Anda di halaman 1dari 9

zzzRoti Sarang Lebah

Oleh: Azie Kitchen


Bahan doh:
2 cawan tepung roti - boleh juga guna tepung gandum
1/2 sudu teh dry yis
1/4 sudu teh garam
sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
cawan plain yogurt - suhu bilik
cawan minyak sun flower/minyak jagung
1/2 cawan air suam
Bahan Tabur:
Almond flakes
Sunflower/pumpkin seeds
Butterscotch
Bahan Sapuan:
Kuning telur
Susu cair
Esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur
Cara cara:
1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan
berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, satukan garam, tepung
gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk
adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang
tahap melekat kat tangan.

4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit


demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat
di tangan. Saya hanya mengulinmenggunakan mixer jer.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak
sental baju zaman dulu dulu (zaman tak de washing
machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik
menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga doh menjadi elastic. Lagi lama lagi bagus
dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di
tempat sikit panas atau tertutup macam dalam oven
atau microwave yang TAK di ON.
Bila doh dah naik, tumbuk tumbukkan supaya keluar
anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh
sebesar buah langsat atau mata kucing (dalam 20 gram)
dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah disapu
dengan
sedikit
minyak.

8. Buat sehingga habis. Memang doh lembik tapi jangan


risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak
jer. Biarkan doh naik 2X ganda. Lumur bahan sapuan.
Pastikan sapuan ini tidak meleleh ke dasar loyang kerana
ianya akan membuatkan roti anda melekat dan susah
ditanggalkan bila telah masak.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika
suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan oven pada suhu
180-200C
api
atas
bawah.

10. Pastikan oven betul betul panas, baru dimasukkan


loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit
terakhir pakai api atas bawah.
11. Bakar selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan
cepat cepat tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk
dihidangkan.

Nota:
1) doh memang lembik. Jangan tambah tepung, cuma
sapukan tangan anda dengan minyak masa nak bahagi
bahagi doh kecik kecik.
2) tak payah bulat bulat sangat pun, sekadar lebih
kurang sebab nanti ia akan bulat sendiri bila naik.
3) pastikan oven benar benar panas supaya ia lembut bak
cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak habis makan tu simpan roti dalam air tight
container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas
kemas

Sos Butterscotch
Bahan bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
Secubit garam
1/2 sudu kecil vanilla essence
25 gram butter
Cara cara:
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang,
kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya
dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil
mengacaunya.

Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api


dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit
dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Nota:
Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana
sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak
tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..

Anda mungkin juga menyukai