Anda di halaman 1dari 8

Bahagian A - Manfaat gotong-royong

Gotong-royong bermaksud melakukan sesuatu kerja bersama-sama. Amalan ini


telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi. Banyak manfaat dapat
kita peroleh daripada gotong-royong.
Dengan bergotong-royong, sesuatu kerja itu akan menjadi mudah dan dapat
dilakukan dengan cepat. Sebagai contoh, kerja-kerja pembersihan kawasan
sekitar sesuatu taman perumahan tidak harus diletakkan pada bahu sesetengah
penduduk sahaja. Semua penduduk taman perumahan wajar bekerjasama untuk
melakukan kerja itu, bak kata pepatah "yang berat sama idpikul, yang ringan
sama dijinjing".
Gotong-royong juga dapat menjimatkan perbelanjaan untuk melakukan sesuatu
kerja. Hal ini demikian kerana semua orang menyumbangkan tenaga dan masa
mereka untuk gotong-royong itu. Peralatan dan pengangkutan pula biasanya
disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Seterusnya, gotong-royong dapat mewujudkan persefahaman dan semangat
muhibah dalam kalangan masyarakat. Gotong-royong biasanya disertai oleh semua
lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Oleh itu, mereka dapat saling mengenali
dan beramah mesra.
Tegasnya, gotong-royong memang berfaedah kepada masyarakat. Amalan ini
harus dalam generasi muda.

Bahagian A - Cara untuk mengatasi Vandalisme


Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam seperti telefon
awam dan tong sampah. Gejala itu kerap dilakukan oleh golongan remaja. Untuk
mengatasi gejala ini, beberapa carfa dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Cara yang pertama ialah mengadakan kempen antivandalisme melalui poster dan
ceramah. Selain pihak berkuasa, sekolah juga perlu lebih aktif dalam mengadakan
ceramah kesedaran dan pertandingan yang berkaitan dengan antivandalisme. Ibu
bapa pula perlu mendidik anak-anak supaya menghargai kemudahan awam.

Selain itu, kamera litar tertutup harus dipasang di tempat-tempat yang sering
berlakunya vandalisme. Cara ini akan sedikit banyak dapat menghindari orang
yang melakukan vandalisme daripada berbuat demikian. Jika mereka berbuat
demikian, perbuatan mereka akan dirakam dan mereka dapat dikesan serta
dibawa

ke

muka

pengadilan.

Seterusnya, hukuman yang berat harus dikenakan terhadap orang yang


melakukan vandalisme. Hukuman denda sahaja tidak mencukupi. Mungkin orang
yang didapati bersalah atas vandalisme boleh dikenakan hukuman penjara.
Hukuman ini pasti akan menakutkan orang yang kerap melakukan vandalisme.

Tegasnya, usaha untuk menangani vandalisme tidak harus dipertanggungjawabkan


kepada pihak berkuasa sahaja. Pihak sekolah, ibu bapa, dan orang ramai perlu
memainkan perana mereka.

Bahagian A - Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan


Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai
car dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai alaman harian. Ibu bapa yang
gemar membaca contoh kepada anaka-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca
buku-buku cerita untuk anaka-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini,
minat

membaca

dapat

dipupuk

sejak

peringkat

awal

lagi.

Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai
jenis buku yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan
aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap
buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada,
dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku
yang digemari oleh mereka.
Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis
bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang
kepada anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih
mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan
mereka.
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk
sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain". Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan
akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.

Bahagian A - Punca kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar

Kebelakangan ini, kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar semakin ketara.


Banyak sebab yang punca kepada gejala ini.
Punca utama ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar sekarang lebih
mementingkan keseronokan dan gemar bertindak liar. Hal ini demikain kerana
mereka mudah dipengeruhi oleh rakan sebaya.
Selain itu, remaja yang berbabit dalam salah laku ini lazimnya mempunyai ibu
bapa yang juga bermasalah. Ibu bapa sibuk mencari wang hingga kurang
memberikan perhatian kepada anak-anak. Ada kalanya mereka bergaduh di
hadapan anak mereka. Keadaan ini pastinya akan memberikan tekanan depada si
anak.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak sekolah mengenakan hukuman yang
terlalu keras terhadap pelajar yang bermasalah. Hal yang demikian akan
menyebabkan pelajar bertambah tertekan dan takut untuk ke sekolah. Untuk
mengatasi tekanan, mereka akan ponteng sekolah, merokok, melakukan vandalism
dan pelbagai perbuatan negative yang lain.
Para pelajar baka pemimpin masa depan dan harus dibentuk dengan nilai-nilai
murni dan peribadi yang mulia. Oleh itu, semua pihak perlu bijak memainkan
peranan masing-masing dalam usaha mengatasi kemerosotan disiplin pelajar.

Bahagian A - Hobi yang berfaedah


Hobi ialah kegemaran yang kita lakukan pada waktu lapang.Kita harus memilih
hobi

yang

berfaedah

yang

mendatangkan

kebaikan

kepada

kita.

Antara hobi yang berfaedah ialah membaca buku. Dengan membaca buku, kita
dapat

memperkaya

perbendaharaan

kata.

Kita

juga

dapat

menambah

pengetahuan. Membaca buku cerita pula dapat memberi kita hiburan dan
keseronokan.
Memancing ikan juga hobi yang berfaedah. Kita dapat memupuk kesabaran
dalam diri kita melaui memancing kerana kita perlu menunggu agak lama sebelum
pancing kita mengena. Memancing juga memberi kita peluang untuk menenangkan
fikiran.
Selain itu, hobi mengumpulkan barangan antik juga sangat berfaedah.
Penggemar hobi ini akan mendapat kepuasan terrsendiri daripada barangan antik
yang dikumpulkan. Dia juga dapat memperoleh keuntungan jika dia menjual
barangan antik tersebut kerana barangan antik itu biasanya sangat bernilai.
Oleh itu, setiap orang harus mengamalkan hobi. Dengan adanya hobi, kita dapat
menghabiskan masa lapang kita secara berfaedah.

Bahagian A - Faedah Komputer


Komputer sangat berguna kepada kita. Setiap keluarga memiliki sebuah
komputer sekurang-kurangnya. Komputer banyak mendatangkan faedah kepada
kita.
Faedah yang paling utama ialah komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja
kini dilakukan dengan bantuan komputer, misalnya kerja-kerja penaipan, pelukisan
grafik, dan penyediaan laporan. Komputer membolehkan kita menyiapkan kerja
tersebut

dengan

mudah

dan

cepat.

Komputer juga membolehkan kita memperoleh maklumat tentang pelbagai


perkara melalui CD-ROM. Ciri ini amat penting untuk kanka-kanak yang ingin
belajar sesuatu dengan sendirinya. Dengan menggunakan komputer, kita juga
dapat

menonton

filem

dalam

bentuk

VCD

atau

DVD.

Seterusnya, kita dapat melayari Internet dengan menggunakan komputer yang


dilengkapi kemudahan Internet. Menerusi Internet, kita dapat memperoleh
maklumat dari serata dunia dengan serta-merta. Kita juga dapat berhubung
dengan

orang

lain

menerusi

e-mel

dan

ruang

sembang.

Kesimpulannya, pengguna komputer memang banyak faedah. Kita harus


memanfaatkan komputer demi kemudahan dan kesenangan kita.

Bahagian A - Pasar Malam


Belakangan ini, pasar malam tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Biasanya
pasar malam diadakan di kawasan perumahan yang mempunyai jumlah penduduk
yang ramai. Oleh sebab itu, pasar malam menjadi tumpuan banyak orang.
Pasar malam menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan seperti sayursayuran, ikan, buah- buahan, pakaian, dan barangan elektirk. Penjual dan
pengunjungnya terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya kaum Melayu, Cina,
dan India. Urusan perniagaan ini dijalankan dengan semangat muhibah.
Barangan yang dijual pula lebih murah dan pengguna mempunyai banyak pilihan.
Pengguna juga boleh tawar-menawar barangan yang hendak dibeli. Ji a tidak
berpuas hati dengan harga barangan yang ditawrkan, pengguna boleh membelinya
di

gerai

lain

yang

berdekatan.

Biasanya pasar malam bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir kira-kira
pada pukul 10.00 malam. Namun demikian, penjualnya datang lebih awalan untuk
menyediakan barangan jualan masing-masing. Gerai mudah alih dan payung
dipasang

serta

barangan

jualan

disusun

di

atas

gerai

tersebut.

Pasar malam akan terus hidup kerana pasar malam menyediakan pilihan
barangan yang beraneka jenis dan murah kepada pengguna. Walau bagaimanapun,
soal kebersihan perlu diambil kira boleh peniaga.

Anda mungkin juga menyukai