Anda di halaman 1dari 5

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TAHUN 4- 6

Simpulan Bahasa :
1. Air muka rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan
2. Air tangan hasil kerja tangan seseorang
3. Anak buah pengikut / rakyat/orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga
4. Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin
5. Anakw didik pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu.
6. Anak jati 7. Anak tunggal8. Ayam tambatan orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
9. Berhati walang bersedih, hiba,dukacita,gelisah, suram
10. Besar hati bangga dan gembira
11. Buah fikiran - pendapat
12. Bulat hati lurus hati / bersungguh-sungguh
13. Bulat kata sudah mencapai kata sepakat
14. Hati terbuka perasaan senang hati untuk menerima sesuatu
15. Kera sumbang orang yang hidup dengan mengasingkan diri
16. Langkah seribu melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan
17. Lapang dada perasaaan sabar /berasa senang
18. Lupa daratan tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang terhadap dirinya
19. Membawa diri menjauhkan diri/ mengembara
20. Memerah keringat bekerja keras
21. Menabur bakti membuat jasa
22. Menambat hati menarik dan memikat perasaan
23. Menara gading tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi seperti universiti
24. Menghulur tangan memberi pertolongan
25. Murah hati suka memberi bantuan
26. Orang berada orang kaya
27. Otak cair - pandai
28. Pasang telinga mendengar dengan teliti
29. Permata hati orang kesayangan
30. Rambang mata rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada dalam sesuatu kumpulan yang
banyak
31. Sekangkang kera tanah yang sedikita dan tidak luas
32. Tanah air Negara tempat kelahiran
33. Tangan terbuka sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita / orang yang bermurah
hati atau suka menolong orang lain
34. Tergerak hati 35. Titik peluh hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang tanpa bantuan orang lain.
36. Tulang empat kerat kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikal

Perumpaman :
1. Bagai aur dengan tebing hidup bekerjasama dan bermuafakat
2. Bagai bulan jatuh ke riba mendapat untung yang besar
3. Bagai dihiris sembilu sangat pedih rasa dihati
4. Bagai kacang lupakan kulit tidak mengenang jasa dan budi orang lain
5. Bagai menatang minyak yang penuh memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang
6. Bagai tikus jatuh ke beras mendapat rezeki yang melimpah ruah/ banyak

Bandingan Semacam :
1. Bijak seperti pendita
2. Cantik seperti bidadari
3. Nipis seperti kertas

Pepatah :
1. Alah membeli menang memakai biar membeli dengan harga yang mahal asalkan barang itu tahan
lama
2. Alang-alang berdakwat biar hitam- buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh hingga berhasil
3. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya sesuatu itu mengikut asalnya, anak mengikut baka ibu
bapanya.
4. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul betapa susah kita melihat penderitaan orang lain,
susah lagi orang yang menanggungnya
5. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni-susah senang bersama-sama
6. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- sikap bekerjasama dalm membuat sesuatu perkara
7. Berpantang maut sebelum ajal
8. Biar putih tulang , jangan putih mata-lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan
9. Buang yang keruh, ambil yang jernih -berdamai dan melupakan pertelingkahan
10. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat kata sepakat diperoleh dengan
bermesyuarat atau berunding
11. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan jika ada azam , apa-apa yang dihajati boleh tercapai
12. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung ikutlah peraturan dan
adat resam tempat kita menetap
13. Enggang sama enggang , pipit sama pipit- berkawan hendaklah sama taraf atau sama status.
14. Hanya jauhari mengenal manikam orang yang pandai sahaja dapat melakukan penilaian dengan
tepat.
15. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama orang yang baik
meninggalkan nama baik dan orang yang jahat akan meninggalkan nama yang jahat pula setelah
meninggal dunia nanti.
2. Orang yang berjasa kepada Negara akan tetap dikenang sehingga bila-bila, walaupun telah lama
meninggal dunia
16. Hilang di mata di hati jangan walaupun tinggal berjauhan dengan saudara mara atau sahabat
handai, tetapi hendaklah selalu mengenangkan mereka.
17. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri walaupun kaya
dan senang di negeri orang, lebih baiklah di negeri sendiri
18. Jangan berputus asa, hari tidak selamanya panas
19. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pendapatan yang cukup untuk hidup sahaja dan
jika tidak bekerja tidak dapat makan.
20. Melentur buluh biarlah dari rebungnya melatih atau mendidik anak hendaklah sejak kecil kerana jika
sudah besar susah hendak mendidiknya.
21. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa apabila orang berbudi kepada kita
perlulah dibalas dengan bahasa yang baik.

22. Selagi hayat dikandung badan selama masih hidup


23. Sesal dahulu pendapatan- berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul
kesal akibat perbuatan itu.
24. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya
25. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang sesuatu kejayaan tidak akan
diperolehi sekiranya tidak berusaha
26. Yang bulat datang bergolek,yang pipih datang melayang seseorang yang bertuah akan mendapat
tuah dengan mudah
27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung -

Kata-kata hikmah
1. Bersatu teguh, bercerai roboh
2. Malang tidak berbau
3. Muafakat membawa berkat
4. Pelihara yang lama, pelajari yang baru

Slogan
1. Bahasa jiwa bangsa
2. Bangsa membaca bangsa berjaya
3. Minda sihat, emosi stabil
4. Pandu cermat, jiwa selamat
5. Perpaduan teras kejayaan
6. Utamakan barangan buatan Malaysia

ISI RINGKAS KARANGAN RAMALAN UPSR


2016
KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERUMPULAN
1. Suasana yang kondusif
- selesa tenang tidak terlalu formal
2. Dapat berkongsi ilmu bersama rakan yang lain
- pelbagai idea dapat dikongsi suasan pembelajaran lebih
menarik.
3. Memupuk semangat bekerjasama
4. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.
KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG
1. Dapat memupuk semangat kerjasama
2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
3. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.
4. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi
5. Mengisi masa lapang
6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
CARA MENJADI MURID CEMERLANG
1. Rajin berusaha tidak mudah putus asa
2. Menghormati orang yang lebih tua mendapat keberkatan
3. Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum
4. Memberi tumpuan ketika guru mengajar.
5. Berdisiplin menepati jadual yang disediakan.
6. Bercita-cita tinggi mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.
CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin mengikut peraturan yang telah ditetapkan
2. Mengetatkan undang-undang mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.
3. Peka dengan keadaan kemudahan awam melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya kemudahan awam
tersebut rosak.
4. Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam melalui media massa dan media sosial
CARA MENGISI MASA LAPANG
1. Membaca bahan bacaan surat khabar buku majalah untuk menambah pengetahuan
2. Bersukan beriadah menyihatkan badan otak sentiasa cerdas
3. Melakukan hobi yang berfaedah mengumpul setem
4. Melayari internet mencari maklumat bermanfaat
5. Membantu ibu bapa mengemas rumah bergotong-royong meringankan beban ibu bapa rumah sentiasa kemas
dan bersih
CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA
1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan
2. Belajar bersungguh-sungguh memenuhi harapan
3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua
4. Sentiasa berakhlak mulia patuh/taat
5. Sentiasa merendahkan suara ketika bercakap beradap
6. Sentiasa mendokan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua.
CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR
1. Mengitar semula bahan buangan seperti kertas mengurangkan penebangan pokok alam sekitar terpelihara
2. Mengetatkan undang-undang
3. Mengadakan kempen kesedaran
4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah memberi kesedaran awal kepada murid tentang alam
sekitar
CARA MENJAGA KESIHATAN
1. Mengamalkan pemakanan seimbang piramid makanan
2. Bersenam mengeluarkan peluh
3. Minum air masak secukupnya lapan gelas sehari
4. Mendapatkan rehat yang secukupnya tidur lapan jam sehari untuk kanak-kanak memulih tenaga
5. Menjalankan pemeriksaan kesihatan dua kali setahun mengetahui status kesihatan
6. Tidak merokok

KEPENTINGAN KOKURIKULUM
1. Meningkatkan tahap disiplin menyertai pasukan badan beruniform kawad kaki patuh pada arahan ketua
2. Menyihatkan badan mengeluarkan peluh
3. Menggalakkan perpaduan antara kaum mengeratkan hubungan sesama murid.
4. Menambah pengetahun dan pengalaman berkhemah ikatan
5. Mengisi masa lapang terhindar daripada gejala negatif
KEPENTINGAN SAINS & TEKNOLOGI
1. Memudahkan urusan manusia
2. Menjimatkan kos
3. Memajukan ekonomi negara memasarkan produk yang dicipta
4. Mengangkat martabat negara dipandang tinggi oleh masyarakat dunia
FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Menambah pengalaman baru suasana lawatan
2. Mengeratkan hubungan sesama rakan guru keluarga
3. Menambah ilmu pengetahuan meluaskan pengetahuan sedia ada
4. Mengisi masa terluang
5. Memudahkan proses pembelajaran suasana lebih selesa dan menarik
CARA BERJIMAT CERMAT
1. Membuat senarai semak perbelanjaan sebagai panduan ketika berbelanja
2. Menabung dapat digunakan ketika kecemasan tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperoleh
3. Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak tidak membazir
4. Bersikap sederhana membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan mengutamakan kualiti berbanding
jenama.

SAMBUTAN HARI GURU


Pendahuluan Bila Tujuan sambutan diadakan
1. Berkumpul di tapak perhimpunan bacaan perutusan Menteri Pendidikan ucapan guru besar
2. Sukaneka acara guru acara murid dan guru suasana meriah
3. Selepas rehat bergerak ke dewan sesi persembahan oleh guru persembahan oleh murid.
4. Sesi penyampaian hadiah dan anugerah hadiah untuk sukaneka anugerah guru - murid menyerahkan hadiah
kepada guru
5. Penutup perasaan harapan pulang ke rumah.
HARI SUKAN TAHUNAN
1. Pendahuluan - bila - siapa terlibat tujuan
2. Sebelum persiapan hias rumah sukan latihan rumah sukan
3. Semasa Awal pagi berkumpul perbarisan ikrar ucapan perasmian
4. Semasa acara yang dijalankan suasana begitu meriah
5. Semasa upacara penyampaian hadiah olahragawan rumah sukan yang menang
6. selepas tolong guru mengemaskan tempat perasaan harapan. pulang ke rumah

Anda mungkin juga menyukai