Anda di halaman 1dari 10

Cara-cara menggunakan masa dengan baik

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya
ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini
menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang
berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya
tidak membazir begitu sahaja.
Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya
dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong,
berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa
dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada
kita.
Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi
sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiarsiar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
persahabatan.
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah
membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat
khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu
dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.
Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan
membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu
bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka
mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak
langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri
supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga.
Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

1|Page

Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan


Belajar secara berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran.
Kebiasaannya ahli kumpulan terdiri daripada empat hingga lima orang. Mereka
bebas memilih tempat untuk belajar sama ada di rumah sekolah ataupun
perpustakaan.Belajar secara berkumpulan lebih baik kerana murid-murid dapat
bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan. Murid-murid juga
dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Hal ini kerana setiap murid mempunyai
kelebihan tersendiri dalam menguasai sesuatu mata pelajaran. Kebiasaannya
mereka lebih seronok belajar secara berkumpulan.
Selain itumurid-murid juga dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih
jelas. Rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih faham dapat membantu mereka.
Suasana pembelajaran yang ceria dapat merangsang murid-murid untuk
mencapai kejayaan. Belajar secara berkumpulan juga dapat melahirkan muridmurid yang cemerlang.
Di samping itu, belajar secara berkumpulan dapat menghilangkan
kebosanan dan menjimatkan masa. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan akan
membaca tajuk yang berlainan. Nota-nota ringkas yang dicatat ketika
perbincangan lebih mudah diingati ketika mengulang kaji pelajaran. Justeru
murid-murid akan berasa lebih yakin pada diri sendiri.
Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama rakan. Keselamatan diri juga terpelihara kerana mereka serlng
membantu antara satu dengan yang lain. Mereka juga tidak bersendirian terutama
dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat perbincangan. Mereka yang belajar
secara berkumpulan mempunyai satu matlamat dan akan belajar bersungguhsungguh.
Sesungguhnyabelajar secara berkumpulan banyak kebaikannya. Belajar
secara berkumpulan membolehkan murid memperbaiki kemahiran berkomunikasi.
Oleh ituguru hendaklah menggalakkan murid-murid untuk belajar secara
berkumpulan.

2|Page

Kebaikan Program Lawatan Sambil Belajar


Murid-murid digalakkan menyertai lawatan sambil belajar. Kebiasaannya.
pihak sekolah akan menganjurkan lawatan ini semasa cuti sekolah. Lawatan sambil
belajar banyak memberi kebaikan kepada murid-murid.
Antara kebaikan program lawatan sambil belajar adalah murid dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Murid-murid dapat melihat sendiri keadaan
sebenar tempat yang dilawati. Ini adalah salah satu kaedah pembelajaran yang
amat menyeronokkan. Selain itumurid juga dapat keluar dari bilik darjah yang
sempit ke tempat yang lebih luas.
Dengan menyertai lawatan Ini pengalaman murid-murid akan bertambah.
Contohnya, lawatan ke Cameron Highland dapat mendedahkan mereka pada
pemandangan yang indah Mereka juga dapat melihat tanaman yang jarang
mereka temui seperti strawberiasparagus dan brokoli. Justeru, dapat meluaskan
pengalaman mereka.
Lawatan sambil belajar juga dapat mengisi masa lapang murid. Selain itu.
murid dapat belajar cara berinteraksi yang lebih baik antara rakan dan guru.
Tugasan yang diberikan semasa lawatan pula akan dapat melatih murid
bekerjasama.Di samping itu, Murid juga dapat menunjukkan kebolehan memimpin
rakan-rakan jika dipilih menjadi ketua.
Sekiranya mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah berasrama penuh
pula dapat memberi suntikan semangat kepada mereka. Inl sekolah berasrama
penuh mempunyai banyak kemudahan pembelajaran. Lawatan ini sangat sesuai
bagi murid-murid yang akan menduduki UPSR. Ekoran itu, guru perlu
menggalakkan murid mengambil gambar untuk dijadikan perangsang kepada
mereka.
Sesungguhnyaprogram lawatan sambil belajar ini baik untuk murid. Murid
dapat keluar dari kawasan tempat tinggal mereka yang berbeza dengan tempat
yang dilawati. Hal ini akan menjadikan murid lebih bermaklumat dan berwawasan.

3|Page

Cara-cara Mengelakkan Kerosakan Gigi


Gigi yang sihat akan menambahkan kecantikan seseorang. Gigi
berfungsi untuk mengunyah makanan dan membantu melancarkan
sebutan percakapan seseorang. Terdapat beberapa cara untuk
mengelakkan kerosakan gigi.
Kita hendaklah menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari
untuk mengelakkan kerosakan gigi.
Semasa menggosok gigi kita hendaklah mengggunakan berus dan ubat
gigi yang sesuai. Kita juga hendaklah menggosok gigi dengan cara
yang betul. Gigi yang bersih dapat mengelakkan nafas daripada
berbau.
Kita perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua
kali setahun. Doktor akan memeriksa keadaan gigi kita. Tindakan awal
dengan menampal gigi yang berlubang akan dapat menyelamatkan
gigi kita daripada dicabut. Doktor juga akan memberi khidmat nasihat
mengenai cara-cara peniagaan gigi yang betui.
Pemakanan juga banyak mempengaruhi keadaan gigi kita.
Makanan yang manis seperti gula-gula dan coklat akan merosakkan
gigi kita Begitu juga dengan makanan yang terlalu panas. Oleh sebab
itu, makanan ini perlu dikurangkan bagi mengelakkan kerosakan gigi.
Justerumakaniah makanan seimbang yang mengandungi zat-zat
makanan yang baik untuk kesihatan. Lebihkan makanan yang
mengandungi mineral. Antara makanan yang mengandungi minerai iaiah
susu, ikan dan sayur-sayursn. Mineral baik untuk kesihatan gigi dan
tuiang.
Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan
kerosakan gigi. Gigi yang cantik dan bersih menjadikan kita lebih
berkeyakinan untuk bercakap dengan orang ramai. Gigi yang cantik
juga akan menyerlahkan penampilan diri.

4|Page

Cara-cara Menyayangi Sekolah


Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan
berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah merupakan
tempat para pelajar memperolehi ilmu pengetahuan. Pendidikan secara formal
disampaikan oleh guru-guru seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Sebagai tempat kita menimba ilmu, setiap murid perlu menyayangi sekolah.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadap
sekolah. Murid-murid yang baik dan berdisiplin akan menjadi kebanggaan sekolah.
Murid-murid yang baik dan menghormati guru akan mengharumkan nama sekolah.
Sikap suka belajar dengan bersungguh-sungguh juga akan mengharumkan
nama sekolah. Pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan akan
menggembirakan guru dan ibu bapa. Nama sekolah akan menjadi sebutan keraina
pencapaian keputusan peperiksaan yang baik.
Selainitu, kitajuga boleh menunjukkan sayang kepada sekolah dengan menjaga
kebersihan persekitarannya. Gotong-royong menjaga kebersihan sering dilakukan
oleh murid-murid dan guru-guru.
Sebagai murid, kita perlu aktif mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dilakukan di sekolah. Banyak acara boleh disertai oleh murid seperti sukan, pidato
dan perbahasan. Penglibatan murid secara aktif akan menggembirakan hati guru.
Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka
perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka
menimba ilmu dan membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat muridmurid mengaut pengalaman untuk menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas
menjaga nama baik sekolah perlu menjadi keutamaan murid-murid. Jangan jadi
seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang adalah bermula
daripada seorang guru sekolah.

5|Page


Cara-cara Menjadi Murid Yang Baik
Setiap guru akan gembira jika mempunyai murid yang baik- Murid yang baik
akan disayangi oleh guru sampai biia-bila.
Menghormati guru adalah wajib bagi murid-murid. Murid-murid perlu
menghormati guru kerana mereka banyak perjasa dan memberi ilmu pengetahuan.
Sebagai tonda hormat, murid-murid boleh membantu guru dalcJm banyak hal
seperti membawa barang. Menegur guru dengan lembut adalah amalan terpuji di
luar sekoldh.
Murid yang baik akan menunjukkan sikap rajin belajar. Murid yang rajin
belajar akan menggembirakan hati guru. GurU akan berasa bangga apabila anak
didiknya berjaya dalam peperiksaan.
Selain itu, murid yang baik akan memberi tumpuan semasa guru mengajar di
dalam kelas. Mereka tidak akan beirnain semasa guru mengajar. Bermain semasa
guru mengajar akan melukakan hati guru.
Murid yang baik akan sentiasa menghargaijasa guru. Mereka seclar
pengorbanan guru tidak akan terbalas. Jasa guru akan dikenang sentiasa.
Contohnya, memberi hadiah semasa Hari Guru. Walaupun sudah berjawatan tinggi,
mereka tetap akan mengenang jasa guru yang banyak berkorban.
Oleh itu, sikap yang baik perlu ada pada setiap murid. Kita perlu menghormati
dan menggembirakan guru yang mendidik kita

6|Page

Kepentingan Mempunyai Cita-cita


Mempunyai azam dan cita-cita adalah suatu perkara yang mesti ada pada diri
seseorang kerana peranannya memberi motivasi dan pendorong seseorang
kepada ke arah yang lebih baik.Setiap orang mempunyai cita-cita untuk
memegang jawatan yang diminati. Ada yang bercita-cita menjadi doktor, jurutera,
guru dan arkitek.
Mempunyai cita-cita sejak kecil banyak mendatangkan faedah kepada individu.
Antaranya, mereka akan mempunyai matlamat untuk berjaya. Hal ini kerana
mereka ingin apa yang dihajati tercapai. Motivasi yang tinggi sentiasa tersemat di
hati.
Murid-murid' yang bercita-cita tinggi akan belajar bersungguh-sungguh.
Mereka sentiasa berusaha untuk berjaya. Murid-murid mesti memberi perhatian
semasa guru mengajar. Biasanya, mereka yang memberi perhatian semasa guru
mengajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Selain itu, mereka yang mempunyai cita-cita tidak akan terjebak dalam aktiviti
yang tidak sihat.Masalapang akan dihabiskan dengan perkara yang
mendatangkan faedah. Bagi murid-murid, mereka akan menghabiskan masa
dengan membaca. Faktor cita-cita menjadikan mereka tidak begitu memikirkan
keseronokan.
Orang yang bercita-cita mempunyai daya saing yang tinggi. Kejayaan yang
cemerlang sentiasa diharapkan. Mereka tidak mudah berpuas hati dengan apa
yang dicapai. Usaha-usaha untuk memajukan diri dan dalam kerjaya sentiasa
dilakukan.
Cita-cita penting kepada individu. Oleh itu adalah penting untuk mempunyai
cita-cita sebagai rangsangan untuk berjaya.

7|Page


Kepentingan Kitar Semula Barangan
Kitar semula merupakan proses membaik pulih semula barang-barang yang
telah digunakan. Banyak barang buangan boleh dikitar semula seperti botot kertas,
tin minuman dan surat khabar. Kitar semula juga merupakan suatu cara untuk
mendidik rakyat agar bijak membuang sampah
Program kitar semula bahan buangan dilaksanakan disebabkan penambahan
sampah-sarap setiap hari oleh pengguna. Amalan kitar semula memberi
keuntungan kepada rakyat sekiranya dilakukan secara kolektif. Antaranya tidak
berlaku pembaziran. Bahan buangan akan diproses menjadi barang baru.
Aktiviti kitar semula akan menjadikan alam sekitar bersih. Bahan buangan yang
boleh dikitar semula tidak akan dibuang di merata-rata tempat, sebaliknya
dikumpulkan dan dijual kepada pengilang.
Selain itu, pendapatan juga akan bertambah. Barang- barang seperti tin
aluminium dan kertas lama boleh dijual kepada pengusaha barang untuk dikitar
semula. Peluang mencari wang akan bertambah.
Proses kitar semula akan meningkatkan pembangunan teknologi. Mesin-mesin
canggih dicipta bagi memajukan aktiviti kitar semula bahan buangan. Alat-alat
untuk kitar semula akan dijual semula mengikut kehendak pasaran.
Kesimpulannya, aktiviti kitar semula adalah satu langkah yang bijak untuk
mengelakkan pembaziran. Usaha yang berterusan perlu dilakukan agar lebih
banyak bahan buangan boleh dikitar semula.

8|Page


Faedah Menanam Sayur-sayuran Sendiri
Sayur-sayuran penting untuk kesihatan badan. Sayur-sayuran merupakan salah
satu sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Isu kekurangan bekalan
makanan dan kenaikan harga barang kini menjadi isu yang hangat
dibincangkan dalam kalangan masyarakat. Salah satu jalan penyelesaian
terhadap masalah ini adalah dengan menjalankan aktiviti bercucuk tanam.
Terdapat pelbagai jenis sayur yang boleh kita tanam. Antaranya, bayam,
kangkung, cili, kacang panjang, sawi, peria dan kacang kelisa.Bagi mereka yang
kekurangan tanah, teknik hidroponik boleh dilakukan.
Banyak faedah boleh didapati bila menanarr sayur-sayuran sendiri. Sayursayuran yang ditanarr sendiri terjamin kebersihannya. Sayur-sayuran ini bebas
daripada sebarang penggunaan racun serangga.
Sikap suka menanam sayur-sayuran sendiri dapai menjimatkan
perbelanjaan.Malah kiita boleh menjualnya jika hasilnya banyak. Dengan ini,
pendapatan dapai ditambah. Di samping itu, sayur juga mampu menjana
pendapatan dan menjadi periuk nasi buat mereka yang menanam sayur-sayuran.
Selain itu, kita juga dapat menglsi masa lapang dengan berfaedah. Rasa
bosan boleh dihilangkan dengan aktiviti bercucuk tanam. Kegembiraan akan
terasa apabila tanaman mula mengeluarkan hasil.
Aktiviti berkebun di kawasan rumah dapati mewujudkan satu pemandangan
yang cantik. Sayur-sayuran yang menghijau dapat memberi ketenangan kepada
sesiapa yang memandangnya.
Secara kesimpulannya, sayur-sayuran yang ditanam sendiri mampu membawa
pelbagai faedah. Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah. Banyak faedah
boleri diperolehi jika rajin bercucuk tanam.

9|Page


Faedah Membawa Bekalan Makanan Ke Sekolah
Bekal makanan merupakan makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke
sesuatu tempat. Akhir-akhir ini, semakin ramai murid yang telah membawa bekal
makanan ke sekolah. Budaya ini patut digalakkan kerana terdapat banyak
faedah melalui amalan ini.
Antara kebaikan Amalan membawa bekalan makanan dapat menjimatkan wang.
Kita dapat menyimpan wang saku yang diberi ibu bapa dengan tidak membeli
makanan di kantin. Seterusnya, wang tersebut dapat digunakan pada masa
hadapan.
Selain itu, amalan membawa bekalan makanan juga boleh menjamin kesihatan.
Makanan yang dimasak sendiri terjamin kebersihannya. Kita bebas daripada
mengalami keracunan makanan.
Kita juga tidak perlu berebut-rebut untuk membeli makanan. Pada masa rehat,
kebanyakan murid berkejar-kejar ke kantin kerana lapar. Sekiranya lambat,
makanan yang dijual akan habis. Mereka yang membawa bekalan, boleh
menikmati makanan dengan selesa.
Makanan yang dibawa dari rumah lebih sedap. Masakan di rumah dimasukkan
ramuan mengikut selera sendiri manakala makanan yang disediakan di kantin
lebih mementingkan keuntungan.
Oleh itu, murid-murd disarankan membawa bekalan makanan sendiri. Bekalan
yang dibawa menjamin kesihatan diri.

10 | P a g e

10

Anda mungkin juga menyukai