Anda di halaman 1dari 20

01. EXT.

KORIDOR SEKOLAH - PAGI


EZRYLIANNA dan NIANNA NERA berjalan di koridor menuju ke
kelas mereka.
CUT TO:
02. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ketika Ezrylianna dan Nianna Nera berjalan masuk ke dalam
kelas, kelihatan sekumpulan murid perempuan sedang rancak
berbual, sekumpulan murid lelaki bermain congkak dan sahibba
serta terdapat beberapa murid lelaki sedang berkejaran.
CUT TO:
03. INT. DALAM KELAS - PAGI
HAYKAL berlari ke tempat duduknya setelah menyedari
kehadiran Cikgu Soumie.
HAYKAL
Cikgu datang! Cikgu datang!
Semua murid segera kembali ke tempat masing-masing dan
bersedia untuk menunggu Cikgu Soumie.
CUT TO:
04. INT. DALAM KELAS - PAGI
CIKGU SOUMIE masuk ke dalam kelas dan diekori oleh seorang
murid perempuan yang baru.
AMMAR
Semua bangun.
Selamat pagi cikgu.
SEMUA MURID
Selamat pagi cikgu.
CIKGU SOUMIE
Selamat pagi kelas, sila duduk
SEMUA MURID
Terima kasih cikgu.
CUT TO:
05. INT. DALAM KELAS - PAGI
Cikgu Soumie memperkenalkan BATRISYA, seorang murid baru
kepada kelas.
CIKGU SOUMIE
Hari ini ada seorang murid baru
dalam kelas ini.
(menoleh ke arah Batrisya
sambil tersenyum)
Sila perkenalkan diri.

------------------------------ 2. -------------------------(kemudian bergerak ke


arah mea guru untuk
meletakkan buku-buku
yang dibawa)
CUT TO:
06. INT. DALAM KELAS - PAGI
Suasana kelas menjadi riuh sedikit apabila sekumpulan murid
lelaki mula bersiulan. Terdapat beberapa murid lelaki yang
membetulkan rambut mereka, ada yang berubah watak menjadi
ala-ala macho, ada yang mula membuat muka comel.
MURID LELAKI 1
Phewit... Psst, psst
RAZI
Hai, boleh berkenalan?
Murid-murid perempuan mula menyampah dengan perangai
murid-murid lelaki tersebut. Ezrylianna mula tidak tahan
dengan situasi tersebut.
EZRYLIANNA
Hey, bulih kamurang diam kah!?
RAZI
(sambil mengajuk gaya
Ezrylianna)
Hey, bulih kamurang diam kah..?
MURID LELAKI
(ketawa terbahak-bahak)
Hahahahaha...
07. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ezrylianna menjadi berang. Dia memandang Razi dengan
pandangan yang tajam. Cikgu Soumie meredakan murid-murid
lelaki yang sedang ketawa.
CIKGU SOUMIE
(bergerak ke hadapan
kelas)
Ok kelas... Tolong senyap...
Razi, tolong senyap.
(bergerak menuju ke arah
Ezrylianna)
Bah, Ezrylianna, sudah lah tu. Bawa
bertenang... Sila duduk.
Cikgu Soumie memastikan keadaan kelas terkawal. Setelah
keadaan kelas terkawal, Cikgu Soumie mengarahkan agar
Batrisya untuk memperkenalkan dirinya semula.
------------------------------ 3. --------------------------

CIKGU SOUMIE
Ok, sekarang sila perkenalkan
diri...
CUT TO:
08. INT. DALAM KELAS - PAGI
Batrisya berdiri di hadapan kelas. Sambil tersenyum, dia
memandang semua murid yang ada di dalam kelas itu. Dia
menoleh ke arah Cikgu Soumie.
CIKGU SOUMIE
(tersenyum dan memberikan
isyarat agar Batrisya
memperkenalkan dirinya)
BATRISYA
Assalamualaikum. Saya, Nur Izzati
Batrisya. Boleh panggil Batrisya.
Sebelum ni, saya bersekolah di SK
Rancangan Klias, Beaufort. Selamat
berkenalan semua.
CUT TO:
09. INT. DALAM KELAS - PAGI
HILMI bingkas bangun dari tempat duduknya dan segera
menyuruh Haykal bangun dan duduk di belakang. Dia
membersihkan kerusi itu dan membetulkan susunan meja dan
kerusi di sebelahnya.
HILMI
Cikgu, boleh Batrisya duduk sebelah
saya cikgu? Tempat ni memang kosong
cikgu.
(sambil tersenyum simpul)
Haykal cuba bangun untuk memberitahu itu adalah tempatnya,
tetapi segera ditahan oleh beberapa murid lelaki. Seorang
murid memegang tangan, ada yang memegang bahu, sementara
seorang lagi menutup mulutnya.
RAZI
Ya Cikgu, dari awal tahun lagi
tempat ni kosong, kan, kan, kan?
(memandang ke arah
murid-murid lelaki yang
berada di sekelilingnya)
Murid-murid lelaki mengiyakannya sambil membuat wajah-wajah
serius.
CUT TO:
------------------------------ 4. -------------------------10. INT. DALAM KELAS - PAGI

Cikgu Soumie meredakan keadaan kelas. Dia melihat ke arah


meja dan kerusi kosong di belakang kelas. Cikgu Soumie
meminta agar Ammar dan Hilmi membawa meja dan kerusi itu ke
hadapan kelas.
CIKGU SOUMIE
(dengan senyuman yang
manis dan nada
berseloka)
Mana boleh dia duduk dibelakang
sama-sama lelaki, terutama dekat
kau Hilmi.
Murid-murid mentertawakannya. Haykal bingkas bangun dan
membetulkan baju serta rambutnya. Dia mengambil semula
tempat duduknya dengan gaya ala-ala primadona. Ini menambah
lagi keriuhan dalam kelas.
CIKGU SOUMIE
(memandang ke arah meja
dan kerusi kosong
dibelakang kelas)
Ammar dan Hilmi, tolong bawa meja
sama kerusi di belakang tu. Bawa
pigi depan sini.
CUT TO:
11. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ammar dan Hilmi berpandangan. Ammar segera bergerak ke arah
belakang untuk mendapatkan meja terlebih dahulu. Hilmi cuba
untuk mendapatkan meja terlebih dahulu daripada Ammar.
Namun, Ammar terlebih dahulu mendapat meja tersebut. Ammar
segera membawa meja ke hadapan kelas dengan gaya ala-ala
'abang sado'. Hilmi mengekori dari belakang sambil membawa
kerusi.
AMMAR
Mau letak mana ni cikgu?
CIKGU SOUMIE
(memandang ke sekeliling
kelas untuk mencari
tempat yang sesuai)
Hmmm... Ok, AZEYRA dan Ezrylianna,
gerakkan meja kamu supaya meja ni
boleh masuk di tengah-tengah.
AZEYRA dan Ezrylianna mengerakkan meja mereka ke kiri dan ke
kanan. Ammar meletakkan meja di tengah-tengah antara mereka.
Hilmi kemudian menyenggol Ammar. Dia meletakkan kerusi di
tengah-tengah dan mempersilakan Batrisya duduk.

------------------------------ 5. -------------------------CIKGU SOUMIE

Ok Batrisya, sila ambil tempat


duduk kamu.
BATRISYA
(sambil memberi tanda
hormat kepada Cikgu
Soumie)
Baiklah cikgu, terima kasih.
Hilmi mempersilakan Batrisya duduk seperti mereka sedang
berada di sebuah restoran hotel lima bintang.
CIKGU SOUMIE
Bah, sudah la tu Hilmi. Jangan mau
mengurat sana.
HILMI
Hehehe... Ok ok cikgu.
(bergerak ke arah tempat
duduknya. Dalam
perjalanan dia sempat
menepuk tangan dengan
Razi yang duduk di
belakangnya)
CUT TO:
12. INT. DALAM KELAS - PAGI
Cikgu Soumie meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sepanjang proses itu berlaku, keakraban Ezrylianna dengan
Batrisya mula terbentuk. Hal ini disedari oleh Azeyra. Dia
mula berasa tidak selesa dengan keakraban mereka dan berasa
dirinya semakin disisihkan.
CUT TO:
13. EXT. KORIDOR SEKOLAH - PAGI
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat bermula.
CUT TO:
14. INT. DALAM KELAS - PAGI
Cikgu Soumie memandang ke arah jam di tangannya. Dia bangun
dari tempat duduk guru dan menuju ke hadapan kelas.
CIKGU SOUMIE
Baiklah kelas, pastikan kamu
siapkan kerja sekolah ni di rumah.
Boleh kemas meja kamu sekarang.
Murid-murid mengemas buku-buku yang ada di atas meja mereka
dan memasukkannya ke dalam beg. Begitu juga dengan alatan
tulis mereka. Ammar memastikan agar semua murid sudah
bersedia untuk menerima arahannya.
------------------------------ 6. --------------------------

AMMAR
Semua berdiri. Terima kasih, cikgu.
SEMUA MURID
Terima kasih cikgu!
CIKGU SOUMIE
Terima kasih kelas, kamu semua
boleh rehat sekarang.
Murid-murid dalam kelas tersebut mula bergerak keluar kelas
untuk menuju ke kantin sekolah.
CUT TO:
15. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ezrylianna menunggu Batrisya yang sedang mengemaskan alat
tulisnya ke dalam beg. Azeyra mengajak Ezrylianna dan Nianna
Nera untuk segera ke kantin kerana tidak mahu keadaan di
kantin menjadi lebih sesak.
AZEYRA
Bah, cepatlah. Makin ramai tu nanti
di kantin. Payah lagi mau beli
makanan.
EZRYLIANNA
Tunggu jap, si Batrisya belum lagi
siap. Kau pigi lah dulu.
Azeyra mengajak kawan-kawannya yang lain untuk bergerak ke
kantin terlebih dahulu. Tetapi mereka semua mahu menunggu
Batrisya. Hal ini makin menjengkelkan Azeyra. Lantas dia
bergerak sendiri menuju ke kantin tanpa menunggu
kawan-kawannya yang lain, terutamanya Ezrylianna.
BATRISYA
Sorry, sorry. Ok siap sudah.
EZRYLIANNA
Bah, mari kita jalan. Eh, mana
sudah si Azeyra? Dia jalan duluan
ka?
NIANNA NERA
Eh, iya kan. Duluan sudah kali tu.
Bah marilah pigi kantin.
Ezrylianna, Batrisya, Nianna Nera bergerak ke koridor untuk
menuju ke kantin.
CUT TO:
16. EXT. KORIDOR SEKOLAH - PAGI
Najla dan Nadylia sedang menunggu mereka di luar kelas.
Apabila ketiga-tiga mereka sampai dari dalam kelas, mereka
berlima bergerak menuju ke kantin sekolah.

------------------------------ 7. -------------------------CUT TO:


17. EXT. LALUAN KE KANTIN - PAGI
Dalam perjalanan ke kantin, Ezrylianna memperkenalkan
kawan-kawan yang lain kepada Batrisya.
EZRYLIANNA
Ok, ni Nianna Nera, sebelah Nianna
tu Najla Ayumi dan yang ujung
sekali tu, Nadylia Afira.
BATRISYA
Hai semua, kita semua jadi kawan
eh?
Mereka bersalaman sesama mereka dan suasana ceria mula
terasa diantara mereka. Namun, dari jauh kelihatan Azeyra
sedang memerhatikan mereka. Azeyra mengambil keputusan untuk
beredar dari situ kerana rasa dirinya semakin disisihkan
dari kawan-kawannya itu.
SLOW FADE TO BLACK
18. EXT. TAMAN SEKOLAH - PAGI
Ezrylianna, Batrisya, Nianna Nera, Najla Ayumi dan Nadylia
Afira sedang menikmati makanan mereka di taman sekolah.
Sambil makan, mereka berbual-bual.
Azeyra datang untuk mengikuti perbualan mereka.
EZRYLIANNA
Hey, Azeyra... Mana kau tadi. Laju
juga kau jalan.
AZEYRA
Lapar betul aku tadi, sorry ah enda
tertunggu kamurang tadi.
NIANNA NERA
Ok bah, teda apa-apa juga tu.
AZEYRA
(memandang ke arah
Batrisya)
Hai Batrisya, enda sempat kita
berkenalan di kelas tadi.
(menghulurkan salam
kepada Batrisya)
BATRISYA
Hai Azeyra, ok bah.
(sambil tersenyum dan
menyambut salam Azeyra)
Mereka semua tersenyum dan meneruskan perbualan mereka.
Namun, perbualan rancak mereka telah menyebabkan Azeyra

semakin rasa tersisih.


------------------------------ 8. -------------------------SLOW FADE TO BLACK
19. INT. PUSAT SUMBER - PAGI
Ezrylianna, Batrisya, Nianna Nera, Najla Ayumi dan Nadylia
Afira duduk membaca buku cerita. Sementara Azeyra sedang
membelek-belek buku cerita di rak. Setelah mendapat buku
cerita yang digemarinya, dia bergerak menuju ke meja bacaan.
Dia mengambil tempat duduk bersama-sama dengan mereka.
NAJLA
Kau suka baca novel ka Batrisya?
BATRISYA
Suka, tapi novel remaja lah. Kalau
buku fiksyen kanak-kanak enda
berapa suka.
Azeyra memandang buku cerita yang dipegangnya, sebuah
fiksyen kanak-kanak.
BATRISYA
(terpandang reaksi Azeyra
dan buku fiksyen yang
dipegangnya)
Eh, maksud aku kalau di rumah lah.
Kalau di pusat sumber ni memang
buku fiksyen kanak-kanak ja yang
ada.
EZRYLIANNA
Ya, aku pun enda berapa suka buku
fiksyen kanak-kanak. Ada banyak
novel di rumah ku Batrisya. Kalau
ko mo lepak petang-petang sambil
baca novel, datang ja pigi rumah.
BATRISYA
Oh, wah ok juga tu. Tapi rumah kau
di mana Ezrylianna?
EZRYLIANNA
Nanti aku 'send location' di
WhatsApp kau ah?
BATRISYA
Ok, ok... Siuk juga tu nanti kan.
(sambil tersenyum
membayangkan situasi itu
nanti)
Azeyra hanya mendiamkan diri daripada mengikuti perbualan
mereka. Dia terus merasa tersisih.
SLOW FADE TO BLACK

------------------------------ 9. -------------------------20. INT. DALAM KELAS - PAGI


Azeyra duduk termenung di tempat duduknya. Dia merenung jauh
ke luar kelas.
AZEYRA
(bercakap dalam hati)
Tidak bulih jadi ni. Makin lama
makin dorang enda peduli aku. Murid
baru tu pula yang makin rapat sama
dorang. Apa aku mau buat ah?
NAJLA
(menghempas buku di atas
meja Azeyra)
Hey, jauh termenung nampak. Apa kau
fikir ni? Pasal si Hilmi ka?
AZEYRA
(tersentak dari
termenung)
Ish, gila apa kau ni. Tedalah, buat
apa mo pikir pasal si Hilmi tu.
Buang karan ja. Bagus lagi aku
pikir macam mana mo kasi putus...
(tesentak seketika kerana
dia hampir terlepas
cakap)
NAJLA
(berasa hairan)
Kasi putus? Kasi putus apa?
AZEYRA
(mula mengelabah)
Eh, tedalah... Teda, teda. Ntah,
tulah datang-datang kasi tekejut.
Sudahlah, aku pigi tandas lu.
Najla berfikir seketika, tetapi membiarkan sahaja perbualan
itu kerana dia berasa perbualan mereka itu hanyalah
perbualan kosong sahaja.
SLOW FADE TO BLACK
21. INT. PUSAT SUMBER - PAGI
Azeyra, Nianna dan Najla membantu Cikgu Faridah mengemaskan
Bilik Pusat Sumber. Azeyra memerhatikan keadaan sekeliling.
Hanya mereka bertiga sahaja murid disitu. Dia mengambil
peluang ini untuk melaksanakan rancangannya.
AZEYRA
Nianna, ada bah aku mau kasi tau
kau ni. 3 hari sudah aku simpan ni,
serba salah aku mau kasi tau.
------------------------------ 10. -------------------------

NIANNA NERA
Uih, lama sudah tu kalau 3 hari.
Apa juga tu?
AZEYRA
Ntah, enda payah lah. Enda penting
juga.
NIANNA NERA
Ala... Jangan kau begitu bah. Ok,
ok, cuba kau cakap apa dia.
AZEYRA
Tapi kau jangan marah ah, janji?
NIANNA NERA
Ok, ok aku janji. Aku enda marah.
AZEYRA
Bah, betul ah. Hmmm... Ada bah si
Batrisya cakap hari tu sama si
Ezrylianna di tandas. Dorang enda
tau aku ada di dalam. Aku dengar si
Batrisya cakap dia suruh si
Ezrylianna jangan kawan sama kau.
Dia bilang kau tu bukan bulih
dibuat kawan. Kau tu macam racun,
bahaya.
NIANNA NERA
(matanya terbeliak dan
berasa sangat geram)
Ah... Apa, apa? Eh, apa dia cakap?
AZEYRA
Nah kan... Kau marah sudah.
Biarlah.
NIANNA NERA
Eh, ini lain sudah ni. Apa lagi
yang dia cakap? Bagus ko kasitau
sekarang, enda pasal-pasal kau yang
kena ni.
AZEYRA
(berpura-pura rasa serba
salah)
Nianna, aku kasi tau saja apa yang
aku dengar. Jangan pulak kau pigi
marah-marah sama dorang nanti.
NIANNA NERA
(berusaha untuk tenang
tetapi masih dalam
keadaan terkejut dan
marah)
Bah, bah. Aku enda marah. Kasitau
lagi apa yang kau dengar.

------------------------------ 11. ------------------------AZEYRA


Anu... Dia bilang kau tu jenis
mulut tempayanlah, enda sedar
dirilah. Dia bilang lagi, kau tu
gedik dan gatal skit. Pastu dia
bilang kau tu perasan cantik.
Nianna Nera mula hilang sabar setelah mendengar kata-kata
Azeyra. Dia sungguh tidak menyangka Batrisya akan menikamnya
dari belakang. Najla yang hanya mendengar sahaja perbualan
mereka tadi mula bersuara.
NAJLA
(dengan nada untuk
mendapat kepastian)
Kau biar betul Azeyra. Si Batrisya
cakap macam gitu ka?
AZEYRA
(mengangguk kepalanya)
Iya Najla, memang aku ada di dalam
tandas masa tu. Dorang depan
cermin. Dorang enda perasan aku ada
dalam tu.
Nianna Nera makin hilang sabar. Dia menarik tangan Najla.
NIANNA NERA
Berani betul budak perempuan tu ah.
Mari ikut aku Najla. Mau kena
'sound' juga dia ni. Mari!
Nianna Nera berjalan pantas ke kelas sambil menarik tangan
Najla. Najla sempat menoleh ke arah Azeyra. Dia ternampak
reaksi wajah Azeyra yang sedang tersenyum.
CUT TO:
22. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ezrylianna, Nadylia dan Batrisya sedang berbual-bual di
tempat duduk mereka. Tiba-tiba, Nianna merujuh masuk ke
dalam kelas dan terus menghentak meja Batrisya. Ini
menyebabkan seluruh kelas terdiam seketika. Azeyra masuk
perlahan-lahan ke dalam kelas sambil memerhatikan mereka.
NIANNA NERA
Apa kau cakap pasal aku ah? Kau
sama si Linda ni... Apa yang kau
cakap sama si Batrisya pasal aku?
BATRISYA
(dalam keadaan terkejut
dan kebingungan)
Uih... Kenapa kau ni Nianna? Apa
yang kau cakap ni? Apa yang aku
cakap?

------------------------------ 12. ------------------------NIANNA NERA


Enda ku sangka perangai kau ni ah.
Dari kecil kita kawan, sekarang
bila ada budak ni kau hina aku ah.
(menuding jari ke arah
Batrisya)
BATRISYA
Apa yang kau merepek ni Nianna?
Astaghfirullah Hal 'adzim... Apa
yang kau cakap ni Nianna?
Ezrylianna dan Nadylia bangun dari tempat duduk mereka dan
bergerak menjauhi mereka berdua. Kedua-duanya dalam keadaan
bingung. Nadylia cuba mendapat penjelasan daripada Azeyra
mengenai apa yang berlaku tadi. Tetapi, Azeyra hanya
mengangkat bahu dan menggeleng kepalanya sahaja.
Melihat keadaan yang agak tegang, Ezrylianna cuma
menenangkan Nianna.
EZRYLIANNA
(memegang kedua bahu
Nianna dari tepi dan
memandang wajahnya)
Nianna... Kenapa ni? Rileks dulu.
Cakap dulu apa yang berlaku ni.
NIANNA NERA
(melepaskan pegangan
Ezrylianna dengan kasar)
Aahh... Kau pun sama! Sudahlah,
berhentilah belakun. Jangan
kamurang pura-pura sana. Kamurang
pikir aku enda tau.
Tindakan Nianna melepaskan pegangan Ezrylianna telah
menyebabkan Ezrylianna tertolak ke tepi sehingga terhentak
di tepi meja. Ezrylianna mengerang kesakitan pada bahagian
pinggangnya. Batrisya terkejut dengan situasi itu, dia terus
mendapatkan Ezrylianna yang sedang kesakitan.
BATRISYA
Kenapa kau ni Nianna? Gila kah kau?
NIANNA NERA
Gila!? Ok, gila, mulut tempayan,
gedik, gatal sama perasan cantik.
Ok... Ok... Sekarang aku enda mau
kawan sama kau lagi.
(memandang ke arah
Ezrylianna, kemudian
memandang kembali ke
arah Batrisya)
Kau bukan kawan aku lagi... Full
stop!
Nianna keluar dari kelas. Najla hanya memandang Nianna

berlalu pergi. Ketika itu dia ternampak kelibat Azeyra di


------------------------------ 13. ------------------------hujung koridor. Dia segera mendapatkan Azeyra. Namun, pada
masa yang sama Azeyra mula bergerak menuju ke tingkat bawah.
CUT TO:
23. EXT. TANDAS PEREMPUAN - PAGI
Najla mengejar Azeyra yang sedang menuju ke tandas. Azeyra
tidak perasaan akan Najla yang sedang mengejarnya. Azeyra
berasa amat puas kerana rancangannya sudah berjaya. Dia
tertawa kecil ketika masuk ke dalam tandas. Ketika sampai
dekat pintu tandas, Najla terhenti ketika mendengar Azeyra
tertawa.
AZEYRA
(sambil membetulkan
tudungnya di depan
cermin)
Hmmm... Bagus, bagus...apa yang aku
plan memang jadi. Padan muka kau
Batrisya, baru datang sudah mau
rampas kawan-kawan aku ah...
Najla terdengar kata-kata Azeyra itu. Kini, dia sudah tahu
bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah satu penipuan.
Semuanya dirancang oleh Azeyra kerana cemburu dengan
Batrisya. Baginya, Batrisya telah merampas semua
kawan-kawannya.
CUT TO:
24. INT. DALAM KELAS - PAGI
Batrisya, Nadylia serta beberapa murid perempuan yang lain
sedang menenangkan Ezrylianna yang sedang kesakitan. Mereka
semua kebingungan tentang perkara yang baru berlaku sebentar
tadi.
AMMAR
(berjalan mendekati meja
Ezrylianna...memandang
Barisya seketika,
kemudian memandang
kembali pada Batrisya)
Lianna, kau ok ka?
EZRYLIANNA
(masih tertunduk sambil
menggosok-gosok
pinggangnya)
Ok bah, sikit ja ni.
NADYLIA
Kenapa si Nianna tu ah?
Tiba-tiba... Kenapa dia macam tu
ah?

------------------------------ 14. ------------------------EZRYLIANNA


(mengangkat muka dan
memandang ke arah
Batrisya, kemudian
tunduk kembali)
Entahlah Nadylia, dia enda pernah
macam ni.
BATRISYA
(tersedar bahawa dirinya
sedang dipersalahkan
tentang apa yang sedang
berlaku)
Ezrylianna, Nadylia... Aku sendiri
pun enda tahu apa semua ni. Selama
kita sama-sama, belum pernah aku
cakap macam tu. Astaghfirullah Hal
'Adzim... Apa yang berlaku ni?
Situasi sunyi seketika, masing-masing membisu dan cuba
mencerna apa yang sedang berlaku. Fikiran masing-masing
sedang bercelaru. Betulkah apa yang Nianna katakan, atau
betulkah yang Batrisya tidak tahu menahu akan hal ini.
CUT TO:
25. INT. DALAM KELAS - PAGI
Najla bergegas masuk ke dalam kelas. Dia melihat beberapa
orang sedang berkumpul di tempat Ezrylianna. Batrisya pula
masih kebingungan. Sementara murid-murid lelaki berkumpul di
belakang kelas hanya memerhati sahaja. Dia segera mendekati
Ezrylianna.
NAJLA
(dalam keadaan sedikit
tercungap-cungap)
Ezrylianna... Aku rasa aku tau apa
yang berlaku ni.
Ezrylianna mengangkat mukanya dan memandang ke arah Najla.
Batrisya juga memandang ke arah Najla. Nadylia yang sedang
menenangkan Ezrylianna juga turut tersentak dan memandang ke
arah Najla. Begitu juga dengan beberapa murid perempuan yang
ada di situ.
NADYLIA
Apa yang kau cakap ni? Apa yang kau
tau?
NAJLA
Aku rasa semua ni enda berlaku. Apa
yang si Batrisya cakap enda pernah
berlaku. Semua ni rancangan si
Azeyra.
------------------------------ 15. -------------------------

EZRYLIANNA
(dalam keadaan bingung
dan terkejut)
Azeyra? Rancangan Azeyra?
NADYLIA
Cuba kau cakap betul-betul... Apa
yang kau tau sebenarnya?
NAJLA
Ok, ok... Macam ni, dari mula lagi
aku rasa lain ja sama si Azeyra
tadi pagi. Dia yang cakap apa yang
si Batrisya ni cakap pasal si
Nianna. 'Time' tu kami tolong Cikgu
Faridah di Pusat Sumber. Tadi, masa
semua ni berlaku, aku nampak dia di
luar. Bila dia perasan aku nampak
dia, dia terus jalan. Aku ikut dia
dari belakang. Sampai di tandas,
aku dengar semuanya. Dia cakap
sendiri, dia bilang semua ni
rancangan dia supaya kamu semua
enda berkawan sama si Batrisya. Dia
enda tau aku di luar pintu.
Mereka semua tersentak seketika mendengar kata-kata Najla.
Perkara yang berlaku sukar untuk dipercayai, lebih-lebih
lagi selama ini mereka semua adalah kawan rapat.
CUT TO:
26. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ammar, Hilmi, Razi dan Haykal mendekati mereka. Ammar
mendekati Najla.
AMMAR
Betul apa yang kau cakap ni Najla?
NAJLA
(mengangguk kepala
perlahan-lahan, kemudian
memandang ke arah
Batrisya)
Betul Ammar, kesian Batrisya. Baru
ja sekolah sini sudah kena macam
ni.
HILMI
Razi mari ikut aku. Ammar, Haykal
kamurang pigi cari si Azeyra.
------------------------------ 16. ------------------------EZRYLIANNA
(tersentak dengan arahan
yang dikeluarkan oleh
Hilmi)

Hilmi, kamurang mau buat apa?


Biarlah dulu. Kasi ok ok dulu,
nanti ja cari dorang tu.
HILMI
Kau rilek ja Ezrylianna, kita
settle benda ni hari ni juga. Bah,
cepat.
(memberi isyarat pada
Razi untuk mengikutinya)
AMMAR
Kau rilek ja Ezrylianna, ok ni.
Haykal, bah.
Keempat-empat murid lelaki itu pergi mencari Nianna dan
Azeyra. Sementara itu, murid-murid yang lain masih tergamam
dengan situasi yang berlaku.
SLOW FADE TO BLACK
27. EXT. TAMAN SEKOLAH - PAGI
Hilmi dan Razi menemui Nianna yang sedang bersedih di taman
sekolah. Mereka cuba untuk memujuk Nianna untuk datang ke
kelas semula.
HILMI
Nianna, kau ok ka?
NIANNA NERA
(menoleh ke belakang
seketika, kemudian
memalingkan wajahnya
semula)
Sudahlah Hilmi, biar ja dulu. Budak
baru ja datang, pandai-pandai cakap
orang macam-macam.
RAZI
Bukan macam tu Nianna... Kami tau
sudah apa yang berlaku.
HILMI
Ya Nianna, kami semua sudah tau.
Mari ikut kami pigi kelas.
Nianna memusingkan badannya menghadap mereka berdua.
Wajahnya penuh kesedihan tetapi agak bingung dengan apa yang
dikatakan oleh mereka berdua tadi.
CUT TO:
------------------------------ 17. ------------------------28. EXT. TANDAS PEREMPUAN - PAGI
Ammar dan Haykal ternampak Azeyra keluar dari tandas. Mereka
segera mendapatkan Azeyra.

AMMAR
Azeyra! Tunggu dulu.
(cuba untuk mengejar
Azeyra, tetapi terhenti
ketika cuba mebawa
Haykal lari bersama)
HAYKAL
Enda apa... Kau pigi dulu
Azeyra tersentak dengan panggilan Ammar. Dia cuba untuk
mengelak daripada dilihat oleh mereka berdua. Tetapi Ammar
lebih pantas untuk mendapatkannya.
AMMAR
Azeyra, tunggu dulu. Ada benda yang
kita mau kasi settle ni. Mari, ikut
aku pigi kelas.
AZEYRA
(sedikit bingung, sedikit
terkejut... tetapi
seakan-akan dapat
mengagak apa yang
berlaku)
Eh, apa ni Ammar. Settle apa? Ish,
enda mau la.
AMMAR
Jangan banyak cakap, ikut aku
sekarang.
Haykal tiba, masih tercungap-cungap. Dia memandang Ammar,
Ammar memandang Haykal. Akhirnya mereka berdua memandang
Azeyra.
SLOW FADE TO BLACK
29. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ezrylianna sudah beransur sihat. Nadylia dan Batrisya duduk
disampingnya. Najla sedang bercakap sesuatu pada beberapa
murid perempuan. Murid-murid lelaki pula masih berkumpul di
belakang kelas melihat keadaan yang berlaku. Tidak lama
kemudian Hilmi dan Razi muncul bersama Nianna.
HILMI
(bergegas masuk ke kelas)
Ok, ada sudah si Nianna. Ammar
mana?
Tidak lama kemudian Ammar muncul bersama Azeyra.
------------------------------ 18. ------------------------AMMAR
Ok, ada sudah si Azeyra. Azeyra,
duduk di tempat kau. Nianna, ambil
tempat kau juga.

Azeyra dan Nianna mengambil tempat masing-masing.


Murid-murid perempuan yang tadi berkumpul di tempat
Ezrylianna juga kembali ke tempat masing-masing. Melihat
kepada keadaan itu, murid-murid lelaki juga beredar ke
tempat masing-masing. Kelas menjadi tepu seketika.
30. INT. DALAM KELAS - PAGI
Ammar berdiri di depan kelas. Dia memandang ke arah
Ezrylianna, Batrisya dan Nadylia. Kemudian dia memandang ke
arah Nianna. Nianna hanya membisu, memandang ke luar
tingkap. Ammar mengalihkan pandangannya ke arah Najla.
Kemudian memandang ke arah Azeyra.
AZEYRA
Apa yang berlaku ni Ammar? Apa
semua ni? Kenapa kau panggil aku
pigi kelas ni?
(kemudiannya memandang ke
arah rakan-rakan yang
lain dengan wajah
kebingungan)
AMMAR
Maaf Azeyra. Saya pun enda mau
benda-benda macam ni berlaku. Saya
bukan mau kasi malu siapa-siapa.
Tapi benda ni berlaku depan semua
orang tadi. Semua orang sudah tau.
Saya rasa, bagus kau sendiri yang
kasi settle benda ni.
Kelas menjadi sepi. Semua wajah memandang ke arah Azeyra.
HILMI
Macam ni, tadi Nianna sama Batrisya
bergaduh sebab mulut si Batrisya.
Tapi, last-last... Ezrylianna yang
jatuh, pasal mau kasi sabar si
Nianna.
RAZI
Kami enda tau apa yang berlaku
sebenarnya. Tapi masa dorang
bergaduh, Nianna bilang, Batrisya
cakap macam-macam di belakang dia.
AZEYRA
Jadi, kenapa aku kena panggil. Ni
antara dorang dua la. Apa kaitan
sama aku.
------------------------------ 19. ------------------------NIANNA NERA
Eh, nanti dulu. Kau yang cakap
pasal tu di Pusat Sumber tadi kan.
Kau yang cakap si Batrisya cakap
bukan-bukan pasal aku kan?

AZEYRA
Err..er... Anu...
AMMAR
Ok, ok... Rileks lu. Aku bukan mau
jadi hakim kah apa. Cuma enda siuk
bah kalau kita satu kelas
gaduh-gaduh. Apa yang aku buat
sekarang ni cuma untuk kasi settle
ja benda ni.
AZEYRA
Tapi... Apa yang berlaku ni? Aku
enda paham.
AMMAR
Macam ni la. Najla, cuba kau
ceritakan dari pusat sumber sampai
lah yang kau dengar cakap si Azeyra
dalam tandas tadi.
Najla menceritakan semuanya, bermula dari peristiwa di Pusat
Sumber sehinggalah di tandas tadi.
CUT TO:
31. INT. DALAM KELAS - PAGI
Azeyra terkejut mendengar penjelasan Najla. Begitu juga
dengan Nianna. Batrisya, Ezrylianna dan Nadylia betul-betul
sedih dengan perkara itu.
AMMAR
Baiklah. Benda yang lepas enda baik
kita kenang lagi. Benda sudah jadi.
Kita buang jauh-jauh benda yang
keruh. Kita jernihkan balik
persahabatan kita.
NIANNA NERA
(bergerak perlahan
mendekati Batrisya)
Batrisya, aku minta maaf pasal tadi
ah. Sorry sebab tuduh kau macam tu.
BATRISYA
It's okay. Yang penting kita
lupakan benda ni. Enda payah mau
pikir-pikir lagi.
NIANNA NERA
Thanks Batrisya. Kau mcm mana
Ezrylianna? Sorry ah?
------------------------------ 20. ------------------------EZRYLIANNA
Aku ok, sikit ja ni. Apa-apa pun
kita semua masih sahabat kan?

Mereka semua tertawa kecil dan berpelukan sesama mereka.


Ketika itu Azeyra muncul di depan mereka.
AZEYRA
Maaf... Aku minta maaf
sangat-sangat...
Mereka semua memandang Azeyra. Keadaan menjadi sunyi
seketika. Batrisya bangun dan mendekati Azeyra.
BATRISYA
Azeyra, benda yang sudah jadi enda
payah mau kenang-kenang lagi. Yang
penting kau sedar apa yang kau buat
dan mau minta maaf.
EZRYLIANNA
Ya Azeyra, aku pun minta maaf juga
kalau selama persahabatan kita ni
aku ada mensisihkan kau.
NIANNA NERA
Sudahlah Azeyra, jangan kau
sedih-sedih lagi. Kau tau kan yang
aku ni panas baran. Enda payah la
mau pikir-pikir lagi pasal tu.
AZEYRA
(berasa amat terharu,
lalu segera memeluk
Nianna)
Terima kasih semua... Terima kasih
Mereka semua berpelukan sesama mereka. Keadaan kelas menjadi
selesa semula. Masing-masing memberikan semangat kepada
mereka.
SLOW FADE TO BLACK

Anda mungkin juga menyukai