Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT

GARAM
WDT 13, 90200,
KOTA KINABATANGAN

KERTAS KERJA SUKANEKA


PASCA UPSR 2016

1.0 TAJUK
Sukaneka.
Permainan :
1) cari getah dalam tepung
2) belon oh belon
3) tali bintang
4) tiup belon sampai pecah

2.0 PENGENALAN
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti

yang dilakukan oleh

kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang.


Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani
bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah
menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang
baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para
peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan,
daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh
sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat
memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan
sesuatu pertandingan seperti ini.
3.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut
aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

4.0 OBJEKTIF
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing
masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru untuk mencorakkan idea melalui
aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.

6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan


bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai

pengetahuan

dan

pengalaman

guru

dalam

penghasilan kertas kerja.


8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi,
memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan
dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.
9. Mengisi masa lapang para peserta dengan aktiviti yang berfaedah
selepas peperiksaan UPSR 2016.
5.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh

: 05 Oktober 2016

Masa

: 07.30 11.00 pagi

6.0 TEMPAT
Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Garam, Kinabatangan.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahap Dua ( TAHUN 6 )
8.0 BILANGAN PESERTA
68 orang peserta ( Murid Tahun 6 )

9.0 PERALATAN
9.1 Senarai Alatan

Alatan
Jam randik
Wisel
Pinggan
Tepung
Gelang getah
Field Marker
Air
Belon
Tali rapia
Botol mineral
Paku (2 inci)

Kuantiti
1
1
10
3
1 PEK (50)
1
4 baldi
3 PEK (60)
1
10
10

9.2 Anggaran Perbelanjaan

Perkara

Harga / Unit (RM)

Jumlah (RM)

Peralatan sukaneka
- tepung
- gelang getah
- belon
- tali rapia
- paku (2 inci)

Tepung ( RM2.50X 4 = RM
10)
Gelang getah ( RM3 X 1
PEK = RM 3)
Belon ( RM 10 X 3 PEK =
RM 30)
Tali rapia ( RM 3 X 1
Gulung = RM 3)
Paku 2 inci (RM 5 X 1 PEK
= RM 5)

RM 10 + RM 3 + RM 30
+ RM 3 + RM 5 =
RM 51

Hadiah

Tempat pertama - RM 70
Tempat kedua - RM 50
Tempat ketiga - RM 30

RM 150.00

JUMLAH

RM 201.00

10.0 RUMUSAN
Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat
melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini
dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia
juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai guru pula, apa yang penting, melalui
pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar mengenai pengurusan, pengelolaan
dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini sedikit
sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami sebagai guru. Selain itu,
permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para
peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan
keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Disediakan oleh:

__________________
(ROSLAN BIN RAMLI)
Setiausaha Pertandingan Sukaneka
SK. Bukit Garam
Disemak oleh:
____________________
(RAMLEE BIN RANGRU)
Pengerusi Pertandingan Sukaneka
SK. Bukit Garam
Disahkan oleh:
________________________
(NORAINI BINTI AWANG ADI)
Setiausaha Kokurikulum
SK. Bukit Garam
Diluluskan oleh:
_____________________
(KASNON BIN MANGUN)
Guru Besar
SK. Bukit Garam

Anda mungkin juga menyukai