Anda di halaman 1dari 4

INDUSTRI KRAF TANGAN di MALAYSIA

Definisi
Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan
kraf tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang
berpotensi besar untuk membantu meningkatkan tahap
kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu,
wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan
industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.
Contoh-contoh Kraftangan

Tikar mengkuang

Seni tekat

Batik

Wau

Bakul

Langkah langkah Memajukan Industri


1. Membina lebih banyak pusat kraf tangan di
negara ini. Penubuhan lebih banyak pusat kraf
sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak
produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk
diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam
masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan
sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat
industri
ini
pula.
2. Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk
meningkatkan
produktiviti
industri
ini.
Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik
sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran
industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan
harga yang dikenakan kepada pembeli boleh
dikurangkan
sehingga
ke
tahap
minima.
Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini
lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan
produk mereka terus mendapat tempat dalam hati
pelancong.
3. Kempen kesedaran yang meluas harus
dilaksanakan
terutama
dalam
kalangan
generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi
mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka

tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih


suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden
atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga
mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf
tangan
pada
masa
yang
sama.
4. Produk kraf tangan ini juga perlulah
menggunakan hasil semula jadi yang wujud
di Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber
semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan
mampu memberikan sentuhan unik terhadap
produk tersebut lalu meninggikan permintaannya
pada masyarakat luar.

Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang


boleh
dipandang
remeh.
Semua
negara
menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi
tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup
subur dalam negara ini agar tak lapuk dek panas
tak lekang dek hujan.