Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran komunikasi berkesan yang diminati

Pengucapan awam memerlukan kemahiran dan keyakinan yang tinggi.


Aku pasti tidak semua orang boleh berkata-kata dikhalayak ramai. Mungkin
segelintir daripada kita tidak biasa dan lebih suka memilih untuk diam
berbanding melontarkan buah fikiran mereka dengan kata-kata. Namun
mereka perlu sedar, pada zaman sekarang ini pengucapan awam telah
menjadi alat yang penting untuk membantu kemajuan dalam kehidupan kita
dalam bidang kerjaya ataupun kehidupan seharian.
Kepentingan Pengucapan Awam
Dalam bidang kerjaya:
1. Sebagai contoh situasinya kita ada idea yang bernas yang dapat membantu
memudahkan kerja seterusnya meningkat jualan di syarikat kita bekerja.
Namun jika kita tidak reti dan tiada keyakinan untuk berucap dan
menyembahkan idea kita di hadapan orang atasan, idea itu akan terkubur
sahaja. Pengucapan awam dapat membantu menukarkan idea kita dalam
bentuk kata-kata yang dapat dipahami dengan mudah oleh orang lain
seterusnya dapat meyakinkan mereka untuk menerima idea kita.
2. Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik, senang
naik pangkat.
3. Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik adalah
seorang pemimpin secara semula jadi. Setiap kata-kata yang keluar dari
mulutnya adalah fakta semata-mata dan bukan bualan kosong. Pekerja
macam ini disenangi dan dihormati oleh orang sekeliling.
4. Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik
selalunya adalah seorang yang peramah.
5. Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik
selalunya banyak membaca dan mempunyai pengetahuan yang
tinggi dalam pelbagai bidang.

Anda mungkin juga menyukai