Anda di halaman 1dari 17

BAB II

KAJIAN LEPAS

2.1

PENDAHULUAN

Isu utama yang dibincangkan dalam Bab I tertumpu pada persoalan


mengenai hubungan yang wujud antara pertumbuhan ekonomi dan
pencemaran alam sekitar seperti yang ditunjukkan oleh keluk EKC.
Justeru, bab kajian lepas ini akan membincangkan kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji terdahulu yang menjurus kepada persoalan
kajian. Tujuan kajian lepas ini dilakukan adalah untuk meningkatkan
kefahaman pembaca mengenai latar belakang isu yang telah
dikemukakan dalam Bab I. Tinjauan kajian lepas ini juga penting
sebagai

panduan

untuk

membentuk

rangka

kerja

teori

dan

metodologi yang akan digunakan untuk menjawab persoalan yang


telah dikemukakan.

Bab ini akan dimulakan dengan menjelaskan teori hubungan


yang ditunjukkan melalui keluk EKC, dan konsep EKC. Bahagian
seterusnya akan mengulas dapatan kajian lepas yang ditunjukkan
melalui bukti empirik mengenai hubungan yang ditunjukkan oleh
keluk

EKC

yang

berbentuk

U-songsang

dan

beberapa

faktor

12

pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi pencemaran alam


sekitar.

2.2

TEORI EKC

Sememangnya, banyak kajian ekonomi mengenai teori EKC telah


dibuat oleh pengkaji lepas. Konsep EKC mula muncul pada awal
tahun 1990-an dengan kajian yang dilakukan oleh Grossman dan
Krueger yang mencipta sejarah tentang kesan potensi ke atas
Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan kajian
latar belakang yang dilakukan oleh Shafik dan Bandyopadhyay
(1992)

untuk Laporan Pembangunan Dunia 1992 (Stern, 2004).

Selain itu, tema EKC telah diperkenalkan oleh International Bank for
Reconstruction and Developments (IBRD)1 World Development
Report 1992, yang telah membincangkan pandangan mengenai
aktiviti

ekonomi

mendatangkan

yang

dijalankan

kemerosotan

pada

secara
alam

makro
sekitar

yang

pasti

berdasarkan

beberapa andaian statik ke atas teknologi, cita rasa, dan beberapa


pelaburan alam sekitar (Stern, 2004).
Di samping itu, Kuznets ketika membangkitkan satu hipotesis
tentang

hubungan

pertumbuhan

ekonomi

dan

ketaksamaan

pendapatan pada 1950-an telah mendakwa bahawa ketaksamaan


pendapatan cenderung meningkat pada peringkat pendapatan yang
rendah dan kemudian menurun pada peringkat pendapatan yang
lebih tinggi. Hubungan ini dikenali sebagai hubungan antara
1 Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IBRD) bertujuan
mengurangkan kemiskinan di negara-negara berpendapatan sederhana dan
negara-negara yang mempunyai kepercayaan kredit yang miskin dengan
menggalakkan pembangunan mampan melalui pinjaman, jaminan, produk
pengurusan risiko, dan perkhidmatan nasihat serta analisis (The World Bank,
2015).

13

ketaksamaan pendapatan dan pendapatan per kapita di Keluk


Kuznets yang berbentuk keluk U-songsang (Bo, 2011). Hubungan
yang

berubah-ubah

antara

pendapatan

per

kapita

dengan

ketaksamaan pendapatan boleh dibuktikan secara empirik yang


diwakili oleh lengkung berbentuk loceng yang kini dikenali sebagai
Keluk Kuznets. Keluk ini diberi nama sempena nama Kuznets ketika
beliau

menyampaikan

ucapan

presidennya

dalam

mesyuarat

tahunan Persatuan Ekonomi Amerika yang ke - 67 pada tahun 1954


yang membincangkan tajuk tentang Pertumbuhan Ekonomi dan
Ketaksamaan Pendapatan (Yandle et al., 2002). Tambahan lagi,
Kuznets (1995) dalam kajiannya juga mencadangkan bahawa
peningkatan

pendapatan

per

kapita

akan

meningkatkan

ketaksamaan pendapatan pada peringkat pertama tetapi selepas


melalui

titik

perubahan,

peningkatan

tersebut

menunjukkan

penurunan. Kuznets percaya bahawa agihan pendapatan menjadi


tidak seimbang pada peringkat permulaan pertumbuhan ekonomi
tetapi agihan pendapatan akhirnya bergerak kembali ke arah
keseimbangan pendapatan untuk pertumbuhan ekonomi yang
berterusan (Yandle et al., 2002).
Selanjutnya, Bo (2011) dalam kajiannya menyatakan bahawa
hubungan

antara

pembangunan

ekonomi

dan

pelindungan

persekitaran sudah lama menjadi isu kontroversi lagi. Tambahan


lagi, sebarang perubahan yang berlaku kepada pertumbuhan
ekonomi banyak dipengaruhi oleh tahap pembangunan ekonomi
yang berkait rapat dengan tingkat kualiti alam sekitar sesebuah
negara. Hal ini dapat dibuktikan pada awal tahun 1970, apabila
perspektif tentang growth limit yang telah dikemukakan oleh
Rome Club yang menolak pandangan bahawa pertumbuhan
ekonomi tidak mampan tertakluk kepada sumber semula jadi dan
kadar pertumbuhan ekonomi harus dikurangkan untuk melindungi
alam sekitar (Meadows et al., 1972). Hal ini berbeza pula dengan

14

kajian yang dilakukan oleh Dasgupta dan Heal (1979) apabila beliau
melihat

wujud

hubungan

yang

rapat

antara

peningkatan

pertumbuhan ekonomi dengan alam sekitar. Justeru, telah wujud


dua

pendapat

mengenai

hubungan

antara

peningkatan

pertumbuhan ekonomi dan alam sekitar. Akhirnya, pandangan yang


berbeza ini beralih kepada Keluk Alam Sekitar atau EKC yang
berbentuk U-songsang (Stern, 2004). Bentuk keluk Kuznets yang
asal boleh ditunjukkan adalah seperti Rajah 2.1

Titik perubahan
Pendapatan
Ekonomi
membangun
Ekonomi maju

Ketaksamaan pendapatan

Pendapatan

per

kapita
Rajah 2.1 Keluk Kuznets Asal
Sumber : Yandle et al., 2002
Perbincangan mengenai Keluk Kuznets ini telah membawa
kepada perkembangan kajian mengenai Keluk Kuznets Alam Sekitar
pada tahun 1991 (Yandle et al. 2002). Perbincangan ini telah
menjadi panduan untuk menggambarkan hubungan antara tahap
pengukuran tingkat kualiti alam sekitar seperti kepekatan pelepasan
sulfur dioksida dan pengukuran yang berkaitan dengan pendapatan
per kapita yang merentas masa. Justeru, kajian lanjut yang
dilakukan Yandle et al. (2002), secara khusus telah menjelaskan
terdapat beberapa bukti bahawa tingkat pencemaran alam sekitar

15

dan pendapatan per kapita yang ditunjukkan melalui hubungan


keluk U-songsang sama seperti tingkat ketaksamaan pendapatan
dan pendapatan per kapita seperti yang dijelaskan dalam keluk Usongsang yang asal. Transformasi keluk Kuznets yang asal kepada
Keluk Kuznets Alam Sekitar boleh dilihat dengan merujuk Rajah 2.2.

Titik perubahan pendapatan

Kualiti Alam
Sekitar
meningkat

Kemerosotan
Alam Sekitar

Kemerosotan
Pendapatan Per Kapita
Rajah 2.2

Keluk Kuznets Alam Sekitar.

Sumber :

Yandle et al., 2002.

Berdasarkan Rajah 2.2, pada peringkat pendapatan per kapita


yang rendah, masyarakat pada ketika ini mula menjalankan aktiviti
ekonomi yang tidak melibatkan sektor perindustrian. Aktiviti ini
dikenali sebagai ekonomi sara diri. Ekonomi sara diri yang dijalankan
pada ketika itu, bebas daripada pencemaran alam sekitar. Namun,
apabila transformasi ekonomi pertanian beralih kepada ekonomi
perindustrian maka pelepasan bahan pencemar yang berlebihan ke
udara, pengendalian teknologi yang usang dan kurang berkesan
serta pengeluaran tingkat output yang meningkat mendorong
kepada pencemaran alam sekitar. Kemudian, apabila ekonomi
beralih

kepada

titik

perubahan,

tingkat

pendapatan

mulai

16

meningkat. Pada titik perubahan ini, masyarakat mula memikirkan


tentang

kepentingan

melibatkan

kualiti

peningkatan

masyarakat mula

kehidupan

pendapatan

yang

bukan

sahaja

semata-mata,

tetapi

mementingkan kualiti kesihatan yang lebih

terjamin dan kualiti alam sekitar yang lebih bersih.


Kesedaran masyarakat akan keutamaan tentang kualiti
kehidupan ini secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada
pasaran untuk memastikan alam sekitar lebih terjamin. Oleh itu,
firma akan memastikan kecekapan penggunaan teknologi yang
digunakan bersifat mesra alam. Kesannya, kadar pencemaran alam
sekitar

semakin

dijalankan.

berkurangan

Hasilnya,

wujud

walaupun
hubungan

aktiviti
positif

ekonomi
antara

giat

tingkat

pendapatan dengan tingkat kualiti alam sekitar. Hal ini boleh


dijelaskan bahawa, jika tingkat pendapatan meningkat, maka tingkat
kualiti alam sekitar turut meningkat. Berdasarkan hubungan yang
telah terbina antara kedua-dua elemen tersebut, akhirnya keluk EKC
berbentuk keluk U-songsang terbina. (Munasinghe, 1999; Yandle et
al. 2002)
Konsep EKC yang muncul pada awal tahun 1990-an telah
dipelopori

oleh

mengetengahkan

Grossman
kesan

dan

potensi

Krueger

North

(1991)

American

Free

telah
Trade

Agreement (NAFTA). Mereka telah memperkenalkan konsepnya


melalui Laporan Pembangunan Bank Dunia 1992 (IBRD, 1992). Jika
hipotesis EKC adalah benar, maka pertumbuhan ekonomi bukan
sekadar menjadi ancaman kepada alam sekitar, seperti yang
didakwa oleh aktivis alam sekitar dan saintis pada masa lalu
(contohnya, Meadows et al., 1972), malah ia turut menyebabkan
peningkatan pencemaran pertumbuhan ekonomi yang akhirnya
akan menjadi peningkatan kepada pencemaran alam sekitar. Selain

17

itu, Panayotou (1993)2 dalam kajiannya telah mendapati bahawa


ketaksamaan pendapatan pada mulanya meningkat dan kemudian
jatuh

sebagai

kelangsungan

pembangunan

ekonomi

yang

berterusan. Seterusnya, kajian ini telah diteruskan lagi oleh Shafik &
Bandyopadhyay (1992) dan Panayotou (1993) yang menemukan
hubungan

keluk

U-songsang

antara

pendapatan

dengan

pencemaran alam sekitar. Panayotou (1995) telah mengemukakan


penjelasan paling awal dan paling terperinci mengenai hubungan
Keluk U-Kuznets antara kadar pencemaran alam sekitar dan tingkat
pembangunan ekonomi dalam analisis yang dijalankan untuk World
Employment Program of the International Labor Office pada tahun
1992.
Penjelasan teori EKC adalah berdasarkan kepada tiga kesan.
Kesan skala mentakrifkan kesan negatif pertumbuhan ekonomi ke
atas kualiti alam sekitar. Tahap pengeluaran yang lebih tinggi
membawa kepada tahap yang lebih tinggi daripada pencemaran. Ini
dijangka akan diperhatikan pada peringkat awal pembangunan
ekonomi. Selain itu, kesan teknik yang mencadangkan kemajuan
teknologi membolehkan pengeluaran yang lebih bersih. Ini boleh
dicapai dengan penggunaan bahan pencemar tenaga yang lebih
cekap atau proses pengeluaran bahan pencemar yang kurang.
Kesan komposisi dan kesan teknik ini yang akan menjelaskan
pengurangan dalam pembebasan bahan pencemar selepas melalui
tingkat tertentu dalam pertumbuhan ekonomi (Baaij, 2013).
2.3KAJIAN EMPIRIK EKC
Menurut kajian mengenai kesan perdagangan bebas ke atas alam
sekitar,

Lopez

(1994)

telah

menerbitkan

teori

model

yang

2 yang telah menamakan hubungan keluk U-songsang sebagai Keluk Alam


Sekitar (EKC) dengan mengambil sempena nama Kuznets (1995) telah
membuat hipotesis tentang hubungan tersebut (Yandle et al., 2002).

18

menunjukkan bahawa terdapat beberapa keadaan wujud hubungan


keluk-U songsang antara pencemaran dan pendapatan. Tambahan
lagi, Munasinghe (1999) pula telah membentangkan kedua-dua
model teori dan hasil daripada kajian kes empirikal. Beliau memberi
tumpuan kepada manfaat sut dan kos sut bagi pengurangan
pencemaran. Beliau membuat kesimpulan bahawa, pada peringkat
awal pembangunan, kos sut perlindungan persekitaran dilihat terlalu
kecil bagi pembuat keputusan untuk tidak meneruskan faedah nilai
pembangunan ekonomi (Yandle et al., 2000). Selain itu, analisis
empirikal EKC telah memberi tumpuan kepada dua topik kritikal.
Penumpuan khusus diberikan kepada hubungan yang ditunjukkan
oleh petunjuk pencemaran alam sekitar dengan tingkat pendapatan
per kapita keluk hubungan U-songsang dan pengiraan pada awal
permulaan kualiti alam sekitar meningkat dengan peningkatan
pendapatan per kapita (Barbier, 1997).
Di samping itu, Grossman dan Krueger juga mempunyai
hipotesis

yang

peningkatan

berbeza.

pendapatan

Mereka

daripada

mencadangkan
aktiviti

bahawa

perdagangan

akan

membawa kepada kawalan alam sekitar yang lebih ketat. Dalam


perkataan lain, perdagangan bebas akan melindungi alam sekitar.
Untuk membina hipotesis ini, mereka membina panel merentas
negara yang setanding dengan pengukuran pencemaran udara
dalam pelbagai kawasan bandar dan meneroka hubungan antara
pertumbuhan ekonomi dan kualiti udara. Data statistik telah diambil
daripada projek bersama World Health Organization dan The United
Nations Environment Program yang bermula pada tahun 1976 yang
dikenali sebagai Global Environmental Monitoring System (GEMS) 3.
GEMS mempunyai matlamat peningkatan pemantauan kualiti udara
3 GEMS adalah program antarabangsa yang melaksanakan pentaksiran dan
pemantauan kualiti air yang dijalankan dengan kerjasama WHO, WMO, UNESCO,
dan UNEP (Allard, 1992).

19

di kawasan bandar di seluruh dunia. Ia memantau kualiti udara di


bandar-bandar di seluruh dunia pada setiap hari, mingguan atau
secara kurang kerap.
Tambahan lagi, berdasarkan kajian lepas yang dilakukan oleh
Grossman et al. (1992), beliau telah menganggarkan hubungan
antara pertumbuhan ekonomi dan beberapa petunjuk-petunjuk
utama kualiti alam sekitar berdasarkan set data siri masa antara
negara seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia. Dalam kajian
tersebut,

mereka

mendapati

bahawa

wujud

hubungan

yang

konsisten antara pendapatan dan semua petunjuk kualiti alam


sekitar. Selain itu, kajian EKC ini dilanjutkan lagi dengan Hettige et
al., (1992). Mereka membangunkan indeks pengeluaran intensiti
toksik untuk 37 sektor di 80 buah negara pembuatan sepanjang
tempoh 1960-1988. Hasil kajian telah menunjukkan kewujudan
hubungan EKC bagi keamatan toksik per unit KDNK tetapi tidak
menujukkan apa-apa bukti. Namun demikian, keamatan toksik yang
diukur bagi setiap unit pengeluaran pembuatan telah ditemui.
Selanjutnya, Hettige et al. (1992) telah mendapati bahawa sektor
pembuatan di negara yang berpendapatan rendah dan tinggi
mempunyai keamatan toksik yang kurang. Sektor pembuatan
merupakan salah satu komponen KDNK dan perubahan pendapatan
dalam sektor pembuatan tidak akan menjadikan kualiti alam sekitar
lebih bersih atau kotor, malah sektor pembuatan ini relatif lebih kecil
berbanding sektor perkhidmatan dan perdagangan di negara-negara
yang maju. Justeru, mereka telah membuat kesimpulan bahawa
hasil KDNK yang intensiti adalah disebabkan oleh perubahan luas
industri ke arah sektor perkhidmatan yang mempunyai tahap
pencemaran yang rendah sebagai hasil pembangunan. Goklany
(2001), dan Grossman dan Krueger (1991) pula dalam kajiannya
telah

menekankan

meningkatkan

bahawa

tingkat

kualiti

perdagangan
alam

sekitar.

terbuka
Jika

sebenarnya

lebih

banyak

20

perdagangan terbuka berlaku, maka kadar pertumbuhan aktiviti


berintensifkan

buruh

akan

lebih

tinggi

boleh

mengurangkan

keamatan toksik.
Selanjutnya, dalam kajian yang dilakukan oleh Alam et al.
(2011), Dinda dan Condoo (2006) telah membahasakan bahawa
untuk mengekalkan kualiti alam sekitar, negara-negara

maju

haruslah mengorbankan pertumbuhan pendapatan dan negaranegara membangun harus menyekat matlamat mereka untuk
mengurangkan pembebasan CO2. Tambahan lagi, Protokol Kyoto
(1997) dikritik kerana penglibatan kewajipan oleh negara-negara
membangun yang kurang bagi pengurangan pembebasan CO 2 (Pittel
& Rubbelke, 2008). Hal ini kerana penglibatan ekonomi seperti India,
China,

Indonesia

dan

Brazil

sebenarnya

sangat

penting

dan

sepatutnya juga diwajibkan untuk sama-sama komited dalam


menyelesaikan masalah kepentingan antarabangsa.
Tambahan lagi, Iwata et al. (2011) dalam kajiannya telah
menyiasat

hipotesis

EKC

bagi

pembebasan

CO 2

sama

ada

memuaskan atau tidak apabila mempertimbangkan peranan tenaga


nukleur dalam analisis data panel bagi 28 buah negara. Penganggar
Kumpulan Min Terkumpul (PMG) dibangunkan oleh Pesaran et al.
(1999) telah digunakan sebagai metodologi kajian. Hasilnya, kesan
tenaga nukleur ke atas pembebasan CO2 adalah signifikan negatif
dalam semua kes yang dijalankan. Keputusan ini menunjukkan
bahawa

wujud

membangun

perbezaan

yang

perlu

antara

negara-negara

dipertimbangkan

apabila

maju

dan

mengambil

langkah menentang pemanasan global.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi telah menyumbang kepada


tingkat kebajikan ekonomi yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun,
proses peningkatan yang berlaku secara berterusan bagi kedua-dua

21

elemen ini, turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar


dan sumber semula jadi jika etika alam sekitar diabaikan. Pada
dasarnya, pembangunan yang mampan bukan sahaja mengambil
kira aspek pertumbuhan tetapi strategi persekitaran turut penting
dalam jangka panjang yang terdiri daripada aspek perancangan
jangka panjang, kecekapan kos, harga dan integrasi dasar. Hal ini
turut menjadi perkara yang serius bagi negara-negara membangun
termasuklah negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC).

Dalam kajian yang dilakukan oleh Konanc (2004), pelindungan


alam

sekitar

merupakan

bahagian

terpenting

dalam

proses

pembangunan untuk mencapai pembangunan yang mampan. Alam


Sekitar merupakan skop yang luas dan terdiri daripada beberapa
petunjuk alam sekitar. Bagi negara kurang membangun (LDC) dan
negara-negara yang berpendapatan rendah, petunjuk alam sekitar
yang terdiri daripada sanitasi (sistem kawalan kebersihan awam,
termasuk bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan
najis) telah menunjukkan hubungan yang positif dengan alam
sekitar,

manakala

negara-negara

maju

(perindustrian)

pula

menunjukkan hubungan yang negatif antara alam sekitar dan


pengeluaran karbon dioksida. Isu alam sekitar timbul bagi negaranegara yang mempunyai tahap perbezaan antara pendapatan atau
pembangunan (Konanc, 2004). Dalam menjamin pembangunan
mapan, aspek alam sekitar yang diambil kira merupakan satu
cabaran yang harus dihadapi oleh negara maju dan negara
membangun. Dalam hal ini, faktor kemiskinan sesebuah negara
merupakan

faktor

negatif

yang

menghalang

usaha

negara

membangun dan berpendapatan rendah untuk mencapai sasaran


ini. Kini, petunjuk kepada alam sekitar seperti penyakit, dan
kemiskinan bukan sahaja menjadi masalah kepada negara-negara

22

pada peringkat global malah menjadi faktor negatif kepada negara


yang berpendapatan rendah (LDC).
Selain itu, kegagalan untuk mendapatkan kemudahan sanitasi dan
air bersih boleh membawa kepada penyebaran penyakit berjangkit
seperti yang berlaku di Sub Sahara Afrika yang merupakan rantau di
dunia

tertinggi

yang

tidak

mempunyai

kemudahan

untuk

mendapatkan sanitasi yang selamat dan bekalan air bersih. Selain


itu, rantau tersebut merupakan rantau yang dilanda wabak penyakit
dan kemiskinan yang paling tinggi di dunia (Konanc, 2003). Corak
pengeluaran

dan

penggunaan

membangun

telah

yang

tidak

menyukarkan pihak

mapan

di

negara

pemerintah di

negara

tersebut untuk menyediakan rakyat mereka kualiti hidup yang lebih


tinggi.

Walaupun

aliran

perdagangan

dan

modal

yang

mengintegrasikan ekonomi dunia membawa pulangan yang berjutajuta, namun kemiskinan tetap menjadi masalah global kepada
populasi yang besar. Negara-negara OIC yang berpendapatan
rendah sering mengalami kekurangan pendidikan dan perkhidmatan
kesihatan
kekurangan
kesihatan,

yang
zat
dan

terhad

yang

makanan,
mortaliti

disebabkan

persekitaran
(kadar

masalah
yang

kematian)

tidak

kelaparan,
selamat,

seterusnya

boleh

menyekat keupayaan perolehan pendapatan negara manakala


negara yang berpendapatan tinggi pula akan memiliki taraf hidup
yang tinggi serta menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi.
Oleh itu, alam sekitar sangat berkait rapat dengan kadar kemiskinan
sesebuah negara (Konanc, 2004).
Kesan persekitaran perdagangan terbuka pernah menjadi
salah

satu

antara

beberapa

soalan

terpenting

dalam

polisi

perdagangan pada 10 tahun yang lepas. (Copeland dan Taylor 2005;


Taylor, 2004). Kajian empirik ke atas hubungan antara perdagangan
terbuka pada peringkat global dan kualiti persekitaran pernah

23

dikumpulkan dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Antweiler et


al.(2001); Harbaugh et al. (2002); Cole dan Elliot (2003); Frankel dan
Rose (2005). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian
empirik ke atas penentuan pembebasan gas tercemar berdasarkan
pada rangka kerja secara teori. Antweiler et al. (2001) merupakan
pengkaji pertama yang telah menyediakan rangka kerja teori kepada
rangka kerja secara empirik telah menyelidik secara terperinci
tentang

penentuan

pembebasan

gas

tercemar

dan

berjaya

mengelaskannya kepada teknik berskala dan kesan komposisi.


Kesan skala merujuk kepada kesan peningkatan dalam pengeluaran
(KDNK)

ke

atas

pembebasan

gas

tercemar.

Kesan

teknik

menunjukkan impak pendapatan yang negatif ke atas keanjalan


pembebasan gas tercemar (Managi, 2013). Antweiler et al. (2001)
telah menganalisis tahap kepekatan (SO 2) di 43 buah negara
daripada 1971 hingga 1996. Beliau mendapati bahawa wujud kesan
skala positif, kesan skala negatif, dan kesan komposisi disebabkan
perdagangan negatif. Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa
perdagangan terbuka dikaitkan dengan pengurangan pencemaran.
Begitu juga dalam kajian yang hampir sama dilakukan oleh Cole dan
Elliott (2003) dan Cole (2006), yang menganalisis tentang tingkat
pembebasan gas tercemar negara yang terdiri daripada sulfur
dioksida (SO2), karbon dioksida (CO2), mono-nitrogen oxides NO and
NO2 (NOx), dan Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan penggunaan
tenaga per kapita. Selain itu, pengkaji turut menganggarkan kesan
teknik

skala

dan

kesan

komposisi.

Secara

umumnya,

hasil

penemuan kajian telah menyokong kajian yang dilakukan oleh


Antweiler et al. (2001) yang berkenaan dengan tahap kepekatan
(SO2). Hasil kajian mendapati bahawa perdagangan terbuka akan
mengurangkan

tahap

pembebasan

(BOD).

Namun

ia

turut

meningkatkan pembebasan (NOx) dan (CO2) serta penggunaan


tenaga.

Walau

bagaimanapun,

amat

sukar

untuk

menemui

hubungan sebab akibat jika perdagangan terbuka diandaikan

24

sebagai eksogen. Hal ini kerana, dalam kajian yang dilakukan oleh
Frankel dan Rose (1999) dan, Noguer dan Siscart (2005), mereka
telah mendapati bahawa perdagangan adalah bersifat endogenous
dan menganggarkan kesan perdagangan ke atas pendapatan
dengan menggunakan pemboleh ubah instrument (IV) .
Penggunaan tenaga (EU) adalah sumber utama bahan
pencemar

atmosfera.

Ia

menyumbang

90%

pelepasan

sulfur

dioksida daripada EU dan hampir keseluruhan pelepasan nitrogen


oksida dan dianggarkan separuh daripada pembebasan sebatian
organik bukan metana dan kira-kira 85% daripada zarah-zarah
terampai. Berdasarkan tinjauan kajian lepas, hubungan antara
penggunaan tenaga dan pertumbuhan ekonomi telah dikaji secara
terperinci, misalnya Kraft dan Kraft (1978), Masih dan Masih (1997),
Aqeel dan Butt (2001), Wolde-Rufael (2006), Narayan dan Singh
(2007), Reynolds dan Kolodziej (2008), Chandran et al, (2009),
Narayan

dan

merumuskan

Smyth
bahawa

(2009),

Yoo

penggunaan

dan

Kwak

tenaga

(2010),

mampu

telah

menjana

pertumbuhan ekonomi negara. Namun demikian, terdapat juga


sebab dan akibat yang bertentangan didapati dijana daripada
pertumbuhan ekonomi ke penggunaan tenaga yang dikaji oleh
Altinay dan Karagol (2004), Khalil dan Inam (2006), Halicioglu
(2009), Sqauli (2009), Yuan et al.(2007), dan Odhiambo (2009).
Selain itu, sebab akibat bivariat antara penggunaan tenaga dan
pertumbuhan

ekonomi

juga

didokumenkan

oleh

Asafu-Adjaye

(2000). Ang (2007) telah menunjukkan sebab akibat juga berpunca


daripada pertumbuhan ekonomi kepada penggunaan tenaga dan
pembebasan CO2 dalam jangka panjang tetapi penggunaan tenaga
mengakibatkan

pertumbuhan

ekonomi

dalam

jangka

pendek.

Dalam kes Malaysia, Ang (2008) mendakwa bahawa pengeluaran


boleh meningkatkan pembebasan CO2 dan penggunaan tenaga.
Ghosh (2010) pula dalam kajiannya mendapati bahawa tiada sebab

25

akibat jangka panjang antara pertumbuhan ekonomi dengan bahan


pencemar tenaga tetapi wujud sebab akibat jangka pendek bivariat
di India. Dalam pada itu, Ang (2007) juga telah mendapati hubungan
jangka

panjang

yang

stabil

antara

pertumbuhan

ekonomi,

penggunaan tenaga dan pembebasan CO2 untuk ekonomi Perancis,


manakala Ang (2007; 2008) juga mendapati keputusan yang sama
untuk Malaysia.
Dalam pada itu, Cramer (1998, 2002) dan Cramer & Cheney
(2000) dalam kajiannya telah mendapati wujud kesan tahap
penduduk ke atas pencemaran udara di California dan membuat
kesimpulan bahawa penduduk berkait rapat dengan beberapa
sumber pengeluaran. Dietz et al., (1997) dan York et al., (2003 a,b)
telah memberi tumpuan ke atas pengeluaran karbon dioksida dan
penggunaan

tenaga

dalam

konteks

model

Impact-Population-

Affluence-Technology (IPAT)4. Model ini telah mengkaji peranan yang


dimainkan oleh penduduk, kemewahan dan teknologi. Mereka
mendapati bahawa keanjalan pengeluaran CO2 dan tenaga adalah
berhampiran dengan uniti (iaitu, peningkatan 1% dalam penduduk
membawa kepada peningkatan kira-kira 1% dalam pengeluaran
CO2). Dietz & Rosa (1997), Shi (2003) dan York et al. (2003a, b) telah
membaiki kajian mereka dalam beberapa cara. Pertama, ketiga-tiga
kajian hanya memeriksa CO2 dan penggunaan tenaga, dan kajian
dilanjutkan

lagi

dengan

melanjutkan

analisis

pencemar

dan

pelepasan sulfur dioksida (SO2), dengan ciri-ciri yang sangat berbeza


jika dibandingkan dengan CO2 dan dengan itu kedua-dua bahan
pencemar ini berpotensi memiliki hubungan yang sangat berbeza

4 Persamaan IPAT dan formula yang berkaitan dibangunkan bersama-sama


dengan arah aliran alam sekitar moden sekitar tahun 1970. Walaupun pertama
kali digunakan untuk mengukur sumbangan yang
tidak mapan, formulasi
tersebut telah ditafsirkan untuk menilai kaedah yang sesuai digunakan untuk
mendapatkan hasil yang mampan (Chertow, 2001).

26

dengan penduduk.

Cole dan Neumayer (2004)

juga telah

menganggarkan keputusan untuk CO2 untuk purata perbandingan.


Selain itu, Cole dan Neumayer (2004) mengkaji impak set faktor
demografi

yang

lebih

komprehensif

ke

atas

pencemaran

termasuklah komposisi umur, kadar pembandaran, purata saiz isi


rumah.

Kebanyakan

kajian

ekonometrik

mengabaikan

faktor

demografi berbanding saiz jumlah populasi. Shi (2003) dalam


konteks model IPAT, yang menggunakan siri panel data dan keratan
rentas masa mendapati wujud keanjalan penduduk antara 1.41 dan
1.65 untuk CO2, ia bergantung kepada model yang digunakan,
namun kajian ini tidak mengkaji keputusan yang berbeza ini
mengikut tahap penduduk yang berbeza. Sesetengah kajian keluk
Kuznets Alam Sekitar (EKC) yang dilakukan oleh ahli ekonomi yang
mengkaji

kepadatan

penduduk

sebagai

salah

satu

penentu

kepekatan pencemaran kepekatan pencemaran, namun cenderung


untuk menemukan hasil yang pelbagai (lihat contoh, Grossman &
Krueger, 1995; Hilton & Levinson 1998; Panayotou, 1997).
Walaupun

fakta

mengenai

persekitaran

telah

ditakrifkan

sebagai salah satu bidang kerjasama dalam Pelan Tindakan OIC


pada tahun 1994, namun aktiviti-aktiviti kerjasama OIC dalam
bidang penting ini masih terhad dan tiada kajian yang komprehensif
dijalankan ke atas perihal perkara ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk

menyelidik

persekitaran

di

dan

menilai

negara-negara

status
OIC

dan
serta

penentu
hubungan

keadaan
antara

pendapatan dengan tahap pembebasan GHG di negara-negara OIC


terpilih ini. Petunjuk pencemaran alam sekitar yang berbeza-beza
mengikut tahap pendapatan sesebuah negara mendorong kajian ini
untuk memberi tumpuan kepada hubungan antara pendapatan
negara dengan tingkat pembebasan GHG yang boleh mempengaruhi
alam sekitar. Justeru, kajian ini adalah amat penting untuk mengkaji

27

punca-punca yang boleh mempengaruhi pembebasan GHG di


sesebuah negara. Selain tingkat pendapatan sesebuah negara,
penggunaan arang batu dan perdagangan terbuka juga menjadi
faktor

penolak

penting

yang

boleh

mempengaruhi

tingkat

pembebasan GHG di sesebuah negara. Analisis ini dijalankan


berdasarkan klasifikasi yang dibuat ke atas negara-negara OIC
mengikut tahap pendapatan negara iaitu negara-negara yang
berpendapatan tinggi, negara yang berpendapatan sederhana tinggi
dan negara berpendapatan sederhana rendah.

Anda mungkin juga menyukai