Anda di halaman 1dari 2

ULBS BAHASA MELAYU 2016

Panel ketiga: Hadirin sekalian, sekarang saya akan


menceritakan serba sedikit tentang salah satu ciri-ciri
jin iaitu tempat tinggalnya. Untuk pengetahuan anda,
jin tinggal di tempat-tempat yang terbiar dan sunyi
seperti di atas bukit, di dalam hutan dan di dalam
rumah-rumah yang tebiar lama. Jadi, pernahkah anda
semua terfikir, apakah yang akan terjadi sekiranya kita
baru berpindah ke rumah yang telah ditinggalkan sejak
sekian lama?
Ceritanya bermula begini: Sepasang suami isteri
bersama seorang anak mereka baru sahaja berpindah
ke rumah yang telah ditinggalkan selama 2 tahun tanpa
penghuni. Proses perpindahan tersebut berjalan
dengan lancar. Malangnya, disebabkan kekurangan
tarbiyyah dalam diri mereka, mereka tidak
mengamalkan bacaan al-Quran di rumah tersebut.
Pada satu hari, si ibu ternampak anaknya sedang
bercakap seorang diri di dalam biliknya. Ibunya
bertanya, Kamu tengah bercakap dengan siapa?.
Anaknya menjawab, Saya tengah bersembang dengan
kawan saya, sedangkan dia sedang bercakap seorang
diri. Ibunya merasa pelik lantas terus berlalu dengan
hati yang gundah gulana.
Pada hari yang lain pula, si suami bekerja lebih masa
sehingga lewat malam di pejabatnya. Isterinya dan
anaknya ditinggalkan di rumah. Tiba-tiba, si suami
mendapat panggilan telefon daripada isterinya.
Isterinya memintanya balik ke rumah kerana
merasakan ada seseorang di hadapan pintu biliknya. Si
suami pun bergegas balik ke rumah. Sesampainya dia
ke rumah, dia terus menuju ke bilik isterinya. Dia

merasa lega kerana melihat isteri dan anaknya sedang


nyenyak tidur. Lantas, dia masuk ke dalam bilik mandi
untuk mandi. Tiba-tiba, dia melihat isteri dan anaknya
sedang berpeluk ketakutan di dalam bilik mandi itu.
Dengan beraninya, dia keluar dari bilik mandi dan
melihat kembali ke dalam biliknya. Alangkah
terkejutnya dia apabila melihat tiada orang di atas katil
itu. Dia terus mengajak isteri dan anaknya keluar dari
rumah tersebut. Ketika mereka sedang berlari keluar
dari rumah tersebut, si suami mendapati ada lembaga
hitam yang sedang mengejar mereka.
Setelah mereka berjaya keluar dari rumah, si suami
merasa lega apabila mendapati lembaga tersebut tidak
lagi mengejar mereka. Kemudian, dia telah mendapat
satu panggilan telefon. Dia berasa terkejut apabila
mendapati panggilan tersebut adalah daripada
isterinya. Isterinya memberitahunya bahawa dia telah
lama menunggu di hadapan pejabat suaminya. Apabila
si suami menoleh ke belakang dia mendapati isteri dan
anaknya tidak kelihatan di mana-mana. Oleh itu,
bersama siapa si suami itu keluar bersama tadi?
Apakah yang akan kamu lakukan jika kamu berada di
situasi berikut?

Anda mungkin juga menyukai