Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN BATU SEREMBAN

PERATURAN
1. Setiap kumpulan perlu menghantar 5 orang wakil kumpulan untuk mengambil
bahagian dalam permainan ini.
2. Semasa mengambil buah, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah
lain.
3. Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah tersebut
jatuh ke lantai.
4. Setiap kali satu-satu tahap, semua buah dikumpul dan diserakkan untuk
peringkat yang lain.
5. Setiap pemain hanya mempunyai satu peluang bermain sahaja.
6. Seorang pemain yang melakukan kesilapan/kesalahan akan dikira sebagai
batal dan terkeluar daripada permainan.
7. Mata dikira berdasarkan jumlah buah yang berjaya ditimbang oleh pemain
pada tahap buah timbang. (1 buah = 1 mata)
8. Mata setiap ahli kumpulan akan dikumpul sebagai mata kumpulan.

CARA BERMAIN
Tahap 1 (Buah Satu)

Serakkan buah di lantai, ambil satu dan lambung.


Sebelum dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang

dilambung dengan tangan yang sama.


Letakkan buah ke tangan kiri.
Ulang sampai habis buah di lantai.

Tahap 2 (Buah Dua)

Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali melambung.

Tahap 3 (Buah Tiga)

Sama seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung, dipungut satu dan
lambung kedua pungut ketiga.

Tahap 4 (Buah Empat)

Sama seperti buah satu, dua dan tiga, cuma pungut keempat-empat buah
dengan sekali lambung.

Tahap 5 (Buah Timbang)

Untuk menentukan mata


Timbang buah ke belakang tapak tangan

LARANGAN DAN DENDAAN


1. Mati: Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung
Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah

yang berhimpit bergerak


Pemain tidak dibenarkan bergerak dari tempat duduk asal selepas
buah diserakkan pada setiap tahap.

Disediakan oleh,
........................................................
(JALINAH JIMPIH)
AJK AKTIVITI DAN PERTANDINGAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015
SK PIASAU KOTA BELUD, SABAH

Anda mungkin juga menyukai