Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

PEMASANGAN CCTV (CLOSED CIRCUIT TELEVISYEN) SECARA PAKEJ UNTUK


MENINGKATKAN SISTEM PENGAWASAN KESELAMATAN DI KAWASAN LUAR
BANGUNAN DAN BENGKEL JKM, PKK, SABAH.

DISEDIAKAN OLEH :
RUDY BIN NORBIN
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH
TARIKH
13 JAN 2016

1.0

PENGENALAN
CCTV atau televisyen litar tertutup ialah sistem pengawasan yang
menggunakan kamera video dan peralatan berkaitan yang lazimnya
digunakan di premis-premis perniagaan dan kawasan-kawasan komersial
seperti bank, pusat membeli-belah dan pasar-pasar raya serta juga di
pejabat dan lapangan terbang. Namun demikian, dengan peningkatan
kes-kes jenayah di dalam negara mutakhir ini; pemasangan CCTV kini
lebih meluas di kawasan-kawasan berisiko tinggi jenayah hinggalah di kediamankediaman persendirian.Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan
informasi tentang sistem CCTV yang akan dipohon untuk pemasangan oleh Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu Sabah dengan mengikut prosedur
seperti yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Akta
709)

2.0
OBJEKTIF
i)
Meningkatkan sistem kawalan keselamatan di kawasan bangunan dan bengkel JKM
ii)
Mengurangkan risiko kecurian di kawasan JKM
iii) Mengurangkan perlakuan jenayah yang melibatkan pelajar dan orang luar di kawasan tersebut.

3.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL


1. Spesifikasi Sistem dan Telekomunikasi
Bagi memastikan sistem CCTV dapat menampung perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi masa depan, maka keperluan teknikal sistem CCTV perlu mengambil kira
perkara-perkara berikut :
1. Sistem Transmisi.
2.

Seni Bina Sistem dan Infrastruktur Jaringan.

3.

Konfigurasi Sistem dan Spesifikasi Peralatan.

4.

Faktor-Faktor Tambahan Yang Perlu Diambil Kira Dalam Penyelenggaraan CCTV

2.

Penghantaran atau transmission imej

1.

Wayar/Kabel (iaitu melalui kabel twisted pair, coaxial dan fiber optic).

2. Jalur Lebar Tanpa Wayar (Wireless Broadband).


4.0

CADANGAN SPESIFIKASI SISTEM BAGI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


PKK

4.1 Seni Bina Sistem dan Infrastruktur Jaringan


Seni bina sistem tanpa wayar yang dicadangkan adalah secara penggunaan
campuran kaedah Point to Multi Point, Point to Point sebagai sokongan serta kaedah
rangkaian jejaring (Mesh Network) di peringkat akhir bagi memperoleh litupan yang
optimum serta penggunaan semula frekuensi yang cekap (Rujuk Rajah 1). Spesifikasi
terperinci Infrastruktur Jaringan Sistem CCTV adalah seperti di Lampiran 1

Rajah 1 : CONTOH SISTEM JARINGAN CCTV


4.2 Kamera
Kamera hendaklah daripada jenis PTZ Digital Zoom Luar Bangunan, siang dan malam,
berwarna dan boleh mempamerkan ciri-ciri lengkap muka seseorang. lanya hendaklah
berdaya tahan dari segi cuaca dan vandalisme. Kelengkapan kamera hendaklah
mempunyai reka bentuk tahan lasak dan menyokong fleksibiliti kedudukan karnera untuk
mencapai liputan maksimum. Berikut adalah spesifikasi kamera yang perlu dipatuhi :
i.)

Signal Format - PAL with 625 lines or higher.

ii.)

Image Sensors -1/4 inch CCD (Charge Couple Device) Chipset or higher.

iii.) Image Pixels - 470K or higher.


iv.) Horizontal Resolution - 470 TV lines or higher.
v.) Automatic Iris Control.
vi.) Minimum Illumination - 0.01 Lux or less (Day and Night camera).
vii.) Lens - Optical Zoom Rate of 20x or higher, Digital Zoom of 10x or higher. Focal
Length = 3.25 to 88 mm.
viii.) Signal/Noise Radio - More than 48 dB (AGC OFF). ix. Support Rear light Balance
and Red Eye reduction.
x.) Pan - Angle of 0 degree to 360 degree (endless) or 360 degree continuous.
xi.) Manual Speed of not less than 80 degree per second (Zoom proportional or higher)
with latency of not more than 20m per second.
xii.) Tilt - Angle of 0 degree to 90 degree with Manual Speed of 40 degree per second
(Zoom proportional or higher).
4.3 Kawasan Cadangan Pemasangan
i.

Luar Bangunan JKM

ii.

Luar Bengkel JKM

5.0

ANGGARAN KOS
BIL

BUTIRAN

KUANTITI

JUMLAH

Set sistem CCTV fullset


1.

(ANRAN AR-S04W03309

1 set

RM 2580.00

2.

720P 4CH Wireless)


Pemasangan dan accessories

L/Sump

RM 1200.00

JUMLAH

RM3780.00

5.1 Keterangan tentang produk yang dipilih :


ANRAN AR-S04W03309 720P 4CH Wireless NVR IP Cameras Security CCTV System

No cat5 cable will be needed for ip cameras

Plug and Play,Simple to setup

Big and Clear Image

Smartphone support

Indoor and Outdoor use

Product details of ANRAN AR-S04W03309 720P 4CH


Wireless NVR IP Cameras Security CCTV System

Specifications of ANRAN AR-S04W03309 720P 4CH


Wireless NVR IP Cameras Security CCTV System
What's in the box:

4 x 1.0 MP 720P Network IP Camera

4 x Power Supply

1 x 4CH NVR with power supply(not included Hard drive)

1 x User Manual

General Features:
SKU
Gender
Model
Size (L x W x H)
Weight
Warranty Period
Warranty Type

AN493ELAA2Z2RFANMY-5935212
Unisex
AR-S04W03309
41X33X31
4.5
No Warranty
-

6.0

PENUTUP

Melalui perlaksanaan pemasangan sistem CCTV ini, diharapkan sistem kawalan keselamatan
di kawasan jabatan dapat beroperasi dengan lebih cekap dan tepat. Kadar risiko jenayah juga
diharapkan dapat dikurangkan dengan adanya sistem CCTV ini .

7.0

PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh :

.
(EN. RUDY BIN NORBIN)
Pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kota Kinabalu.

DISAHKAN OLEH:
Ulasan (jika ada)

(EN. ABDUL MALEK BIN A.MANAP)


Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kota Kinabalu..

DILULUSKAN OLEH :
Ulasan (jika ada)

........................................................
(EN. ZAIDI BIN ZAKARIA )
Timbalan Pengarah Akademik,

Politeknik Kota Kinabalu.