Anda di halaman 1dari 2

Eidul adha disambut lagi tahun ini.

Gema takbir bersambung-sambung memuji


keagungan tuhan Yg Maha Besar. Dan pastinya kita akan kembali mengenang
kisah pengorbanan dua orang manusia hebat dalam sejarah islam.
[37:102]
Hebatnya nabi Ismail kerana memahami maksud yang telah ayahnya sampaikan
dan dia dengan tenang dan redha hatinya akur akan perintah Allah swt. Begitulah
jiwa anak kecil itu telah terdidik dengan keimanan dan kepercayaan yang kukuh
daripada orang tuanya sehinggakan dia sanggup berserah jiwa dan raga sematamata kerana Allah. Sungguhlah pengorbanan nabi Ibrahim sebagai seorang
hamba Allah melebihi kasih sayangnya kepada anak tersayang. Dan kerana tekad
menjalankan perintah Allah swt, Allah telah mengantikan anak tersebut dengan
seekor binatang sembelihan.
[37:107]
Begitulah Allah menguji hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh .
kerana satu-satu ujian itu diberikan bukan untuk melemahkan, tetapi untuk
meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah swt.
Dalam menempuh jalan-jalan inilah kita sering dituntut untuk berkorban itu dan
ini demi menyelesaikan tugas kita dimuka bumi ini. Setiap perkara yang
menuntut pengorbanan kita pastinya bukan sesuatu yang sia-sia jika kita ikhlas
dan mendahulukan Allah dalam setiap pengorbanan yang kita berikan.
Pengorbanan tidak semestinya terhad kepada wang ringgit dan harta benda
semata-mata, tetapi juga ia melibatkan masa tenaga dan kepakaran. Jika kita
ingin membangunkan sebuah baitul muslim, pastinya kita memerlukan ilmu dan
dalam menuntut ilmu tersebut pastinya kita perlu berkorban masa untuk
mempelajari
hal-hal
rumahtangga.
Begitu
juga
apabila
kita
mahu
membangunkan sebuah negara islam, kita bukan sahaja perlu mempelajari selokbelok pentadbiran, bahkan mengajak dan mendidik setiap rakyat agar
memahami ciri-ciri sebuah negara islam dan mengamalkan setiap perintah dan
larangan Allah swt.
Dikesempatan ini penulis ini menyeru kepada pembaca sekalian akan suatu
perkara yang pastinya dapat membantu kita menambah amal sementara masih
berpeluang menyumbang untuk pembangunan ummah.
Kita seharusnya meyakini bahawa Islam pasti akan tertegak kembali pada masa
akan datang.
Bersandarkan kepada keyakinan itulah, kita seharusnya menyusun langkahlangkah yang dapat menjadikan kita salah satu daripada orang-orang yang
berjuang untuk kemenangan itu. Tidak mahukah kita terlibat sama dalam usaha
menaikkan kembali syiar islam yang dulunya dijulang-julang? Meskipun kita
mungkin tidak dapat melihat kemenangan islam pada zaman kita, pastinya
langkah-langkah orang terawal dalam kemenangan tersebut akan dikenangkenang.
Lupakah kita bagaimana rasullullah dan para sahabat yang berkorban jiwa dan
tenaga berkerah keringat kesana-sini demi menyebarkan syiar islam.
Berbekalkan keyakinan bahawa islam akan terus berkembang , islam akan

menguasai dunia, nabi dan para sahabat bertebaran keserata pelusuk dunia
demi memastikan setiap inci dunia menerima dan mengetahui keindahan Islam.
Kerana pengobanan yang tiada berbelah bahagi nabi Muhammad saw dan para
sahabatlah, hari ini kita boleh mengembus nafas dalam ruh dan jiwa Islam.
Pengorbanan mereka juga yang seterusnya melahirkan tamadun-tamadun Islam
yang hebat seperti umayyah, Abbasiyyah, dan turki uthmaniyyah dimana islam
telah berjaya menakluk sepertiga dunia. Walaupun nabi dan para sahabat tidak
dapat melihat sendiri bagaimana keagungan islam pada tamadun-tamadun
tersebut, tetapi merekalah tunjang merekalah akar yang setia berkorban hingga
Islam berkembang pesat keserata dunia.
Sedarkah kita pengorbanan kita untuk islam amatlah kecil sekiranya mahu
dibandingkan dengan pengorbanan sahabat-sahabat yang mahukan setiap
pelusuk dunia mengetahui betapa indahnya betapa lengkapnya ajaran Islam.
Masih teragak-agak lagikah kita untuk berkorban demi islam tercinta? Masih
sayang lagikah kita akan harta-harta yang tidak mungkin akan mengikut kita ke
alam kubur? Masih sayang lagikah kita akan masa-masa berfoya-foya duduk
bersembang kosong dengan rakan taulan? masih sayang lagikah kita akan
gadjet-gadjet yang semakin canggih?
Ayuhlah teman ayuhlah rakan kita berkorban demi Islam ini. Sekiranya bukan
untuk ummah, fikirkan juga diri kita sendiri yang lambat atau cepat, pasti akan
kembali mengadap Allah swt. Fikirkan akan jawapan yang akan kita jawab apabila
ditanya apa yang telah engkau sumbangkan untuk Islam? .
Semoga hayat kita yang masih berbaki ini tidak disia-disiakan dengan kelalaian
terhadap dunia yang Cuma sementara ini.

Anda mungkin juga menyukai