Anda di halaman 1dari 1

Pengurusan perubahan seperti yang dicadangkan oleh ramai sarjana memfokuskan kepada

penambahbaikan amalan dan iklim sesebuah organisasi. Salah satunya ialah Kurt Lewin. Beliau
telah mencadangkan 3 langkah pengurusan perubahan yang boleh dipraktikkan melalui
kaedahUnfreezing, Changing And Freezing
1. Unfreezing - Amalan lama sememangnya sukar untuk diubah. Ia sudah menjadi satu budaya dan
membentuk iklim organisasi. Wajah organisasi adalah wajah ahli dalam organisasi tersebut. Jika
amalan ahli adalah baik dan positif, maka organisasi tersebut dilihat baik dan positif. Begitulah
sebaliknya. Untuk mengubah amalan yang sudah sebati ini, Kurt Lewin mencadangkan proses
pencairan semula dengan beberapa kaedah. Lazimnya di Negara kita, pengurusan perubahan
dilakukan secara updown. Pihak atasan memberikan arahan-arahan kepada sub-ordinat. Konsep
'saya yang menurut perintah' dieksploitasi supaya pengurusan perubahan boleh dilaksana secara
paksa rela. Selain daripada itu, punca-punca kuasa digunakan untuk melaksakan perubahan.
Berbagai-bagai latihan diberi seperti inhouse training, conference, kursus, bengkel, ceramah dan tak
kurang juga bina semangat dan teamwork building. Sebagai pemimpin di sekolah, Guru Besar /
Pengetua wajar menggunakan cara yang paling berkesan untuk menjayakan proses unfreezing ini.
Proses unfreezing memerlukan kesediaan ahli-ahli untuk berganjak dari takuk lama, amalan lampau
yang kurang produktif dan takut untuk berubah.
2. Changing
Proses changing dilaksanakan setelah langkah 1 di atas telah berhasil. Berpandukan kepada garis
panduan amalan dan iklim baru yang hendak diperkenalkan oleh pentadbir, sub-ordinat mulai
menggerakkan diri mereka ke arah perubahan tersebut. Dalam proses ini, pentadbir perlu
menerangkan dengan jelas perubahan bagaimana yang hendak dilakukan. Sediakan instrument,
panduan tindakan, terma, norma dan apa sahaja rujukan yang boleh digunakan oleh sub-ordinat.
Proses perubahan ini akan lebih mudah jika sub-ordinat menerima proses perubahan ini secara
kolektif. Ikuti 3 langkah perubahan seperti di bawah

3. Freezing
Peringkat freezing membekukan amalan perubahan baru sebagaimana yang diarahkan oleh ketua.
Sub-ordinat menjadikan amalan itu sebagai rutin dan darah daging. Kekalkan momentum dan kualiti
tindakan. Gunakan garis panduan terma dan norma untuk memperbaiki setiap kesilapan. Pentadbir
mulai tonjolkan the best practices untuk dicontohi oleh sub-ordinat lain.

Anda mungkin juga menyukai