Anda di halaman 1dari 1

Segregasi merujuk kepada pengumpulan dan pembahagian sesuatu etnik.

Pada hemat saya, segregasi masih dapat dilihat di alam universiti contohnya, jika di
dalam sebuah jurusan terdapat rakan jurusan yang berbeza bangsa , mereka gemar
untuk duduk dalam kelompok etnik masing-masing. Jika terdapat kerja kumpulan
yang perlu diselesaikan, mereka turut gemar untuk berkumpulan dengan etnik
mereka sendiri melainkan pensyarah yang menyuruh mereka untuk bercampur ahli
kumpulan. selain itu, segregasi ini turut dapat dilihat ketika aktiviti sukan seperti
melayu cenderung kepada bola sepak, cina cenderung kepada bola keranjang dan
india cenderung kepada olahraga.
Dari segi integrasi pula,pada pengalaman harian saya yang melibatkan
konsep integrasi melibatkan pemakaian dimana boleh dilihat masyrakat Cina
memakai baju kurung dan ada sesetengah masyarakat Cina memakai kain batik.
Konsep integrasi boleh dilihat juga dari segi pemakanan dimana makanan roti canai
dan nasi lemak disukai oleh etnik lain. Char koey teow juga merupakan makanan
yang diambil oleh masyarakat Melayu dari masyarakat Cina yang diintegrasikan ke
dalam budaya masyarakat Melayu.
Saling kebergantungan pula ialah dimana proses saling bergantungan sering
kali kita lihat disekitar kita contohnya seperti etnik Melayu yang mengusahan kelapa
sawit dan menjualkan kepada pengusaha cina . Disinilah kita dapat lihat konsep
saling kebergantungan itu berlaku.

Anda mungkin juga menyukai