam Dunia

45

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi





Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah
suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat
menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula)
menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah
benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia
memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan)
memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.
Namun, perkara yang paling utama dalam kehidupan di Alam
Dunia ini adalah Marifat Allah yakni mengenal siapakah Tuhan
yang disebut Allah itu? Allah adalah Tuhan Semesta Alam dan
kita adalah hamba-hambaNya dari kalangan makhluk-makhluk
ciptaanNya. Tugas kita sebagai hamba adalah mengenalinya
dengan seakrab yang mungkin dan menunaikan ketaatan
pengabdian dan kehambaan kita terhadapNya. Allah berfirman
dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 :


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepadaKu.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah Al-Hujurat
ayat 13 :



46

Alam Dunia | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenalmengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara
kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Menyedari.
FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Insan ayat 1 3 :




Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa,
sedang Dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat
disebut?
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes
mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya
(dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan
Dia mendengar dan melihat.
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus;
ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

Kitab Kejadian Insan | Alam Dunia

47

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 6

Hidup dan Mati


HIDUP DAN MATI
HIDUP bererti hayat dan mati bererti maut. Allah Subhanahu Wa
Taala yang menciptakan kehidupan dan Allah Subhanahu Wa
Taala jugalah yang menciptakan kematian. Dialah Zat yang
menghidupkan dan memberikan kehidupan dan Dialah juga Zat
yang tidak mati dan mematikan segala yang telah
dihidupkanNya.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah Ali Imran
ayat 156 :





Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orangorang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada
saudara-saudara mereka apabila mereka Mengadakan
perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: "Kalau
mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan
48

Hidup dan Mati | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


tidak dibunuh," akibat (dari Perkataan dan keyakinan mereka)
yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang
sangat di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan dan
mematikan dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan.
FirmanNya lagi dalam surah Al-Araf ayat 158,





Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan
Allah kepadamu semua, Yaitu Allah yang mempunyai
kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan,
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi
yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kepada
kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia,
supaya kamu mendapat petunjuk".
Dalam Surah Al-Mukminun ayat 80, Allah Subhanahu Wa Taala
berfirman :

Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah


yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Maka apakah
kamu tidak menggunakan akalmu untuk memahaminya?
Kitab Kejadian Insan | Hidup dan Mati

49

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Firman Allah Subhanahu Wa Taala : Surah Al-Hijr ayat 23 :


Dan sesungguhnya benar-benar Kamilah yang menghidupkan
dan mematikan dan Kami (pulalah) yang mewarisi.
Kehidupan di Dunia Allah Taala jadikan sebagai laluan untuk
menuju kehidupan Barzakh Qubur dan seterusnya kehidupan
Akhirat yang panjang. Untuk menghayati maksud sebenar
manusia dihantar ke Dunia, seseorang itu hendaklah kembali
kepada pedoman Allah dan Rasul iaitu menerusi petunjuk AlQuran dan Al-Hadits dan mengamalkannya di dalam kehidupan
sepertimana Sunnah yang telah diajarkan oleh Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Jika
seseorang itu mengambil petunjuk selain dari petunjuk Allah dan
Rasul, ianya tidak akan membawanya ke arah kejayaan yang
hakiki.
Sebagai seorang yang Muslim dan Mukmin lagi Muhsin,
seseorang itu perlu sentiasa hidup dalam menghayati Kebesaran
Allah dan Kemuliaan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam. Sunnah adalah cara kehidupan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam setiap hal dan
keadaan sebagai persediaan kita menghadapi maut kerana
sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.
Firman Allah Subhanahu Wa Taala: Surah Ali Imran ayat 185 :




Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan
sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
50

Hidup dan Mati | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah
beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan.
Allah menjadikan kehidupan Dunia ini sebagai tempat ujian
sepertimana firmanNya dalam Surah Al-Mulk ayat 1 dan 2 :



Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji
kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan
Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Allah Subhanahu Wa Taala berpesan kepada orang orang yang
beriman dalam Surah Ali Imran ayat 102 :

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah


sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali
kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Selanjutnya Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah
Al-Baqarah ayat 28 :



Kitab Kejadian Insan | Hidup dan Mati

51

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati,
lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan
dihidupkanNya kembali, kemudian kepadaNyalah kamu
dikembalikan?
Seterusnya Allah Subhanahu Wa Taala berfirman pada Surah
Al-Baqarah ayat 56 :


Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati,
supaya kamu bersyukur.
Yang dimaksud dengan mati di sini menurut sebagian Mufassirin
ialah mati yang sebenarnya, dan menurut sebagian yang lain
ialah, pengsan akibat sambaran halilintar.
Terdapat juga golongan yang menafikan kewujudan Alam
Barzakh kerana menganggap jasad yang telah dikebumikan akan
hancur menjadi tanah semula. Mereka menafikan tentang hari
kebangkitan sesudah mati. Mereka tidak menyedari kewujudan
Ruh dalam diri mereka dan menafikan segala yang bersifat
Ruhaniah atau mungkin saja kerana mereka takut untuk
menghadapi Hari Perhisaban di Padang Mahsyar dalam kehidpan
di Akhirat kelak.
Kebanyakan manusia itu membantah peraturan yang telah
ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada mereka.
Kebanyakan manusia juga mengingkari tentang kehidupan
sesudah mati di mana semua manusia akan dibangkitkan dari
kubur mereka masing-masing pada Hari Qiyamat kelak.
Di kalangan manusia ada yang meyakini kebenaran Hari
Kebangkitan dari kubur dan kebanyakan manusia meraguinya.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman di dalam Surah Al-Hajj
pada ayat 5 :

52

Hidup dan Mati | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi









Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan
(dari kubur), Maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah
menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani,
kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging
yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar
Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim,
apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan,
kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan
berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di
antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu
yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya Dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya.
dan kamu Lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami
turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan
menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Kitab Kejadian Insan | Hidup dan Mati

53

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Bermula dari bangun tidur sehingga ke masuk tidur, dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki seharusnya dihiasi dengan
amalan Sunnah. Untuk kehidupan di Dunia seseorang itu amat
memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu Duniawi untuk urusan
Dunia dan Ilmu Agama untuk urusan Dunia dan Akhirat. Ilmu
Duniawi ini ada berbagai macam untuk kita mengetahui tentang
hakikat segala macam benda dan perkara. Barangsiapa yang
melihat bukti-bukti Kebesaran Allah dalam ilmu-ilmu Duniawi
tersebut, maka dia akan beroleh petunjuk dan sebaliknya jika dia
menafikan kewujudan Tuhan, penghasilan ilmunya akan buntu
tanpa jawapan.
Bagi mengurus kehidupan di Dunia seseorang itu perlu
menggunakan segala kebijaksaannya untuk memperolehi rezeki,
mendapatkan tempat perlindungan, kenderaan dan pengangkutan
serta isteri dan anak-anak kerana kesemuanya itu merupakan
keperluan asas bagi jasmani dan emosi. Rezeki boleh dicari
menerusi perniagaan, pertanian, bekerja dan sebagainya
manakala untuk keperluan emosi, dia boleh berkahwin dengan
mana-mana wanita yang halal untuk dinikahi bagi menghasilkan
zuriatzuriat yang akan menyejukkan matanya.
Segala aturan kehidupan dan panduan untuk menempuh
kehidupan di Dunia telah Allah Subhanahu Wa Taala berikan
menerusi Kitab SuciNya Al-Quran dan menerusi kehidupan
amali Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam. Segala larangan dan tegahan juga ada
dinyatakan di dalamnya selain perintah dan hukum-hakam.
Maka hendaklah seseorang Salik itu sentiasa membaca Kitab AlQuran dan fahamkan isi kandungannya untuk diamalkan di
dalam kehidupan. Di samping itu sentiasa beramal dengan
amalan Sunnah Nabi dan berusaha menghidupkan amalan
Sunnah Nabi dalam keluarga dan masyarakat. Kehidupan Dunia
adalah singkat bagi setiap yang bernyawa kerana setiap yang
bernyawa pasti akan mati dan mati adalah sesuatu yang pasti bagi
54

Hidup dan Mati | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


setiap yang bernyawa. Setelah menjalani kehidupan Dunia dari
bayi menjadi kanak-kanak lalu menjadi budak kemudian menjadi
remaja lalu menjadi aqil dan baligh seterusnya menjadi seorang
yang dewasa. Setelah cukup tempoh dewasa, dia akan menjadi
tua dan menanti saat kematian datang menjemput.
Hendaklah kita sentiasa berusaha memperbaiki mutu amalan kita
yang zahir dan yang batin dengan penuh keikhlasan dan
Istiqamah demi mengharapkan KeredhaanNya. Perjalanan
peringkat kehidupan manusia adalah kejadian yang telah
diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala dan Dialah juga
yang mengurniakan nyawa dalam kehidupan dan bahawa
sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Kematian adalah Haq yang mana setiap yang hidup pasti akan
menempuhinya kecuali Zat Allah Subhanahu Wa Taala Yang
Maha Hidup lagi Kekal Abadi. Kematian juga merupakan suatu
kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah dan Dialah yang
menjadikannya sebagai suatu peringatan kepada manusia bahawa
kehidupan di Dunia ini adalah bersifat sementara, main-main,
senda gurau dan tipu daya belaka.
Setiap yang hidup akan mati dan evolusi akan silih berganti.
Musim berubah dan keturunan manusia berkembang biak dan
bercambah kerana alam adalah bersifat baharu dan sentiasa
berubah-ubah. Ajal kematian adalah pintu untuk menempuh
Alam Barzakh dan saat serta waktunya telahpun menjadi suatu
ketetapan dari Allah Subhanahu Wa Taala dan seorang pun tidak
dapat melarikan diri darinya.
Untuk mendapatkan kehidupan yang baik serta dalam
pemeliharaan Rahmat Allah Subhanahu Wa Taala maka
hendaklah seseorang manusia beriman dan taat kepada Allah
Tuhan Penciptanya dan mengambil petunjuk dari kehidupan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Maka hendaklah sentiasa berpegang kepada ajaranajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Kitab Kejadian Insan | Hidup dan Mati

55

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Allah Subhanahu Wa Taala berfirman : Surah Al-Jumuah;8 :



Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari
daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan
menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
(Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu
Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
Di dalam Surah An-Nisa ayat 78, Allah Subhanahu Wa Taala
berfirman :





Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan
kamu, meskipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi
kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka
mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka
ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini
(datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah:
"Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orangorang
itu (orang munafik) Hampir-hampir tidak memahami
pembicaraan sedikitpun?

56

Hidup dan Mati | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Kemenangan dalam peperangan atau rezki. Pelajaran dan nasihatnasihat yang diberikan. Pada ayat 145 Surah Ali Imran, Allah
Subhanahu Wa Taala berfirman :




Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan
izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.
barang siapa menghendaki pahala Dunia, niscaya Kami berikan
kepadanya pahala Dunia itu, dan barang siapa menghendaki
pahala Akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala Akhirat
itu. dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman : Surah An-Nahl ayat 61 :




Jikalau Allah menghukum manusia karena kezalimannya,
niscaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi sesuatupun
dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan mereka
sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba
waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat
mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula)
mendahulukannya.
Kitab Kejadian Insan | Hidup dan Mati

57

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
mafhumnya,Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan Malaikat ke dalam lubanglubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik Ruhnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan Malaikat yang lain masuk menarik Ruh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan Malaikat yang lain masuk
dan menarik Ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan Malaikat masuk dan menarik Ruh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu.
Seterusnya Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang mafhumnya, Jika orang yang nazak itu orang
yang beriman, maka Malaikat Jibrail Alaihissalam akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa
kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail Alaihissalam. Jika orang yang nazak itu
orang Munafik, maka Jibrail Alaihissalam akan menebarkan
sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dinyatakan dalam Hadits bahawa apabila Allah Subhanahu Wa
Taala mengkehendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah Malaikat Maut. Apabila Malaikat Maut hendak
mencabut Ruh orang Mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
zikir dari mulut orang Mukmin itu dengan berkata,
58

Hidup dan Mati | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Tidak ada jalan bagimu mencabut rohongan ini melalui jalan
ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir
kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Setelah Malaikat Maut mendengar penjelasan itu maka dia pun
kembali kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang Mukmin itu.
Lalu Allah Subhanahu Wa Taala berfirmanyang bermaksud,
Wahai Malaikat Maut, kamu cabutlah Ruhnya dari arah lain.
Sebaik sahaja Malaikat Maut mendapat perintah Allah
Subhanahu Wa Taala, maka Malaikat Maut pun cuba mencabut
Ruh orang Mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang Mukmin itu, keluarlah usapan kepala anakanak yatim dan keluarlah penulisan ilmu. Maka berkata tangan,
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut Ruh orang Mukmin
dari arah ini kerana tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala anakanak yatim dan angan ini
menulis ilmu pengetahuan.
Oleh kerana Malaikat Maut gagal untuk mencabut Ruh Orang
Mukmin dari arah tangan maka Malaikat Maut cuba pula dari
arah kaki. Malangnya Malaikat Maut juga gagal melakukannya
sebab kaki berkata,
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berulang alik mengerjakan Solat dengan berjemaah dan kaki ini
juga berjalan menghadiri majlismajlis ilmu.
Apabila gagal Malaikat Maut mencabut Ruh orang Mukmin dari
arah kaki, maka Malaikat Maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik sahaja Malaikat Maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata,
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.
Akhir sekali Malaikat Maut cuba mencabut Ruh orang Mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
berkatalah mata,
Kitab Kejadian Insan | Hidup dan Mati 59

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa Mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah.
Setelah gagal, maka Malaikat Maut kembali kepada Allah
Subhanahu Wa Taala.
Kemudian Allah SubhanahuWa Taala berfirman yang
bermaksud,
Wahai MalaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan
tunjukkan kepada Ruh orang yang beriman itu.
Sebaik sahaja mendapat perintah dari Allah Subhanahu Wa
Taala, maka Malaikat maut menghampiri Ruh orang beriman itu
dan menunjukkan Asma Allah Subhanahu Wa Taala. Sebaik
sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah
Subhanahu Wa Taala, maka keluarlah Ruh tersebut dari arah
mulut dengan tenang.
Menurut Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu
Abi Dunya Rahmatullah alaihima bahawa Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
bersabda,
Secerdik cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatannya
kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk
menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang
benar-benar cerdik dan mereka pergi ke Alam Baqa dengan
membawa kemuliaan Dunia serta kemuliaan Akhirat.
Ibnu Abi Dunya Rahmatullah alaih telah meriwayatkan sebuah
Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda,
Perbanyakkanlah mengingat kematian kerana yang sedemikian
itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya
kezuhudan di Dunia.
Imam Tabrani dan Imam Baihaqi Rahmatullah alaihima telah
meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi
60

Hidup dan Mati | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
bersabda,
Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.
Imam At-Tirmizi Rahmatullah alaih telah meriwayatkan sebuah
Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda,
Perbanyakkanlah mengingat sesuatu yang melenyapkan segala
macam kelazatan.

Kitab Kejadian Insan | Hidup dan Mati

61

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 7

Alam Barzakh Qubur


ALAM BARZAKH QUBUR
ALAM Barzakh adalah Alam Qubur atau kubur iaitu alam
sesudah mati. Banyak Hadits yang mengkhabarkan tentang
keperitan azab yang tersedia di Alam Barzakh. Kubur akan
menjadi tempat yang sempit bagi mereka yang munafiq, kafir dan
tidak beriman sebaliknya akan menjadi sebuah taman dari tamantaman Syurga bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Alam Kubur merupakan tahap pertama kehidupan Akhirat dan
sesiapa yang selamat dalam kehidupan kubur, maka akan
selamatlah dirinya dalam kehidupan Akhirat yang seterusnya
iaitu di Mahsyar, Mizan dan Sirat.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah Abasa pada
ayat 18 hingga 22 :



Dari apakah Allah telah menciptakannya? Dari setitis Mani
Allah telah menciptakannya lalu menentukan Qadar baginya.
Kemudian Dia memudahkan jalannya. Kemudian Dia
mematikannya dan memasukkannya ke dalam Kubur. Kemudian
bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali.
62

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Yang dimaksudkan dengan menentukan Qadar ialah menentukan
tahap-tahap kejadiannya, umurnya, rezekinya dan nasibnya.
Memudahkan jalan bermaksud memudahkan kelahirannya atau
memberi persediaan kepadanya untuk menjalani jalan yang benar
atau jalan yang sesat.
Di dalam Surah At-Takatsur yang terdiri dari 8 ayat, Allah
Subhanahu Wa Taala berfirman :




Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk
ke dalam Kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui
akibat perbuatanmu itu. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan
mengetahui. Janganlah begitu jika kamu mengetahui dengan
pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan
melihat Neraka Jahim. Dan sesungguhnya kamu benar-benar
akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Kemudian
kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan yang
kamu megah-megahkan di Dunia itu.
Bermegah-megahan bermaksud dalam soal banyak harta, anak,
pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah melalaikan kamu
dari ketaatan. Ainul Yaqin artinya melihat dengan mata kepala
sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat. Firman
Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Al-Haj ayat 7 :


Dan sesungguhnya hari Qiyamat itu pasti datang, tidak ada
keraguan padanya, dan sesungguhnya Allah membangkitkan
semua orang yang ada di dalam Kubur.
Kitab Kejadian Insan | Alam Barzakh Qubur

63

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Al- Haj Maka
apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada
di dalam Kubur. FirmanNya lagi dalam Surah Al-Infitar ayat 4 :


Dan apabila Kubur dibongkarkan.
FirmanNya dalam Surah Fatir ayat 22 :



Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dan orang-orang
yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran
kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali
tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam Kubur dapat
mendengar.
Maksudnya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam tidak dapat memberi petunjuk
kepada orang-orang Musyrikin yang telah mati hatinya.
FirmanNya dalam Surah Taubah ayat 84 :




Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah)
seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu
berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah
kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam
keadaan fasik.

64

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


FirmanNya dalam Surah Taha ayat 124 :



Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka
sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami
akan menghimpunkannya pada hari Qiyamat dalam
keadaan buta.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam ketika mentafsirkan ayat yang tersebut di atas
bersabda, Iaitu siksa orang kafir di dalam kubur. Dan demi Zat
yang jiwaku berada pada genggaman KekuasaanNya,
bahawasanya Dia menguasakan 99 Tanin. Tahukah kamu semua
apakah Tanin itu? Tanin adalah 99 ular yang setiap ular
mempunyai sembilan kepala yang menyembur dan menyakari
orang kafir hingga Hari Qiyamat dan dia akan digiring dari
kuburnya dalam keadaan buta.
Sekali peristiwa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam tiba di Masjid. Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
melihat sekumpulan manusia yang sedang bersenda gurau dan
bergelak ketawa lantas Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, Jika
sekiranya kamu senantiasa mengingat akan maut maka sudah
tentu tidak akan terjadi sedemikian ini. Tiada suatu hari pun di
mana Kubur tidak mengatakan bahawa,
Aku adalah tempat sesalan dan gundah gulana.
Aku adalah tempat pensunyian. Aku adalah rumah bagi
binatang-binatang melata.
Apabila
seorang
Mukmindikebumikan
maka
Kubur
menyambutnya dengan baik dan berkata kepadanya, Selamat
Kitab Kejadian Insan | Alam Barzakh Qubur

65

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


datang, alangkah bagusnya kau telah datang kepadaku. Di
antara merekayang tinggal di permukaanku, kaulah yang paling
kucintai. Kini kau telah diserahkan kepadaku, nescaya aku
bertindak baik terhadapmu.
Kemudian Kubur diperluaskan sehingga sejauh matanya
memandang, terbukalah padanya pintu Syurga dari mana dia
merasai hawa dan keharuman Syurga. Sebaliknya apabila
seorang yang berdosa dikebumikan maka Kubur menyambutnya
dengan berkata, Alangkah celakanya dan nahasnya kamu
datang kepadaku, apakah gunanya kamu datang kepadaku? Di
antara mereka yang tinggal di permukaanku, kaulah yang paling
aku benci. Kini kau telah diserahkan kepada aku, maka akan kau
lihat apa yang akan aku perbuat denganmu nanti.
Kemudian dia dihimpit oleh Kubur hingga tulang-tulang
rusuknya berceragah seperti jari-jari tangan berceragahan apabila
tergenggam di antarasatu dengan yang lain. Kemudian sembilan
puluh atau sembilan puluh sembilan ekor ular dilepaskan ke
atasnya. Ular-ular itu akan menyiksanya sehingga ke Hari
Qiyamat.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda, Jika seekor ular itu bertempik sekali ke
arah bumi maka kerana bisanya tidak akan tumbuh lagi
rumputrumput di bumi itu sehingga ke Hari Qiyamat.
Diberitakan dalam sebuah Hadits bahawa sekali Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berada
dalam satu perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang
dikenderai Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam enggan ke muka seolah-olahnya ada
sesuatu yang sedang berlaku di situ.
Seorang Sahabat bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Kenapa
berlaku sedemikan Ya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?
66

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam menjawab, Ada seorang yang sedang disiksa di dalam
Kuburnya. Suara siksa Kubur itu terdengar oleh unta ini, itulah
yang menyebabkan ia takut dan enggan ke muka.
Dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
melalui dua buah Kubur lalu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, Ahli keduadua Kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana
mengumpat dan seorang lagi disiksa kerana dia tidak menjaga
kebersihan ketika dia beristinja membuang air kecil.
Dalam sebuah Hadits Hassan yang diriwayatkan oleh Imam
Ahmad Ibnu Hambal Rahmatullah alaih bahawa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam telah bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya
apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar bunyi suara terompah
kasut orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat
mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang Muslim,
maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di
Dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan
amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan Ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi Malaikat dari arah kepala, maka Solat itu
berkata kepada Malaikat, Dari arahku tidak ada jalan masuk.
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka Puasa
berkata kepadanya, Dari arahku tidak ada jalan masuk.
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka Zakat
berkata kepadanya, Dari arahku tidak ada jalan masuk.
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal kebajikan, Di bahagianku tidak ada jalan
masuk. Maka Malaikat berkata kepadanya, Duduklah kamu.
Kitab Kejadian Insan | Alam Barzakh Qubur

67

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Kepada mayat itu diperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam lalu Malaikat bertanya kepada mayat itu, Apakah
pandangan kamu tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya d an bagaimana penyaksian
kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu, Tinggalkan aku
sebentar, aku hendak bersolat. Maka berkata Malaikat,
Sesungguhnya engkau boleh mengerjakan Solat tetapi jawab
dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimanakah penyaksian
kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu, Lelaki itu ialah
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan aku naik saksi
bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah
Pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah
Subhanahu Wa Taala. Maka Malaikat berkata kepada mayat
itu, Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula
di Akhirat, Insya Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu
Syurga, maka dikatakan padanya, Itulah tempat kamu dan itulah
janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya
seluas tujuh puluh hasta dan disinari cahaya baginya. Sebaik
sahaja seseorang itu dikebumikan, Malaikat Munkar dan Nakir
akan datang mengajukan soalan-soalan tentang keimanan kepada
Ruh manusia di dalam kubur.
Yang pertama sekali adalah soalan,
Man Rabbuka? (Siapa Tuhan Pemelihara kamu?)
Man Nabiyyuka? (Siapa Nabi kamu?)
Ma Dinuka? (Apa Agama kamu?)
Ma Imamuka? (Apa Pedoman kamu?)
Man Ikhwanuka? (Siapakah saudara-saudara kamu?)
68

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Maka sebagai seorang Islam yang beriman hendaklah menjawab
pertanyaan itu sebagai berikut :
Allah adalah Tuhan Pemeliharaku,
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah Nabiku,
Islam adalah Agamaku,
Al-Quran adalah pedomanku
dan Seluruh kaum Muslimin adalah saudara-saudaraku.
Kemudian akan ditayangkan sebuah gambaran seorang lelaki di
hadapannya dan akan ditanyakan kepadanya sama ada dia
mengenali lelaki tersebut dan apakah pandangannya terhadap
orang tersebut yang mana beliau adalah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad
Rasulullah
Sallallahu
Alaihi
Wasallam.
Barangsiapa yang mengenali Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengamalkan ajaran
serta Sunnah-Sunnahnya nescaya dia akan dapat mengecam
lelaki tersebut, iaitulah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Barangsiapa yang tidak dapat mengecam gambaran Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam maka tidak syak lagi bahawa dia adalah orang yang
tidak beriman dengan apa yang telah disampaikan oleh Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan Ibnu Majah
Rahmatullah alaihim telah meriwayatkan sebuah Hadits dari
Hadhrat Utsman Ibnu Affan Radhiyallahu Anhu, bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam telah bersabda, Sesungguhnya Alam Qubur itu
adalah tahap pertama untuk Alam Akhirat. Bilamana seseorang
telah selamat dalam tahap yang pertama itu, maka untuk
tahaptahap selanjutnya akan lebih ringan. Tetapi kalau tidak
selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahaptahap
selanjutnya akan lebih dahsyat.
Setiap kali Hadhrat Sayyidina Utsman Ibnu Affan Radhiyallahu
Anhu menziarahi perkuburan maka beliau menangis teresakKitab Kejadian Insan | Alam Barzakh Qubur

69

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


esak sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Seorang
bertanya kepada beliau, Tuan tidak pernah menangis tatkala
Tuan mendengar perkhabaran-perkhabaran tentang Syurga dan
Neraka sepertimana Tuan menangis ketika menziarahi
perkuburan ini.
Hadhrat Utsman Ibnu Affan Radhiyallahu Anhu menjawab,
Kubur ini adalah merupakan tempat persinggahan yang
pertama dalam perjalanan menuju ke Alam Akhirat.
Barangsiapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang
pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang berikut akan
dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barangsiapa yang gagal di
tempat persinggahan yang pertama ini maka dia akan
mengalami berbagai kesulitan di persinggahan-persinggahan
yang berikutnya.
Selanjutnya beliau berkata, Aku mendengar Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda; Tidak pernah aku
menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan
daripada kejadiankejadian yang berlaku di dalam Kubur.
Hadhrat Sayyidina Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu Anhu
telah meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
Seorang mayat akan disiksa dalam Kubur menurut apa yang
dijeritkan dalam tangisan keluarganya.
Hadhrat Zaid Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam pernah bersabda mafhumnya, Aku khuatir kamu tidak
akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika
aku berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Taala supaya Dia
mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab siksa
Kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa Kubur
kecuali makhluk-makhluk manusia dan jin.
Dalam Hadits ada dijelaskan bahawa Ruh-Ruh itu menduduki
tempat-tempat yang tertentu dan ada yang berterbangan bersama
70

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Para Malaikat, menduduki pada tempat-tempat yang tertentu di
langit, dalam kubur dan juga di angkasa bersama dengan
golongan-golongan yang tertentu pula.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam telah bersabda yang mafhumnya, Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh Para Malaikat pada
hari mereka keluar dari kuburnya iaitu orang-orang yang mati
Syahid, orang-orang yang mengerjakan Solat malam dalam
bulan Ramadhan dan orang-orang yang berpuasa di hari
Arafah.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam telah bersabda yang mafhumnya, Bahawasanya
kubur itu merupakan satu taman dari taman-taman Syurga dan
merupakan lubang dari lubanglubang Neraka.
Hadhrat Aisyah Radhiyallahu Anha memberitakan bahawa
selepas tiap-tiap Solah adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memohon perlindungan
dari siksa Kubur. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa dengan doa berikut,
Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari
azab Neraka Jahannam, dan dari azab siksa Qubur, dan dari
fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah Dajal Al-Masih.
Dari Hadhrat Muadz Ibnu Jabal Radhiyallahu Anhu
meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda yang
mafhumnya, Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu
amalan yang lebih selamat baginya dari siksa Kubur daripada
Zikrullah.
Menurut sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Ad-Dailami
dalam Musnad Al-Firdaus, dari Hadhrat Muadz Radhiyallahu
Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda,
Mengingati Para Nabi adalah sebahagian dari Ibadah, dan
Kitab Kejadian Insan | Alam Barzakh Qubur

71

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


mengingati Para Solihin adalah merupakan Kaffarah, dan
mengingati Maut adalah Sadaqah, dan mengingati Qubur akan
mendekatkan kamu kepada Syurga.
Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat
Imam Tabrani Rahmatullah alaih, bahawa Hadhrat Uqbah Ibni
Amir Radhiyallahu Anhu berkata, bahawa Hadhrat baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
bersabda, Sesungguhnya Sedekah dapat menghindarkan dari
ahlinya akan kepanasan azab Qubur dan adapun sesungguhnya
orang beriman hanya dapat bernaung pada Hari Qiyamat di
bawah naungan Sedekahnya.
Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu Anhu
telah ditanya tentang ke mana Ruh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka beliau berkata,
Ruh itu menuju ke tujuh tempat. Ruh Para Nabi dan Rasul
menuju ke Syurga Adnin, Ruh Para Ulama menuju ke Syurga
Firdaus, Ruh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyin, Ruh Para Syuhada berterbangan seperti burung di
Syurga mengikut kehendak mereka, Ruh Para Mukmin yang
berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di
langit sampai Hari Qiyamat, Ruh anak-anak orang beriman akan
berada di gunung dari minyak Misik, Ruh orang-orang kafir
akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka disiksa berserta
jasadnya hingga sampai Hari Qiyamat.
Di dalam Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam ada menyatakan tempat kediaman
Para Ruh di Alam Barzakh yakni sesudah manusia itu mati
sebagaimana berikut:
1. Ada Ruh yang bertempat dan berdiam di suatu tempat yang
tertinggi sekali yang dinamakan Iliyyin dan ada Ruh yang
berkumpul dengan kelompok Para Malaikat. Mereka adalah
Ruh-Ruh Para Nabi Alaihimus Solatu Wassalam. Namun di
antara golongan inipun terdapat juga perbezaannya dan ada
tingkatannya yang tersendiri, sebagaimana yang telah pernah
72

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


dilihat oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam pada malam perjalanan Isra dan
Miraj beliau.
2. Ada Ruh-Ruh yang bertempat tinggal dan berdiam ditempat
peristirehatan
burung-burung
yang
bulunya
hijau
menyedapkan pandangan, dan Ruh-Ruh itudapat berkeliaran
di dalam Syurga sesuka hatinya. Itulah Ruh-Ruh orang yang
mati Syahid untuk menegakkan Kalimah Allah yang luhur
dan mempertahankan ajaran Agama Islam.
3. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di pintu Syurga iaitu
sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits dari
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya, Daku melihat
sahabatmu ditahan di pintu Syurga.
4. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam Kuburnya sendiri
sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadits yang
meriwayatkan bahawa seorang yang menyembunyikan
pakaian rampasan perang lalu orang tersbut mati Syahid.
Orang ramai menyangkakan bahawa Si Fulan tersebut pasti
akan mengalami kesenangan dan keenakan kerana dapat
ditentukan masuk Syurga. Tetapi Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lalu
bersabda, Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya,
bahawasanya pakaian yang disembunyikan olehnya itu pasti
akan menyala menjadi api yang akan membakar dirinya di
dalam Kuburnya itu.
5. Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tepi sungai di pintu Syurga
sebagaimana disebutkan dalam sebuah Hadits yang telah
diriwayatkan oleh Hadhrat Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu
bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda, Para Syuhada
Kitab Kejadian Insan | Alam Barzakh Qubur

73

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


itu ada di tepi sungai di pintunya Syurga dan berada di
dalam sebuah kubah yang berwarna hijau. Mereka
memperoleh rezeki mereka dari Syurga pada waktu pagi dan
petang.
6. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam bumi dan tidak
dapat naik ke atas langit sebab memang Ruh yang hina
sewajarnya menetap di dalam tanah sahaja. Ruh yang
sedemikian tidak dapat berkumpul dengan Ruh-Ruh lain yang
mulia dan terhormat yang ada di atas langit. Hal ini seperti
halnya tidak dapat berkumpulnya antara manusia yang hina
dan manusia yang mulia dan terhormat sewaktu di Dunia.
Pada hakikatnya, sesudah mati Ruh manusia akan berkumpul
dengan golongannya sendiri, yakni yang mulia berkumpul
dengan yang mulia dan yang hina berkumpul dengan yang
hina dan rendah darjatnya.
7. Ada Ruh-Ruh yang berenang di sungai yang berair darah dan
menelan batu.
8. Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tempat yang panas iaitu
sebuah tungku api. Ini merupakan tempat bagi Ruh-Ruh yang
ahli zina, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.
Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Muhaddits Dehlawi
Rahmatullah alaih, Ruh orang-orang selepas mati terbahagi
kepada beberapa golongan seperti berikut:
1. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat tinggi
yang memiliki pengaruh semesta. Mereka ini adalah
golongan Insan Kamil. Mereka ini ada urusan yang bersifat
semesta.
2. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat tinggi
yang tertentu. Dalam golongan ini termasuklah mereka
yang mati Syahid di zaman dahulu dan lainlain yang
seperti mereka, seperti Hadhrat Sayyidina Hamzah
74

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Radhiyallahu Anhu dan sebagainya. Urusan mereka
bersifat semesta dalam pengkhususan yang tertentu.
3.

Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat


rendah. Mereka ini ada berbagai golongan seperti Para
Syuhada, Para Abid dan mereka yang mencapai peringkat
Zauq dalam peringkat Fana yang awal. Kegiatan mereka
daripada jenis yang khusus, seperti menolong orang yang
tertindas, menyempurnakan kerja-kerja tertentu yang
memberi faedah kepada orang ramai, mengelakkan
kejahatan tertentu dan memberi bantuan untuk mencapai
kemenangan.

4.

Ruh mereka yang bersatu dengan Jin. Mereka ini adalah


orang-orang yang mengamalkan pelbagai jenis kejahatan.
Akibatnya satu aspek timbul dari semua kejahatan mereka
itu dan mereka tenggelam di dalam aspek yang satu itu.
Golongan ini terbahagi kepada banyak pecahan menurut
besar atau kecilnya pengaruh kejahatan itu. Mereka ini
termasuklah orang-orang yang merosakkan orang-orang
lain dan setengahnya membuat tindakan kezaliman dan
kejahatan.

5.

Ruh mereka yang berhubung dengan Jin tetapi


perhubungan itu idak berapa erat. Mereka ini adalah orangorang yang mengamalkan satu kejahatan terus menerus
yang akibatnya Ruh mereka Fana dalam kejahatan itu.
Mereka ini ada berbagai-bagai jenis menurut perbezaan
kejahatan mereka itu.

6.
7.

Ruh mereka yang tenggelam dalam suatu jenis kebaikan.


Ruh mereka yang Fana dan tenggelam dalam berbagai
jenis kebaikan sepertimana orang yang Fana dalam
berbagai jenis kejahatan.
Kitab Kejadian Insan | Alam Barzakh Qubur

75

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


8.

Ruh mereka yang tidak Fana dalam sebarang kebaikan


atau kejahatan dan tidak terpengaruh secara luar biasa oleh
apa-apa kebaikan atau kejahatan. Kebanyakan manusia
adalah dari jenis ini.
Sebahagian Para Ahli Hukum telah menerangkan tentang tempat
kedudukan Ruh-ruh setelah mati seperti berikut:
1. Ruh Para Anbiya berada di dalam Syurga Adnin. Mereka
berada dalam liang yang selesa keadaan tubuh mereka.
Adapun tubuh mereka sentiasa bersujud kepada Tuhan.
2. Ruh Para Syuhada berada di Syurga Firdaus dalam bentuk
seekor burung yang hijau di tengah-tengah syurga itu.
Mereka terbang sekehendak hati mereka lalu hinggap pada
sebuah kendil yang digantungkan di Arash.
3. Ruh anak-anak orang Islam berada dalam bentuk seekor
burung pipit dan berterbangan di dalam Syurga.
4. Ruh anak-anak orang Musyrik berputar-putar di Syurga dan
tidak punya tempat yang khusus sehinggalah ke Hari
Qiyamat, lalu mereka melayani Ruh Para Mukminin.
5. Ruh Para Mukminin yang berhutang dan menganiaya akan
digantung di angkasa. Mereka tidak sampai ke Syurga dan
tidak pula sampai ke langit sehinggalah kerabatnya
membayarkan hutangnya dan mengadili penganiayaannya.
6. Ruh orang-orang Islam yang berdosa akan diazab dalam
Kubur beserta tubuh mereka.
7. Ruh orang-orang Kafir dan Munafik akan dipenjarakan dalam
Neraka Jahannam.

76

Alam Barzakh Qubur | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 8

Alam Qiyamat
ALAM Qiyamat adalah alam kemusnahan bagi sekelian makhluk
ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala. Ianya telah berulang-ulang
kali dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala di dalam kitab
suci Al-Quran. Ia merupakan hari yang terakhir bagi manusia
mendiami Dunia ini. Huru-hara yang sangat menggemparkan
akan berlaku menjelangnya hari Qiyamat.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam juga sentiasa mengingatkan kepada Para Sahabatnya
tentang kedahsyatan hari Qiyamat dan supaya sentiasa bersedia
untuk menghadapinya dengan kembali kepada Allah Subhanahu
Wa Taala dan memperbaiki mutu amalan Solih supaya apabila
berlakunya hari kebangkitan kelak, manusia tidak akan
mengalami kerugian.
Di dalam Al-Quran, Alam Qiyamat dijelaskan dengan berbagai
perkataan dan ayat. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menjelaskan tandatanda yang berkaitan tentang hampirnya berlaku Hari Qiyamat.
Adapun Qiyamat itu terbahagi kepada dua, Qiyamat
Qiyamat besar. Qiyamat kecil adalah kematian yang
seseorang manakala Qiyamat besar pula adalah
menyeluruh yang melibatkan seluruh manusia, jin
Malaikat.

kecil dan
menimpa
kematian
dan Para

Kitab Kejadian Insan | Alam Qiyamat

77

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Langit dan Bumi ini akandimusnahkan hanya dengan satu tiupan
serunai Sangkakala.Kedahsyatan yang berlaku pada Hari
Qiyamat itu nanti sukar untuk digambarkan, namun hakikat ini
pasti berlaku kerana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah pun memberitahu
kepada Ummatnya tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
menjelangnya Hari Qiyamat. Ia akan berlaku pada hari Jumaat,
10 haribulan Muharram tetapi bilakah akan berlakunya hari
tersebut tidak ada sesiapa pun yang tahu kerana ianya ada dalam
Ilmu Allah Subhanahu Wa Taala.
Sebagai orang yang beriman dengan kehidupan Akhirat,
seseorang itu juga perlu yakin dengan Hari Qiyamat dan Hari
Kebangkitan sesudah mati. Seseorang itu juga wajib
mempercayai akan alamat tanda-tanda sebelum berlakunya Hari
Qiyamat kerana dengan ini akan menimbulkan kegentaran
terhadap Hari Perhisaban, perasaan insaf dan segera bertaubat di
dalam hati.
Jika seseorang yang menolak kepercayaannya terhadap Hari
Qiyamat dan Hari Kebangkitan sesudah mati di kehidupan
Akhirat, maka adalah jelas bahawa keimanannya telah rosak dan
jika dia meninggalkan Dunia sebelum dia bertaubat dan
memperbaiki keimanannya, maka adalah dia mati dalam keadaan
Kafir, Nauzu Billahi Min Zalik.

78

Alam Qiyamat | Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi

Kitab Kejadian Insan


SIRI 9

Alam Akhirat
KEHIDUPAN yang sejahtera di Akhirat telah Allah Subhanahu
Wa Taala ciptakan untuk orang-orang yang beriman sepertimana
maksud Firman Allah dalam ayat 4 Surah Al-Baqarah,

Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang


telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah
diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya
(kehidupan) Akhirat.
Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelum Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah
Kitab-Kitab yang diturunkan sebelum Al Quran seperti: Taurat,
Zabur, Injil dan Shuhuf-Shuhuf yang tersebut dalam Al Quran
yang diturunkan kepada Para Rasul. Allah menurunkan kitab
kepada Rasul ialah dengan memberikan wahyu kepada Hadhrat
Jibril Alaihissalam., lalu Hadhrat Jibril Alaihissalam
menyampaikannya kepada Rasul.
Yakin ialah kepercayaan yang kuat dengan tidak dicampuri
keraguan sedikitpun Akhirat lawan Dunia. Kehidupan Akhirat
ialah kehidupan sesudah Dunia berakhir.
Kitab Kejadian Insan | Alam Akhirat

79

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi


Yakin akan adanya kehidupan Akhirat ialah benar-benar percaya
akan adanya kehidupan sesudah Dunia berakhir.
Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan Dunia ini hanyalah
kesenangan (sementara) dan sesungguhnya Akhirat itulah negeri
yang kekal. FirmanNya lagi dalam Surah Al-Ala ayat 17 :


Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang
mewarisi Kitab Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang
rendah ini dan berkata, "Kami akan diberi ampun", dan kelak jika
datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula),
niscaya mereka akan mengambilnya (juga). Bukankah perjanjian
Taurat sudah diambil dari mereka, iaitu bahwa mereka tidak akan
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka
telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. Dan kampung
Akhirat itu lebih bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu
sekalian tidak mengerti?
Dan seterusnya Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam
Surah Al-Ankabut ayat 64 :



Dan tiadalah kehidupan Dunia ini melainkan senda gurau
dan main-main, dan sesungguhnya Akhirat itulah yang
sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah Al-Qasas
ayat 83 :

80

Alam Akhirat

| Kitab Kejadian Insan

Nukilan Hadrat Jalaluddin Ar Rowi




Negeri Akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak
ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka Bumi,
dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orangorang yang
bertaqwa.
Yang dimaksudkan Negeri Akhirat di sini ialah kebahagiaan dan
kenikmatan di Akhirat dan kesudahan yang baik itu adalah
Syurga. Sebagai hamba Allah hendaklah kita sentiasa berdoa
untuk kebaikan di Dunia dan di Akhirat serta memohon
perlindungan Allah Subhanahu Wa Taala dari azab api Neraka
Jahannam. Di kehidupan Akhirat setiap manusia akan menempuh
kehidupan yang amat panjang jauh melebihi dari tempoh
kehidupan yang berlaku di Dunia.
Di Akhirat, kita akan menempuh Alam Mahsyar yang mana
semua ruh yang dibangkitkan kembali bergerak menuju ke
tempat pengadilan di Padang Mahsyar. Kemudian kita akan
menempuh Alam Mizan iaitu hari pengadilan amal dan
seterusnya menempuh Alam Sirat iaitu melintasi jambatan Siratul
Mustaqim.

Kitab Kejadian Insan | Alam Akhirat

81